Saturday, May 14, 2011

Resepi Baked Chocolate Cheesecake (Kek Keju Coklat Bakar)

Blog demam beberapa hari lepas, tak dapat nak login. Cuma leh tengok dari jauh je, huhu.. Kek ni buat beberapa hari lepas, kononnya nak sambut kepulangan En. Hubby dari kursus aritu kat K.K. Resepi cheesecake kali ni tak menggunakan tepung (sama seperti Baked Blueberry Cheesecake) dan sangat smooth, gebu, dan creamy. Bak kata En. Hubby, tekstur seakan cheese dengan aiskrim. (Dengan kata lain, nenek yang takde gigi pun boleh telan you. Anak yang baru lahir pun agaknya leh telan- cuma jangan diberi, kang kena kejar dek nurse tu kang, haha...)


Apapun, enjoy~

Takde springform/loose pan? Takde hal, ikut cara ini.

UPDATE 17 MAY 2011: Resepi telah diupdatekan ke myresipi.com Baked Chocolate Cheesecake.


Resepi Baked Chocolate Cheesecake (Kek Keju Coklat Bakar)
Diadaptasi dan dimodified dari Anncoo Journal

A slice of chocolate cheesecake

Baked Chocolate Cheesecake


Bahan:
250g cream cheese, suhu bilik
60g @ 1/4C gula kastor
3 biji kuning telur Gred A
3 biji putih telur Gred A
60g @ 1/4C UHT whipping cream, bentuk cecair - ku guna fresh cream yang kental/kaku (again, kes lebihan hiasan kek sebelum ini. Cuma kurangkan gula kepada 50g sebab FC manis)
2 st chocolate paste@chocolate emulco
1 st esen vanila
3 sb @ 30g coklat hitam/dark coklat, dicairkan - ku guna 55% cocoa, jenama Tudor Gold, lebih kurang 10 petak kecil. Ku cair menggunakan microwave. On HIGH 1 minit, gaul sampai cair. Kalau masih tak cair, on HIGH lagi seminit, gaul sampai cair. Takde coklat hitam, coklat masakan pun boleh.
1/2st cream of tartar- optional

Hiasan:
1/8C (atau lebih kurang) chocolate chips - optional

Atau ganache: sapuan yang nipis
1/8C fresh cream + 20g dark coklat yang dicincang dan dicairkan secara double-boiler


Cara:
1. Sediakan loyang bulat 8" ketinggian 2" atau lebih.

2. Alaskan dasar dan sisi loyang dengan baking sheet. Sediakan base biskut (ku tak buat, En. Hubby tak suka base biskut sebenarnya *.*)

3. Panaskan oven suhu 160C.

4. Dalam bekas besar, pukul cream cheese dengan 30g gula kastor hingga sebati. Masukkan whipping cream@fresh cream, chocolate emulco, esen vanila dan pukul pada kelajuan sederhana hingga smooth dan gebu (ku guna whisk telur je).

5. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul hingga sebati. Masukkan coklat hitam yang telah dicairkan, gaul rata.

6. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).

7. Ambil satu dua senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.

8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak).

9. Taburkan chocolate chips (jika mahu) dan balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake untuk 50 minit (NB: loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah. 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan untuk dapat permukaan atas yang terbakar rata).

10. Keluarkan dari oven dan sejukkan kek dalam loyang 5 minit di atas redai, sebelum dikeluarkan dari loyang dan dibiarkan pada suhu bilik. Dah sejuk, simpan dalam peti sejuk sebelum dituang ganache. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Taufiq suka lak walaupun cheese (mungkin sebab rasa coklatnya) Hmmm...

Chocolate cheescake yang sedang disejukkan dalam loyang. Choc chipsnya cair lak, haha..


TIP:
***Cheesecake jenis ni tak perlu dicucuk dengan lidi untuk test dah masak ke belum. Cukup sekadar tengok permukaan atas agak kering (tapi jangan sampai merekah). Kalau cucuk pun confirm basah sebab jenis cheesecake ni tak guna tepung.

***Jangan sejukkan cheesecake secara mendadak (cth: pasang kipas, terus keluarkan dari loyang tanpa didiamkan dahulu dalam loyang, dibiarkan sejuk dalam keadaan yang jauh lebih sejuk dari suhu oven dll.). Nanti permukaan kek akan merekah dan kecut secara mendadak.

***As like any other cheesecakes, kek ni akan kecut sikit semasa proses penyejukan tapi tak adalah terlalu kritikal. About 1cm or less.

21 comments:

izahdaut said...

ya Allahh.. sedapnya kombinasi ni.. cheese n coklat... diet tak yah ingat kan sambil ngunyah..hehehe

Zack Zachoes said...

hehe, mmg hilang terus semua diet bila mkn kek cheese+coklat ni kak ;)

eL@iNe@세실리아 일레인 said...

best pla bila dapat banyak inspirasi buat kek..byw thank sebab berkongsi resipi...

Zack Zachoes said...

elaine: hehe, mmg best ^_^ no problem, saje kongsi-kongsi..manatahu ada yang mencari resepinya juga ;)

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

hai salam kenal
sedap nampak ciskek ni ingat2 nak try kita ambik resepi dulu yer

Zack Zachoes said...

@Dapur kecil ku: hai.. boleh je kaalau nk amik~ ;)

fawwaznuha said...

assalamualaikum sis..
salam kenal..suka sangat singgah sini..
sy baru buat resepi ni semalam..cuma sy buat x bubuh dark choc..so jadi cheesecake aje la kan...
cuma sy musykilah..kenapa sy buat kek ni kecil je..tak naik tinggi..rasa sedap dh..macam SR punye cheesecake..sy guna loyang 6" je pasal loyang lain 8"++...x yakin nt lagi rendah kek sy huu..baki adunan saya bubuh dlm cup..(sy sja eksperimen bakar tanpa waterbath nk tgok pe jadi)..
nak minta copy resepi ye...

Zack Zachoes said...

@Fawwaznuha: waalaikummussalam.. salam kenal dan terima kasih ^_^ sy guna loyang 20cm, keknya aritu tinggi lebih kurang 2". kalau adik guna 6" patutnya lebih tinggi, paling-paling 3" agaknya. biasa kalau kek yang guna leaven/menaik guna putih telur (meringue) ni, kalau dia tak tinggi ada beberapa sebab:

1) adunan meringue tak dipukul hingga kental tp masih cair sedikit
2) masa kaup balik meringue ke dlm adunan cheese, mungkin terlebih sgt gaul sampai udara dlm meringue tu bnyk hilang. cheese pun berat, jd mungkin masa gaul dia tak terlalu sebati dgn meringue dan susah sikit nk naik tinggi ketika bakar.

hmm..secara offhand ni jela yg akak dapat fikirkan. dr pengalaman akak, kek yang guna kaedah meringue ni plg kena jaga cara kita kaup balik dia, dan masa pukul putih telur tu jgn terlebih sgt (sampai dia jadi kasar dan hilang 'glossy look'/kilat dia).

dhiya said...

salam, kak zack..ape khabar..harap sihat ye...dhiya nak tanye sikit, untuk resepi ni, kalo xtaruk cream tarta dlam meringue tu bole x? ape jadi nnti ye..:)
ape fungsi cream tarta tu sebenarnye kak? sebab dya tengk de jugak resepi lau buat meringue xyah letak cream tarta tu..

Zack Zachoes said...

w'salam, agak kurang sihat sikit. baru balik dr berjalan ni, hehe.. cream of tartar tu cuma nk bg meringue/putih telur tu tahan lebih lama ketika kita gaul dlm adunan dan ketika bakar. jd kek tak mudah turun. tak letak pun takpe, sbb sekarang akak dh tak guna cream of tartar (agak was2 pula skrg, wallahu 'alam tak berani nk komen panjang2). akak skrg kek ni ganti dgn jus limau nipis/kasturi/lemon je, sbb dia cheese jadi guna lemon pn ok, rasa masam2 tu. sikit je guna dlm 1/2st je sbb masam sgt pn takut lari rasa coklat dia. harap membantu ^_^

shaa kamaruddin said...

salam akak..sy bru bljar bt kek..sy suka blog akak..sgt membantu..akak, sy nk tanye 1/8C tu brape?? C tu ape sbnrnyer?? (^_^)

Zack Zachoes said...

w'salam,
C tu Cup atau Cawan. cawan khas untuk sukat bahan. biasa org panggil measuring cup (yg sudu panggil measuring spoon). 1C@1Cawan tu bersamaan 250ml, 1/8C tu lebih kurang 30ml.

1 sudu besar = 15ml
1/8 cawan ~ 30ml
jadi 1/8 cawan = 2 x 1 sudu besar

Mesra Muslimah said...

akak..cocoa solid tu mcm mana ek..55% tu kena check kat ingredient dulu ke?

Zack Zachoes said...

@mesra musilmah: cocoa solid tu mcm satu bahan yg rasa pure coklat. kalau kat packaging biasa akan tulis (kecuali kalau beli yg repackage mcm kt kedai bakeri). kalau takde takpe, leh ganti dgn chocolate compound biasa mcm Colatta atau Beryl's. rasa dia ada sikit beza tp still sedap.

Mesra Muslimah said...

Tq kak..resepi akak dh jd resepi wajib buat setiap minggu..mmg puas hati n sedappp=)

Zack Zachoes said...

sama2, alhamdulillah kalau menetapi citarasa Mesra Muslimah ^_^ hehe, and tq for trying ;)

Mesra Muslimah said...

Dh byk kali buat..tp terfikir nk tanya..time nk masukkan whipping cream tu.. Dlm bentuk cecair ke @ yg dh dipukul kental.. Sblm ni sy buh dlm bentuk cecair je

Zack Zachoes said...

@mesra muslimah: sebenarnya dua2 pn boleh takde masalah :) sbb ikutkan lama2 bakar cream yg dipukul tu tetap akan cair dan turun sikit lepas bakar. jd dua2 pn ok

Mesra Muslimah said...

hehe..tq kak..so sy akn truskn spt yg biasa bt sblm ni la..mmg mabeles..tq2=)

Mesra Muslimah said...

Kak.. Nk tanya.. non-dairy & dairy whipping cream apa beza ye..

Zack Zachoes said...

@mesra muslimah: sama2 ;)

whipping = putar
cream = krim
dairy = tenusu (apa2 produk yg berasal dr lembu/kambing/binatang yg boleh menghasilkn susu)
non-dairy = bukan tenusu

non-dairy whipping cream = krim yang boleh diputar dan hasilnya BUKAN dari binatang yg boleh menghasilkan susu. kebiasaannya dr kelapa sawit, rasanya pun manis dan kurang lemak berkrim. sesuai untuk dekorasi kek.

dairy whipping cream = krim yang boleh diputar dan hasilnya dari binatang yg boleh menghasilkan susu. biasanya dari lembu, rasa tawar, rasa seolah2 seperti susu tapi lebih lemak berkrim. tak sesuai untuk dekorasi kek sbb tak tahan lama pd suhu bilik (ada gelatin, 5-10 minit okla dia masih keras).

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons