Tuesday, January 24, 2012

Resepi Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake

Melayan anak tekak serta memperhabiskan separuh buku cream cheese dalam peti sejuk. Next time kena try guna yoghurt perisa blueberry, ni guna plain jadi rasa blueberry kurang menyerlahkan. Apapun layan~


Resepi Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake
(6" loose pan)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

UPDATE 23 Feb 2012: Useful links mengenai gelatin
http://homecooking.about.com/od/specificfood/a/gelatintips.htm
http://whatscookingamerica.net/gelatintip.htm

My rule of thumb for gelatin, sliceable but still firm chilled cheesecake cakes:
2C cecair pekat = 1sb gelatin Halagel


Adunan di bawah guna lebih kurang 1C cecair pekat, jadi guna 1/2sb gelatin. 1/2st gelatin untuk cream cheese, berbanding cheese dan liquid (yoghurt, whipping cream, sour cream etc.) cream cheese masih kekalkan bentuknya pada suhu bilik. Kes ini mungkin kurang benar untuk gelatin jenama lain, sebab tiap gelatin ada gred bloomnya tersendiri.

Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake


Base:
100g biskut Oreo, kisar hancur
45g butter, dicairkan
***Gaul biskut Oreo dengan butter, tekan pada dasar loyang yang telah diletakkan baking paper dahulu. Simpan dalam peti sejuk.

Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese, suhu bilik
137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry - Giant habis stok, guna plain je
30g gula kastor
80g blueberry filling - boleh guna ada biji buah blueberry
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat

Cara:
1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
2. Masukkan yoghurt, gaul rata.
3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
4. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan. (NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.) Kaup balik rata-rata, tuangkan ke dalam loyang berisi base.
5. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
6. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
7. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia dipotong.

Lain kali leh try guna aiskrim lak
Loose pan yang saya guna

19 comments:

CitarasaKu said...

Salam chef zack,
Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang best. Saya dah cuba membuat durian cheesecake yang sedap dan enak. Hari ini nampak pulak blueberry yang mengoda..emmm nanti habiskan durian nie dulu.

Zack Zachoes said...

w'salam..

tq sebab sudi mencuba ;) hehe, sy cuma chef di dapur sendiri je..buat kek sekadar minat dan isi masa lapang ;) kalau ada lg cheesecake durian jgn segan hulur2kn kt sy sikit, hehehe..

SalM said...

Salam chef zack, nak tanya.. Is it normal kalau no bake cheesecake , kalau di biar kan kat luar(out dari peti ais)lama- lama akan cair. Coz mine,(resipi from other sisters) mencair. TQ

Zack Zachoes said...

w'salam, yes it's normal kalau chilled cheesecake akan cair pd suhu bilik lama2. kdg2 kuantiti cecair dgn cream cheese dan gelatin pn boleh mempengaruhi. wallahu 'alam

Ibu Darwisy said...

as salam kak zack..sungguh menyelerakan kek ni..sy memula pelik gak tgk loyang gini..rupenyer tuk yg chilled gini yer..

Zack Zachoes said...

w'salam ibu darwisy, loyang ni kalau guna utk kek2 yg tak perlu bakar lbh senang. kalau ada spring form lg senang tp saiz kecil sy takde tu yg guna loose pan ni ;p hehe..

eencyweency said...

salam kak zack, sedapnye nampak cheesecake!kak zack sehat?

Zack Zachoes said...

w'salam Wawa, kawan2 akak pn kata sedap. hehe.. kurang sikit sihatnya lak minggu ni, rasa mcm nk demam lak T_T wawa sihat? nnt akak singgah blog wawa, akak skrg mcm liat sikit lak berblogging sbb tak baking sgt skrg :P

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Nampak begitu menyelerakan la kek you ni Zack.... maybe sbb warna dia purple kot. Nyum nyum..

Zack Zachoes said...

Miss Mirror, kek ni sempena nk perhabiskan stok cream cheese 1/2 buku dlm peti sejuk ;p hehe.. aritu ada org tegur, baru sy perasan..banyak kek2 sy warna pink, warna purple ;P huhuhu..

Ummu Iffah said...

Salam...saya berminat utk mencuba resepi ni...saizny aif nak double, doublekan ajer semua bahan2 yer?

Zack Zachoes said...

w'salam, aah kalau nk lbh besar doublekan resepi ni guna loyang 8" :)

ellina said...

Salam zack..gelatin tu tabur atas air suam yg 2 sudu besar ye? Bagi kembang 5 minit and then double-boil, gitu ke? Tak pernah guna gelatin, so takut nk try, takut cheesecake nye tk menjadi. Bahan2 nye pun blh tahan mahalnye.

Zack Zachoes said...

w'salam, gelatin tu tabur atas air suam. kalau nk tmbh lg air dlm 1sb pn boleh jg. dia akan kembang dlm 5-10 minit. pastu leh microwave atau double boil (sy guna microwave je). kawan2 dh nah try siap jual lg, cuba la ;)

ShaVynna said...

Salam kak.. nak tanye.. loyang ni akak gune saiz ape ye..? lg satu.. akak gune whipping cream ape ye..? saye gune anchor, pukul punye pukul punye pukul xkembang2... heeee.. ke silap teknik..? mohon tunjuk ajar... heeeee..

Zack Zachoes said...

w'salam,
akak guna saiz 6". biasa kalau nk pukul cream (tak kira dairy atau non-dairy) akak letak mangkuk mixer dgn beaters dlm peti sejuk 10 minit, bg dia betul2 sejuk baru pukul. cream tu pn tuangkan sekali dlm mangkuk, sejukkan jg 10 minit atau lebih. nk bg dia senang kembang letak sikit gula sbb dairy w/c ni takde gula. kt sini cuma ada anchor je sha, lain brand belum ada lg. arla baru ada jual kt giant tp lom test lg guna arla

lina_pg said...

assalam zack...macam2 rujukan ada kat sini..terus jatuh cinta n follow sekali.
Jemput singgah blog akak jugak

Zack Zachoes said...

@kak lina: w'salam, tq sbb sudi singgah ^_^ ok i will follow u~

Iqha Marali said...

kalau guna 500g crem cheese, mcm mana? sukatan bahan yg lain double ka atau mcm mana?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons