Wednesday, March 30, 2011

Resepi apple pie/apple puff

Walaupun rupanya tak seindah dan sekembang mana, tapi puas hati sebab dah cuba tackle obstacle yang agak mencabar dalam membuat pastry ni. Huhuhu..

Hasil dari homemade puff pastry semalam, ku jadikan sebagai apple pie atau apple puff, konon macam McD la (walaupun takde la rupa sangat macam McD, haha..) Resepi inti yang simple, menggunakan dua biji buah epal berkulit merah. Kandungan gula bergantung pada kemanisan epal yang digunakan.


Resepi apple pie/apple puff

(6-8 biji puff bergantung pada inti)



Apple pie/puff using homemade puff pastry


Bahan inti:
2 biji epal merah, kupas kulit dan didadu
1sb gula pasir (atau lebih bergantung pada kemanisan epal)
1sb gula perang/brown sugar
1sb butter
1sb tepung gandumsecubit serbuk kulit kayu merah@ cinnamon powder
sedikit air
kuning telur, dikocok sedikit untuk tujuan melekatkan dan mengilatkan pastry

3-4 keping puff pastry ready-made/home-made


Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.
2. Masukkan gula perang, gula pasir, serbuk kulit kayu manis, dan epal yang dicincang tadi.
3. Masukkan sedikit air (sekadar leh tutup epal) dan tepung gandum.
4. Kacau hingga pekat dan epal sedikit lembut. Sejukkan pada suhu bilik.
5. Ambil satu keping puff pastry, potong kepada dua.
6. Letakkan sedikit inti di tengah-tengah satu bahagian pastry. Sapukan kuning telur keliling tepi pastry.7. Ambil bahagian yang lagi satu, lekatkan di atas pastry yang berinti. Tekan-tekan keliling pastry dengan garfu.
8. Buat satu kelar kat atas pastry dengan pisau tajam/gunting. Sapu kuning telur atas pastry tersebut.
9. Buat hingga semua inti/pastry habis.
10. Rehatkan dlm peti sejuk 10-15 min.
11. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, 190C untuk 15-20min atau hingga pastry keperangan.


Untuk resepi dan step-by-step homemade all-butter puff pastry ada kat sini.

Apple puff yang telah dibedah siasat

Simple apple pie/puff

Resepi Homemade Puff Pastry Doh [guna butter sahaja dengan gambar step-by-step]

Gagaga..

Tak dapat ku terima kenyataan susah nak cari puff pastry ready-made kat Tawau. Walaupun ada yang cadangkan guna pratha puff je, as always baik susahkan diri dengan belajar buat sendiri. Hahaha..

OK, truth be told, nearly every blog I go to say that puff pastry is a taboo- leceh nak buat, makan masa berjam-jam, buang masa baik beli ready made dan lain-lain. Leh kata sampai ke ceruk lubang cacing ku cari puff pastry yang guna butter sepenuhnya, tanpa guna pastry margerine. Garuk-garuk janggut (yang tak wujud) macam mission impossible je kalau guna butter sepenuhnya, lagi-lagi keadaan cuaca kat Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun. Ni yang ku dapat tangkap berdasarkan blog-blog/nasihat-nasihat yang tertulis dalam Bahasa Melayu la. Google dalam Bahasa Inggeris, yang rajin guna all-butter ni cuma mat salleh (of course) dan juga Chinese.

Hmm... Awat, susah nar ke nak buatnya? Sejujurnya ku cakap, tak susah mana pun, cuma anda perlu kesabaran yang [teramat] [amat] tinggi bergelut dengan keadaan cuaca yang panas kat sini. Kalau dapur tu ada air-cond tu lain ceritalah. Ni kes kalau anda keras kepala (macam saya) nak guna butter tanpa pastry majerin dan bekerja dalam dapur tanpa air-cond. Terlampau excited (macam saya) anda mungkin dapati butter akan cepat cair dan terpaksa bergelut dengan nafsu dari uli cepat-cepat. Kalau tak excited, takut give-up lak di tengah-tengah medan peperangan. Huhuhu.. [Tapi serious, memang mencabar nak membentuknya guna butter. Hmm.. Lain kali ada masa akan ku eksprimen lagi. Buat masa ni, nak buat benda lain pula. Hehe..]

Resepi di bawah dah diseparuhkan dari resepi asal. Alang-alang dah nak susahkan diri, baik buat resepi penuh sebab masa yang diguna untuk merehatkan doh tetap sama- 30min setiap lepas diuli. Cara-cara telah diubah-suai sedikit mengikut apa yang saya baca dalam Internet dan lihat dari video Youtube.


