Wednesday, March 28, 2012

Resepi Donut [Menjadi Pizza]

9

Resepi ni ringkas dan mudah. Very versatile sebab boleh guna buat donut atau pizza. Layan~


Resepi Donut [Menjadi Pizza]
Resepi asal: Donut Cheese
Dipetik dari  mazurah@myresipi.com (http://myresipi.com/top/detail/1440)


Bahan A
3C tepung gandum - ku guna 1C + 1/2C tepung roti
3sb gula halus - 1sb gula halus
3sb lemak sayur - 1sb + 1/2sb minyak masak
3sb susu tepung - 1sb + 1/2sb susu tepung
2st instant yeast instant - 1st

190ml air suam - 95g

Cara:
1. Masukkan bahan A dalam satu bekas besar, gaul rata. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Jika doh nampak kering, tambah lagi air dalam sesudu kecil dahulu hingga senang diuli.
2. Uli hingga doh tak melekat pada bekas. Lengser dasar dan keliling bekas dengan sedikit minyak masak@butter@majerin serta permukaan atas doh. Perapkan 1jam atau hingga naik 2x ganda.
3. Bahagikan doh sama berat. Rollkan hingga nipis, perapkan lagi selama 20 minit. Taburkan sos pizza, mozarella cheese, dan topping kesukaan.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 190C, selama 25-30 atau hingga masak.

Pizza dengan topping chicken meatloaf, tomato sos, dan bawang merah. Apa-apa yang ada jela ye :P

Tuesday, March 20, 2012

Hibernating Mood

0

No recipes for today. I'm seriously in a very lazy mood and just don't have the energy to think about editting/modifying/adapting any new recipes to suit this hard-to-please palate of mine. For the time being, my blog will be empty of any new tricks or tips or recipes, but I'll try to answer any comments or questions should I be online at that moment. I don't know what's gotten over me, probably I need a LONG break in some nice quiet place, in a remote part of Sabah, just letting myself think about something else that has nothing to do whatsoever with cakes or cake decorations. *Sigh*

For the time being, take a look at the latest cake I made a few days/weeks back (can't remember when). It's an American Chocolate cake, made it loads of time so you'll probably be rolling your eyes by now. *Double sigh*

American chocolate cake, crumb coated with non-dairy whipping cream with a bit of ganache, then poured with ganache on the whole cake


Tips on how to get a smooth ganache can be seen here. But it's all in Bahasa Melayu unfortunately. For the cake recipe you may refer to this link.

Friday, March 9, 2012

Step-By-Step Angry Bird Ice Cream Cake - Deco Cara Ngelat

12

Cara mendeco kek ice cream tanpa terlalu banyak piping dan banyak pewarna (kes mengelat dan taknak guna pewarna merah terlampau banyak. Haha..)

Layan~


Step-By-Step Angry Bird Ice Cream Cake- Deco Cara Ngelat
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com


2nd Angry bird ice cream cake, ice cream and cream didn't melt as much


The first Angry Bird cake I made, the cream nearly melted



Bahan dan Alatan:
1 gambar angry bird, ikut saiz loyang anda (9" bulat)
1 loyang bulat saiz 9" ketinggian 3"
1 biji kek span coklat, saiz 9" bulat dan ketinggian 1.5" dan dibelah dua - saya guna resepi ni, kurangkan masa bakar dan guna loayng bulat 9"
1 biji kek span petak, saiz 8" ketinggian 1"-1.5", dibelah dua - saya guna resepi ni, kurangkan masa bakar dan guna loayng petak 8"
Cling film/cling wrap
Ice cream 1.5 liter - 2 liter
Strawberry decor powder/powdered sugar
Nozel star kecil + piping bag, untuk piping fresh cream warna putih (untuk dada dan mulut)
Nozel bulat kecil + piping bag, untuk piping fresh cream warna kuning (untuk beak/paruh)
Fresh cream warna pink/merah
Piping bag, diisi sedikit ganache (55g coklat + 50g cream) dan dipotong sikit hujungnya (untuk outline)
Pengayak
Spatula dan scraper
Painting knives, untuk melepa halus-halus fresh cream nanti

Cara:
1. Sediakan gambar angry bird dan loyang bulat 9". Pastikan gambar dan loyang lebih kurang sama saiz.
2. Masukkan cling film dalam loyang. Biarkan dalam 5" terkeluar dari tepi. Masukkan sepotong kek 9" sebagai base.
3. Potong kek petak yang telah dibelah dua kepada beberapa keping mengikut ketinggian loyang (saya buat 4 keping, ada lebih lagi baki kek tu saya simpan untuk buat kek lain nanti).


4. Susunkan kepingan kek keliling loyang (saya susun di atas base kek).
5. Masukkan 1.5liter - 2liter aiskrim di dalamnya. (NOTE: Ice cream boleh dikeluarkan awal sebelum anda menyusun kek-kek tersebut.)
6. Ambil baki kek bulat dan letak di atas ice cream. Kalau terlalu besar, boleh trim tepinya sikit.
7. Simpan dalam freezer 9 - 12 jam atau semalaman.
8. Setelah kek beku, terlangkupkan di atas cakeboard dan buangkan cling film. Kemudian sediakan semua bahan dan peralatan yang lain: fresh cream pink/merah, piping beg berisi fresh cream putih, fresh cream kuning ganache, strawberry powder, pengayak, painting knives, spatula, dan gambar angry bird.
9. Sapukan seluruh kek dengan fresh cream pink/merah.


10. Ratakan dengan spatula dan scraper.
11. Potong gambar angry bird mengikut bentuk mata dan paruhnya. Bahagian atas diketepikan. Letakkan bahagian berparuh atas kek.
12. Ambil sesudu besar strawberry powder dan ayakkan atas kek. Pastikan bahagian keliling mata, paruh dan badan diayak tebal-tebal sikit, serta keliling kek.
13. Alihkan gambar angry bird. Bahagian yang tertinggal (tanpa strawberry powder) bolehlah dihiaskan guna fresh cream.
14. Mulakan dengan melorek bentuk kening, mata, paruh dan badan angry bird dengan lidi. Kemudian paipkan kening menggunakan ganache.
15. Paipkan fresh cream putih untuk mata. Ratakan guna painting knives. Kemudian buat outline keliling mata menggunakan ganache.
16. Paipkan fresh cream kuning untuk paruh, ratakan guna painting knives juga. Paipkan fresh cream putih untuk lidah, ratakan lagi. Kemudian paipkan ganache untuk outline paruh dan lidah.
17. Paipkan fresh cream putih (menggunan star nozel) untuk badan dan bahagian tepi kek ke bawah. Ratakan dengan painting knives dan scrapper.



Painting knives

Strawberry decor powder (powdered sugar)

Note:
1. Cara saya buat dari atas ke bawah untuk kek ice cream ni.
2. Sebaiknya hias setelah keknya betul-betul beku untuk elakkan kita keluar-masukkan kek dari freezer. Kek yang sudah dihias fresh cream AKAN CAIR kalau kita asik keluar masukkan dari freezer. Oleh itu sebaiknya setelah mula hias JANGAN berhenti.
3. Planning is crucial. Masa dan kaedah eloklah diplan betul-betul untuk elak aiskrim dan fresh cream mencair ketika deco.
4. Sebaiknya sediakan semua peralatan dan bahan sebelum menghias.

Wednesday, March 7, 2012

Kek Ice Cream Ana Muslim

5

Kek ice cream yang ditempah customer, kek yang paling sempoi dan ekspres untuk tahun ni. Nak buat step-by-step tak dapat, tengah malam pukul 1 pagi baru siap. Hehe.. Kek ni dideco dengan non-dairy whipping cream dan ganache. Mula-mula kena cari dan print image sebesar kek tu. Pastu buat outline atas kek ice cream (kena salut dengan fresh cream dulu) baru paipkan fresh cream berwarna, ratakan dia guna painting knives barulah dipaipkan ganache untuk details. Kalau nak paip ganache dulu baru paipkan fc berwarna ok gak, tapi kadang-kadang ganache tu mengacau sikit time nak ratakan balik.

Dari pemerhatian, fresh cream takleh nak survive lama-lama kalau asik keluar masuk peti sejuk. Dia akan cair lebih cepat. Proses nyahbeku tu menambahkan lagi kandungan cecair (air) dalam fresh cream. Ice cream yang kat dalam tu ok lagi, asalkan kena salut sepenuhnya dengan kek dulu sebab kek yang sejuk tu akan mengekalkan 'kebekuan' ice cream. Kalau kek-kek deco simple, piping bintang-bintang, rosettes, swirl etc. takde masalah rasanya, sebab kejap je nak pipe pastu simpan terus dalam freezer. Kalau nak lagi mudah, leh tepek gambar terus atas kek tu, hehe..

Kek ice cream Ana Muslim, dideco dengan fresh cream dan ganache. Sempoi~

Sunday, March 4, 2012

Kek Ice Cream Angry Bird

7

Kek ice cream Angry Bird, ditempah oleh member. Ni leh kata kali ke-2 buat kek ice cream, tapi pertama kali buat kek bentuk Angry Bird (orang lain dah lama buat kita dah lama ketinggalan T_T). Satu task yang mencabar, buat kek ice cream sambil nak deco bentuk bird. Huhu.. Asik keluar masuk peti sejuk tiap 5 minit nak elak ice cream dan fresh cream cair.

Asalnya nak buat macam biasa, paip guna nozel rosettes. Tapi sebab warna fresh cream takleh nak dapat berapa terang (dan kalau dapat pun banyak sangat guna warna) jadi terpaksa guna cara lain. Terpaksa guna strawberry powdered sugar warna merah pastu ayak atas kek. Keliling kek tu takleh nak buat apa, takleh nak tilt/tonggek kek takut terjatuh nanti. Jadilah kek yang simple macam di bawah:

UPDATE 10 MARCH 2012: Cara buat kek ice cream dan deco bentuk Angry Bird ada di sini.

Angry Bird ice cream cake
Strawberry powder decor (powdered sugar berperisa strawberry je)

The 'angriest' bird alive :P

Kalau perasan Angry Bird ni takde ekor atau jambul. Sebab kalau paip jambul jadi warna pink, haha.. Ekor lak rasa takut mengacau tulisan 'Happy Birthday Damien' kat keliling kek tu nanti.

Psst. Sape kata kek ice cream tu mudah dan senang nak bentukkan jadi Angry Bird bukan guna cara piping biasa, I salute to you la sebab kek ni saya buat sampai hampir pengsan @_@ Hahaha..