UPDATE 26 MAY 2011: Sebelum memulakan projek fresh cream barbie doll kek, boleh rujuk cara guna, simpan dan warnakan fresh cream/non-dairy whipping cream post di sini.
Salam sejahtera kepada semua.
Hehe.. Lama dah gatal nak hias kek barbie doll ni (doll dia dah lama beli) tapi la ni baru nak test. Takde pengalaman nak deco barbie doll kek, jadi saya cuma ceritakan serba sedikit yang apa yang tahu. Sejujurnya, menghias kek barbie doll dengan fresh cream satu kerja yang sangat menguji kesabaran saya (orang lain saya tak tahulah) lagi-lagi tengah preggy ni. Nak-nak dah berapa hari ni cuaca tengah panas jadi creamnya mudah melentok macam nak tidur petang je. Huhuhu...
Mungkin lain kali saya guna buttercream nak buat barbie doll (walaupun saya tak berapa suka sangat makan buttercream) tapi nak handle dan mewarnakan buttercream lagi senang dari fresh cream. Nak buat macam-macam bentuk guna buttercream pun lagi senang. Guna fresh cream ni setakat star biasa oklah, nak buat ruffles, shells atau roses dekat baju doll agak sukar sikit. Not entirely impossible but quite challenging especially in a humid climate like Malaysia.
Just my two cents. Kalau buat simple cornelli lace or rosettes kat baju/skirt doll pun cantik juga, macam ala-ala wedding gown. (Well, maybe next time).
Cara Membuat dan Mendeco Fresh Cream Barbie Doll Cake dengan [simple] step-by-step instructions
Skirt warna putih- bentuk star, guna nozel star. Keliling skirt- bentuk ruffles, guna nozel petal paling kecil. Skirt kuning tengah- tak tahu bentuk apa, main buat je haha. Baju kuning- bentuk star, guna nozel star
Bahan-bahan:
- 1 barbie doll tanpa kaki (kalau ada kaki, bahagian tengah kek mesti dilubangkan sebelum disapu cream. Balut dulu kaki hingga pinggang doll dengan plastik wrap)
- 1 biji kek 6" bulat biasa
- 1 biji kek 6" bulat dengan atasnya berbentuk 'dome' (saya guna mangkuk yang mamak selalu letak kuah kari/dhal. Tak ada pun takpe, guna loyang biasa nanti boleh ditrim sikit bila dah disusun kek-keknya)
- 1 biji cupcake - optional kalau kek rendah
- secukup fresh cream yang dipukul sangat kental (VERY STIFF) atau buttercream (banyak gak guna, saya guna hampir sekotak fresh cream termasuk buat filling dia sekali)
- alat hiasan (nozel, piping bag, pewarna, etc)
- pisau tajam atau serated knife (pisau bergerigi)
- kertas plastik yang agak keras (saya guna beg plastik yang orang biasa buat berniaga letak keropok tu)
- rotating cake stand (untuk memudahkan kerja)
Stick barbie doll - doll tanpa kaki
Dari kiri ke kanan: cupcake, mangkuk stainless steel mamak-style, dan loyang bulat 7" biasa. Kek-kek nanti diterlangkupkan dengan kek loyang bulat biasa di bawah, tengah kek mangkuk mamak, dan atas cupcake untuk bahagian pinggang
Cara-cara:
1. Stack your cakes accordingly (bawah base kek, tengah kek bentuk 'dome', atas sebiji cupcake yang ditrim sikit supaya bentuk sikit runcing).
2. Guna pisau yang tajam/bergerigi untuk membentuk skirt barbie doll yang agak 'smooth'.
3. Lapiskan antara setiap lapisan kek-kek dengan fresh cream atau buttercream (NB: pastikan kalau guna fresh cream, creamnya mestilah KENTAL. Guna fresh cream yang dah siap diputar dan disimpan awal dalam peti sejuk bahagian bawah. Kalau cair nanti takut keknya slide ke tepi masa mengangkat. Sebaiknya setiap kali nak layer tu kek disimpan dalam peti sejuk sekejap. Tak buat pun tak apa, cuma kena layer cepat-cepat. Dan JANGAN disapu tebal sangat fresh creamnya sebab dikhuatiri keknya akan mendap ketika hendak dihidangkan nanti lagi-lagi dalam cuaca panas. Satu lagi jangan confiuskan dengan whipping cream/UHT whipping cream (contoh: Anchor) sebab tak sesuai untuk deco kek camni. Gunakan fresh cream/non-dairy whipping cream for topping cakes and pastries. Contoh jenama: Rich's, Redman, Baker's Mix, Value Pride dll).
4. Simpan kek yang siap dilapis tersebut dalam peti sejuk paling kurang sejam (untuk buttercream) atau 2-3 jam/semalaman (bagi fresh cream).
Kek-kek yang dilapisi ganache dan white chocolate cream
5. Keluarkan kek bila lapisan cream agak keras. Sapukan fresh cream/buttercream disekeliling kek tersebut dengan lembut (without any pressure). Ini untuk crumb coating, jadi bila hias serbuk-serbuk kek tak melekat/berderai nanti. Piping pun lebih mudah sebab terus melekat ke crumb coating. Mana-mana bahagian yang tak rata atau berlubang boleh ditutup dengan fresh cream/buttercream yang lebih.
Crumb coating
6. Ambil sekeping plastik (saya guna beg plastik makanan), pegang dua hujung plastik tersebut dengan kedua-dua tangan anda. Bermula dari bawah, pastikan hujung plastik tersebut kena/touch pada bahagian dasar kek. Perlahan-lahan tarikkan plastik tersebut hingga ke atas kek. Fresh cream/buttercream yang berlebihan pada plastik tersebut bolehlah diketepikan.
Contoh plastik (sila guna kedua-dua tangan ye, bukan satu seperti diatas. Saya buat camni sebab satu tangan pegang kamera as the oficial photographer dah tidur, haha)
7. Ulang teknik tersebut untuk sekeliling kek hingga anda mendapat lapisan crumb coating yang agak smooth.
Crumb coating yang agak smooth
8. Simpan kek di dalam peti sejuk untuk beberapa jam supaya creamnya agak keras.
9. Ambil sebahagian fresh cream/buttercream dan warnakan ikut warna yang anda kehendaki. Saya guna pewarna cecair biasa, tak silap jenama Starbrand (kalau tak silap la). Ada pernah baca lagi elok guna pewarna gel sebab takut cream jadi cair sangat. Kalau guna yang pewarna cecair biasa jangan terlalu banyak sangatlah. Dah gaul rata pewarna dengan fresh cream/buttercream, simpan dalam peti sejuk sekejap (wajib simpan kalau guna fresh cream).
NB: Satu lagi yang saya perasan (secara tak sengaja), walaupun pada mulanya saya tak letak banyak pewarna dalam fresh cream, tapi sebab saya simpan sekejap dalam peti sejuk dan tak terus guna, warnanya bertambah terang. Dan lepas dah hias kek doll tu, esoknya warna kuning bertambah terang kuningnya. Padahal memang sikit je pewarna saya letak masa nak bancuhkan tu.
10. Ambil stick doll dan cucuk pada bahagian tengah kek yang dah disejukkan tadi. Ambil fresh cream/buttercream yang diwarnakan dan masukkan dalam piping bag dengan nozel yang anda suka (saya guna nozel star sederhana).
11. Mulakan pipe fresh cream/buttercream dari bawah kek ke atas (atau dari atas ke bawah). Saya pipe bentuk star je sebab guna fresh cream (bila cuba bentuk-bentuk lain macam kurang jelas sebab creamnya cepat cair dan hilang bentuk. Kalau cream anda lebih stabil sila-silakanlah bereksprimen bentuk apa anda suka).
NB: Setiap kali dah siap satu warna/design, masukkan kek dalam peti sejuk sebentar kalau rasa fresh cream mula mencair (tangan kita keluarkan haba, jadi lagi banyak dan lama detail pada baju doll lagi cepat creamnya cair). Satu lagi pegang piping bag pada hujung atas bag tersebut, bukan ditengah-tengah atau dekat dengan nozel. Nanti lebih mudah kita nak pipe dan cream pun tak cepat sangat cair.
12. Dah siap menghias kek, simpan dalam peti sejuk semalaman biar semua creamnya lebih keras.
Friday, March 18, 2011
Zack Zachoes
Posted in: 



3 comments:
salam zack..saayaang laa nak potong kek lawa2 gini..hehe..
akak dah lama beli mangkuk mamak tu gara2 nk try wat barbie doll ni dulu.tp x terbuat2 gak..lenkali nk gak try
w'salam kak.. hehe, mula2 tu sy pn syg gak kak. tp kalau terperap lama2 dlm peti sejuk takut rosak je nnt ;p akak buat la, mesti jauh lebih cun dr saya punya ni ;) hehehe..
Post a Comment