Resepi Homemade Puff Pastry Doh [guna butter sahaja dengan gambar step-by-step]



Homemade puff pastry

Bahan:
(Bahan-bahan di bawah telah diseparuhkan dari resepi asal)

125g tepung gandum
125g butter sejuk (cold butter) - untuk max taste, guna pure butter seperti SCS, Golden Churn, Anchor. Takde, leh guna lepa susu cuma jumlah air mungkin perlu dikurangkan nanti sebab kandungan air dalam lepa susu memang lebih tinggi
75ml @ 75g air sejuk (dari peti sejuk)
1/2st butter, dicairkan
Secubit garam

Cara:
Base doh:
  1. Dalam satu bekas besar, masukkan tepung gandum, garam dan butter cair. Gaul rata.
  2. Masukkan air sejuk, sedikit demi sedikit, sambil buat putaran dalam campuran tepung-garam-butter dengan hujung jari anda.
  3. Uli dengan menggunakan penumbuk (fist) hingga satu doh lembut, elastik dan smooth terbentuk (saya tak habiskan air, mungkin guna 73ml je. Jangan terlebih air, nanti dohnya susah nak diuli dan jangan juga terlebih uli).
  4. Bentukkan doh satu bola, balut dengan cling film dan simpan dalam peti sejuk (bawah) selama 10 minit.

Butter block:
  1. Sementara itu, ambil butter yang sejuk dari peti sejuk dan potong dalam bahagian-bahagian kecil dengan ketebalan lebih kurang setengah inci.
  2. Letak di dalam cling film (atau plastik/baking paper) dan ketuk-ketuk guna hujung rolling pin. Pastikan tiada ketulan butter yang besar (sebab susah nak dicanai nanti).
  3. Bentukkan butter yang masih sejuk tapi still pliable tersebut kepada bentuk segiempat sama.
  4. Lumurkan dengan sedikit tepung dan balutkan dengan cling film. Ketepikan.

Assembling the base doh-butter block:
  1. Keluarkan base doh. Potong guna pisau tajam bentuk 'X' di atasnya tapi jangan sampai terputus.

  2. Lipatkan ke belakang keempat-empat hujung doh tersebut hingga bentuk seperti kelopak bunga/telinga. (NB: Kalau kurang yakin ketepikan sedikit base doh dahulu untuk tutup mana-mana bahagian yang mungkin ternampak masa mencanai nanti).

  3. Gunakan rolling pin dan canai kelopak-kelopak doh tersebut. Pastikan bahagian dalam doh lebih tebal dari yang kelopaknya.

  4. Ambil butter blok dan letakkan di bahagian tengah base doh. Pastikan doh lebih besar dari butter blok dan cukup untuk membaluti seluruh butter tersebut.

  5. Lipatkan kelopak-kelopak doh ke bahagian tengah butter hingga kesemua butter ditutupi dengan rapi. Pastikan tiada butter yang kelihatan.

  6. Simpan di dalam peti sejuk (bawah) untuk 5-10 min untuk elak butter cepat cair.
  7. Taburkan tepung di atas meja dan letakkan doh. Taburkan lagi tepung di atas doh.
  8. Ketuk-ketuknya dengan perlahan guna rolling pin bagi meratakannya (flatten it).
  9. Canai dalam bentuk segiempat tepat dalam ukuran 7" x 15" (lebih kuranglah). Jangan canai terlalu nipis, takut nanti butter terkeluar. Mana-mana bahagian yang ternampak butter boleh ditutup dengan doh berlebihan tadi. Canaikan biar bahagian melintang/horizontal lebih panjang (15") dari menegak/vertical (7").
  10. Sapu/brush away tepung yang berlebihan di atas doh untuk elak pastry terlebih keras.
  11. Ambil satu hujung doh dan lipatkan ke 2/3 bahagian segiempat tepat tesebut.

  12. Ambil hujung satu lagi dan lipatkan hingga terbentuk seperti sebuah envelope. Langkah ini dipanggil 'single turn'.

  13. Balut doh dalam cling film dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30min (masa asal ditulis 15min tapi terlalu sekejap sangat. Ku mula-mula test 15 min tapi butter masih cair, 25 minit ok sikit).
  14. Seterusnya lakukan '2 turn'.
  15. Taburkan tepung di atas meja. Letakkan doh 90 darjah dari kedudukan asalnya tadi (biarkan bahagian yang melintang/horizontal lebih panjang dari melintang/vertical).

