Thursday, July 26, 2012

Resepi Biskut Mama Cadbury

5

Pertama sekali, minta ampun dan maaf lewat jawab komen. Huhuhu.. Tak berapa ada masa nak duduk lama-lama depan pc sekarang.

Biskut yang telah diderhakan sikit sebab nak buat awal dari biasa. Asalnya base guna cream cheese, tapi sebab pertama kali nak buat tak tahu tahan berapa lama. Eksperimen awal kejadiannya lain sikit, haha..

Biskut mama cadbury eksperimen terakhir
Eksperimenku yang terdahulu

Rasanya ok sikit kot banding yang awal-awal. Yang penting, cadbury tak cair, melekat kat biskut dan biskut bakar serata. Apapun, layan~


Biskut Mama Cadbury 
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com 
Diedit dari Biskut Mama Carrey citarasawan 
50 biji+- 

Bahan: 
A: 
100g butter
50g gula kastor
½ bj kuning telur Gred A @ 1 kuning gred C/D
1/2st esen vanila

B: 
130g tepung gandum
25g tepung jagung
25g susu tepung
***Ayak dan ketepikan.

Hiasan: 
50 biji coklat cadbury (suku daru botol besar tu)

Cara: 
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.

3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Simpan dalam peti sejuk 15-30 minit atau hingga mudah diterap.

4. Canai atas permukaan tak melekat (ku guna marble slab bersih) dan terap bentuk sama saiz dengan coklat. Simpan kembali dalam peti sejuk 10-15 minit.

5. Sementara itu panaskan oven 160C. Bakar adunan 10-15 minit api atas-bawah, rak tengah, hingga separuh masak.

6. Keluarkan tray, sapu putih telur atas biskut. Susun coklat cadbury di atasnya. Bakar lagi 5-10 minit menggunakan suhu atas-bawah, rak paling bawah, hingga biskut kelihatan masak. (See NOTE below)

7. Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Note: 
- Biskut ini rangup.
- Cadbury memang menggerutu sikit time habis bakar.
- Resepi asal guna cream cheese.
- Oven Elba saya ada 5 tingkat. Pembakaran pertama rak tengah, pembakaran terakhir sy guna rak ke-2 dari bawah. Masih guna api-atas bawah tapi sebab tray jauh dari api jadi cadbury tak cair.
- Sapu putih telur untuk cadbury melekat kat biskut.
- Sesiapa nak try yang cream cheese, dipersilakan:




Resepi Biskut Cheese Cadbury

Sumber: Eryna Bizkit


Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese

Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung

Bahan C
1 botol coklat Cadbury

Cara membuatnya :
  1. Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
  2. Masukkan Bahan B. Gaul rata
  3. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk
  4. Potong mengikut saiz coklat Cadbury dan susun coklat di atasnya
  5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 40 celcius. Guna api bawah sahaja

Wednesday, July 25, 2012

Resepi Nestum Shortbread

5

Lama sangat dah tak makan shortbread. 2-3 tahun gak rasanya. Huhuhu.. Al-kisahlahnya nak merasmikan loyang yang baru dibeli (beberapa bulan lepas, haha..)

Layan~

Walaupun rupa mu kurang menawan, kau tetap menjadi pojaan hatiku~ 


Resepi Nestum Shortbread 
10" x 8" (50 pcs) 
Resepi asal : rinchan diubahsuai dr resepi cornflakes shortbread 

Bahan:
125gm butter
35gm gula caster
150gm tepung gandum
1sb + 1/2sb tepung ubi
1/2sb tepung jagung
25gm nestum, dikisar halus
15gm badam kisar

200g coklat, cairkan
50g white choc, cairkan (sebagai hiasan)

Cara:
1. Lengser tray dan cutter dengan butter. Alaskan dasar dengan baking paper. Ketepikan.

2. Pukul butter + gula hingga kembang.

3. Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam + nestum kisar.

4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung (rasanya 150g dah ngam, asalnya guna 125g je). 

5. Tekan dalam loyang hingga padat (ku guna alat penekan untuk kek lapis), masukkan cutter dan bakar 170C @ 25 minit  atau hingga keperangan.

6. Dah masak terus keluarkan cutter. Biarkan sejuk sepenuhnya baru tuang coklat dan buat hiasan. Masukkan kembali cutter dan tunggu coklat sejuk sepenuhnya, baru keluarkan cutter kembali. 

Note:
Biskut akan mengembang semasa dan setelah dibakar.

Thursday, July 12, 2012

Minatku, Customized Cakes

13

Salam sejahtera,

Minat saya memang pelik. Suka menyusahkan diri sendiri buat kek pelik-pelik. Orang lain buat guna fondant, saya berdegil nak buat guna fresh cream. Pastu makan masa berjam-jam, fresh cream lak ada tendency untuk cair. Tapi nak buat camne, dah orangnya pun memang suka benda pelik :P

Layan~

Kek Manchester United
Kek Spongebob
Kek Hello Kitty

Monday, July 2, 2012

Kelas Kek Modul Asas: Bake and Decorate

10

Assalamualaikum dan salam sejahtera *baca dengan nada pembaca berita :P*

Baru selesai kek kek modul asas, "Bake and Decorate" Ahad lepas. Nah penatnya pun masih belum hilang lagi ni T_T Tapi apapun did the best I can. Banyak gambar ditangkap tapi rasa liat sikit nak upload sebab dah upload kat Facebook. Jadi, carilah sendiri ya :P Muahaha..

Kelas ni bertujuan untuk ajar peserta menimbang, membancuh dan membakar kek sendiri. Dah siap bakar kena tunggu sejuk pula, pastu kena deco. Masing-masing boleh bawa kek balik (2 biji kek 8"). Dalam kelas ni asas mengira kos kek dan meletakkan harga pun diberi. Kelas bermula 9.30pagi hinggalah 5 petang. Berhenti hanya untuk makan dan solat tengahari je sebab sini maghrib awal, jadi nak berhenti lama-lama takut  terlajak masa. Apapun terima kasih sebab sudi belajar dengan tuan hamba, apa-apa yang kurang harap dimaafkan. Yang baik dari Dia, yang lemah dari saya. Kalau ada apa-apa soalan boleh rujuk saya nanti ;p

Cheerio~