Resepi Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake
(6" loose pan)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
UPDATE 23 Feb 2012: Useful links mengenai gelatin
- http://homecooking.about.com/od/specificfood/a/gelatintips.htm
- http://whatscookingamerica.net/gelatintip.htm
My rule of thumb for gelatin, sliceable but still firm chilled cheesecake cakes:
2C cecair pekat = 1sb gelatin Halagel
Adunan di bawah guna lebih kurang 1C cecair pekat, jadi guna 1/2sb gelatin. 1/2st gelatin untuk cream cheese, berbanding cheese dan liquid (yoghurt, whipping cream, sour cream etc.) cream cheese masih kekalkan bentuknya pada suhu bilik. Kes ini mungkin kurang benar untuk gelatin jenama lain, sebab tiap gelatin ada gred bloomnya tersendiri.
![]() |
| Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake |
Base:
100g biskut Oreo, kisar hancur
45g butter, dicairkan
***Gaul biskut Oreo dengan butter, tekan pada dasar loyang yang telah diletakkan baking paper dahulu. Simpan dalam peti sejuk.
Adunan yoghurt cheese:
125g cream cheese, suhu bilik
137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry - Giant habis stok, guna plain je
30g gula kastor
80g blueberry filling - boleh guna ada biji buah blueberry
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat
Cara:
1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
2. Masukkan yoghurt, gaul rata.
3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
4. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan. (NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.) Kaup balik rata-rata, tuangkan ke dalam loyang berisi base.
5. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
6. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
7. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia dipotong.
![]() |
| Lain kali leh try guna aiskrim lak |
![]() |
| Loose pan yang saya guna |
Tuesday, January 24, 2012
Zack Zachoes



Posted in: 