  16. Taburkan tepung di atasnya dan ulangi langkah mencanai-menyapu lebihan tepung-melipat envelope-merehat. Sentiasa pastikan bahagian melintang/horizontal doh lebih panjang dari menegak/verticalnya.
  17. Lakukan turn yang ke 3 hingga ke 6. Pastikan tiap kali sebelum nak mulakan turn yang baru, doh tersebut dipusingkan 90 darjah dari kedudukannya yang asal (iaitu kedudukan di mana selepas anda bentukkannya jadi envelope. Sebab kalau tak pusingkan nanti butter boleh terkeluar dari tepi-tepi doh. Percayalah, leh menangis dibuatnya nanti).
  18. Selepas turn yang ke-6, balut doh dengan cling film dan simpan dalam peti sejuk bawah untuk 30 minit. Maximum turn adalah 7.

  19. Kalau nak guna terus, canai doh nipis-nipis dan tutup dengan baking paper/plastik wrap. Simpan sekejap 20 minit dalam peti sejuk untuk merehatkannya sebelum boleh digunakan (doh yang tidak direhatkan dahulu sebelum digunakan menghasilkan puff pastry yang melonjong masa membakar).
  20. Kalau tak nak guna lagi, canai doh nipis-nipis, potong saiz yang sama, dan simpan dalam freezer. Lapikkan satu plastik/baking paper antara doh-doh tersebut.
*Kalau tak nak guna butter sepenuhnya tapi nak guna pastry majerin, leh skodeng kat blog Cik Mat Gebu di sini.

TIPS:
- Sebaiknya masa mencanai tu pastikan dapat bentuk segiempat tepat yang cantik supaya butter dapat diagihkan ke keseluruhan doh.
- Pastikan butter blok dan base doh berada pada suhu dan konsistensi yang sama untuk elakkan butter mudah terkeluar semasa mencanai.
- Rehatkan doh untuk 30 min sebelum memulakan turn yang baru.
- Pastikan doh sentiasa berada dalam keadaan sejuk.
- Sentiasa rehatkan doh sebelum hendak dipotong dan dibakar.
- Setiap kali sebelum nak lipat jadi envelope, brush away/sapu lebihan tepung yang terlekat diatas doh untuk elak terlebih tepung (nanti tak lekat pula antara layernya).

Video youtube cara buat puff pastry:

Monday, March 28, 2011

Resepi Burger Malaysia dan juga Donut

I decided to make some burger Malaysia (and donuts for Taufiq) for teatime. Didn't have any bread flour in hand, so I decided to try some recipes that uses plain flour/tepung gandum instead (couldn't be bothered to waste RM4.50 on a kilo of bread flour; who knows when I have the energy to knead again after this?)

This recipe turned out suprisingly soft inside with a crunchy outer texture, even when cold. I think breads that have eggs and milk powder in it tend to yield a softer texture, regardless whether you're using bread flour or all-purpose flour. And the right technique in kneading may also play a part in the texture of the breads/donuts too.

Half the dough I fried into donuts, while the other half I made into mini burger Malaysia buns. Couldn't bother to shop for cucumbers so I just stuffed 'em with leftover sambal ikan bilis. Some I fried to eat for teatime, while the others I half-fried and froze for tomorrow's breakfast (it pays to stash ahead) *wink wink*

Highly recommended by yours truly. And a big thank you to the original tuan punya resepi, kak Ros.

Resepi Burger Malaysia dan juga Donut

sumber: http://www.jintanmanis.com

Mini burger Malaysia tanpa timun :P

Donut lembut dan gebu di dalam, rangup sedikit di luar

Bahan:

250g tepung gandum

1 sb susu tepung/skim milk (ku guna susu tepung instant)

1/2 biji telur (ku guna separuh Gred A), dipukul sedikit

80-90ml @ 80-90g susu soya (ku guna air suam biasa)

1 1/2 sb majerin (ku guna Daisy)

1 sb besar gula (ku guna gula kasar)

4g @ 1 1/2 st yis segera (ku guna SAF Instant Ragi, boleh juga guna Mauripan dll.)

sambal ikan

hirisan timun

Cara:

  1. Bread maker: Masukkan bahan-bahan ke dalam BM dan tunggu siap, kemudian boleh diteruskan.
  2. Uli guna tangan: Masukkan tepung gandum, susu tepung, majerin, dan yis ke dalam bekas besar. Gaul hingga semua bahan rata. Buatkan lubang ditengah-tengah, tuangkan telur dan sebahagian dari susu soya/air suam. Gaulkan guna hujung jari, sambil masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tak melekat di tangan (mungkin tak guna kesemua 90ml air. Ku guna lebih kurang 85ml je dan ku uli dalam 10-12 minit).
  3. Bulatkan doh menjadi satu bola besar, lumurkan sedikit minyak/majerin pada doh dan dasar bekas (ni ku tambah nak elak doh melekat masa mengembang), tutup dengan cling wrap/kain lembab, dan biarkan ia naik 2x ganda lebih kurang 40 min - 1 jam.
  4. (NB: ku panaskan oven pada suhu paling rendah, lebih kurang 40C, dan biarkan doh terperap di dalamnya selama 45min. Selalu kalau buat roti/donut memang guna cara ni je tak kira hari sejuk atau panas. Jangan perap pada suhu lebih dari 50C sebab aktif yis akan mula mati pada suhu tersebut).
  5. Tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin. Untuk membuat burger Malaysia, bahagikan doh kepada beberapa bulatan yang sama besar dan biarkan hingga ia naik 2x (tak sampai 20 min rasanya). Untuk donut, canai doh setebal 1cm dan terap guna penerap donut. Biarkan ia naik 2x ganda. Biarkan ia mengembang di atas tray yang ditaburkan dengan sedikit tepung.
  6. Goreng guna minyak yang panas tapi api kecil (untuk elak serap minyak dan tak hangus), angkat dan toskan minyak berlebihan.
  7. Untuk burger Malaysia, potong di tengah-tengah dan isikan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
  8. Untuk donut, salutkan dengan gula kastor (ku guna gula kasar kisar) ketika masih panas.
Donut yang sedia terperap

Resepi Souffle Cheese Cupcake

Hmm.. Rupa-rupanya ada resepi yang tak di'update'kan dekat blog lagi. Padahal dah berbulan-bulan dah buat, haha.. Memandangkan malam ni takde kerja, jadi ambil kesempatan sekejap sementara PC takde orang guna.

Resepi ni simple, rasa cheese yang ala-ala japanese/souffle cheesecake yang biasa ku buat. Cuma dalam bentuk yang lebih cumil dan guna kurang lagi cheese. Gambar kat bawah buat masa untuk hantaran orang dulu, jadi tak nampak tekstur dalam. Cupcakenya tak padat, mungkin tu sebabnya panggil souffle sebab ringan, fluffy dan lembut.

Resepi Souffle Cheese Cupcake (lebih kurang 15-16 medium sized cupcakes)

http://cornercafe.wordpress.com/2009/02/21/souffle-cheesecake-cups/)

Souffle cheese cupcake

Bahan:

125g cream cheese, suhu bilik dan dipotong dadu
60ml @ 60g suhu segar
40ml minyak masak
3 kuning telur (ku guna Gred A)
40g gula kastor
20ml lemon jus (ku tak letak, tak suka masam sangat)
30g tepung jagung

3 putih telur
70 gula kastor

Cara:
  1. Panaskan oven 150C.
  2. Sediakan 15-lohong muffin tray dengan papercups (ku guna souffle cup biasa je).
  3. Letakkan sedulang air panas mendidih di rak bawah dimana akan dibakarkan cheese cupcake tersebut.
  4. Lembutkan cream cheese dengan susu dan minyak secara double-boiler (letak cheese, susu dan minyak dalam bekas tahan panas, letak bekas di atas periuk yang mempunyai air yang sedang mendidih). Ketepikan dari api, kacau guna whisk hingga sebati. Sejukkan pada suhu bilik.
  5. Pukul telur kuning dengan 40g gula hingga sebati. Masukkan jus lemon. Masukkan campuran cream cheese tadi, kacau hingga sebati, kemudian masukkan tepung jagung, kacau perlahan-lahan hingga semua sebati.
  6. Pukul putih telur pada kadar rendah dahulu hingga timbul buih-buih yang kasar. Perlahan-lahan naikkan kadar pukulan mixer pada max, pukul hingga buih bertambah halus. Sambil pukul, masukkan 70g gula tadi sedikit demi sedikit. Pukul hingga stiff peak atau hingga bila bekas diterbalikkan, meringue (putih telur yang dipukul tu) tak meleleh atau jatuh.
  7. Masukkan 1/3 dari putih telur ini ke dalam adunan cream cheese. Kaup-balikkan adunan cheese dengan putih telur hingga sebati. Ulang lagi 2 kali lagi hingga putih telur semua dah sebati dengan adunan cheese.
  8. Sudukan adunan ke dalam papercup/souffle cup sampai hampir penuh (cupcake akan mengembang bila masak tapi mengecut bila tengah sejuk).
  9. Bakar pada rak yang di atas dulang berisi air tadi.
  10. Bakar untuk 35-40min kalau hingga bahagian atas keperangan (ku bakar 30 min, 5 minit terakhir pusingkan tray biar pembakaran lebih sekata).
  11. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihias (atau simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk). Sedap dimakan untuk 2-3 hari pertama.

Wednesday, March 23, 2011

Resepi butter bread pudding [pudding roti mentega]

Buat pudding roti untuk makan ringan malam ni. Sedap gak. Dulu ada nah buat tapi ntah berapa tahun tak ingatlah. Rasanya sedap sebab ada karamel/gula hangus kat bawah pudding jadi terasa macam makan pudding telur tapi with more body. Ahaks.

Resepi butter bread pudding (yani@myresipi.com) 5-6 org

Butter bread pudding yang kedua, dibakar saja


Butter bread pudding pertamku yang kena kukus + bakar

Bahan: (saya buat separuh adunan)

Karamel:
1/2 cawan gula
2sb air
2sb air suam

Pudding roti:
2 keping roti (saya buat 1/2 adunan tapi guna 4 keping roti sebab rasa tak cukup)
butter (untuk lengser lacuan dan sapu atas roti)
4 biji telur (ku guna Gred A)
600ml susu cair/susu segar (ku guna air+susu tepung je sebab takde susu lain)
8 sudu besar gula halus (ku guna gula kasar tapi kurangkan sukatan)
sedikit esen vanila
sedikit kismis (optional)

Cara:
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit (ku toast dulu baru sapu butter). Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi. (ku tak tapis tapi pastikan memang betul2 sebati)
  5. Letakkan kepingan roti yang dah ditoast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Steam-bath selama 40 min. NOTE: ku salah interpret, ingatkan kukuskan macam biasa rupanya kena steam-bath. Bila kukus pudding tetap masak cuma sangatlah mengembang. Nak selamatkan keadaan ku bakar dalam oven, tak steam-bath, sampai atasnya garing. Sedap gak, lemak-lemak basah (tak terlalu kering) dan very nice. Even Taufiq yang tak berapa kena pudding lembik-lembik pun suka.

Dah dibedah siasat

Resepi Choux Pastry for Cream Puffs/Eclairs/Churros

Cream puffs do not abide [however slightly] warm fillings.

I made mine using a custard filling, and because I was in a hurry, I didn't like mine go cold before I piped them in the cream puffs. Which turns out a BIG mistake.

I already knew before this was a no-no for cream puffs as the residual heat of the fillings will make the puffs turn soggy. Before I knew it, instead of having a delicate crunch-smooth texture, I was swallowing down something that tasted extremely like a kaya ball. So next time if I want to make some kaya balls, I know where to go wrong *sigh*.

So what's a choux pastry? BTW, it's pronounced as 'shoo' or 'shoe'. According to the trusty ol' Mr. Google, a choux pastry "...is a light pastry dough used to make profiteroles, croquembouches, eclairs, French crullers, beignets, St. Honoré cake, Indonesian kue sus, and gougères. It contains only butter, water, flour, and eggs. In lieu [or in stead] of a raising agent it employs high moisture content to create steam during cooking to puff the pastry. Choux pastry is usually baked but for beignets it is fried."

This is the second time a made a choux pastry. First time I used kak Yani's (http://www.myresipi.com/top/detail/235) recipe a year back, this time I used another recipe, about the same but with less amount of eggs. I had some trouble piping with the recipe having more eggs (the pastry didn't hold its shape well), then the pastry using less eggs. However, it's up to you which recipe to use. Both tastes the same. Maybe yours will turn out better then mine in terms of appearance (haha). Ciao!

Almost the same as kak Yani's (http://www.myresipi.com/top/detail/235)

Unfilled cream puffs

Bahan:

100g air

40g butter ( I used salted+unsalted butter, and added a pinch of salt for good measure)

2st gula kasar (this I added myself)

60g tepung gandum

1 biji telur (approx. 50g) - pukul telur dengan garfu hingga kuning dan putih bercampur sebati


Cara:

1. Didihkan air dan butter dalam periuk kecil (sampai keluar buih-buih).

2. Ketepikan dari api.

3. Tuangkan tepung dan kembalikan atas api kecil, sambil kacau cepat-cepat guna sudip kayu hingga dapat satu doh yang lembut (hingga dohnya tak melekat pada keliling periuk).

4. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar lebih kurang 3-4 min (kalau tak sejuk tapi terus dimasukkan telur, takut nanti jadi telur dadar, haha).

5. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan kacau hingga dapat consistency yang diingini (tak terlalu pekat dan tak terlalu lembik). Dalam kes ni, ku pukul guna mixer je.

6. Masukkan ke dalam piping beg dengan nozzle star/bulat 1cm dan pipekan ke atas baking paper (pastikan ada jarak antara pastry sebab dia mengembang dua kali ganda bila masak).

7. Spraykan atas permukaan pastry dengan air (ku guna jari yang dicelup dalam air. Mana-mana peak/bukit atas pastry ku tekan sikit supaya tak terhangus masa dibakar dan nampak lebih cumil).



8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 200C untuk 20-30 min (ku pipe a bit bigger than a 20sen, 20 min. Next time will use a bigger nozzle and bake it longer till golden brown on top).

9. Bakar hingga keperangan. Keluarkan dari oven dan buatkan lubang kecil di tepi (ku buat bawah) pastry untuk keluarkan moisture berlebihan. Kalau dalam pastry masih basah, bakar lagi pada suhu rendah hingga pastry lebih kering (NB: Kalau tak buat lubang, steam yang terbentuk dalam pastry tu akan buat dia jadi basah dan rata. Trust me. First time I skipped this, the glorious mountain I achieved after baking turned into flattened ant hill upon cooling. And, well, maybe also a bit undercooked. Haha).

10. Biarkan sejuk sebelum dipipekan inti cream custard (ku pipekan dari lubang yang dibuat masa proses penyejukan tadi).

Dari choux pastry ni boleh buat eclairs (bentuk memanjang) atau churros (digoreng dalam minyak).


Cream custard (NisaMPB@myresepi.com)

Bahan:
1sb tepung gandum
1sb tepung kastad (atau tepung jagung)
4sb gula kastor
1C @ 250ml susu segar (ku guna 200 ml)
1 biji telur
1sb @ 15g mentega

Cara:
  1. Campurkan tepung gandum, kastad dan gula dalam periuk kecil.
  2. Campurkan hanya 2sb susu daripada 1C susu tadi dan kacau rata.
  3. Masukkan telur dan aduk rata lagi.
  4. Masukkan lebihan susu segar dan kacau hingga larut.
  5. Kacau atas api kecil hingga agak kental (pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berbentil-bintil).
  6. Sesudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega dan aduk sebati.
  7. Masukkan ke dalam piping bag untuk dipipekan dalam cream puff.

Video youtube untuk buat choux pastry:

Monday, March 21, 2011

Resepi Chocolate cheese layer cake

Simple kek dengan lapisan cheese diatas. Seperti biasa, Taufiq cuma makan yang coklat dan buang yang cheese. Huhuhu.. Nice taste juga, cuma lapisan cheese kurang sebab buat separuh adunan dan guna loyang besar.

UPDATE 18 MAY 2011: Resepi untuk kek coklat keju bakar (baked chocolate cheesecake) ada di sini. Jenis yang tak berlayer tapi memang guna coklat dalam cream cheesenya.

Chocolate cheese layer cake

Resepi Chocolate cheese layer cake (Kek Coklat Lapis Cheese)
7" x 10" square pan (ku buat separuh adunan, guna springform pan 8" yang tinggi 3")

Bahan:

Lapisan coklat:

1 1/2 cwn gula halus (ku kurangkan)

125g butter

2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram)

1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut)

3/4 cwn susu coklat (ku guna susu tepung + air masak)

1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama)

1 sd teh esen vanilla


Lapisan cheese:

375 g cream cheese (ku guna 190g)

100 g gula halus (ku guna 50g)

1/2 cwn tepung gandum (ku guna 1/4C)

2 biji telur (grade C juga ye (ku guna 1 gred C)

50ml air biasa (ku guna 25ml)

Cara:

  1. Lapisan coklat: Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga betul-betul sebati. Masukkan pula campuran coklat (yang dah siap bancuh dgn air panas tu). Masukkan pula susu coklat, diselang-selikan dengan campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. Gaul rata.
  2. Ambik 2 sudu besar adunan kek dan masuk dlm piping bag (untuk buat corak2 atas cheese).
  3. Sediakan loyang yang bersaiz 7 inci x 10 inci yg berbentuk segi empat tepat. Kalau sape2 ade loyang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa keluar nanti.
  4. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu selama 12 hingga 15 minit.
  5. Lapisan cheese: Sementara tunggu kek masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air.
  6. Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. Corakkan kek ikut kreativiti anda (paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan je).
  7. Bakar dengan cara bain-marie/water bath iaitu dengan meletakkan loyang tersebut dalam loyang yang lebih besar dan diisi air panas setinggi hampir separuh loyang kek (saya skip step ini sebab malas. Tekstur masih ok cuma mungkin a bit drier around the edges of the cake). Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg cantik (saya tak buat). Bakar pula selama 40 minit (saya kurangkan suhu about 160C for 35-40min).
  8. Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven. Kalau buat malam, esok pagi simpan speti sejuk, malam tu boleh le makan sebab rasa cheese lebih enak disimpan (kek saya dah sejuk je terus simpan dalam peti sejuk, malam tu juga makan).

Friday, March 18, 2011

Fresh Cream Barbie Doll Cake dengan step-by-step instructions

UPDATE 26 MAY 2011: Sebelum memulakan projek fresh cream barbie doll kek, boleh rujuk cara guna, simpan dan warnakan fresh cream/non-dairy whipping cream post di sini.

Salam sejahtera kepada semua.

Hehe.. Lama dah gatal nak hias kek barbie doll ni (doll dia dah lama beli) tapi la ni baru nak test. Takde pengalaman nak deco barbie doll kek, jadi saya cuma ceritakan serba sedikit yang apa yang tahu. Sejujurnya, menghias kek barbie doll dengan fresh cream satu kerja yang sangat menguji kesabaran saya (orang lain saya tak tahulah) lagi-lagi tengah preggy ni. Nak-nak dah berapa hari ni cuaca tengah panas jadi creamnya mudah melentok macam nak tidur petang je. Huhuhu...

Mungkin lain kali saya guna buttercream nak buat barbie doll (walaupun saya tak berapa suka sangat makan buttercream) tapi nak handle dan mewarnakan buttercream lagi senang dari fresh cream. Nak buat macam-macam bentuk guna buttercream pun lagi senang. Guna fresh cream ni setakat star biasa oklah, nak buat ruffles, shells atau roses dekat baju doll agak sukar sikit. Not entirely impossible but quite challenging especially in a humid climate like Malaysia.

Just my two cents. Kalau buat simple cornelli lace or rosettes kat baju/skirt doll pun cantik juga, macam ala-ala wedding gown. (Well, maybe next time).

Fresh cream barbie doll cake

Cara Membuat dan Mendeco Fresh Cream Barbie Doll Cake dengan [simple] step-by-step instructions


Skirt warna putih- bentuk star, guna nozel star. Keliling skirt- bentuk ruffles, guna nozel petal paling kecil. Skirt kuning tengah- tak tahu bentuk apa, main buat je haha. Baju kuning- bentuk star, guna nozel star

Bahan-bahan:
  • 1 barbie doll tanpa kaki (kalau ada kaki, bahagian tengah kek mesti dilubangkan sebelum disapu cream. Balut dulu kaki hingga pinggang doll dengan plastik wrap)
  • 1 biji kek 6" bulat biasa
  • 1 biji kek 6" bulat dengan atasnya berbentuk 'dome' (saya guna mangkuk yang mamak selalu letak kuah kari/dhal. Tak ada pun takpe, guna loyang biasa nanti boleh ditrim sikit bila dah disusun kek-keknya)
  • 1 biji cupcake - optional kalau kek rendah
  • secukup fresh cream yang dipukul sangat kental (VERY STIFF) atau buttercream (banyak gak guna, saya guna hampir sekotak fresh cream termasuk buat filling dia sekali)
  • alat hiasan (nozel, piping bag, pewarna, etc)
  • pisau tajam atau serated knife (pisau bergerigi)
  • kertas plastik yang agak keras (saya guna beg plastik yang orang biasa buat berniaga letak keropok tu)
  • rotating cake stand (untuk memudahkan kerja)
Stick barbie doll - doll tanpa kaki
Dari kiri ke kanan: cupcake, mangkuk stainless steel mamak-style, dan loyang bulat 7" biasa. Kek-kek nanti diterlangkupkan dengan kek loyang bulat biasa di bawah, tengah kek mangkuk mamak, dan atas cupcake untuk bahagian pinggang
Cara-cara:

1. Stack your cakes accordingly (bawah base kek, tengah kek bentuk 'dome', atas sebiji cupcake yang ditrim sikit supaya bentuk sikit runcing).

2. Guna pisau yang tajam/bergerigi untuk membentuk skirt barbie doll yang agak 'smooth'.

3. Lapiskan antara setiap lapisan kek-kek dengan fresh cream atau buttercream (NB: pastikan kalau guna fresh cream, creamnya mestilah KENTAL. Guna fresh cream yang dah siap diputar dan disimpan awal dalam peti sejuk bahagian bawah. Kalau cair nanti takut keknya slide ke tepi masa mengangkat. Sebaiknya setiap kali nak layer tu kek disimpan dalam peti sejuk sekejap. Tak buat pun tak apa, cuma kena layer cepat-cepat. Dan JANGAN disapu tebal sangat fresh creamnya sebab dikhuatiri keknya akan mendap ketika hendak dihidangkan nanti lagi-lagi dalam cuaca panas. Satu lagi jangan confiuskan dengan whipping cream/UHT whipping cream (contoh: Anchor) sebab tak sesuai untuk deco kek camni. Gunakan fresh cream/non-dairy whipping cream for topping cakes and pastries. Contoh jenama: Rich's, Redman, Baker's Mix, Value Pride dll).

4. Simpan kek yang siap dilapis tersebut dalam peti sejuk paling kurang sejam (untuk buttercream) atau 2-3 jam/semalaman (bagi fresh cream).


Kek-kek yang dilapisi ganache dan white chocolate cream

5. Keluarkan kek bila lapisan cream agak keras. Sapukan fresh cream/buttercream disekeliling kek tersebut dengan lembut (without any pressure). Ini untuk crumb coating, jadi bila hias serbuk-serbuk kek tak melekat/berderai nanti. Piping pun lebih mudah sebab terus melekat ke crumb coating. Mana-mana bahagian yang tak rata atau berlubang boleh ditutup dengan fresh cream/buttercream yang lebih.


Crumb coating

6. Ambil sekeping plastik (saya guna beg plastik makanan), pegang dua hujung plastik tersebut dengan kedua-dua tangan anda. Bermula dari bawah, pastikan hujung plastik tersebut kena/touch pada bahagian dasar kek. Perlahan-lahan tarikkan plastik tersebut hingga ke atas kek. Fresh cream/buttercream yang berlebihan pada plastik tersebut bolehlah diketepikan.

Video youtube cara mendapatkan permukaan kek barbie doll yang licin:




Contoh plastik (sila guna kedua-dua tangan ye, bukan satu seperti diatas. Saya buat camni sebab satu tangan pegang kamera as the oficial photographer dah tidur, haha)

7. Ulang teknik tersebut untuk sekeliling kek hingga anda mendapat lapisan crumb coating yang agak smooth.


Crumb coating yang agak smooth

8. Simpan kek di dalam peti sejuk untuk beberapa jam supaya creamnya agak keras.

9. Ambil sebahagian fresh cream/buttercream dan warnakan ikut warna yang anda kehendaki. Saya guna pewarna cecair biasa, tak silap jenama Starbrand (kalau tak silap la). Ada pernah baca lagi elok guna pewarna gel sebab takut cream jadi cair sangat. Kalau guna yang pewarna cecair biasa jangan terlalu banyak sangatlah. Dah gaul rata pewarna dengan fresh cream/buttercream, simpan dalam peti sejuk sekejap (wajib simpan kalau guna fresh cream).

NB: Satu lagi yang saya perasan (secara tak sengaja), walaupun pada mulanya saya tak letak banyak pewarna dalam fresh cream, tapi sebab saya simpan sekejap dalam peti sejuk dan tak terus guna, warnanya bertambah terang. Dan lepas dah hias kek doll tu, esoknya warna kuning bertambah terang kuningnya. Padahal memang sikit je pewarna saya letak masa nak bancuhkan tu.

10. Ambil stick doll dan cucuk pada bahagian tengah kek yang dah disejukkan tadi. Ambil fresh cream/buttercream yang diwarnakan dan masukkan dalam piping bag dengan nozel yang anda suka (saya guna nozel star sederhana).

11. Mulakan pipe fresh cream/buttercream dari bawah kek ke atas (atau dari atas ke bawah). Saya pipe bentuk star je sebab guna fresh cream (bila cuba bentuk-bentuk lain macam kurang jelas sebab creamnya cepat cair dan hilang bentuk. Kalau cream anda lebih stabil sila-silakanlah bereksprimen bentuk apa anda suka).

NB: Setiap kali dah siap satu warna/design, masukkan kek dalam peti sejuk sebentar kalau rasa fresh cream mula mencair (tangan kita keluarkan haba, jadi lagi banyak dan lama detail pada baju doll lagi cepat creamnya cair). Satu lagi pegang piping bag pada hujung atas bag tersebut, bukan ditengah-tengah atau dekat dengan nozel. Nanti lebih mudah kita nak pipe dan cream pun tak cepat sangat cair.

12. Dah siap menghias kek, simpan dalam peti sejuk semalaman biar semua creamnya lebih keras.


Saya guna 'stick doll' jadi leh terus cucukkan doll di tengah kek

Barbie doll kek yang telah dipotong- 7 layer kek, 3 layer ganache dan 3 layer white chocolate cream

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons