Wednesday, August 31, 2011

Resepi Biskut Semperit Susu [Pekat Manis]

10

Selamat hari merdeka!

Kelmarin buat lagi biskut, semperit susu. Resepi kali ini kena dengan tekak ku, lemak tapi tak memuakkan, manis pun sedang-sedang. Biskut ni orang berpantang pun boleh makan, sebab takde telur atau kekacang. Lepas buat biskut, En. Hubby guna stove untuk masak ketupat, sambal kacang (kuah kacang), dengan sambal sotong keringnya. Dah nak buka puasa baru sempat siap rebus ketupatnya, ada la dalam 30 biji. Baki 20 biji esoknya pagi raya baru sambung rebus.

Semperit yang ku testing kali ni sedap la pula (bukan memuji air tangan sendiri, tapi puji tuan punya resepi asal. Hehehe..) Sebelum ni bukan salah resepi, tapi salah tangan ku sebab walaupun guna butter mahal, tapi tepung jagungnya jenis biasa a.k.a. murah. Maka rasa semperit (resepi lama di sini) pun terjejas sikit. Huhuhu...

Jom skodeng the recipe~


Resepi Biskut Semperit Susu [Pekat Manis]
Resepi asal: Farah Salleh (dipetik dari Facebook)


(Ku buat separuh dari resepi asal, dapat 1 balang@telap sederhana tinggi lebih kurang 70-80 biji)
Salah satu tempahan 2012

Semperit susu raya 2012


 Biskut semperit susu [pekat manis]

Biskut raya ku (yang sempat dibuat. Huhuhu...)




Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:
  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

NOTE:
  1. Ku guna susu  pekat manis F and N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
  2. Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
  3. Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.
  4. Ku guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..
Doh semperit susu

Tuesday, August 30, 2011

Resepi The Best Choc Chip Cookies

0

Biskut raya kedua ku yang boleh ku telan dalam pantang. Huhuhu.. Biasalah, orang pantang pun mesti nak rasa juga biskut-biskut time raya ni. Biskut coklat chip, takde telur takde kekacang. Straight-forward nak buat dan not too much fuss. Biskut ni mengembang dan meleper bila sudah masak, jadi jangan jemputkan besar sangat.

Apapun, layan resepi dulu~


The Best Choc Chip Cookies
Resepi asal: sunset.com.my
Source: haXira@http://www.myresipi.com/top/detail/2016

The Best Choc Chip Cookies
Biskut raya ku yang simple tapi sedap~


Bahan-bahan
( 50 biji +- )

1 cwn tepung gandum
3/4 sk baking soda
1/4 sk garam
1/2 cawan butter/marjerin (dicairkan) - ku guna butter suhu bilik
1/2 cwn gula perang - ku guna 1/3C
1/3 cwn gula halus - ku guna 1/4C
1/2 sk esen vanila
1 cwn choc chip
1sb serbuk koko - ku tambah

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, baking soda dan garam [serta serbuk koko] ke dlm mangkuk (boleh ayakkan terus). Panaskan oven pada suhu 150'C.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul marjerin/butter, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (ku guna whisk telur je). Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
  3. Jemputkan 1st adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci.
  4. Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown.
  5. Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dalam 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara.
  6. NOTE: Cookies ni mungkin TERLALU manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2). Cookies akan mengembang dan meleper ketika masak, pastikan ada jarak yang jauh antara doh-doh.
Doh adunan biskut

Saturday, August 27, 2011

Jom [Berangan] Buat Biskut Raya~

2

Esok berangan nak buat biskut:

  • Semperit susu (sebab resepinya simple sangat)
  • Mama carries (tak minat nak makan tapi lebih untuk memantapkan skill membuat icingnya, haha)
  • selendang rindu (sebab ada nestum, tak guna telur dan guna 3 macam jenis tepung)
  • snow ice cookies (geram tengok biskutnya cantik tapi takleh makan sebab ada telur, huhu)
  • marble shortbread (takde loyang cutter tapi tetap berangan nak buat :P)
  • the best choc chip cookies (menambahkan variasi biskut tanpa telur, hehe)


*Dalam banyak-banyak biskut di atas, 2 je tak dapat ku telan.
*Mari kita kuatkan semangat menyambut kedatangan bulan Syawal tahun ini (caiyok caiyok~)


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari Zack sekeluarga
(kalau ada salah tutur kata, terkasar bahasa, terambil resepi tanpa acknowledgement atau link pada tuan punya resepi, haraf diampunkan...)

P/S: Kitorang tak balik kampung, jadi sape-sape dekat Tawau leh la datang beraya rumah kitorang ;p

Dah Tukar Layout. Yeeayeaaah~

0

Haha.. Setelah beberapa jam duduk depan PC, dapat juga tukar layout Blogger. Muehehehe.. Buat sendiri you know? (OK yela, En. Hubby tolong carikan layout berkaitan masakan, tapi kita yang edit sendiri Settings tau? :P)

Just in case ada sesape nak guna cara Read More tanpa memaparkan post yang panjang berjela, bersertakan sedikit gambar dan summary post, boleh check link ini: http://www.bloggersentral.com/2009/11/blogger-auto-read-more-with-thumbnail.html. Sangat simple dan membuatkan Blog anda tidak terlalu berserabut. Cuma sebelum nak edit tu sila buat backup template dahulu bagi mengelakkan anda merauang sebab template tak jadi. Huhuhu..

P/S: Erk. Masih tak dapat edit gambar kat atas tu. Terblur sekejap *garuk dagu sebentar* (OK dah pandai, cramp dah ni :P)

UPDATE: Kalau nak besarkan gambar dalam Blogger, boleh lihat link ini: http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/08/tutorial-cara-besarkan-gambar-dalam.html

Tuesday, August 23, 2011

Nak Tukar Layout Blog

4

A'kum..

Adei, lari pula layout blogku ini. Takde masa nak edit sangat (Pembetulan: saya ada masa, En. Hubby yang takde masa sebab dia yang reti nak alter-alter ni. Hehehe..)

Nanti nak skodeng layout lainlah, macam terlampau 'cool' pula layout lama ni. Tak kena mengena langsung dengan masak-memasak. Huhuhu.. :p

Sunday, August 21, 2011

Menu Orang Berpantang

8

Hari ni tukar sikit menu, selalu makan ikan kukus (biasa ikan kerapu la) dengan sup-sup sayur. Kali ni En. Hubby masakkan sup daging makaroni, pantang pun dah nak masuk sebulan jadi leh makan makanan berat sikit. Kalau tak makan makanan bayi jela, hahaha... OKlah kot. Badan pun dah lebih tegap, cuma darah belum lagi kering. Al-maklumlah, banyak benda yang tak boleh buat...breast-feeding pun tak, jadi rahim pun tak cepat kecut... *termenung kejap melayan perasaan*

Gambar-gambar lain tu makanan En. Hubby berbuka puasa. Hehe, semua En. Hubby yang tolong masakkan. Mak dah balik semenanjung, kesian kat adik-adik dah lama sangat berpisah dengan mak. En. Hubby lagi terer masak dari saya, puasa-puasa pun semua makanan cukup rasa. Kalau dia masak kita siap leh ratah-ratah lagi, walaupun orang kata makanan orang berpantang ni makanan orang sihat (dalam erti kata lain: takleh pedas, berempah, terlalu masam, masin, manis dll.) Tapi OKlah, tak terasa macam makanan orang sihat lak. Hehehe..

Resepi dengan cara-cara kena tanya En. Hubby sebab saya tak ke dapur ye :P

Sup daging makaroni tanpa rempah- menu orang berpantang. Daging tu direbus berjam-jam, memang lembut benor

Ikan kerapu kukus- menu wajib tiap hari bersama sup sayur (kadang-kadang tukar ikan lain gak)

Nasi dimasak dengan jus ikan bakar- menu orang berbuka puasa a.k.a. En. Hubby

Ikan bakar dengan butter, garlic, black pepper, sayur-sayuran segar (brokoli, tomato) dsb.- menu orang berbuka puasa yang sihat

Thursday, August 11, 2011

Resepi French Macarons [dan basic step-by-step]

27

Al-kisahnya nak auto-update suatu ketika dahulu, tapi biorlah publish sendiri. Huhuhu..

Buat di kala serbuk almond masih banyak dan rasa ingin tahu tu masih tinggi. Haha.. Memang takde kerja.. Lama dah buat tapi asik tangguh post. Saya bukan pakar macaron, dan ntah tak tahulah, mungkin dalam masa terdekat ni tak nak mendalami ilmu macs ni sebab sejujurnya manis la juga walaupun sedap (macs hazelnut coklat la yang paling sedap setakat ni, hehe...)

Apapun, layan~

P/S: Sesungguhnya saya bukan expert dalam pembuatan macs ni, jadi satu nasihat saya: tanyakan pada yang lebih expert sebab saya hanya cuba-cuba. Hehehe.. :P Contoh expert adalah seperi kak Azlita dan kak Rima. Ahaks~


Macaronku yang demot-demot~


Macarons- menguji keberkesanan oven tangkring ku. Ahaks~




Sebelum anda memulakan projek French macaron, ikuti beberapa langkah dan tips dari kak Ita dan bloggers-bloggers lain di bawah:

1. Sebelum mula, pilih hari atau suasana panas dan kering - bukan mendung, hujan renyai atau tengah hujan lebat. Cuaca Malaysia (yang kadangkala tak tentu arah) boleh menjejaskan hasil macaron. Permukaan macaron sesudah piping perlu dikeringkan dahulu untuk menghasilkan 'crust' yang cantik. 'Crust' yang cantik menghasilkan 'caps' yang smooth dan naik cantik serta berkaki/'foot' ketika bakar. Check sama ada permukaan macaron sudah kering dengan menyentuhnya dengan jari anda selepas 30 minit. Jika tidak melekit, tandanya macaron sudah sedia dibakar. Jika tidak, rehatkan lagi dan check selepas 15-30 minit lagi hingga permukaan macaron benar-benar kering.

NB: Bagi macaron yang sebesar 20sen, ia mengambil masa lebih kurang 30min pada cuaca yang panas. Untuk macaron yang besar sikit dari 50sen, mengambil masa sekitar 45min - 1jam pada cuasa yang panas.

2. Sediakan semua peralatan dan bahan-bahan sebelum memulakan projek macaron. Letakkan peralatan dan bahan-bahan berhampiran dengan anda untuk optimum efisiensi (mengelakkan projek anda tertangguh sebab nak berhenti memasukkan nozzle ke dalam piping bag, contohnya. Kan bazir masa, hehe..)

Sediakan semua peralatan sebelum bermula


3. Sangat penting: pastikan bahan-bahan dan peralatan berada dalam keadaan kering.
  • Mangkuk mixer (samada plastik atau stainless steel) dan beaters/pemukul mixer mesti bebas dari minyak, kuning telur atau air kerana ia mengelakkan putih telur dari berkembang. Jika ada mangkuk stainless steel, gunakannya.
  • Serbuk almond mesti kering. Jika anda telah menyimpannya dalam peti sejuk, serbuk almond akan 'sweat' atau berpeluh, dan ini menyebabkan ia menjadi lembab. Hangatkan sebentar di dalam oven untuk seminit dua. Pastikan sekali-sekala digaul bagi mengelakkan ia hangus. Boleh juga dikeringkan di bawah sinaran matahari.
4. Gunakan baking paper yang sesuai. Jika anda ada silicon mat, gunakan silicon mat kerana ia dapat mengelakkan macaron melekat dengan kertas (NB: walau bagaimanapun ada juga yang kata silicon mat pun tak memberi jaminan). Sebaiknya, gunakan baking paper jenis tebal dan jika ada, non-stick. Jangan gunakan baking sheet yang nipis (seperti tracing paper) kerana ia akan melekat (dari experience sendiri, ish ish ish). Saya guna First Choice Baking Paper (Non-Stick) untuk buat projek ini. Hasilnya macaron tak melekat dan tak berongga tetapi smooth di bawah. Jika oven anda mudah menyebabkan bahagian bawah biskut/kek keperangan atau cepat hangus, alaskan macaron dengan 2-3 helai lagi baking paper.

First Choice baking paper (non-stick/tidak lekat)


5. Sebaiknya guna gula icing yang tiada tepung jagung (pure icing sugar). Jika tiada, gunakan gula icing yang berkualiti (saya guna Gula Icing Prai). Sedikit tepung jagung tak apa, tak menjejaskan macaron nanti. Peratusan tepung jagung dalam gula icing yang sesuai adalah di bawah 5%.


Gula icing PRAI - Gambar courtesy of Google


6. Gunakan putih telur dari telur lama (bukan telur busuk ya). Saya guna telur yang beli seminggu lepas yang disimpan dari peti sejuk. Asingkan putih dari kuning dan biarkan putihnya tersejat sedikit tanpa menutupkan bekasnya. Simpan dalam oven (keadaan OFF) atau tempat tertutup (untuk elak serangga masuk). Tujuannya untuk menyejat kandungan air dalam putih telur dan memekatkan kandungan protein. Nak simpan dalam peti sejuk pun boleh selama 24jam, ia tahan untuk 4-5 hari cuma biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.

Putih telur yang telah disejatkan kuantiti cecairnya beberapa jam

7. Sebaiknya, gunakan pewarna serbuk untuk mewarnakan macaron. Jika tiada, boleh gunakan pewarna cecair tapi pastikan jangan terlebih guna (takut adunan terlebih cecair). Walau bagaimanapun, pewarna cecair boleh menjejaskan hasil macaron nanti serta warnanya tak begitu terang jika dibandingkan dengan pewarna serbuk. Pewarna cecair hanya akan menghasilkan warna yang lembut (pastel) sahaja.

8. Jangan over-mixing (terlebih kaup balik), lebih elok under-mixing (kurang kaup balik). Jika sudah kaup balik meringue bersama serbuk almond-gula icing, cuba test dengan pipe sikit adunan atas baking paper. Jika adunan terlalu pekat dan dalam masa 10-30saat 'nipple' atau tocang yang terhasil tak hilang-hilang, kaup balik lagi 6-10 kali atau hingga adunan lebih cair dan senang 'flow'. Awas! Pastikan jangan terlebih kaup balik. Adunan yang terlalu pekat akan menghasilkan macaron yang 'lumpy', jika terlalu cair pula macaron mudah retak dan hilang kaki/footnya.

9. Bakar adunan macaron sedikit demi sedikit hingga dapat suhu yang sesuai. Untuk oven yang fan-forced, suhu boleh dikurangkan 10-20C dari suhu yang dicadangkan. Walau bagaimanapun tiap oven tidak sama ragamnya.



Resepi French Macaron [dan basic step-by-step]
Resepi dan antara tips dirujuk adalah dari:
(dan pelbagai lagi sources, sori dalam PC lama yang dah takleh pakai. Huhu..)


Peralatan:

Digital kitchen scale - untuk timbang bahan-bahan dalam gram secara tepat

Blender spice atau food processor - untuk blend almond dan gula aising (jika guna biji buah almond)

Penapis halus (sifter atau sieve) - untuk tapis serbuk almond dan gula aising walaupun guna serbuk almond ready-made

Mangkuk besar - untuk letak serbuk almond dan gula aising

Mangkuk mixer stainless steel atau plastik - untuk memukul putih telur

Spatula - untuk kaup balik adunan

Icing atau piping bag besar atau sederhana besar jika buat separuh adunan

Nozzle atau icing tip bulat - saya guna saiz 5mm untuk saiz macaron sebesar 20sen

Baking paper dalam 2-3 helai - guna jenis yang tebal dan non-stick jika ada

Tray oven dalam 2-3 jika ada

Gelas tinggi - optional, untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam piping bag

Pewarna - untuk warnakan macaron


Bahan untuk Macaron:
Resepi: Azlita Aziz, resepi asal kak Rima@Bisous a Toi
(Saya buat separuh dari adunan di bawah, dapat 60-70 keping shell macaron sebesar duit 20sen atau 44-50 sebesar 50sen)

80g putih telur, suhu bilik (anggaran 2 biji saiz L) - saya guna 40g
65g gula kastor - saya guna 32g. Boleh kurangkan ke 30g
Cream of tartar - guna hujung sudu 1/8st je, tak perlu banyak. Ada resepi guna powdered egg white, fungsinya sama nak stabilkan putih telur. Kalau tak nak guna boleh diabaikan


80g serbuk almond - saya guna 40g. Pastikan serbuk almond betul-betul kering
140g gula icing - saya guna gula icing PRAI
Pewarna - gunakan serbuk pewarna untuk warna macaron yang terang
Perasa - optional, jangan terlalu banyak
*Jangan kurangkan lagi kandungan gula kerana struktur macaron mudah runtuh.


Cara:
1. Ayak serbuk almond dengan gula aising. Jika ingin macaron yang kulitnya nampak halus, blend dulu serbuk almond bersama gula aising, kemudian tapis 2-3 kali. Kadang-kadang pada akhir ayakan ada baki lebih kurang 1/2st campuran serbuk almond dan gula aising (serbuk almondnya terlalu besar untuk diayak). Baki ni saya buang, tak menjejaskan sangat sebab kuantiti terlalu kecil.

2. Pukul putih telur sehingga berbuih/foamy. Masukkan cream of tartar (jika guna) dan sedikit gula kastor. Pukul hingga buih kelihatan lebih halus, sambil memukul sambil memasukkan baki gula kastor sedikit demi sedikit.

3. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/bertanduk (bila diterbalikkan mangkuk mixer, adunan meringue- putih telur yang dipukul tu- tak meleleh atau jatuh.)

4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering yang diayak tadi ke dalam meringue. Kacau perlahan-lahan macam buat cheesecake.


Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering yang diayak tadi ke dalam meringue



Kaup balik rata-rata


5. Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yang dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.

UPDATE 28 AUGUST 2011: Lupa nak cakap, sesudah paipkan macaron di atas baking paper, jangan lupa hentak sekali tray di atas meja. Tujuannya nak keluarkan gelembung udara yang besar-besar dalam macs. Tapi rasanya tak buat takpe kot, kalau anda guna toothpick untuk cucuk gelembung udara (saya masa ni malas dah, hentak je atas meja sebab jenuh nak cucuk deretan macs tu :P)



Lebih mudah jika piping beg dimasukkan dalam cawan tinggi terlebih dahulu


6. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. (Bergantung pada cuaca juga ni. Kak Ita letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar. Saya pula biarkan pada suhu bilik biasa.)



Pipekan di atas baking paper (sebenarnya bila macs dan kering boleh ditekan sikit tocang tu dengan jari yang kering untuk nampak lebih cantik bila bakar. Jangan jari basah, nanti macs merekah/pecah)


UPDATE 28 AUGUST 2011 (TERIMA KASIH KEPADA FAZLINIL IRMA FOR POINTING THIS OUT): Salah satu kemungkinan ia bertocang seperti dalam gambar di atas adalah disebabkan semasa paipkan tu saya tak berhenti memicit ketika mengangkat nozzle. *garuk dagu sambil mengangguk perlahan-lahan macam terlampau wise pula* Ada juga kemungkinan sebab tu, al-maklumlah nak paip bunga ros pun saya tak berapa reti (pergerakan pergelangan tangan tak seiring sejalan dengan pergerakan jari) T_T


7. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. (Saya bakar 140C selama 12 minit untuk saiz sebesar 20sen).

8. Keluarkan macaron dari oven. Macaron yang sudah bakar dengan sempurna akan mudah dialihkan dari baking paper non-stick. Jika masih melekat/melekit apabila cuba dialihkan, bakar lagi 1-2 minit atau hingga macaron boleh dialihkan.



Boleh nampak feet walaupun tak berapa tinggi sangat :P


9. Sejukkan di atas redai sebelum letak inti. Biasanya macaron lebih lembut setelah diisi inti dan disimpan dalam peti sejuk.



Tengok tu, siap ada tocang lagi :p


NB:
Saya bukanlah pakar membuat macaron, hanya buat atas dasar ingin tahu sebab ramai yang cakap susah nak buat macaron ni. Lagipun suka juga belajar benda baru (walaupun keberangkalian untuk tak jadi tu memang ada, hehe...) Tapi kalau tak buat sampai bila tak tahu kan?


Sebenarnya first time buat (guna resepi lain) macaron tak menjadi mungkin disebabkan oleh:
  • Adunan terover-mixing (terlebih kaup balik) sampai adunan jadi terlalu cair dan bila pipe atas baking paper, ia terlalu merebak. Hasilnya macaron tak hasilkan 'foot' (kaki) dan permukaannya 'cracked', 'flat' dan serupa biskut chipsmore yang telah diketuk dengan penukul kayu.
  • Suhu terlalu tinggi walaupun ikut resepi suruh guna 150C tapi tak sesuai untuk oven saya. Saya guna OVEN ATAS GAS (bukan oven gas) dan suhu memang sentiasa meningkat, jadi terpaksa selalu dikawal tombol gas untuk adjust suhunya.
  • Baking paper tak sesuai. Masa tu saya guna baking paper murah, jenis nipis (macam tracing paper). Bila siap bakar macaron melekat walaupun dah dibasahkan sikit belakang kertas tu dan dah tunggu macaron sejuk. Pastu bawah macaron cepat hangus sebab baking paper nipis sangat. Bila tambah masa membakar, macaron bertambah kering.
  • Buat masa hari tengah mendung, last-last tengah bakar hujan turun. Memang pantang macaron ni dengan suhu persekitaran. Tunggu sejam setengah pun permukaan adunan macaron tak kering-kering juga. Tapi malas nak tunggu saya bakar. Hasilnya seperti yang saya sebutkan di atas tadi.
  • Tak biarkan 'crust' terbentuk. Macaron sepatutnya dibiarkan sekitar 30min-1jam (bergantung pada faktor suhu persekitaran dan luas permukaan macaron) untuk keringkan permukaannya. Baru bila bakar kaki terbentuk dan permukaan tak berkedekut dan berkaki.
Kali kedua buat (guna resepi kak Ita) baru:
  • Keluar kaki dan bentuk permukaan macaron pun tak berkedut.
  • Buat pun pada hari yang panas terik dan masa nak tunggu crust terbentuk pun 30 minit saja. Cuma nampak 'nipple' atau tocang atas permukaannya akibat under-mixing (tapi lebih baik under-mixing dari over-mixing, sebab paling-paling pun macaron tak pecah/crack dan keluar 'foot'nya, walaupun takdela cantik sangat) :P
  • Saiz macaron pula pada saya kecil saya, sebesar duit 20sen sebab macaron memang tak mengembang masa membakar, cuma naik sikit je.

Kali ketiga buat (guna resepi kak Ita juga), langkah-langkah sama cuma kali ni saya:
  • Tambah lebih pewarna dan beberapa titik perasa blueberry kepada meringue. Akibatnya meringue jadi kurang stiff peak dan adunan macaron tak berapa kental dan cair bila dikaup balik.
  • Bila bakar pula 1st batch ok, ada kaki walaupun ada yang tersenget sikit (sebab letak loyang senget masa tunggu permukaan macaron kering).
  • 2nd batch baru 3-5 minit bakar gas dapur lak terpadam, sampai kena naikkan balik suhu secara mendadak kepada 160C. Akibatnya macaron jadi crack dan hangus sikit kelilingnya.
  • 3rd batch lak macaron bahagian center oven tak terjejas sangat, cuma yang dekat-dekat dinding oven dan belakang oven tercrack sebab suhu dari 2nd batch masih belum surut.

***Apapun semua ini lebih kepada observation dan eksperimen sendiri serta pembacaan dari teman-teman bloggers lain. Lebih afdhal jika anda melakukannya sendiri dan cuba kenali oven anda. Kalau first time dan seterusnya menjadi, tahniah pada anda! Cuma bagi saya nak buat selalu memang taklah, sebab agak manis untuk tekak kita anak beranak ;p Ahaks~

Monday, August 8, 2011

Mutiara Hati

3

‎"Setiap ujian yang datang tak kira apa coraknya adalah untuk menyuci dosa . Sekiranya kita bisa tabah dan redha kemudian menambahkan amalan insyaAllah dosa kita terampun dan kemudian dari itu terangkatlah kita ke darjat yang lebih baik disisi Allah.

Jadikan ujian itu satu anugerah kasih sayang dari Allah pada kita. Dan jadikan redha dan sabar kita itu tanda kita mencintaiNYa. Kehidupan ini memang pahit tapi menjadi ubat bagi orang-orang yang mahu mengambil pelajaran"

Kata-kata dari seorang forumner Halaqah.net

Sunday, August 7, 2011

Resepi Ketam Masak Lemak

0

Entry tertunggak yang kononnya nak auto-update tapi tak jadi :P Hehe.. Publish je la ek, duduk berkurun dalam peti besi pun buat apa. Resepi simple, gambar simple (tapi nak gak testing guna DLSR time tu, haha..)

Lauk yang simple bila ada stok ketam dalam peti sejuk. Kadang-kadang nak juga rasa masak lemak ni walaupun tak selalu sangat makan santan-santan ni. Ntah nape I pun tak tahu, jarang makan santan-santan ni. Huhuhu.. Apapun, layan~


Resepi Ketam Masak Lemak


Ketam masak lemak (sikit je buat kuahnya, nak makan ketamnya aje. Haha..)


Bahan-bahan (Untuk 4 - 5 orang)
4 ekor ketam besar, dibersihkan6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)


Cara-cara
1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.

2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.

3. Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun.

4. Perasakan dgn garam dan gula.

5. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

Thursday, August 4, 2011

Resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

6

Entry tertunggak zaman dahulu kala. Bedal jela ek, bukan leh masak pun sekarang. Tengah pantang mau kena kejar dengan mak dengan penyapu. Hehehe.. (ampuuun mak, lawak je :p) Orang lain berbuka kita pun sibuk nak berbuka (walaupun sekadar makan bubur , sup sayur dan ikan stim). Huhuhu..

Selain nasi karot, Taufiq dan En. Hubby suka makan nasi tomato bersama ayam masak merah. Resepi pun ringkas, bahan-bahan pun selalu ada kat rumah. Lagi sedap kalau nasinya nampak kemerahan (sebab guna tomato puree).

Kalau ayam pula, En. Hubby suka goreng garing-garing sebelum disalut dengan sos tomatonya. Stail orang Johor masak ayam memang macam tu kot, sejak dulu lagi kalau pergi kenduri kahwin memang garing ayamnya, tapi rasa sosnya memang meresap ke dalam ayam.

Cara macam mana pun, enjoy this recipe~

Resepi Nasi Tomato
Resepi asal: choppy@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/74


Nasi tomato untuk dimakan bersama ayam masak merah (belakang tu durian cheesecake entry frame sekejap sebagai dessert. Ahaks~)

Bahan-bahan (4 orang) - ku buat separuh
2 cawan beras basmati - ku buat 1 + 1/2C
2 biji tomato, potong dadu - ku kekalkan
2 cawan air - ku letak 1 1/2C
1/2 cawan susu - ku kekalkan
3 sudu besar sos tomato - ku kekalkan
*1 + 1/2sb tomato puree - ku tambah
1 helai daun pandan, disimpul- tak letak, malas nak ke belakang rumah :P
sedikit garam

Bahan tumis
2 sudu mentega@minyak sapi - ku guna 1sb minyak sapi
2cm kulit kayu manis - ku guna 1 batang
1 kuntum bunga lawang - ku letak 2 biji
1 biji buah pelaga - ku letak 2 biji
*2 biji bunga cengkih - ku tambah
2 ulas bawang putih, dihiris - ku blend
1/4 bawang besar dihiris - ku blend

Hiasan
Bawang goreng - ku tak letak sebab anak tak suka


Cara-cara


1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.

2. Panaskan mentega@minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, tomato puree (jika letak), susu segar, air, daun pandan dan sedikit garam.

4. Masaklah nasi macam biasa. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.


Resepi Ayam Masak Merah
Resepi: Choppy@myresipi.com


Ayam masak merah



Bahan-bahan (4 orang) - ku buat separuh
1/2 ekor ayam - ku guna chicken wings 4 kepak bersama drummetnya
sedikit garam
serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering - ku guna 3 biji
1 cm halia
2 ulas bawang putih - ku kekalkan
1 labu bawang besar - ku guna separuh
1 biji tomato, potong dadu - ku guna separuh
1/2 cawan sos tomato - ku guna 1/4C
*2sb tomato puree - ku tambah

Bahan Hias
1/2 biji bawang besar, potong bulat - ku tak letak
kacang hijau secukupnya - ku guna mix veg


Cara-cara

1. Bersih ayam.

2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.

3. Goreng sehingga 2/3 masak (ku goreng garing).

4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato, buah tomato dan tomato puree (jika guna) sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos, buah tomato dan tomato puree (jika guna). Tumis sehingga naik minyak.

5, Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Perasakan dengan garam atau sos tomato jika perlu.

6. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api dan sedia dihidang.

Artikel: Menyikapi Kematian Anak

4

Just to share..

Menyikapi Kematian Anak

Penulis : Arda Dinata
Dari: Kota Santri.com

"Ya Allah, ringankanlah kami menanggung beban musibah dunia. Berikanlah kami sifat ridha atas qadha dan qadharMu. Pimpinlah kami di dunia dan di akhirat, karena hanya Engkau-lah sebaik-baik pemimpin, wahai Tuhan Seru sekalian alam."

Diceritakan dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas RA bahwa anak Thalhah merintih sakit, sedangkan Abu Thalhah ke luar rumah. Kemudian anak itu meninggal dunia. Ketika Abu Thalhah pulang, ia bertanya, "Bagaimana keadaan anakku?"

Ummu Sulaim (ibu anak itu) menjawab, "Ia tenang seperti sedia kala (yang dimaksud adalah meninggal dunia, sedangkan Abu Thalhah mengira bahwa anaknya itu dalam keadaan sehat)." Kemudian Ummu Sulaim menyediakan makan malam untuk Abu Thalhah. Setelah itu, ia berhias diri, lebih cantik daripada biasanya, hingga Abu Thalhah menggaulinya.

Setelah ia melihat bahwa suaminya sudah melepaskan rindunya dan merasa puas, Ummu Sulaim berkata kepada suaminya, "Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu, jika suatu kaum meminjamkan suatu pinjaman, apakah yang meminjam itu berhak menolak mereka jika memintanya kembali?"

Abu Thalhah menjawab, "Tentu saja tidak!" Kemudian Ummu Sulaim berkata, "Demikian pula dengan anakmu. Anakmu telah meninggal dunia, maka mintalah pahala dari Allah."

Abu Thalhah berkata sambil marah, "Engkau telah membiarkan aku, hingga setelah aku berjunub karena bergaul denganmu, engkau beritahukan tentang anakku." Kemudian ia pergi mendatangi Rasulullah SAW untuk memberitahukan apa yang terjadi.

Rasulullah SAW membenarkan apa yang telah dikerjakan oleh Ummu Sulaim, lalu bersabda, "Semoga Allah memberkahi malam kalian berdua." Dan dalam sebuah riwayat dikatakan, beliau bersabda, "Ya Allah, berilah berkah kepada mereka berdua."

Kemudian Ummu Sulaim melahirkan seorang anak kembali yang diberi nama Abdullah oleh Nabi SAW. Dan salah seorang di antara kaum Anshar berkata, "Kemudian aku melihat tujuh orang anak, semuanya pandai membaca Al-Qur'an, yakni anak-anak dari Abdullah. Semua itu, tidak lain karena dikabulkannya do'a Rasulullah SAW ketika berdo'a, 'Ya Allah, berikanlah berkah kepada mereka berdua.'."

Kisah di atas, telah mengajarkan kepada kita bahwa di antara sikap patriotisme imani yang dimiliki oleh istri-istri para sahabat yang menunjukkan kesabaran, keridhaan, dan keimanan ketika kematian anaknya, adalah sikap tabah Ummu Sulaim. Sikap inilah yang senantiasa mesti kita tiru dan dibangun dalam sebuah keluarga muslim. Lalu, jangan lupa dalam menghadapi cobaan hidup itu kita berdo'a, "Ya Allah, ringankanlah kami menanggung beban musibah dunia. Berikanlah kami sifat ridha atas qadha dan qadharMu. Pimpinlah kami di dunia dan di akhirat, karena hanya Engkau-lah sebaik-baik pemimpin, wahai Tuhan Seru sekalian alam."

Menyikapi fenomena itu, Dr. Abdullah Nashih Ulwan mengungkapkan, ketika seorang muslim mencapai taraf iman dan keyakinan yang tinggi, mempercayai ketentuan takdir, baik dan buruknya itu adalah dari Allah SWT, maka akan tampak kecil segala peristiwa dan musibah yang menimpa dirinya. Ia akan berserah diri kepada Allah SWT, jiwanya akan merasa tenang, hatinya akan tabah menghadapi cobaan, ridha akan ketentuan Allah dan tunduk kepada takdirNya.

Sehingga dengan berlandaskan iman semacam itu, Nabi SAW telah memberitahukan kepada umatnya bahwa siapa pun yang ditinggal oleh kematian anaknya, kemudian ia bersabar dan mengucapkan, "Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un." (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kami akan kembali). Maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di surga yang diberi nama Baitul Hamdi (Rumah Pujian).

Akhirnya, tidak diragukan lagi, jika iman kepada Allah SWT ini benar-benar telah meresap di dalam kalbu. Ia akan membuat keajaiban-keajaiban. Sebab, iman itu sesungguhnya dapat mengubah seseorang dari kondisi lemah menjadi kuat. Pengecut menjadi pemberani. Bakhil menjadi dermawan. Dan dari gelisah menjadi tabah.

Wallahu a'lam.

Wednesday, August 3, 2011

Sambungan Nurfatihah Humairah hanya sekadar singgah sebentar - Part 2

10

Coretan dari hati seorang suami dan bapa Muhammad Rahmat @ Duokino @ http://www.duokino.com/2011/08/nurfatihah-humairah-hanya-sekadar_03.html

25 Julai 2011 sememangnya hari yang banyak mengubah kehidupan kami sekeluarga. Walaupun isteriku mendapat wad kelas 1, tetapi disebabkan keadaannya, dia diletakkan bersama-sama pesakit lain dan diletakkan di hadapan stesen jururawat untuk pemantauan yang lebih. Tak lama selepas isteriku dipindahkan ke wadnya, ramai juga rakan-rakan yang datang melawat. Alhamdulillah... Dapatlah juga memberi sokongan moral khasnya buat isteriku. Walaubagaimanapun isteriku belum lagi mengetahui keadaan sebenar yang berlaku ke atas dirinya begitu juga keadaan anak kami. Menjalani pembedahan selama 3 jam merupakan satu stress. Saya biarkan dulu isteriku berehat. Biarkan dia lebih kuat untuk menerima apa yang bakal diberitahu.

