Tuesday, February 28, 2012

Resepi Butterscotch Crispies Cookies

3

Terus terang, renyah nak buat biskut ni sebab kena buat butterscotch sosnya dulu. Hehe.. Biskut ni rangup tapi tak keras macam biskut ANZAC butterscotch (mungkin sebab ada telur dan baking powder). Boleh dikatakan biskut sihat. Sukatan nestum, oats dan rice crispies@bubble rice interchangeable boleh tukar ganti.  Kemanisan sedang-sedang (bagi saya la), kalau nak kurang manis kurangkan gula putih atau gula perang, kekalkan sukatan sos butterscotch. Layan~


Resepi Butterscotch Crispies cookies
Editted, modified, and inspired by Golden Syrup Oatmeal cookies@ http://evilshenanigans.com/2010/06/golden-syrup-oatmeal-chip-cookies/

By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
(makes about 50)



Butterscotch crispies cookies, ntah biskut yang ke berapa eksperimen :P
BCC



Almond london dan BCC




Bahan:
1/2C @ 60g butter, lembutkan
1/8C @ 20g gula pasir, kisar halus - ku guna 15g
3/8C @ 40g gula perang
1/8C + 2sb @ 45g sos butterscotch
1/2st esen vanila - boleh ganti esen butterscotch
1 biji telur Gred C @ D
1/2C + 1/8C @ 75g tepung gandum
1/4st baking powder
1/4st baking soda
1C nestum
1/4C rice crispies@bubble rice
1/4C quaker oats
50g white choc chips@ white choc dicincang kecil

Cara:
1. Pukul butter, gula pasir, gula perang, esen vanila/butterscotch dan sos butterscotch hingga gebu.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Masukkan tepung ke dalam adunan butter. Gaul sebati guna mixer, lowest speed. Masukkan nestum, rice crispies, nestum dan white choc/chips. Jika kelihatan lembik, boleh lebihkan sikit tepung dan nestum/oats dalam sesudu dua lagi.
4. Ambil sesudu adunan sebesar 1/2sb, bulatkan dan tekan sikit atas oven tray yang dialas dengan baking paper (biskut akan keluarkan minyak sikit ketika dibakar). Jarakkan adunan 1.5 inci. Biksut akan mengembang apabila dibakar.
5. Bakar dalam oven, 150C selama 12-15 minit atau hingga tepi biskut kelihatan perang. AWAS! Jangan terlebih bakar atau biskut akan kelihatan hangus (akibat sos butterscotch akan caramelize) tp dalamnya ok je lagi sebenarnya :P
6. Biarkan sejuk atas oven tray selama 5 minit, sebelum dialihkan ke atas redai kek. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Ridiculously Easy Butterscotch Sauce
Dipetik dari Smitten Kitchen@http://smittenkitchen.com/2009/12/ridiculously-easy-butterscotch-sauce/
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Butterscotch guna fresh cream@non-dairy whipping cream lak kali ni

Bahan:
60g butter
1/2C gula perang
1/2C non-dairy whipping cream - resepi asal guna heavy cream
1/2st hingga 1st esen vanila - ku guna 1/2st
garam - opt, ku tak letak

Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk tebal, gunakan api kecil.
2. Masukkan gula perang dan cream.
3. Kacau guna whisk selama 5 minit, adunan akan berbuih-buih kecil.
4. Tutup api dan masukkan esen vanila (dan garam kalau guna). Alihkan dari dapur gas dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
5. Sos akan pekat masa penyejukan dan ketika disimpan dalam peti sejuk, tak perlu masak terlalu likat sangat.
***Untuk resepi biskut diatas, boleh buat 1/2 resepi butterscotch sauce.
***Will keep for 2 weeks in the fridge dalam bekas non-reactive dan bertutup rapat.


NOTE:
1. Sos butterscotch akan menjadi pekat ketika disimpan dalam peti sejuk. Kalau nak cairkan balik boleh biarkan pada suhu bilik dulu atau guna microwave oven.

2. Biskut menggunakan sos butterscotch tak sama peel macam guna golden syrup, biskutnya akan bertambah caramelized ketika dibakar. Hence, lebih rangup. Makin lama dibakar, makin caramelized, dan boleh bertukar menjadi toffee (yang keras). Jadi perlu jaga suhu, guna suhu yang rendah masa buat biskut ni.

3. Sukatan rice crispies@bubble rice, nestum dan oats interchangeble. Boleh lebihkan oats, kurangkan yang lain. Atau lebihkan crispies, kurangkan yang lain. Vice versa.

Sunday, February 26, 2012

Resepi Ridiculously Easy Butterscotch Sauce

7

Nak buat biskut butterscotch, tapi kena buat sosnya dulu. Yang ni tak bau susu sangat (mungkin sebab guna fresh cream), rasa pun lagi sedap & creamy dari resepi yang lagi satu. Ada masa nak test resepi biskut butterscotch lain, kali ni guna telur dan ada baking powder jadi biskutnya lebih kembang dan rangup. Layan~


Resepi Ridiculously Easy Butterscotch Sauce
Dipetik dari Smitten Kitchen@http://smittenkitchen.com/2009/12/ridiculously-easy-butterscotch-sauce/
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com



Bahan:
60g butter
1/2C gula perang
1/2C non-dairy whipping cream - resepi asal guna heavy cream
1/2st hingga 1st esen vanila - ku guna 1/2st
garam - opt, ku tak letak

Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk tebal, gunakan api kecil.
2. Masukkan gula perang dan cream.
3. Kacau guna whisk selama 5 minit, adunan akan berbuih-buih kecil.
4. Tutup api dan masukkan esen vanila (dan garam). Alihkan dari dapur gas dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
5. Sos akan pekat masa penyejukan dan ketika disimpan dalam peti sejuk, tak perlu masak terlalu likat sangat.

Wednesday, February 15, 2012

Resepi ANZAC Butterscotch Cookies

9

Resepi ni dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat. Semalam ada kesempatan, walaupun masih batuk dan selesema, tetap menggagahkan diri nak buatnya. Senang je, baki doh yang tak di bakar lagi boleh disimpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari atau beberapa minggu/bulan dalam freezer. Resepi ni tak menggunakan telur, jadi biskutnya agak rangup tapi bagi saya, sedap juga buat biskut guna butterscotch sauce ni (agaknya orang lain ada buat ke? Biasa cari resepi orang guna butterscotch chips je :P)

Resepi ni diolah dari biskut ANZAC (Australian and New Zealand Army Corps). Al-kisahnya zaman tu tengah berperang, isteri-isteri soldiers ni bekalkan biskut ni sebab ia tahan lama dan murah. Apapun, jom layan~

UPDATE 17 FEB 2012: Resepi butterscotch yang digunakan jangan terlalu pekat, sebab bila bakar biskutnya nanti biskut akan lama-lama keras due to caramelization process. Will experiment on a more softer cookie using eggs next time, insyaAllah..


UPDATE 3 APRIL 2012: Versi butterscotch cookies yang rangup menggunakan telur dan baking powder ada di sini. Jenis ni tak keras sangat dan lebih lighter in texture.

Resepi ANZAC Butterscotch Cookies
Modified dari ANZAC biscuits, from The Essential Book of Baking, terbitan Murdoch Books
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

ANZAC Butterscotch Cookies

Bahan:
1/2C tepung gandum
1/2C quaker oats
1/2C nestum
1/3C gula perang (boleh dikurangkan kpd 1/4C)
1/4C white choc chips - sy guna white choc yang dicincang halus
60g butter
1/4C butterscotch sauce - resepi di sini
1/4st soda bikarbonat + 1sb air mendidih


Cara:
1. Campurkan tepung gandum, quaker oats, gula perang, white choc chips, dan nestum dalam satu bekas. Ketepikan.
2. Dalam bekas tahan panas, campurkan butterscotch sauce dan butter dan cairkan secara double boiler atau guna microwave oven.
3. Campurkan soda bikarbonat dalam 1sb air mendidih, dan tuangkan ke dalam adunan butterscotch. Gaul rata. Tuangkan adunan ini ke dalam campuran tepung. Gaul guna sudu/senduk hingga sebati.
4. Bulat-bulatkan adunan sebesar 1sb dan tekan sikit atas tray yang dialas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170C, 15-20 minit atau hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang. Biarkan 2-3 minit atas tray sebelum disejukkan sepenuhnya atas redai.


Note:
- Adunan ni saya tambah dalam 1sb lg butterscotch sauce, baru dohnya boleh dibentukkan bulat-bulat.
- Jarakkan antara biskut lebih kurang 1.5inci.
- Resepi asal tak guna nestum dan butterscotch, tapi dessicated coconut dan golden syrup.
- Biskutnya rangup dan tak sesuai untuk orang yang giginya rapuh (tapi bila makan tak hengat dunia ;p)
- Boleh guna butterscotch sauce yang siap dibeli, tapi mungkin kena adjust kemanisan dan tambah/tolak cecair.

Monday, February 13, 2012

Demam dan Check-up

8

Assalamualikum,

Beberapa hari ni badan tak sihat, asalnya sakit tekak je pastu sakit kepala, melarat jadi demam, batuk dan selsema. Minggu ni rehat, takde nak lasak sangat bereksperimen di dapur. Lagipun minggu ni ada appoinment dengan doktor pakar, checkup rahim dan nak tanya beberapa soalan berkaitan dengannya. Kalau ada info berkaitan ruptured uterus (rahim pecah) insyaAllah saya akan update masa ke semasa, kot ada yang sama kes dengan saya ni. Saya bukanlah doktor, jadi banyak benda yang saya tak tahu. Apapun, berserah segalanya padaNya, we don't know our future tapi mudah-mudahan janganlah kita berputus harapan. Apa yang terjadi atau bakal terjadi, anggaplah ia sebagai qada dan qadar yang Allah telah tentukan untuk kita...

Salam dari saya,
-Zack-

Friday, February 10, 2012

Tips Ganache Untuk Tuang Atas Kek

28

Terajin pula buat 2 entry hari ni. Kepala masih pening-pening sikit, badan dah mula tak berapa sihat. Mungkin seminggu ni rehat lagi la nampaknya, haha..

Ramai la mesej kat FB macam mana saya buat ganache. Resepi saya biasa je rasanya kot. Yang paling penting tekniknya. Saya nak ajar takleh, kadang-kadang satu teknik tu kita kena buat sendiri dan tengok depan mata. Nak dapat yang the best kadang-kadang perlukan praktis yang banyak. Apapun, ni antara tips-tips saya cara buat ganache yang smooth:

American chocolate cake

Last cake for this week kot :P Ponat~


Tips Ganache Untuk Tuang Atas Kek
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

1. Ganache guna 100g fresh cream + 100g dark compound coklat.
2. Jaga suhu. Jangan terlalu tinggi nanti timbul buih2 kecil ganache tak cantik dan kurang kilat.
3. Rehatkan ganache pada suhu bilik, atas meja tanpa diletakkan atas double boiler. Biarkan je dlm bekasnya tanpa bertutup. Sebaiknya rehatkan semalam, tapi yang ni sy rehatkan sejam je.
4. Ganache akan likat dan keluar minyaknya sndr. Bila camtu kacau2 sikit biar sebati. Jangant terlalu kacau, takut timbul banyak buih2 kecil.
5. Keluarkn kek awal sikit, taknk dia sejuk sangat lepas buat crumb coating.
6. Kalau ganache nmpk likat dan susah nk mengalir, panaskan balik cara double-boiler baru tuang suam2 kuku atas kek. Tuang bnyk2, pastu tilt/tonggek cakeboard tu kiri kanan biar dia jatuh semulajadi. Takyah guna spatula. Pastikan cakeboard letak atas redai dulu, bawahnya ada bekas untuk tampung mana2 ganache yang terjatuh.
7. Tepi-tepi keliling kek tu sudukn ganache sikit2, buat section by section sampailah seluruh kek habis kena salut dr atas ke bwh. Cara sy ni messy sikit tp dia lebih jimat, tak bnyk ganache jatuh ke bawah redai.
8. Mana2 yg jatuh tepi keliling cakbeoard boleh diceduk/scoop balik guna spatula kecil atau scrapper dan boleh digunapakai kembali.
9. Kalau salutan ganache nampak nipis leh ulang lg salut ganache kali ke dua.
10. Satu benda paling penting, crumb coating pun sebaiknya buat sehalus, selicin mungkin. Anggap crumb coating tu macam anda nak hias tanpa letak apa-apa. Kiranya crumb coating tu seperti kek yang akan anda hidang tanpa letak cherry atau hiasan. Bila crumb coating pun lawa, insyaAllah ganache pun akan nampak lebih smooth.


NOTE 13 Feb 2012:
- Ganache jenis ni sangat sesuai untuk kek yang ada crumb coating (kek yang telah disalut dengan cream di bawahnya).
- Kalau nak ganache lagi pekat, boleh. Tambah berat coklat 1/2x, 1x atau 2x ganda dari berat cream. Cuma jenis yang tu lebih pekat, dan mungkin lebih sukar untuk mengalir dengan cantik. Jadi you have to work faster. Paling biasa kalau saya nak ganache pekat, saya guna coklat 1.5 lebih berat dari cream (contoh: 150g dark coklat + 100g cream).
- Kalau rasa ganache tu susah nak jatuh secara semulajadi di tepi keliling kek (test dulu dengan guna sudu. Dia mengalir dengan senang, oklah tu), hangatkan sekejap guna double-boiler (tapi pastikan ia MESTI direhatkan pada suhu bilik dulu, untuk molekul-molekul coklat sebati dengan cream).

(kalau ada apa-apa lagi tip sy lupa nak letak, saya update once in a while)


Resepi kek american chocolate ada di sini.

Plagiarism: Diadaptasi, Diinspirasi, dan Diilhamkan Daripada...

4

Entry khas mengenai tatatertib dan etika ketika berblogging serta berkaitan resepi:


Kebanyakan pengarang buku masakan dan penulis makanan mengikut beberapa peraturan ini:

1. Jika anda mengubah suai resipi orang lain, ia HARUS dipanggil "Disesuaikan daripada..." atau "Diadaptasi daripada...".

2. Jika anda menukar sebahagian resipi, anda MUNGKIN boleh memanggil ia resipi anda sendiri. Tetapi jika ia agak sama dengan resipi asal, anda harus mengatakan ia "Telah diiilhamkan oleh..." atau "Inspired by...", yang bermaksud bahawa anda menggunakan resipi lain sebagai inspirasi, tetapi telah diubah secara ketara.

3. Jika anda menukar tiga bahan dari resipi asal, SELALUNYA anda boleh menyatakan ia resipi anda.


Nombor 3 adalah perkara yang sukar, tetapi jika resipi tersebut begitu unik, anda mungkin mahu memberikan kredit sebagai inspirasi. Sebagai contoh, jika anda mencintai idea resipi Russian Black and White Cake, tetapi anda datang dengan keunikan anda sendiri (cth: Hot Cheese Chocolate Cake) yang sebahagian besar bahan-bahannya adalah berbeza (walaupun saya tidak tahulah kenapa), anda tentu boleh mengatakan ia "Diilhamkan daripada Russian Black and White Cake."

Akhir kata, bak kata penulis makanan Laurie Colwin, jika tidak kerana mereka yang berkongsi resipi, manusia sudah lama pupus. Oleh itu, teruskan tradisi lama berkongsi resipi. Ia yang membuat blog makanan istimewa. Tetapi adalah lebih baik, beretika dan mengikut undang-undang jika anda sertakan sumber resepi anda.


(C n P dr blog kak Nor Azmihah Mohamed @ Secubit Garam Nor dan dimodifikasi, diadaptasi serta diterjemahkan dr pengalaman beberapa geng masak-masak di FB. Sekian, peringatan dr saya utk saya dan semua :P)

P/S: Nanti saya jawab komen-komen anda semua ek, mak Taufiq tak berapa sihat ni @_@

Wednesday, February 8, 2012

Resepi Baked Neapolitan Cheesecake

14

Mengetest resepi yang diedit dari buku yang dipinjam kat library Kolej Komuniti Tawau, saje suka-suka menambahkan koleksi cheesecake kat blog. Muehehe.. Kek ni ada telur, nak makan sangat tak boleh sebab masih menahan diri dari makan kek-kek bertelur atau seafood. Adei.. Lamanya nak tunggu setahun.. @_@

Kek ni ada 3 rasa, coklat, strawberry dan white chocolate. Biasa saya guna tepung sikit je, kali ni tepungnya lebih banyak, sampai guna 2 jenis tepung. Huhu.. Tekstur kek lebih kering dari Baked Blueberry Cheesecake (sebab kehadiran tepung) dan lagi satu sebab saya tak bakar cara bain marie (loyang springform rosak, asik leaking je. Saya cuma letak loyang atas wet towel atas rak oven. Tapi kena hati-hati, jangan bagi towel kering. Tujuannya nak elak bawah kek hangus masa nak tunggu cheesecakenya masak).

Malas bercakap banyak, jom layan resepi~

P/S: In case you're wondering, saya masih mood hibernate nak baking-baking ni, jaga kesihatan (la kunun). Haha.... Tapi disebabkan tengok bulan ni takde entry, amik kesempatan testing resepi yang ni ;p Kesian tengok blog bersawang lama-lama...


Resepi Baked Neapolitan Cheesecake
By: Aku.Zack
(Diadaptasi dan dimodifikasi dari Boston Cheesecake, Catherine Lau, buku Kek Keju Menawan)
(loyang 9" bulat ketinggian minima 3")


Base: chocolate chiffon
Tengah: white chocolate cheesecake
Atas: Strawberry cheesecake
Hiasan: Strawberry deco powder dan Fresh cream


Neapolitan cheesecake, sudah dibedah siasat. Ada 3 rasa dalam ni

Deco yang sempoi~

Slice yang pertama untuk merasmikan rasanya. Hilang juga kempunan ku, hehe..

Sudah dipotong, tutup dengan plastik keras seperti transparency untuk elak bahagian terdedah kering
Neapolitan cheesecake yang sedang disejukkan


Base: Kek Chiffon
A:
15g serbuk koko
1/4C air panas
*1/2st chocolate emulco

B:
2 kuning telur
50g gula kastor
75g tepung superfine
1/2st + 1/4st baking powder
1/4st soda bikar
1/8C minyak jagung
1/2st esen vanila

C:
2 putih telur
1/8st cream of tartar
35g gula kastor

Cara:
1. Larutkan serbuk koko & choc emulco dalam air panas. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, campurkan kesemua Bahan B. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar secara bain marie dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 25-30 min, 175C.
6. Sejukkan kek pada suhu bilik di atas redai (masih dalam loyangnya).

Cheese filling:
60g butter, didadu
200ml whipping cream
250g cream cheese, suhu bilik
40g gula kastor
40g tepung gandum/superfine, diayak
2sb + 2st tepung jagung, diayak
4 biji kuning telur
1st just limau/lemon

4 biji putih telur
1/4st cream of tartar
60g gula kastor

50g white chocolate, dicairkan
1st strawberry paste + beberapa titip pewarna merah

Cara:
1. Sediakan springform pan 9" yang digris dan dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya. Letakkan kek sponge coklat di dalam. Ketepikan.

2. Pukul cream cheese, butter, 40g gula kastor dan whipping cream hingga sebati. Masukkan campuran tepung diayak dan adun rata. Masukkan kuning telur dan jus lemon, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua ( berat 335g setiap satu).

2. Masukkan white chocolate cair ke dalam satu adunan. Masukkan strawberry paste + pewarna ke dalam adunan yang lagi satu.

3. Dalam bekas bersih, pukul 2 biji putih telur dengan 1/8st cream of tartar hingga berbuih. Masukkan 30g gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul hingga kembang dan ringan. Kaup balikkan ke dalam adunan keju coklat perlahan-lahan. Bakar dalam oven 160C selama 25-30 minit secara waterbath. Pastikan ketinggian air lebih kurang paras kek coklat.

4. Beberapa minit sebelum adunan keju white coklat masak, pukul baki 2 biji putih telur dengan 1/8st cream of tartar bersama baki 30g gula hingga bertanduk. Kaup balikkan ke dalam adunan keju strawberry.

5. Tuangkan adunan keju strawberry di atas adunan keju coklat dan bakar lagi 30-40minit atau hingga permukaan atas cheese kelihatan sedikit kering dan bahagian tengah tidak lagi bergoyang.

6. Renggangkan pintu oven sedikit, biarkan kek sejuk dalam oven lebih kurang 1 jam. Seterusnya sejukkan pada suhu bilik (masih dalam loyangnya) dan simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dikeluarkan dari loyangnya.

7. Hias dengan fresh cream atau suka hati.

Note:
1. First time tak buat cara bain marie. Luar agak kering tapi dalam masih lembap-lembap. Mungkin sebab tak guna bain marie dan menggunakan tepung yang lebih banyak daripada biasa.
2. Next time cuba eliminate tepung gandum/superfine dan guna tepung jagung je. Tapi risiko untuk kek mendap ketika sejuk.
3. Kek ni tinggi. Guna loyang springform 9" ketinggian 3". Loyang 8" terlalu kecil, eksperimen ni terpaksa buang lebihan adunan strawberry.
4. Boleh ditambahkan lagi white chocolate tapi pastikan jangan lebih dari 100g untuk elak kek kering akibat coklat yang banyak.
5. Kalau rajin, base boleh ganti dengan Baked Chocolate Cheesecake. Tapi memang cheesey la kalau gitu