Gagaga..
Tak dapat ku terima kenyataan susah nak cari puff pastry ready-made kat Tawau. Walaupun ada yang cadangkan guna pratha puff je, as always baik susahkan diri dengan belajar buat sendiri. Hahaha..
OK, truth be told, nearly every blog I go to say that puff pastry is a taboo- leceh nak buat, makan masa berjam-jam, buang masa baik beli ready made dan lain-lain. Leh kata sampai ke ceruk lubang cacing ku cari puff pastry yang guna butter sepenuhnya, tanpa guna pastry margerine. Garuk-garuk janggut (yang tak wujud) macam mission impossible je kalau guna butter sepenuhnya, lagi-lagi keadaan cuaca kat Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun. Ni yang ku dapat tangkap berdasarkan blog-blog/nasihat-nasihat yang tertulis dalam Bahasa Melayu la. Google dalam Bahasa Inggeris, yang rajin guna all-butter ni cuma mat salleh (of course) dan juga Chinese.
Hmm... Awat, susah nar ke nak buatnya? Sejujurnya ku cakap, tak susah mana pun, cuma anda perlu kesabaran yang [teramat] [amat] tinggi bergelut dengan keadaan cuaca yang panas kat sini. Kalau dapur tu ada air-cond tu lain ceritalah. Ni kes kalau anda keras kepala (macam saya) nak guna butter tanpa pastry majerin dan bekerja dalam dapur tanpa air-cond. Terlampau excited (macam saya) anda mungkin dapati butter akan cepat cair dan terpaksa bergelut dengan nafsu dari uli cepat-cepat. Kalau tak excited, takut give-up lak di tengah-tengah medan peperangan. Huhuhu.. [Tapi serious, memang mencabar nak membentuknya guna butter. Hmm.. Lain kali ada masa akan ku eksprimen lagi. Buat masa ni, nak buat benda lain pula. Hehe..]
Resepi di bawah dah diseparuhkan dari resepi asal. Alang-alang dah nak susahkan diri, baik buat resepi penuh sebab masa yang diguna untuk merehatkan doh tetap sama- 30min setiap lepas diuli. Cara-cara telah diubah-suai sedikit mengikut apa yang saya baca dalam Internet dan lihat dari video Youtube.
Resepi Homemade Puff Pastry Doh [guna butter sahaja dengan gambar step-by-step]

Homemade puff pastry
Bahan:
(Bahan-bahan di bawah telah diseparuhkan dari resepi asal)
125g tepung gandum
125g butter sejuk (cold butter) - untuk max taste, guna pure butter seperti SCS, Golden Churn, Anchor. Takde, leh guna lepa susu cuma jumlah air mungkin perlu dikurangkan nanti sebab kandungan air dalam lepa susu memang lebih tinggi
75ml @ 75g air sejuk (dari peti sejuk)
1/2st butter, dicairkan
Secubit garam
Cara:
Base doh:
- Dalam satu bekas besar, masukkan tepung gandum, garam dan butter cair. Gaul rata.
- Masukkan air sejuk, sedikit demi sedikit, sambil buat putaran dalam campuran tepung-garam-butter dengan hujung jari anda.
- Uli dengan menggunakan penumbuk (fist) hingga satu doh lembut, elastik dan smooth terbentuk (saya tak habiskan air, mungkin guna 73ml je. Jangan terlebih air, nanti dohnya susah nak diuli dan jangan juga terlebih uli).
- Bentukkan doh satu bola, balut dengan cling film dan simpan dalam peti sejuk (bawah) selama 10 minit.
Butter block:
- Sementara itu, ambil butter yang sejuk dari peti sejuk dan potong dalam bahagian-bahagian kecil dengan ketebalan lebih kurang setengah inci.
- Letak di dalam cling film (atau plastik/baking paper) dan ketuk-ketuk guna hujung rolling pin. Pastikan tiada ketulan butter yang besar (sebab susah nak dicanai nanti).
- Bentukkan butter yang masih sejuk tapi still pliable tersebut kepada bentuk segiempat sama.
- Lumurkan dengan sedikit tepung dan balutkan dengan cling film. Ketepikan.
Assembling the base doh-butter block:
- Keluarkan base doh. Potong guna pisau tajam bentuk 'X' di atasnya tapi jangan sampai terputus.
- Lipatkan ke belakang keempat-empat hujung doh tersebut hingga bentuk seperti kelopak bunga/telinga. (NB: Kalau kurang yakin ketepikan sedikit base doh dahulu untuk tutup mana-mana bahagian yang mungkin ternampak masa mencanai nanti).
- Gunakan rolling pin dan canai kelopak-kelopak doh tersebut. Pastikan bahagian dalam doh lebih tebal dari yang kelopaknya.
- Ambil butter blok dan letakkan di bahagian tengah base doh. Pastikan doh lebih besar dari butter blok dan cukup untuk membaluti seluruh butter tersebut.
- Lipatkan kelopak-kelopak doh ke bahagian tengah butter hingga kesemua butter ditutupi dengan rapi. Pastikan tiada butter yang kelihatan.
- Simpan di dalam peti sejuk (bawah) untuk 5-10 min untuk elak butter cepat cair.
- Taburkan tepung di atas meja dan letakkan doh. Taburkan lagi tepung di atas doh.
- Ketuk-ketuknya dengan perlahan guna rolling pin bagi meratakannya (flatten it).
- Canai dalam bentuk segiempat tepat dalam ukuran 7" x 15" (lebih kuranglah). Jangan canai terlalu nipis, takut nanti butter terkeluar. Mana-mana bahagian yang ternampak butter boleh ditutup dengan doh berlebihan tadi. Canaikan biar bahagian melintang/horizontal lebih panjang (15") dari menegak/vertical (7").
- Sapu/brush away tepung yang berlebihan di atas doh untuk elak pastry terlebih keras.
- Ambil satu hujung doh dan lipatkan ke 2/3 bahagian segiempat tepat tesebut.
- Ambil hujung satu lagi dan lipatkan hingga terbentuk seperti sebuah envelope. Langkah ini dipanggil 'single turn'.
- Balut doh dalam cling film dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30min (masa asal ditulis 15min tapi terlalu sekejap sangat. Ku mula-mula test 15 min tapi butter masih cair, 25 minit ok sikit).
- Seterusnya lakukan '2 turn'.
- Taburkan tepung di atas meja. Letakkan doh 90 darjah dari kedudukan asalnya tadi (biarkan bahagian yang melintang/horizontal lebih panjang dari melintang/vertical).
- Taburkan tepung di atasnya dan ulangi langkah mencanai-menyapu lebihan tepung-melipat envelope-merehat. Sentiasa pastikan bahagian melintang/horizontal doh lebih panjang dari menegak/verticalnya.
- Lakukan turn yang ke 3 hingga ke 6. Pastikan tiap kali sebelum nak mulakan turn yang baru, doh tersebut dipusingkan 90 darjah dari kedudukannya yang asal (iaitu kedudukan di mana selepas anda bentukkannya jadi envelope. Sebab kalau tak pusingkan nanti butter boleh terkeluar dari tepi-tepi doh. Percayalah, leh menangis dibuatnya nanti).
- Selepas turn yang ke-6, balut doh dengan cling film dan simpan dalam peti sejuk bawah untuk 30 minit. Maximum turn adalah 7.
- Kalau nak guna terus, canai doh nipis-nipis dan tutup dengan baking paper/plastik wrap. Simpan sekejap 20 minit dalam peti sejuk untuk merehatkannya sebelum boleh digunakan (doh yang tidak direhatkan dahulu sebelum digunakan menghasilkan puff pastry yang melonjong masa membakar).
- Kalau tak nak guna lagi, canai doh nipis-nipis, potong saiz yang sama, dan simpan dalam freezer. Lapikkan satu plastik/baking paper antara doh-doh tersebut.
*Kalau tak nak guna butter sepenuhnya tapi nak guna pastry majerin, leh skodeng kat blog Cik Mat Gebu di sini.
TIPS:
- Sebaiknya masa mencanai tu pastikan dapat bentuk segiempat tepat yang cantik supaya butter dapat diagihkan ke keseluruhan doh.
- Pastikan butter blok dan base doh berada pada suhu dan konsistensi yang sama untuk elakkan butter mudah terkeluar semasa mencanai.
- Rehatkan doh untuk 30 min sebelum memulakan turn yang baru.
- Pastikan doh sentiasa berada dalam keadaan sejuk.
- Sentiasa rehatkan doh sebelum hendak dipotong dan dibakar.
- Setiap kali sebelum nak lipat jadi envelope, brush away/sapu lebihan tepung yang terlekat diatas doh untuk elak terlebih tepung (nanti tak lekat pula antara layernya).
Video youtube cara buat puff pastry:
Wednesday, March 30, 2011
Zack Zachoes
Posted in: 



4 comments:
Salam..menarik! InsyaAllah nak try gak resepi ni..bleh? Kita sama...suka cuba buat sendiri...kalau boleh elak yg ready-made, mmg saya elakkan..tak pa using d hard ways tp lebih puas coz tahu apa bahan yang digunakan...
wsalam.. ni baru first time sy testing sbnrnya. hehe.. leceh juga sbb mudah cair. ada org kata guna butter yg pure lg elok. klau tgk kt youtube mat saleh punya butter tak mudah cair kt suhu bilik. mgkn kandungan airnya kurang. kt malaysia tak brp pasti nk rekomenkn jenama butter tulen yg mana sbb perlu lbh bnyk praktikal, testing bbrp jenis butter. insyaAllah kalau ada kelapangan akan diujikaji lagi :)
thanks for resepi....amat berguna utk wat potuguese egg tart! yum....yum...
blubbly girl: welkem :) nnt klau ada kelapangan, dh sht sy nk cuba lg, ada satu lg resepi lain mcm lbh mudah sikit nk buat.
Post a Comment