Wednesday, April 21, 2010

Resepi Donut [dan rancangan tergendala]

0

Huhuhu... Agaknya dah berabad telah ku tinggalkan blog ini. Al-maklumlah, sejak berMuka Buku memang agak liat sikit nak update blog ni. Maaf ya puan-puan, hamba memang agak derhaka dalam mengupdate blog sejak akhir-akhir ini. Tahunya nak upload gambar kat facebook tapi tak reti-reti nak tulis resepinya(!)?

Takpe, kali ni akan ku tuliskan resepi yang ku cuba baru je sebentar tadi. Saja nak makan donut dan cuba resepi baru (yang belum dicuba olehku). Keputusannya? Alahai..sungguh marveloussss.. Lembut, gebu, meletop you. Huahaha.. Tapi kan, buat separuh adunan pun dapat berdozen-dozen donut. Tak larat la I nak habiskan :P Jadi goreng yang nak dimakan, yang lain goreng separuh masak dan simpan dalam peti sejuk. Esok pagi leh digoreng lagi sampai masak, dapatlah fresh donuts lagi ;) *wink wink*

Kali ni cuba resepi skyblue@myresipi.com, dah lama simpan dalam peti besi tapi tak nah nak cuba (sebab biasa guna yang resepi lagi satu, guna tepung roti). Resepi Skyblue ni guna tepung gandum je, tapi donutnya tetap rasa macam guna tepung roti- lembut, lubang-lubang kecik dalam donut tu macam tekstur roti, dan yang bestnya crunchy on the outside, lembut on the inside. Ni cuba ngap satu bila dah sejuk, not bad la, masih lembut kat dalam tu cuma takdela selembut macam baru-baru goreng. Kalau resepi yang lagi satu ni bila sejuk keras kejung juga la dalamnya bila lama-lama tu. Hehehe.. Tapi rasa OK la sebab tengok balik resepi tak ada guna telur, kentang, taufu dan seumpamanya tapi masih boleh menghasilkan donut yang lembut. Apapun bergantung pada diri sendiri nak cuba resepi mana ye? Enjoy!


Resepi Donut (oleh skyblue@myresipi.com)
http://www.myresipi.com/top/detail/2822


Dalam bekas hijau dengan loyang perak tu separuh masak, dalam plastik tu baru dah masak. Huhu.. Nampak thumb print I :P Malas nak cairkan coklat jadi guna gula aising sebagai hiasan. Sedap juga ;p

Bahan (dapat 18 biji bagi donut saiz besar)
3 1/2st yis segera (instant dry yeast) -saya buat separuh adunan, jadi 1st+3/4st
1/4C air suam - saya guna 1/8C
1 1/2C susu segar, suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit- saya guna 1/2C + 1/4C air suam + 1sb susu tepung
1/2C gula halus/kastor - saya guna 1/4C
1st garam - saya guna just a pinch
2 biji telur - saya guna 1 biji gred A
1/3C shortening/butter - saya guna 1/6C (pandai2la adjust dari 1/3C tu) shortening
5C tepung gandum - saya guna 2C +1/2C tepung gandum + bersudu-sudu lagi sebab adunan agak/sangat melekit

Cara:

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau hingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter, dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli hingga permukaan doh menjadi licin dan tidak melekat pada tangan. (Ku tambah tepung lagi, mungkin dalam 1/2C tapi dalam sesudu-sesudu la sampai tak melekit sangat. Jangan letak terlalu banyak, nanti donut jadi keras. Ni tambah tepung pun mungkin sebab guna telur besar).
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda (ku letak dalam warm oven sebab dah malam, suhu bilik sejuk nanti doh lambat naik). Bagi yang ada breadmaker, boleh sediakan doh dalam breadmaker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai, canaikan doh tadi dalam ketebalan 1/2inci. Potong guna donut cutter atau kalau takde cutter, bahagikan donut 18 bahagian seimbang, bulatkan doh dan buatkan lubang ditengah-tengah dengan jari.
  5. Letak donut atas tray yang ditaburi tepung (tak bagi donut melekat) dan tutup dengan kain kering. Rehatkan 30 minit atau sehingga naik 2kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana hingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh dalam tak masak.
N/B: saya buat separuh adunan, dan dapat berdozen-dozen donut kecil. Ada la kot dalam 30+. Huhu..nasib boleh di'freeze'kan. Warning: memang melekit-lekit doh ni, makan kesabaran juga nak membuatnya. Lagipun mungkin ku pakai telur besar, jadi moisture lebih tu banyak guna tepung.


Buat beberapa malam yang lalu~ Cream puff, or some call it eclair. Jenis yang lembut, not crunchy. Sedap juga, melt-in-your-mouth lagi-lagi bab whipping cream tu. Muhahaha.. Nantilah resepinya ye :P



Pudding triffle, kali kedua (dan akan membuat lagi akan datang). Sedap dimakan masa sejuk-sejuk. Kombinasi kek coklat+sweet n sourness of the cocktail fruits + creaminess of the custard pudding + sweetness of the jelly = menjilat sudu ;p Resepi ada di sini


Tiramisu guna homemade savoiardi/sponge fingers/boudoir/tiramisu biscuits. Takde mascarpone cheese, guna krim cheese pun ok..hehe.. Resepi kemudian ya :p

The latest favourite of all choc cakes~fudgey chocolatey, chewy, brownies. Punyalah sedap, mewah dengan coklat. Ditambah dengan choc chips. Fuhhh.. Tak cukup satu, separuh brownies pun leh ku telan ;p Kali kedua ku buat kurangkan sikit choc dia. Tapi hands down, fully choc yang menang. Nanti akan ku tepekkan resepinya ya~ Bagi yang sakit gigi tu, ku tak jamin gigi mu akan kekal lepas makan ni :p Hehehe..

Thursday, April 8, 2010

Resepi Homemade Ladyfingers/Sponge Fingers/Boudoir/Savoiardi

2

Been wanting to make a Tiramisu for weeks now. Had a peek at the bakery supply shop to search for some ladyfingers, and my! Don't they cost a lot (RM15.90 or thereabouts) for a pack of 40 fingers! That's 40cents per fingers man! Phewww.. If I wanted to make 2 or 3 layers I would need about a packet of those. And that doesn't count for a block of cream cheese (Tawau doesn't have mascarpone cheese, I heard from the supplier 'cause it ain't cheap) which cost approx. RM12 per 250g. It also doesn't count for half a pack of whipping cream which ranges from RM10.50 to RM15.90, depending on your budget.

Haha.. No wonder they sell Tiramisu for RM60 here..

The first (and last time) I bought a Tiramisu was from MultiBake (and it wasn't even a real Tiramisu, it was a Tiramisu cake), a bakery store in front of PizzaHut in town. I'm not criticizing or anything (if I was, you should make an improvement) but personally, the taste wasn't 'all there'. There was a lack of cheesey taste, too much of a whip cream taste (I thought I was eating a whipping cream. Haha)..and I nearly choked on the cocoa powder (they litterally snowed the top of the Tiramisu with 2mm thick of unsweetened cocoa powder). Even the sponge cake didn't taste all that good; there was a lack of sweetness in it.

Instead of throwing away RM16 for a packet of fingers on an expensive experiment, I decided to make my own instead. It's definitely cheaper, although for some it may be time-consuming, and I can make it anytime I want without having to borrow Mr Hubby's car for ulang alik pergi kedai bakeri. Gosh! It's that fabulous! Even my son likes it, it's like a baby's rusk- crunchy on the outside, soft on the side.

So let's cut to the chase. By the way, you can store these fingers in the freeze- just cool them after they're baked, store them in an airtight bag and freeze them. They should keep well for 2 weeks or so. If you leave them at room temperature they tend to stale pretty fast.

Resepi Ladyfingers (or some call them boudoirs/savoiardi/sponge fingers)
http://www.eddyvandammeusa.com/2009/11/how-to-make-ladyfingers/



It ain't neat it but sure tastes darn good..


Makes about 50
Bahan:
1C @ 135g tepung gandum (I used 45g of tepung gandum. Did use self-rising flour but it doesn't make too much difference)
6 biji telur kuning (I used 2)
1st esen vanila (I used 1/4tsp)

6 biji putih telur (I used 2)
1/2C tolak 1sb @ 115g gula kastor
secubit cream of tartar (this I added)

Gula aising + penapis untuk dusting atas fingers


Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Sediakan 2-3 helai baking sheet. Ketepikan.
  3. Sediakan satu piping bag besar bersama satu nozzle bulat bersaiz lebih kurang 1/2" (1cm). Ketepikan.
  4. Ayak tepung 2 kali dan ketepikan.
  5. Dalam satu bekas, putar putih telur sampai berbuih. Masukkan secubit cream of tartar (ini bagi mengekalkan bentuk meringue supaya tak mudah jatuh) dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar hingga sangat kental (VERY stiff peak) dan ketepikan (N/B: dah kental tu jangan pukul lagi lama, nanti jadi cair balik kang).
  6. Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama esen vanila hingga pucat, lebih kurang 8 minit jika guna resepi penuh (saya pukul 2,3 minit je).
  7. Menggunakan spatula, gaul meringue tadi untuk membuatnya lebih smooth.
  8. Tuangkan adunan kuning telur dalam meringue dan kaup balik secara perlahan-lahan hingga hampir gaul rata (akan kelihatan sedikit kuning telur).
  9. Ayak tepung gandum sedikit demi sedikit dalam adunan putih-kuning telur (saya letak 2sb dalam penapis, ayak dalam adunan, kaup balik dan buat sampai habis). Pastikan jangan terlebih gaul.
  10. Letakkan adunan dalam piping bag dan picitkan atas baking sheet, lebih kurang 3.5" panjang, lebar 1", dan jarakkan antara satu sama lain sejauh 1".
  11. Taburkan/dust ladyfingers dengan gula aising, biarkan seminit dan taburkan lagi gula aising (untuk mendapatkan permukaan yang lebih rangup).
  12. Bakar selama 10-15 min atau sehingga perang keemasan (luar akan sedikit ranggup tetapi bila tekan di dalam akan lembut/spongey.
  13. Gunakan pisau untuk alihkan atas redai (jangan dibiarkan sejuk terlalu lama atas baking sheet, nanti melekat) dan tabur lagi gula aising. Boleh disejukkan dan disimpan dalam beg plastik untuk disimpan dalam peti sejuk. Atau pun terus digunakan.