Sunday, August 29, 2010

Resepi Biskut Green Lace

0

Biskut yang sangat wangi dengan bau pandan dan very rangup & creamy. Mungkin sebab guna biskut marie kot? Kalau makan tanpa hiasan lagi sedap kot, lagipun leceh nak cairkan coklat masakan putih ni :P Tak kena gaya coklat takkan mengeras balik, huhuhu... Apapun, layan la resepi di bawah ni ye..manatahu raya nanti nak buat sendiri :P


Resepi Biskut Green Lace (bilangan bergantung pada bentuk terapan)
Sumber: Baya
Dari blog: Maklang


Biskut green lace


Bahan A:
120g butter (ku guna Butter Choice sebab wangi sikit dari Buttercup dalam tin- to me la)
20g shortening (untuk kerangupan)
80g gula kastor (atau guna 75g gula kasar/pasir kisar)
1st perisa pandan
sedikit pewarna epal hijau

Bahan B:
140g tepung gandum
*30g tepung arrowroot@sago (ku guna tepung ubi macam maklang)
1/4st baking powder (ku tak letak)
1/4st garam (tak letak sebab guna salted butter)
30g serbuk biskut marie (putih)
20g serbuk hazelnut/gajus (ku guna hazelnut, disangai dahulu)


Hiasan:
Coklat masakan putih
Hundred thousands


Cara:
  1. Sebatikan semua bahan A.
  2. Masukkan bahan B dan adun hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Canai (ku buat setebal 1/2cm sebab biskut mengembang sikit), terap dan bakar biskut (ku bakar pada suhu 160C, 25-30 min or a bit brown around the edges).
  4. Sejukkan diatas redai.
  5. Drizzle dengan coklat masakan putih yang dicairkan secara double-boil dan taburkan manik hundred thousands (double-boil: cincang coklat putih supaya cepat cair dalam bekas tahan panas, panaskan air dalam periuk hingga mendidih, letakkan coklat cincang tadi di atasnya dan kacau hingga 50% cair. Tutup api dan kacau lagi hingga betul-betul cair. Nak elakkan coklat putih cepat mengeras masa menghias, lepas cair tu biarkan bekas coklat putih atas periuk bersama air panas tadi. Coklat putih lebih sensitif dari dark coklat, jangan terlebih suhu takut nanti dia takkan mengeras dengan elok.)

*Rasanya resepi asal gunakan tepung honkwee atau tepung kacang hijau dan gajus. Tu yang biskutnya betul-betul warna hijau mengancam. Guna serbuk hazelnut nanti akan nampak serpihan kulit hazelnut yang dikisar. Kalau guna gajus tak nampak rasanya.

Thursday, August 26, 2010

Resepi Biskut Mazola [atau Biskut kacang tanah]

3

Biskut Mazola ni sinonim dengan minyak Mazola dan ia jenis mengembang sikit bila masak. Setiap satu biji ku timbang 10g tiap satu, dapatlah lebih dari 50 biji gitu. Biasa masa kecik-kecik mak buat biskut ni tapi guna resepi lain. Malangnya resepi tu dah hilang. Huhu.. Kalau guna resepi mak kacang tanah lebih banyak dari tepung gandum. Warna biskut pun lebih gelap. Kalau ada masa akan ku adjust lagi sampai dapat biskut yang betul-betul rasa kacang. Apapun, resepi ni simple dan mudah nak buatnya. Rasanya dah sedap cuma macam lebih tepung (kata En. hubby). Hehe.. Biskut ni jenis yang peroi dan baunya pun sedap.


Biskut Mazola a.k.a. Biskut Kacang Tanah


Bahan-bahan ( 1 balang @ 50 biji besar)
200gm tepung gandum (lainkali mungkin leh kurangkan kepada 100g)
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus (ku goreng dengan sedikit minyak)
100 gm gula kasar/pasir -kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya - leh juga guna minyak jagung Daisy/ sunflower/ kacang tanah (ku guna dalam 120g lebih kurang tapi tu pun bergantung pada jenis tepung yang digunakan)
1 biji kuning telur + setitik dua pewarna kuning telur
separuh kacang tanah sebagai hiasan

Cara:
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula kisar dan kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut (agak-agak boleh kepal dengan tangan OK la tu, jangan banyak sangat nanti gebu).
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dgn mentega (ku guna baking sheet je).
  4. Sapukan atasnya dengan kuning telur, letak separuh kacang tanah, dan bakar di dalam oven hingga masak kekuningan (ku guna suhu 160C, 15-20 min).
  5. Biarkan sebentar atas loyang sebelum disejukkan atas redai (biskut agak rapuh bila baru masak).

Tuesday, August 24, 2010

Resepi Semperit Cookies [atau Biskut Semperit]

2

Sesiapa yang rajin nak buat biskut semperit sendiri, silakanlah ye. Hehe.. Mula-mula try guna acuan semperit yang panjang tu (yang leh buat tat gulung tu) tapi punyalah seksa nak picit garisan lurus dan rata. Pastu guna bentuk bunga, senang lagi tapi jenuh gak nak memicitnya sebab doh asik terkeluar dari hulu pemegang. Hehe.. Lain kali kalau buat guna nozzle untuk aising yang maximum saiz kot, tapi piping bag mesti jenis kuat/lasak sebab memang agak keras sikit nak memicitkan.

Bila bakar guna butter tulen (Golden Churn) ni, memang baunya agak kuat (bau seakan minyak sapi pun ada). Tak tahulah kalau guna butter jenis lepa susu tapi mungkin tak sekuat bau (dan rasanya kot) banding guna mentega tulen. Apa-apapun, tepuk dada tanya selera ye? Rasa macam seakan kuih bangkit pun ada, lemak-lemak dan lembut & sedikit rangup. Kalau bakar terlalu perang sangat biskutnya agak rangup, kalau bakar sehingga warna keputihan, biskutnya lembut dan cair di mulut. Biskut akan mengembang bila dibakar.

UPDATE 31 AUGUST 2011: Resepi semperit susu yang menggunakan susu pekat manis ada di sini. Sedap, rangup. Guna 3 bahan je, susu pekat, tepung jagung dan butter.


Resepi Biskut Semperit/Semperit Cookies (http://izanmann.blogspot.com/)
Sumber: Nor Aniza Omar




Bahan:
180g mentega [tulen] seperti Golden Churn atau SCS UPDATE 3 May 2012: Golden Churn telah disahkan halal.
180g gula aising
3 biji telur
500g tepung jagung jenama Brown and Polson@Cap Kupu-kupu (tengah-tengah malam malas nak cari, jadi guna je tepung jagung biasa)
1st esen vanila
ceri merah, didadu kecil (ku letak)


Cara:

  1. Kacau mentega dengan gula hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanila, gaul rata.
  3. Masukkan tepung jagung dan uli hingga jadi doh yang lembut.
  4. Picitkan adunan menggunakan nozzle aising yang sesuai atau tin pembakar (ku guna acuan tat dahlia je dan picit atas baking sheet. Nasib buat camtu sebab biskut ni agak melekat sket la bila masak).
  5. Titikkan warna merah (ku guna ceri merah) sebagai mata dragon dan biarkan selama 2 jam sebelum dibakar.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit (ku guna 160C, 15 min sebab bunganya kecil sebesar 20sen. Comel-comel gitew~) Bakar hingga warna sedikit keperangan (light brown around the edges).
  7. Dah masak, tunggu 5 min sebelum ditransfer ke wire rack.
Note:
  • Untuk elakkan doh cepat mengeras atau kering, tutup dengan tuala yang lembab (ku guna cling wrap je).
  • Tinggalkan 2 jam atau loyang selepas diterap supaya biskut sebati dan kembang sebelum dibakar. Bila bakar teksturnya lebih cantik dan lembut. Lepas 2 jam baru dibakar. (ku tunggu 2jam setengah, alang-alang tunggu kembang tu ku buat biskut Snow Almond, hehe..)
  • Kalau malas nak tunggu 2 jam, terap dan terus bakar. Hasil rasanya ok, cuma macam kuih semperit dan agak garing sedikit. Nak lembut dan rapuh, terpaksalah tunggu 2 jam.
  • Jangan tunggu 2 jam baru nak terap, sebab nanti susah nak picit guna nozzle. Tepung jagung atau kering/keras dan terpaksalah diuli lagi dan dicampur butter/telur supaya lembut kembali.
  • Ada resepi yang campur 2-3 sudu susu tepung tapi bergantung pada jenis butter yang digunakan seperti Buttercup. Kalau guna butter Golden Churn atau SCS, tak payah letak, nanti rasa susu saja dan cepat jelak.

Thursday, August 19, 2010

Resepi Rendang Daging

2

Kerinduan nak makan rendang walaupun bukan raya. Hehehe.. Kalau keluarga ku kat BP suka makan ayam daripada daging. OK gak resepi ni, ada ala-ala rasa rendang mak masak masa Hari Raya (tapi lagi best kalau masakan dari air tangan mak, hehe..) Buat untuk berbuka kelmarin (ke semalam?)

Resepi Rendang Daging (tulip77@myresipi.com)
Bahan (20 orang makan)



800-1000g daging lembu (ku guna 400g-+)
200g kerisik (ku guna separuh kot, separuh peket RM2 kat pasar)
1liter santan pekat (ku guna about 1/4C santan serbuk + air. Kes kelapa parut habis, huhu)
daun kunyit diracik halus
garam
asam keping

Bahan kisar
2 labu bawang besar (ku guna 1 labu bawang besar merah)
8 ulas bawang kecil (ku ganti 1 lagi labu bawang besar merah sebab tarak stok)
5 ulas bawang putih (ku guna 3 ulas)
50g halia (ku guna sehiris je)
39g kunyit hidup (sama gak, sikit je)
30g lengkuas (tak letak sebab takde)
6 batang serai (ku guna 1 batang tapi tak diblend skali. Cuma dititik dan masuk masa tengah tumis)
30g cili kering (ku guna 3 tangkai cili kering, tak nak pedas sangat)
1st rempah kari (ku guna dalam 1sb gitu. Biasa masak rendang memang letak banyak rempah kari)
1st jintan putih (ku guna 1/2st serbuk jintan putih)
1st jintan manis (ku guna 1/2st serbuk jintan manis)
30g gula merah (tak suka manis, jadi letak 1sb gula perang)

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Kemudian masukkan santan. Masak guna api sederhana hingga santan hampir kering (ku tambah-tambah air sebab daging lambat empuk).
  3. Masukkan sekeping asam jawa dan garam. Bila dan hampir masak masukkan kerisik dan daun kunyit
  4. Kacau rata dan masak hingga kuahnya betul-betul kering (ku suka rendang yang basah-basah jadi lebihkan air).

Saturday, August 14, 2010

Resepi Biskut Coklat Chips

4

Biasa buat biskut ni walaupun bukan bulan Raya, sedap gak (pada tekak kitorang la, hehe..) Jenis yang crunchy, bukan chewy. Jadi sesiapa yang suka crunchy sila-silakanlah buat resepi ni. Nak biskut yang lebih gelap, tambah dalam 1-2sb serbuk koko ye.

UPDATE 10 JUNE 2011: Ada satu lagi resepi biskut coklat chip, Famous Amos Chocolate Chips Cookies. Sedap, rangup. Cuma walnut saya tukar dengan nestum sebab anak tak suka kekacang.

Resepi Biskut Coklat Chips a.k.a. Chocolate Chips Cookies (nor_67@myresipi.com)

Gambar lama la you, nanti ada kelapangan I buat biskut lagi tapi bentuk lebih comel ye :P


Bahan-bahan ( bilangan bergantung pada saiz yg kita buat) about 100 cookies gitu-gitu la
90gm mentega (asal guna 180g mentega/majerin. Ku guna 1/2 majerin 1/2 butter sebab baca majerin merangupkan biskut and I guess that's true)
90g marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila (update: ku gandakan jadi 2st lagi harum)
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate (untuk kerangupan dan biar ada rongga dan tak terlalu padat)
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang (I used only 100g sebab rasa terlebih sangat kacangnya)

Cara:
  1. Ayak kedua-dua tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus (shortcut: bakar dalam oven, 130C for 5 min atau hingga keperangan).
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua-dua gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati (guna senduk kayu je).
  4. Sudukan di atas loyang yang telah digris (untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, alaskan loyang pembakar dengan baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain. (ku timbang sama berat dan bulat-bulatkan dulu. Pastu simpan dalam fridge 10 min, tekan sikit bagi leper sikit baru bakar. Bila simpan dalam fridge bentuk dia tak lari sangat).
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pada kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pada masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yang telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

Resepi Tart Nenas [gulung] Gebu

2

Grrrr.. I just spent nearly an hour writing the recipe and detailed explaination of the latest rolled pineapple tarts until I accidently clicked and erased all of it. Grrr.. Sabar sabar..baru nak kongsi ilmu dah hilang sume info. Dah le tengah ngantuk. Huhu..
OK so let's cut to the chase. Here's the recipe for the rolled pineapple tarts a.k.a. tart nenas [gulung] gebu done and tested last night from http://www.myresipi.com/ website. Recipe's writen by Sunkist, resepi asal dari blog PrincessHaryati.
Truth be told, I'm not a big fan of pineapples (be it fresh/cake/biscuits) but this one I find it's quite nice, the biscuit is rapuh, gebu dan melt-in-your-mouth so you got to handle it with care when storing.

Tart yang belum dibakar (28 Jun 2012)

Tart sudah dibakar (gambar lama 2010)

Tart Nenas [Gulung] Gebu (makes about 50 large ones or 80 bitesize ones)
Source: Sunkist@http://www.myresipi.com/top/detail/5535
Resepi asal: Princess Haryati
(resepi di bawah adalah separuh dari resepi yang asal)



A [nearly] balang-full of rolled pineapple tarts after some have been eaten :P (gambar lama ni)

DOH TART:
165g @ 1 1/4 cawan tepung gandum*
8g @ 1 sudu besar rata tepung jagung*
12g @ 1 1/4 sudu besar rata tepung kastad* diayak
8g @ 1 sudu besar rata susu tepung (ku guna full cream Dutch Lady, kadang-kadang Fernleaf)
113g @ 1/2 cawan mentega, suhu bilik
8g @ 1/2 sudu besar minyak sapi (ku guna butter je)
1/2 sudu besar gula kastor@gula kasar dikisar
1/2 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
INTI JEM NENAS:
2 biji nenas muda
1 1/4 senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
*I used ready-made jam, about 320g, 4g each for 80 pieces of tarts (or depending on your tart size.)

Sapuan:
1 biji kuning telur
1sb suhu cair/UHT (susu segar)
sedikit pewarna telur kuning
*semua bahan digaul bersama. Baca dalam forum kalau nak warna cantik letak sikit susu dan pewarna kuning

Cara buat doh tart:
  1. Pukul mentega, susu tepung, minyak sapi, dan gula hingga sebati.
  2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut (kalau susah nak picit keluar dari acuan, tambah mentega. Kalau terlebih lembik, tambah sikit tepung).
  4. Panaskan oven 150C.
  5. Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah (ku guna acuan semperit je). NB: Kadang-kadang masa memicit tu dohnya menggulung dan pecah-pecah. Biasa ku picit atas sehelai kertas baking paper dahulu dengan bahagian rata acuan semperit memandang ke bawah. Lepas tu perlahan-lahan terlangkupkan doh yang dipicit tu. Jadi biar bahagian doh bergerigi pula memandang ke bawah, baru diletakkan inti nenas. Kurang sikit pecah-pecahnya.
  6. Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
  7. Susun atas dulang membakar (atau boleh juga terus dimasukkan ke dalam cawan kertas untuk almond london tu).
  8. Ulangi sehingga habis. Sapu permukaan doh tart dengan kuning telur. Tip: Untuk mudah sapu kuning telur, simpan doh tart yang sudah siap dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau hingga doh keras sikit, baru disapu kuning telur. Kalau terus sapu leceh, adunan sangat lembut lebih-lebih lagi kalau guna berus plastik. Atau, 5+- minits sebelum tart betul-betul masak, baru disapu kuning telur.
  9. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
  10. TIP: Untuk elak doh mengeras atau kering ketika proses memicit dan menggulung, tutup bekas berisi doh dengan tuala atau cling film.


Cara buat inti jem nenas [ku beli ready-made je]:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

Contoh acuan semperit yang digunakan, dapat tart yang comel-comel. Ahaks~ (picture courtesy of Google)