Sekali sekala saya berbual-bual dengan isteri, menemankannya sambil menceritakan rupa paras anak kami. Dia tersenyum gembira. Saya kasihankan isteri saya kerana beliau masih terlalu lemah akibat pembedahan. Doktor juga menasihatkan agar isteri saya dibiarkan berehat dahulu. Doktor juga berjanji untuk ada bersama-sama kami keesokan pagi dalam jam 6 pagi untuk sama-sama memberitahu kepada isteri saya. Sementara itu saya cuba memberikan gambaran yang sangat samar-samar tentang keadaan sebenar. Begitulah yang saya lakukan sepanjang malam bila ada peluang. Selang-seli dengan berehat. Kami berdua perlu merehatkan diri dari segi fizikal dan juga mental.

Keesokan paginya selepas menunaikan solat subuh, kira-kira jam 5 pagi, saya segera ke katil isteri saya. Kami berbual-bual lagi. Tapi kali ini isi perbualan kami lebih menjurus kepada topik dengan lebih jelas. Seperti yang dijanjikan, sekitar jam 6 pagi doktor tiba. Perlahan-lahan kami memulakan topik. Bermula dengan hal pembedahan, rahim pecah, kebarangkalian untuk mengandung lagi dan risikonya sehinggalah kepada hal anak kami yang sudah tiada. Alhamdulillah, isteriku dapat menerimanya dengan hati yang tenang. Sungguh bersahaja isteriku mendegar penjelasan dari doktor. Alhamdulillah, isteriku sememangnya seorang yang kuat dan tabah. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah. Cuma apabila bertanyakan bahawa adakah dia sudah bersedia untuk mendakap jenazah anak kami, isteriku agak berat hati. Kelihatan air mata berlinangan di balik wajahnya yang kelihatan tenang. Biarlah isteriku mengambil masa beberapa minit untuk menyerap segala apa yang berlaku dengan tenang.

Kira-kira sekitar jam 6.40 pagi, isteriku memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk melihat jenaah anak kami. Saya segera membawakan anak kami kepadanya. Jelas kelihatan wajah puas hati dan gembira kerana anak yang dikandungnya seperti yang digambarkan. Kerana itulah isteriku memilih nama Nurfatihah Humairah untuk diberikan kepada anak kami. Naluri seorang ibu. Mereka lebih merasakan anak yang mereka kandungkan. Sememangnya urusan memberi nama ini saya berikan kepada isteriku. Biarlah nama yang diberikan merupakan lambang kebanggaan isteriku mengandungkan anak kami. Tidak dapat dinafikan kesedihan isteriku apabila mendakap tubuh anak kami yang tidak bergerak.

Setelah puas berpelukan, isteriku memberitahu saya supaya menguruskan jenazah anak kami. Alhamdulillah... Itulah yang sebaiknya. Tanda isteriku semakin redha dengan pemergian anak kami. Sekitar jam 7 pagi, saya mendukung keluar anak kami dari hospital. Dengan bantuan rakan-rakan, saya tiba di rumah sekitar jam 7.20 pagi. Rakan-rakan mula datang ke rumah untuk membantu menguruskan jenazah. Saya turut membawa Taufiq, anak sulung kami bersama. Biar Taufiq tahu yang dia ada adik.

Setelah semuanya sedia, kami memulakan urusan pengurusan jenazah. Saya pangku anak saya semasa memandikannya dibantu rakan-rakan. Walaupun sedih tapi saya gembira. Saya menggunakan peluang yang ada untuk bersama anak saya selama yang boleh. Rakan-rakan wanita pula yang mengkafankannya. Saya melihatnya di tepi sehingga selesai kafan. Kemudian tiba waktu untuk sembahyang jenazah. Rakan saya merangkap ustaz menawarkan saya untuk mengimamkannya. Entah kenapa waktu hendak sembahyang jenazah, hati terasa begitu sebak. Sehingga tiada bunyi yang keluar bila saya cuba untuk berkata-kata. Biarlah ustaz yang mengimamkannya. Cukup saya di saf hadapan. Sememangnya sejak menatap jenazah, entah kenapa pada ketika hendak sembahyang jenazah baru hati terasa begitu sebak. Tapi saya tetap puas hati kerana berpeluang menguruskan anak saya biar apa pun keadaan anak saya.

Lebih kurang sejam lebih baru kubur siap digali. Sementara itu ramai lagi yang masih datang menziarah. Alhamdulillah... Lebih kurang jam 10 lebih kami bergerak ke kawasan perkuburan berhampiran tempat tinggal saya. Saya juga turut terharu dan gembira kerana student-student dan bekas student-student saya yang bertungkus-lumus untuk menggali kubur arwah anak saya. Nurfatihah, kubur Nurfatihah disediakan oleh student-student abah tau...

Saya sendiri turun untuk menghantar Nurfatihah ke liang lahadnya. Inilah tanda penghormatan abah untuk anak abah selaku ahli syurga. Abah, mak dan abang Taufiq takkan lupakan Nurfatihah Humairah. Walaupun hadirnya Nurfatihah begitu sekejap, tapi sudah cukup untuk mengukir memori buat kami. Jenazah selesai dikebumikan sekitar jam 11 pagi pada 26 Julai 2011.

Selepas Isyak pula, ada rakan yang menawarkan untuk menguruskan bacaan tahlil di rumah saya. Alhamdulillah... Setelah selesai semuanya, saya dan Taufiq ke hospital untuk menemankan isteri saya. Ada juga jenguk isteri saya selepas selesai pengkebumian. Isteri saya kelihatan semakin sihat, bersemangat untuk meneruskan hidup. Redha menerima apa yang berlaku. Mudah-mudahan akan lebih mempercepatkan lagi proses pemulihannya.

Tembuni arwah anak saya juga selesai saya uruskan. Saya tanamkannya di laman belakang rumah. Biasanya tembuni akan ditanamkan dengan asam, garam dan paku besi. Secara saintifiknya, garam dan asam akan mempercepatkan proses pengeringan anakala paku besi pula sebenarnya membantu tindakan kimia tersebut secara ionik. Ada juga yang turut meletakkan pensel sebagai simbolik harapan anaknya nanti menjadi seorang yang rajin belajar dan pandai. Saya meletakkan cetak tart milik isteri saya. Walaupun Nurfatihah sudah tiada, tetapi saya tahu bahawa Nurfatihah memang gemar temankan emaknya memasak, buat kek dan biskut di dapur. Dan cetak tersebut juga adalah besi maka tiada salahnya. Mempunyai maksud simbolik dan juga membantu proses pengeringan tembuni secara saintifiknya.

Saya memberitahu isteri saya bahawa cetak tart nya nanti akan ada yang kurang kerana teah digunakan sebagai satu simbolik. Gembira isteri saya mendengarkan kerana terkenangkan kenangan mereka bersama semasa arwah masih di dalam kandungan yang sentiasa teruja menemankan ibunya memasak di dapur. Biarpun hanya menunggu hari, isteri saya masih gagah di dapur untuk memasak dan membuat kek serta biskut.

Tuesday, August 2, 2011

Nurfatihah Humairah hanya sekadar singgah sebentar

24

ENTRY dari suamiku Duokino@
http://www.duokino.com/2011/08/nurfatihah-humairah-hanya-sekadar.html

Pada pagi 25 Julai 2011, saya diberitahu oleh isteri yang telah beberapa hari ditahan di wad hospital bahawa beliau akan diinduce kerana anak kedua kai yang di dalam kandungan telah melebihi tarikh due. Setelah menguruskan anak sulungku, dengan segera aku bergegas ke hospital. Mudah-mudahan isteriku selamat melahirkan anak kedua kami.

Sepanjang pagi dilihat bahawa progress isteri dan anakku adalah baik. Sepanjang masa degupan jantung anakku yang masih di dalam kandungan dipantau rapi. Sekuran-kurangnya 3 jam isteriku terpaksa berdiam bagi memastikan kelancaran proses memantau degupan jantung bayi di dalam kandungan. Beritahu isteriku bahawa biasanya hanya mengambil masa setengah sahaja. Mungkin pihak hospital mahukan pemantauan yang lebih rapi.

Alhamdulillah, pada tengahari dapat dilihat tanda-tanda kelahiran bayi dimana bukaan bagi laluan kelahiran bayi semakin luas. Saya dan isteri tak henti-henti berdoa agar proses kelahiran dipermudahkan. Progress juga semakin baik apabila hari semakin petang. Jururawat yang ada di situ juga turut gembira dengan progress tersebut. Sudah berkali-kali isteriku ulang-alik hospital dan keluar masuk wad kerana beberapa hal berkaitan bayi di dalam kandungan termasuklah telah overdue.

Sekitar jam 4.30 petang, isteriku berjalan ke tandas. Selepas menunaikan apa yang harus, isteriku mengadu kesakitan yang amat sangat. Sememangnya beliau telah pun menahan sakit sejak diinduce pada jam 7 pagi lagi. Tetapi kali ini sakitnya bukan kepalang. Sambil memapah isteriku ke katil, beliau memberitahu ada darah yang keluar. Selepas isteriku duduk di katilnya, dengan segera saya memanggil jururawat di situ.

Setelah diperiksa, progress dikatakan sangat baik. Memang bersedia untuk proses kelahiran. Kami sememangnya gembira. Walaubagaimanapun kegembiraan kami hanya seketika apabila jururawat di situ mengatakan apa yang dipegangnya seperti bukan kepala bayi. Allah Maha Berkuasa. DIA berhak ke atas segalanya. Beberapa jururawat bergegas datang untuk memeriksa seterusnya beberapa orang doktor. Dalam mereka memeriksa, saya dapat melihat satu pergerakan yang agak drastik pada perut isteriku. Anak kami kelihatan bergolak dan seperti membuat pusingan hampir 180 darjah.

Saya segera disuruh keluar dari bilik tersebut. Hanya dapat mengintai di balik tabir. Dilihat keadaan agak kelam kabut. Mereka cuba menjangka keadaan bayi yang masih lagi dalam kandungan. Pelbagai peralatan dibawa masuk selepas setiap satu tidak dapat mengesan degupan jantung bayi. Walaubagaimanapun akhirnya Pengesan Ultrasound dapat juga mengesan degupan jantung bayi. Akan tetapi dikatakan agak lemah, kerana itu sukar untuk dikesan.

Dalam pada itu, doktor bedah juga sudah mula kelihatan sibuk. Sehinggalah akhir doktor bedah bertemu denganku untuk memberitahu apa yang berlaku, untuk menjawab sedikit kekeliruan yang saya alami. Doktor memberitahu bahawa isteriku terpaksa dibedah. Saya segera membenarkannya, yang penting selamat. Doktor terdiam seketika setelah endengar kata-kataku. Selang beberapa minit, beliau menjelaskan keadaan isteriku apabila menjalani pembedahan nanti. Doktor turut memberitahu bahawa pembedahan tersebut dijangka mengambil masa yang lebih lama dari biasa.

Sepanjang penerangan doktor, saya mula menangkap ada maksud lain yang ingin doktor sampaikan. Rupa-rupanya doktor ingin saya bersedia untuk menerima kehilangan isteriku dan anakku yang masih di dalam kandungan berikutan keadaan yang berlaku secara tiba-tiba sebentar tadi. Komplikasi yang mana masih tidak dapat diterangkan lagi. Masih pada peringkat hipotesis.

Memang benar bahawa setiap kali ibu yang mahu melahirkan anak, sebenarnya mereka bertarung nyawa. Tetapi untuk keadaan yang normal, jarang ada doktor yang akan berpesan pada suami untuk bersedia menerima kehilangan ibu dan anak. Akan tetapi saya diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai detik sedemikian rupa. Satu detik yang mungkin tidak akan luput dari ingatanku.

Dengan segera saya dan pasuka perubatan di situ mengusung isteriku ke dewan pembedahan. Saya dan isteri sempat bermaaf-maafan seolah-olah ia merupakan pertemuan kami yang terkahir. Walaubagaimanapun isteriku masih tidak tahu akan risiko yang sedang dihadapinya. Sengaja saya menyembunyikannya dengan harapan isteriku terus tabah bersemangat untuk meneruskan perjuangannya.

Kebetulan isteriku masuk ke dewan pembedahan pada jam 6.05 petang. Lagi beberapa minit lagi masuklah waktu maghrib bagi daerah Tawau. Selepas memberitahu ibuku dan ibu mertuaku bahawa isteriku kini di dalam dewan bedah, terus saya bergegas ke surau hospital. Lebih baik menunaikan solat maghrib daripada mundar mandir tak tentu hala. Alhamdulillah, dapat juga berjemaah di situ.

Selepas selesai, saya segera kembali menunggu di depan pintu dewan pembedahan. Baru sahaja beberapa minit saya sampai, petugas di dewan pembedahan itu memanggilku masuk. Datang seorang doktor wanita mengesahkan saya suami kepada isteri saya. Kemudian beliau memulakan beberapa penerangan mengenai apa yang sedang berlaku. Isteriku masih lagi dalam proses pembedahan.

Doktor memberitahu bahawa proses membedah dilakukan secepat mungkin, hanya 3 minit sudah dapat melihat bayi yang di dalam kandungan. Walaubagaimanapun Allah Maha Berkuasa. DIA berkehendak ke atas segalanya. Doktor memberitahu bahawa sebaik sahaja kulit dan otot isteriku dibedah, mereka terus nampak bayi kami. Bermakna bayi kami sudah berada di luar rahim. Bukan di dalam rahim. Anakku telah lahir, keluar dari rahim tapi bukan seperti bayi-bayi yag lain. Anakku berada di luar rahim dan berada di celah-celah organ isteriku. Rahim isteriku pecah menyebabkan anakku di dalam rahim telah pun terkeluar dari rahim. MasyaAllah..... Allah Maha Besar.

Disebabkan bayi sudah lahir, maka secara normalnya bekalan oksigen dan makanan diputuskan dari ibu dan bayi akan mula bernafas seperti biasa menggunakan hidung. Akan tetapi disebabkan kedudukan bayiku dicelah-celah organ iaitu masih di dalam badan isteriku, maka degupan jantung anakku menjadi semakin lemah. Doktor telah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan degupan jantung anakku. Walaubagaimanapun Allah lebih menyayanginya.

Sambil doktor memberitahu kegagalan mereka menyelaatkan anakku, beberapa petugas di situ mengusung anakku kepadaku. Tanpa berkata apa-apa, saya hanya mampu menatap dan memeluk tubuh anakku yang kaku. Beratnya 3.6kg. Cukup sifatnya sebagai seorang bayi perempuan. Sesuai dengan namanya Nurfatihah Humairah. Cantik, putih.

Kemudian saya bertanyakan keadaan isteriku. Doktor memberitahu bahawa isteriku masih lagi dibedah. Mereka cuba sedaya upaya menyelamatkan rahim isteriku yang telah pecah. Saya hanya pasrah pada ketika itu kerana doktor masih lagi memberitahu bahawa saya masih perlu bersedia untuk menerima kehilangan isteriku juga kerana komplikasi yang berlaku itu. Tiada apa yang dapat saya lakukan. Hanya berserah kepada Allah dan membiarkan doktor-doktor menjalankan tannggungjawab mereka untuk menyelamatkan isteriku sedaya upaya mereka. Doktor juga berusaha supaya rahim isteriku dapat diselamatkan. Kemungkinan besar isteriku tidak dapat memberikan zuriat seterusnya untukku. Tawakal saja yang mampu saya lakukakn pada ketika itu disamping berdoa. Usaha apa yang boleh saya lakukan ketika itu, saya bukan doktor.

Saya dan petugas di situ mula menyusung jenazah anak saya ke wad isteriku. Alhamdulillah isteriku diberikan wad kelas 1. Lebih privasi. Dalam pada itu saya harus kuat. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Saya meminta petugas di situ untuk menjaga jenazah. Saya perlu balik ke rumah untuk menjemput ibu mertuaku dan anak sulungku. Alhamdulillah saya dapat memandu dengan baik walaupun dalam keadaan sedemikian. Ibu mertuaku dan anak sulungku selamat saya bawa ke hospital. Sedih ibu mertuaku melihat jenazah cucunya. Begitu juga ibuku yang saya beritahu melalui telefon. Mereka semua gembira bila mendapat tahu apabila isteriku melahirkan Nurfatihah Humairah binti Muhammad Rahmat. Tetapi kegembiraan yang hanya seketika apabila diberitahu bahawa Nurfatihah Humairah telahpun terbujur kaku tidak bergerak.

Walaupun dalam keadaan yang sedih, isterku masih lagi di dewan pembedahan. Setiap progres saya tanya pada petugas di bilik itu. Sambil menunggu isteriku, saya memberitahu kawan-kawan sepejabat memaklumkan hal yang berlaku. Alhamdulillah pada jam 9 malam, isteriku telah selesai menjalani pembedahan dan dikatakan sudah berada dalam keadaan stabil. Setengah jam diperlukan sebelum isteriku di bawa masuk ke wadnya. Saya berasa sangat lega pada ketika itu. Alhamdulillah, mungkin tanggungjawab isteriku di dunia ini beum selesai lagi. Maka itu Allah memberikan lagi peluang kepada beliau. Walaupun sedih tapi saya sangat gembira sebaik sahaja dapat bercakap sepatah dua kata dengan isteri yang baru sahaja berjuang bertarung nyawa.

Alhamdulillah seorang demi seorang rakan-rakan mula muncul di wad isteriku, tanpa sokongan moral yang mana kami sangat-sangat perlukan. Disamping itu kami telah mula berbincang mengenai pengebumian jenazah anak kedua saya nanti. Antara perkara yang menjadi isu adalah adakah isteriku akan diberi peluang menatap dan mendakap jenazah anak kami?

Majoriti rakan wanita berkeras agar saya memberi isteriku peluang menatap wajah anaknya buat kali terakhir. Majoriti rakan lelaki pula memberitahu bahawa elok disegerakan pengebumian jenazah dan tak perlu memberi peluang isteriku menatap jenazah buat kali terkahir kerana khuatir dengan keadaan isteriku. Ia juga merupakan antara perkara yang agak berat untuk saya buat keputusan. Ia menjadi amat berat kerana doktor turut mengatakan bahawa isteriku masih belum tahu lagi bahawa anak kami suda tiada. Bagaimana agaknya keadaan isteriku sekiranya diberitahu tentang Nurfatihah Humairah?

Walaubagaimanapun akhirnya saya memutuskan untuk memberi peluang isteriku melihat anak kami buat kali terakhir. Jenazah akan dikebumikan pada esok pagi. Saya mempunyai masa sehingga subuh esok untuk memberitahu isteriku tentang Nurfatihah Humairah.


Nurfatihah Humairah binti Muhammad Rahmat

Al-Fatihah buat anakku.....

Mak, abah dan abang Taufiq akan tetap mengingatimu biarpun hadirmu sekadar satu persinggahan yang hanya sebentar.

Monday, August 1, 2011

Tiada Guna Bergelumang Dalam Kesedihan Lama-lama

7

A'kum...

Haippp.. Ada rasa sedikit cerdas dan waras hari ni. Hahaha.. Cuma sakit pinggang sikit sebab asik berbaring je tak habis-habis. Nak online pun pakai tablet, terlampau canggih lak rasanya berpantang kali ni :P

Tenang sikit rasanya bila tengok kehijauan depan mata (ada banyak pokok-pokok depan rumah ni) sambil dengar selawat Shifa. Kepada sesiapa yang senasib dengan saya, saya rasa anda faham apa yg saya lalui sekarang.. Namum hidup perlu diteruskan, bersyukurlah nyawa masih ada di badan. Gunalah peluang ini terutama dalam bulan yang mulia ini untuk tingkatkan amal ibadah untuk bekalan di hari akhirat nanti. Kita tak tahu bila kita akan pergi..ajal datang tak kira usia (peringatan untuk diri sendiri terutamanya, terasa diri amat berdosa) *insaf*

Apapun, saya akhiri post ringkas ni dengan video youtube selawat shifa (sori, kalau nak saya nyanyikan memang pitchingnya lari la alamatnya) :P