Sunday, February 20, 2011

Resepi [Homemade] Laksa Tepung Beras

2

Rehat buat kek tapi masak tetap kena masak. Anak dalam perut dah berbulan nak makan laksa tapi ndak tau mana mo cari laksanya :P

Nak order yang dah siap masak, takut terlampau pedas, nanti sakit perut. Takde acuan laksa atau maruku ingat nak tangguh hingga dapat spaghetti maker. Tapi ntah bila la dapat ntah, haha.. Tawakal jela guna acuan buat biskut (ala, yang jenis pamkan doh dari acuan 'pistol' tu). Nasib baik adunan tak sekeras nak buat mee kuning jadi oklah, bolehlah ditekan. Wahahaha..

Kuah laksa ku ambil dari website www.myresipi.com, resepi Lizacomel@myresipi.com (http://www.myresipi.com/top/detail/4800). Tak nak upload gambar sebab ulam-ulamnya seciputtt je (kes guna apa je ada dalam peti sejuk, haha...) Tapi kalau ikut resepi betul-betul, insyaAllah sodap la laksa penang you nanti :p


[Homemade] Laksa Tepung Beras [Guna Acuan Biskut] (http://letsdineout.blogspot.com/2008/07/laksa-beras-step-by-step.html)

Laksa tepung beras yang dah masak


Bahan-bahan: (3 orang- ku buat separuh resepi)

2C tepung beras

1/4C tepung ubi (ku guna tepung kanji)

2 1/2C air panas mendidih (betul-betul boiling water)

secubit garam

acuan laksa/maruku (ku guna acuan biskut je)

sedikit minyak

pengukus

Cara:

  1. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.
  2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, sambil mengacau (dengan sudip) tepung supaya sebati dengan air. Gaulkan tepung dan uli hingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh (mungkin melekit-lekit sedikit).
  3. Kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam acuan (elok lengser acuan dengan bekas pengukus dengan minyak untuk elak melekat). Tekan hingga menjadi bentuk mi hingga habis (ku guna acuan biskut yang jenis berlubang-lubang. Lubangnya pun agak besar jadi laksa pun besar sikit, huhu...)
  4. Panaskan air dalam pengukus dan kukus 2-3 minit bergantung kepada jumlah (dan saiz) laksa tersebut (ku kukus rasanya 5 minit, tapi bila rasa macam kurang masak ku sambung rebus dalam air mendidih hingga masak).
  5. Keluarkan dari pengukus dan basuh bawah air sejuk supaya tak melekat (step ni sangat penting sebab ku perasan kalau biarkan je laksa akan terus memasak walaupun siap dikukus. Nanti laksa jadi berderai/putus sangat).
  6. Bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan.

N/B: orang kata laksa ni nak nampak cantik tak hancur elok dikukus, bukan direbus. Tapi dalam kes ku ni ku buat dua-dua :P

Gumpalan adunan tepung beras

The culprit - acuan biskut raya (hahaha...)
P/S: Elok guna yang stainless steel punya sebab yang plastik ni pun rasa tak tahan lama kalau asik kena paksa bekerja keras :P

Laksa tepung beras yang belum dikukus atau dicelur