Saturday, April 23, 2011

Resepi Baked Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberry Bakar)

Kek yang ringan, gebu, creamy, dan cair di mulut. Seakan Japanese Souffle Cheesecake tapi lebih lembut dan tak se'padat' JSC (how is this possible? I thought the JSC was also not too densed/padat?). Mungkin sebab tak ada tepung dalam kek ni, cuma guna whipping cream dan putih telur sebagai agen penaik dan kegebuan. Sedap dimakan sejuk-sejuk, lagi best kalau makan dengan topping blueberry filling yang masam-masam manis.

My opinion? This cake matches VERY WELL with the blueberry filling on top. I gave mine some swirls by taking about 1/3 cup of the cream cheese mixture, added 2 tbs of blueberry filling, then dropped spoonfuls of it in the unbaked cake. I used the tip of a knife to make some sort of swirl effect. The outcome was the cheesecake let out a very tantalizing aroma of blueberries while baking. Maybe next time I'll give it another go and add more blueberry filling to all the batter.

Resepi telah di'update'kan ke myresipi.com: http://www.myresipi.com/top/detail/14263


Baked blueberry cheesecake- sliced

Resepi Baked Blueberry Cheese cake (Kek Keju Blueberry Bakar)
Loyang bulat spring form@loose pan 7" atau 8" (ku guna 7 1/2 inci, ketinggian 2")

From: Anchoo Journal@ http://anncoojournal.blogspot.com/2009/03/blueberry-cheese-cake_16.html


(Untuk lihat cara-cara bakar kek keju/cheesecase tanpa loyang springform atau loose pan, boleh lihat di sini.)

Baked blueberry cheesecake- the innards

Baked blueberry cheesecake (kek keju blueberry bakar)

Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah)
100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.

Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)***
30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g)
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi)

30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional)

200g blueberry filling (ku terpaksa guna 100g sebab habis stok)


Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je).

2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).

4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)

6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)

7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

Ni jenis blueberry fruit filling, takde biji buah blueberry. Kalau Blueberry pie fillilng ada biji buah blueberry.


Bila nak gantikan whipping cream dengan fresh cream atau yoghurt?

***Masa ni ku tak ada stok UHT whipping cream, cuma ada fresh cream/non-dairy whipping cream. Pula tu sudah dipukul kaku (baki decoo kek sebelum ni). Sebab kek ni guna kaedah meringue dan bukannya masukkan keseluruhan (sebiji-sebiji) telur sekali gus dalam adunan, masa bakar tu tak jadi masalah. Adunan cream cheese pun jadi lebih gebu dan ringan, dan kek tak turun secara mendadak bila tengah sejuk.

***Sebelum ni ada cuba resepi lain, guna fresh cream yang dah dipukul kaku untuk gantikan whipping cream (yang sepatutnya masih dalam bentuk cecair). Dalam resepi tu ada tulis, masukkan telur sebiji demi sebiji, tanpa asingkan putih dan kuning telur. Kemudian masukkan whipping cream (yang masih dalam bentuk cecair). Dan ku gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk kaku. Hasilnya? Kek naik semasa tengah masak dan turun secara mendadak tak lama kemudian dalam oven. Contoh kek ada di sini.

***Kesimpulannya, nak ganti whipping cream dengan fresh cream boleh, cuma tengok resepi dulu. Kalau resepi tu guna kaedah meringue (putih dan kuning telur diasingkan dulu), boleh guna fresh cream yang sudah dipukul kental/kaku untuk gantikan whipping cream. Tak jadi masalah sebab udara dalam meringue akan sebati dengan fresh cream yang dipukul kental/kaku tadi. Kalau resepi menyatakan guna whipping cream( dalam bentuk cecair), boleh gantikan dengan fresh cream yang dalam bentuk cecair (bukan bentuk kental). Tak pun ganti dengan yoghurt je, sebab tujuan guna whipping cream/fresh cream/yoghurt/sour cream/dll. terutama dalam cheesecake serta menggunakan kuantiti yang banyak adalah sebagai thickening agent (agen pemekat). Kalau resepi cuma guna 2-3sb je rasanya tak ada masalah ganti dengan susu segar/sejat, cuma adunan mungkin lebih cair nanti.

10 JUNE 2011: Ramai geng dari Kongsi Resepi@FB dan myresipi.com buat kek ni, kata mereka sedap. Alhamdulillah.. Kadang-kadang kita tengok renyah sikit sesuatu resepi tapi bila menjadi, memang puas hati ;)

27 comments:

Azren Aida said...

Tq kak zack..!! sye dah cuba resepi akak..mmg yummmyyy..!! sedappp dan puas hati..=D

Zack Zachoes said...

welkem~ hehe.. alhamdulillah, sedap eh ;)

nor ashikin said...

sy nk cubalah resepi ni nmpk sedap ngat............... tp nape kurangkn base n bhn2 dia?ok ke ?klu ikut jgk k ke?gune loyang brp inci ni?

Zack Zachoes said...

nor ashikin: sy guna 80g biskut oreo sbb tu je yg tinggal, yg lain anak dh makan. huhu.. kalau gula sy kurangkn sbb guna fresh cream (dia mmg dh sedia manis). kalau blueberry filling pn sebab tinggal bnyk tu je, baki deco cheese tart :) guna loyang 7" pn ok, 8" pendek sikit la kot. sy guna guna 7 1/2".

KB Emily said...

pandai nya masak.lazat tgk

Zack Zachoes said...

KB emily: hehe, tq for the compliment :) takdelah pandai sgt, sikit2 bolehlah..hehe..

RAUDHAH said...

akum, kak, nak tanyer. whipping cream tu putar dulu pas tu timbang 65g ker? x leh tahan tgk cc tu. meleleh air mata dibuatnyer. menikam kalbu. menyentap tekak. hahaha

IbuRafiq said...

sy dah cube resepi ini..tp guna yg u dah update di myresepi ..sedap terima kasih...

Zack Zachoes said...

raudhah: wsalam.. krim tu takyah putar dulu, terus tuang dan timbang dari kotak je :) akak guna yg putar sbb baki deco aritu. sodap ni, nk2 ada rasa blueberry dlm adunan cheesenya. hehehe..

Zack Zachoes said...

iburafiq: wah, terima kasih sebab mencuba :)

fira_nisa said...

as'salam... nampak sedap kek tu...

Zack Zachoes said...

fira_nise: w'salam.. mmmm...mmg sedap, masam-manis dr cheese dan blueberry ;)

Zack Zachoes said...

sori, tertaiping error lak. huhu..fira_nisa

pn.traxex said...

sedapnyer tgk...teringinlak nak bt tp xreti n bnyk skrip sy xfhm..but 4sure ur gud mum :)

Zack Zachoes said...

Pn. Traxex: tak sukar membuatnya sebenarnya :) kalau ada step2 pn. traxex tak faham, insyaAllah sy boleh jelaskan beserta gambar kalau perlu (dan jika ada, sbb sy masih dlm pantang, hehe). pelan2 ya puan, insyaAllah dari tak tahu apa2 boleh jadi tahu kalau kita usaha :) mana yg tak faham atau kurang jelas, bertanyakan pd yg tahu. kami bloggers masakan akan cuba bantu :) tersentuh hati sy dengar puan teringin tapi tak reti..rasa bersalah pn ada, huhuhu..

mata yg berfikir said...
This comment has been removed by the author.
Shuhairi Shuhaini said...

br nmpk blog u sis..ingatkn lelaki heheheh..i copy resepi u ya..tq sis..

Zack Zachoes said...

muehehehe..nama mcm laki ek? ;p boleh boleh, amik jee~ teda hal~

DawaiKokot said...

salam kak...sy br jumpe blog akak ni...nak tnye...adunan ni bleh hasilkan kek bape kg ye?

Zack Zachoes said...

@dawaikokot: w'salam, kalau sudah siap semua, biasa dlm 700g-800g gitu (depends pd deco kita gak)

Branded Outlet BabynKids said...

tq zack...sy br jer try...sgt2 menjadi...sdp...

Zack Zachoes said...

alhamdulillah, sama2 dan terima kasih sbb sudi mencuba ^_^

Crue NetPoint said...

salam .. nape bile bakar .. die jd merekah & kat tengah2 masih lembik .. lately ni bt kerap jd mcm tu ..

Wahidah Ramli said...

huhu....dapat imagine rasa dier macam mane

insantaksempurna said...

nak try la buat ..hihi..

Anna said...

Assalam..kak zack, sy nk tanya. Kalau guna whipping cream, perlu ke pukul dulu whip cream tu? Ke boleh masuk dlm keadaan cair?

Zack Zachoes said...

@crue: w'salam, maybe masalah oven. kdg makin lama oven dipakai (lg2 jenis oven utk home appliance) thermostat kt dlm tu akan makin deteriorate. kena servis sekali sekala. kes ni benar kalau kita terlalu kerap guna oven yg sama for a long period of time. suhu biasa akan lebih tinggi/rendah dari biasa.

tp kalau kadang2 je kena, mungkin teknik kita yg buat dia merekah. jgn overbeat putih telur sampai dia kering (sampai nak kaup balik dlm adunan pun nampak putih telur yang tak gaul sebati). tp biasa kalau merekah tu suhu dlm oven terlalu tinggi, bahagian luar dah masak garing yg dlm masih belum masak. adunan dalam tu akan push keluar, sampai bentuk mcm gunung berapi yg meletus. cuba kurangkan suhu sikit dalam 5C-10C, atau kalau rasa dlm tak masak lg tutup kek dgn aluminium foil. teruskan pembakaran sampai bila loyang digoyang bahagian tengah sudah set dan tak bergoyang sangat (seperti puding).

@anna" w'salam, tak pukul dulu pn ok. takde masalah :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons