ENTRY AUTO-UPDATE: Tuan empunya blog Aku.Zack@zachoes.blogspot.com sedang cuti bersalin/rehat untuk beberapa minggu/bulan/tak pasti(?). Hehe..
Chocolate transfer sheet ni biasa guna dikala malas nak fikir deco kek macam mana. Hehe.. Satu sheet sebesar A4 paper ada la dalam RM2.50 zaman dulu-dulu (sekarang ni tak tahulah, mungkin dah naik harga). Nak guna pun tak susah mana, cuma cairkan coklat secara double-boiler lepas tu sapu atas sheet ni.
Apapun let's skodeng cara simple di bawah~
Cara Guna Chocolate Transfer Sheet

Chocolate Transfer Sheet
Bahan dan Alat:
Coklat transfer sheet Saiz A4 - ku ada corak yang berwarna kuning dan satu lagi berwarna perang
Dark coklat - untuk corak transfer sheet berwarna kuning/cerah
White coklat - untuk corak transfer sheet berwarna perang/gelap
Spatula panjang
Cara:
1. Letak chocolate transfer sheet dengan permukaannya yang kasar di atas satu permukaan yang rata (meja, contohnya). NB: Transfer sheet ada dua permukaan, satu permukaan bercorak (bila dipegang rasanya agak kasar) dan satu permukaan tiada bercorak (rasanya licin). Biar permukaan kasar@bercorak menghadap anda.
Chocolate transfer sheet dengan corak warna kuning (belum dikeluarkan dari plastiknya)2. Cairkan coklat masakan (atau coklat kompaun) secara double-boiler (iaitu hirisan coklat dalam bekas tahan panas, letakkan bekas di atas periuk berisi air mendidih atas dapur gas dan gaul hingga coklat cair).
3. Sudukan coklat cair di atas transfer sheet tadi. Kemudian sapu rata-rata menggunakan spatula panjang. Pastikan spatula tidak kena pada permukaan transfer sheet bagi mengelakkan coraknya terosak.

Telah disapu dengan coklat cair
4. Angkat hujung transfer sheet dan alihkan pada permukaan yang bersih (biasanya masa sapu coklat, tepi-tepi sheet tak berapa kemas). Tunggu ia keras/set sikit kemudian gunakan pisau yang tajam untuk lorek dalam bentuk anda kehendaki (NB: boleh potong bentuk petak, segitiga, mahupun bulat. Untuk bentuk bulat, lebih mudah guna cookie cutter besi/stainless steel yang dicelup dalam air panas dan dilap kering kemudian tekap atas sheet).

Ada dua, yang kiri coraknya berwarna perang. Kanan pula coraknya berwarna kuning. Biar warna corak dan coklat cair kontras, baru nampak menonjol
TIP:
1. Jika sapuan coklat adalah nipis, pastikan coklat masih belum set/keras sepenuhnya sebelum anda mencetak/memotong atasnyakerana ia lebih mudah retak ketika dialihkan.
2. Jika sapuan coklat lebih tebal, anda boleh menyimpannya dalam peti sejuk selama 5 minit sebelum memotong atau mencetak diatasnya kerana ia tidak tidak mudah retak.
VIDEO YOUTUBE: Cara guna chocolate transfer sheet:
VIDEO YOUTUBE: Cara potong/lorek corak atas chocolate transfer sheet:
VIDEO YOUTUBE: Cara cetak bentuk atas chocolate transfer sheet:
Sunday, July 17, 2011
Zack Zachoes
Posted in: 



3 comments:
mmg hebat..belum bersalin lg ke..
Assalamualaikum zack.. apa kbar? keluar ward dah ker?
bab2 mendeco nie mmg zack pakar... suka tgk kek yg d deco oleh zack.. cantik
terima kasih :) sy cuma kongsi yg mana sy tahu.. takdela selawa mcm kedai kek, hehe..
Post a Comment