Monday, October 10, 2011

Deco dan Hiasan: Menghias Kek Barbie Doll Fresh Cream [Serta Video Youtube]

Alhamdulillah, terlepas juga hajat di hati nak buat kek Barbie Doll dan bagi kat kawan. Hehe.. Keknya kali ni guna kombinasi kek Slice cheese cake (resepi onigiri di myresipi.com) dan kek chocolate moist kukus yang biasa ku buat untuk tempahan. Ingat nak buat top-to-bottom guna Japanese Souffle Cheesecake tapi fikir patung ni jenis ada kaki, bukan yang jenis tinggal cucuk je. Sebab tu takut tak sesuai sebab JSC terlalu lembut, dikhuatiri  keknya akan tumbang dalam perjalanan nanti. Dasar kek ku buat guna 1kg choc moist sebab ia lebih firm dan atasnya pula slice cheese cake.

Tuan punya kek masa nak amik ni pun terdiam (tak tahu sebab apa, mungkin terkagum sebentar. Ececece..) Apapun puas hati gak sebab dapat deco cumil-cumil macam ni ;)

Tak semua langkah dapat ditangkap, sebab mengejar masa untuk elakkan fresh cream dari cair. Apapun jom kita layan cara deco kek yang simple di bawah~

Kek barbie yang dihias sepenuhnya dengan fresh cream


Cara Ringkas Menghias Kek Barbie Doll Serta Video Youtube

NOTE: Sebelum tu boleh lihat link cara asas membuat kek barbie doll tanpa loyang barbie dollKalau guna barbie doll berkaki, buatkan lubang di tengah-tengah kek sebelum mulakan melapis/stacking kek satu-per-satu dan sebelum dihias.


Kek slice cheesecake+choc moist barbie doll- keliling skirt kek tu cuma calit sikit dengan plastik keras biar nampak macam ada tekstur line sikit

Patung yang ku guna jenis biasa, siap ada baju lagi. Balut dari kaki ke pinggang dengan cling wrap/cling film dahulu:



Buatkan crumb coating dulu (seeloknya kalau guna barbie doll yang berkaki, buatkan lubang ditengah-tengah menggunakan pisau kecil sebelum disapu fresh cream):



Video cara melicinkan permukaan skirt kek barbie doll menggunakan kertas keras:




Video cara membuat 'ruffles' atau corak beralun pada keliling bawah skirt barbie doll menggunakan sudu@ice-cream scoop besi:



Cara membuat kotak untuk penghantaran kek barbie doll:

Kotak kek untuk kek barbie doll. Pastikan kek barbie doll jangan terlalu tinggi sangat. Juga pastikan saiz cakeboard sama saiz dengan kotaknya untuk elak bergoyang ketika penghantaran

P/S: Ku buat kek ni sempena mengingati saat ku pertama kali membuat kek barbie doll masa mengandungkan arwah anakku Nurfatihah Humairah aritu. Kebetulan kawan birthday anaknya hari ni, jadi ku sedekahkan kepadanya :) Al-Fatihah buat puteri mak... (sila jangan terasa sebak atau sedih, kalau tak saya nangis nanti :P huhuhu..) My baby..nothing I do will ever bring you back..Allah lebih sayangkan kau.. :)

12 comments:

Ann@Anncoo Journal said...

What a beautiful Barbie doll cake. Thanks for sharing the step by step. Will make one for the girl birthday:)

Zack Zachoes said...

Thanks for the compliments ;) No problem, bet your cake will turn out more beautiful than mine ;) hehe..

cinnamon.com said...

anak perempuan saya suka,barbie ni,kalau kek rasanya,dia tak sanggup makan..heheh

Zack Zachoes said...

hehe, barbie leh wat main, keknya leh dimakan ;) kalau simpan syg la kek tu nnt, huhuhu.. cian dia..

Ida,Japan said...

slm zack...sgt kemas deco kek princess dia...cantik sgt, akak baru smlm deco satu kek princess utk anak akak...comot2 jer zack..

Zack Zachoes said...

w'salam.. hehe, cantik apa kek yg akak buat tu ;) hehehe..warnya terang. anak sy kata 'kuniiiing'. hehe.. sy buat takdela cntik sgt, bnyk lg nk kena bljr tu. hehe.. apapun tq ;)

nam@along said...

salam..cantik kek barbie doll nie..tangan zack ni kreatif la..deco yg buat sedap mata memandang apatah lagi rasa dgn gabungan 2 jenis kek..pasti enak!!

Zack Zachoes said...

w'salam.. hehe, makaseh.. masih bnyk benda nk kena betulkn tu, masih lambat nk deco2 guna fresh cream ni. tangan hangat sgt, huhu..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum zack..
cantiknya kek nie zack.. akak cukup kagum ngan kebolehan zack deco kek.. semuanya nampak indah d mata akak.. cantik sgt

Zack Zachoes said...

waalaikummussalam kak Diana :D

alhamdulillah, terima kasih :) hehe, belajar buat lain sikit ni kak, biasa guna nozel je buat ruffle kt skirt dan kek. ni testing lain sikit, nk bljr guna mcm2 cara. hehe.. akak punya gmbr masakan semua apa kurangnya, nampak sgt best nk dimamam ;) hehehe..

Nor Haryati said...

Assalamualaikum

Zack nak tanya mcm mana nk bg fc tu cantek licin xberongga2..adakah semasa memukul krim

Zack Zachoes said...

waalaikumussalam,
aah time pukul paling kritikal. kalau dia berongga, mungkin kita:
- terlebih pukul. biasa sy pukul low-medium speed (mixer baru laju sikit), pukul jgn jap kiri jap kanan, nnt bnyk udara besar masuk fc. putar satu arah je. dia nampak hilang kilang, tak jatuh bila terbalikkan bekas (mcm buat meringue), kira ok dah boleh guna tu.

Kalau rasa mcm terlebih pukul/overbeat, boleh tuang dlm fc yang cecair pastu putar perlahan bagi dia cair balik. insyaAllah dia ok balik :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons