Lama sangat dah tak makan shortbread. 2-3 tahun gak rasanya. Huhuhu.. Al-kisahlahnya nak merasmikan loyang yang baru dibeli (beberapa bulan lepas, haha..)
Layan~
![]() |
| Walaupun rupa mu kurang menawan, kau tetap menjadi pojaan hatiku~ |
Resepi Nestum Shortbread
10" x 8" (50 pcs)
Resepi asal : rinchan diubahsuai dr resepi cornflakes shortbread
Bahan:
125gm butter
35gm gula caster
150gm tepung gandum
1sb + 1/2sb tepung ubi
1/2sb tepung jagung
25gm nestum, dikisar halus
15gm badam kisar
200g coklat, cairkan
50g white choc, cairkan (sebagai hiasan)
Cara:
1. Lengser tray dan cutter dengan butter. Alaskan dasar dengan baking paper. Ketepikan.
2. Pukul butter + gula hingga kembang.
3. Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam + nestum kisar.
4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung (rasanya 150g dah ngam, asalnya guna 125g je).
5. Tekan dalam loyang hingga padat (ku guna alat penekan untuk kek lapis), masukkan cutter dan bakar 170C @ 25 minit atau hingga keperangan.
6. Dah masak terus keluarkan cutter. Biarkan sejuk sepenuhnya baru tuang coklat dan buat hiasan. Masukkan kembali cutter dan tunggu coklat sejuk sepenuhnya, baru keluarkan cutter kembali.
Note:
Biskut akan mengembang semasa dan setelah dibakar.
Wednesday, July 25, 2012
Zack Zachoes

Posted in: 



5 comments:
Wah..wah...nampak sedap kuih ni..byk coklat na...
menarik2....masuk list nih..nnt nak cuba.
salam kenal zack,keep resepi nie yer..mmg nk buat raya nie..dh beli loyang cutter tue tp x rasmikan lg..he hee
mana nk dpt loyang cutter nie..teringin sgt2 nk wat biskut ni...
@rahel: ya, mmg perlu banyak coklat ;) hehe..
@kak nita: leh masuk list biskut raya tahun ni ek ;)
@zila: salam perkenalan, hehe.. sy pn dh lama beli cutter tp baru ni nak test guna ;p
@fimiza: sy beli online, kalau ada facebook cuba cari Ladyila Ladys, dia ada jual mcm2 saiz.
Post a Comment