Wednesday, November 28, 2012

Resepi Japanese Cotton Soft Cheese Cake dan Kelas

2

Blogger widget ada problem pula. Tak dapat nak tengok komen-komen kat sana. Apapun nanti saya balas ek, kena tengok satu-satu kat ruang mukadepan 'Comments'.

Resepi ni saya rasa dah tayang beberapa tahun dahulu. Cuma masa tu saya guna cheddar cheese parut gara-gara takde cream cheese. Rasanya macam lagi lemak sebab guna cheddar dan sedikiiit masin. Bagi yang takde cream cheese, boleh guna cheddar (samada parut atau slice, sebab nanti kena double boil dia cair gak). Kuantiti je kena adjust sikit sebab cheddar lebih sharp.

Sebenarnya nak upload gambar je tapi rasa macam kosong je post kalau takde resepi. Hehe.. Apapun layan~


P/S: I'm offering a class untuk belajar piping macam kek di atas (design tak semestinya sama, terpulang). Tarikh terpulang pada kelapangan anda dan saya. Bulan Disember saya free sikit, starting tahun depan saya tak pasti lagi. Kalau nak boleh hubungi saya di Facebook. Just search 'zachoes' insyaAllah jumpa. Masa nak add please PM kenal kat mana, sebab kadang saya l.a.m.b.a.t. add lagi-lagi kalau tak kenal. Hehe.. Bukan apa, kadang tu jumpa macam-macam orang (contohnya, laki menyamar perempuan. Erk) tu yang buat mak Taufiq gerun sikit >.<



Japanese Cotton Soft Cheese Cake


Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake 
Dari Alma@myresipi.com
(8" atau 9" bulat)

Bahan A: 
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur - ku guna gred AA
1 sdb jus lemon - ku guna 1/2st sebab tak suka terlalu tart
1/4 sdk garam - tak guna, sebab guna salted butter
60g tepung kek/tepung superfine - ku guna tepung hong kong
20g tepung jagung

Bahan B: 
140g gula kastor
6 biji putih telur  - ku guna gred AA
3/4 sdk jus lemon - ku guna 1/2st jus limau kasturi

Cara-cara: 
Utk adunan A: 
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon serta gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).

Utk adunan B: 
1. Sediakan loyang. Alaskan dasar dengan baking paper. Ketepikan. Panaskan oven 160C.

2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/limau, sampai berbuih-buih. Tambahkan gula, pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B, kacau smpai sebati.

3. Tuang adunan kek dlm loyang. Bakar kek dalam kira-kira 1jam dengan cara au bain-marie (waterbath), pada 160C/325F. Biarkan sejuk dalam loyang sebentar sebelum dikeluarkan. Pastikan tidak terus keluar dari oven selepas masak untuk pengecutan yang terlampau ketara.

Resepi Durian Crepe

7

Akhirnya dapat juga buat DC ni. Bukan senang nak dapat durian kat Tawau, dan bukan juga murah. Tapi aritu rezeki dapat jenis yang murah, isinya pun ok manis walaupun taklah sehebat durian king atau D24. Hehe.. Apapun melepas gak hajat nak makan, alhamdulillah. Walaupun takde non stick pan, guna je apa yang ada. Crepe saya tak berapa hensem sebab jenis pan tu memang stick-stick pan, bahagian tengah dia cepat je masak. Apapun layan~


Resepi Durian Crepe [5 jenis tepung]
DISCLAIMER: Saya tak mengaku ini resepi kak Zailina, saya amik resepi dari kawan je. Hehe..
Dipetik dr Siti Hafizah@FB. TQ~ Memang nipis kulitnya 




Crepe Batter 
A: 
20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Ayakkan dalam satu bekas.

B: 
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak
***Campurkan dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan (ku bedal guna pan biasa saiz 22cm hahaha..)
Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap (macam kitorang tadi).

P/S: Bahagian yang atas nanti terbalikkan masa nak letak inti. Jadi lebih cantik.

Friday, November 23, 2012

My First Simple 3 Tiered Wedding Cake dan Resepi Buttercream

12

Assalamualaikum,

Lama tak mengupdate blog. Kesuntukan masa sebab buat tempahan, kelas dan balik kampung. Hehe.. Balik kampung kali ini tidak lain dan tidak bukan sebab adik iparku kahwin. Mak mertua minta buatkan kek kahwin yang simple tapi menarik (erk). Apa lagi, bila lagi masa nak testing kecut perut buat kek kahwin orang? Hehehe..

Sebenarnya plan awal nak buat 2 tingkat je. Tapi ntah macam mana terbuat banyak kek, maka dengan itu TERjadilah kek 3 tingkat. Keknya saya deco guna buttercream je, sebab 1) peti sejuk tak muat, kena selang seli simpan dengan cuppies ipar sekali 2) nak letak kek tu lama-lama dari pagi sampai ke petang kat atas meja 3) saya hantu fresh cream tapi dalam keadaan yang darurat saya terpaksa beralah kepada buttercream (maafkan saya fc T_T)

Seperti biasa apabila takde idea maka mulalah hati gelisah dan tak dapat tidur lena (padahal dah skodeng gambar kek kahwin berbulan-bulan lepas dah :P). Dengan rendah diri saya rasa kek kali ni sangatlah sempoi dan simple (seperti tuan yang membuatnya). Ecewah. Nak overboard dan overdose letak filling ganache, buah-buahan takut keknya terlebih manis. Jadi guna apa je yang ada dengan bajet yang ada. Hehe..

Jom layan~

3rd tier, dah takde idea -_-"
2nd tier, eksiden masa simpan dalam peti sejuk -_-" Bila lama sangat piping bc mmg macam tu, berbubbles
1st tier, time ni awalnya seronok pastu lama-lama kekeringan idea -_-"
3 tiered simple wedding cake untuk adik ipar

Resepi Buttercream
250g krimwell
125g shortening (nak sedap ganti butter tapi nanti warna kuning dan lebih cair)
125g gula aising, ayak (Redman best, halus je icingnya)
1st esen vanila

Cara:
1. Pukul krimwell dengan shortening hingga sebati.
2. Masukkan gula aising sikit demi sedikit sambil dipukul. Masukkan esen vanila. Pukul pada kelajuan medium, 15-20 minit. 5 minit terakhir slowkan speed, pukul satu arah untuk buangkan bubbles besar.
3. Terus guna atau simpan dalam bekas bertutup.
***Elakkan terlalu ghairah masa pukul krim. Ini akan menyebabkan lebih banyak gelembung udara besar terhasil.
***Untuk warna, boleh letak selepas buttercream selesai dipukul sebati. Masukkan pewarna sikit-sikit dahulu.