Thursday, February 28, 2013

Terima Kasih Buat Suamiku

Mungkin ramai yang sangka, saya memang dilahirkan dengan bakat semulajadi untuk membuat kek dan berniaga.

Sebenarnya tidak sama sekali.

Terus terang saya katakan, sebelum saya berkahwin, knowledge saya tentang kek dan bisnes memang zero. Nil. Kosong. Saya tak tahu langsung tentang perniagaan, tak tahu langsung tentang kek. Dan tak tahu langsung saya sebenarnya ada kebolehan dalam menghias kek (walaupun tak seberapa mana pun sebenarnya :P)

Masa awal-awal kahwin dulu, saya sangka saya akan 'berkerja' seperti suami saya di Kolej Komuniti Tawau. Menjadi pensyarah kolej. Bergaji tetap. Typical pegawai kerajaan. Buat kerja-kerja ofis sikit, mengajar budak-budak elektrik. (Kalau sekarang anda tanya saya tentang elektrik dan wiring, konfem saya akan fail. Hehehe..) Setelah melahirkan Taufiq dan setelah beberapa tahun berlalu, saya sedar haluan mengajar subjek elektrik bukanlah jalan yang telah ditetapkan untuk saya. Allah telah merancang sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung dalam kepala saya. Iaitu berniaga membuat kek.

Kalau ikutkan sebenarnya saya takde niat langsung nak berniaga. Ye la, kek pun buat asik tak jadi je masa time belajar dulu. Pula tu subjek Prinsip Akaun pun saya tak faham (dulu amik sains dengan subjek PA sekali kat sekolah). Apa lagi bab berbisnes ni. Ikutkan dulu kira modal bahan pun saya fail, hehehe.. Tapi alhamdulillah, berkat dari kehidupan yang serba serbi mencabar di bumi Tawau ini, ditambah dengan didikan serta bimbingan suami, saya mula berani mengambil tindakan menjual kek dengan kawan-kawan terdekat.

Teringat lagi kek yang pertama saya jual adalah coklat moist. Keknya berat 1kg, bahan-bahan yang saya gunakan dahulu bahan branded seperti Tudor Gold dan Vochelle. Kalau ikut kira-kira sekarang, guna bahan-bahan sama, harga jualan RM40/kg guna bahan branded memang hanya balik modal saja dan untungnya beberapa ringgit je. Tapi maklumlah, baru nak berbisnes. Lagipun zaman dulu kurang/takde saingan. Kawan-kolej memang selalu order dengan saya, lagipun keknya saya jual agak murah dalam RM30 je. Hehe.. Masa awal dulu suami dah ajar cara kira kos bahan dan untung rugi. Kalau ikut harga bahan pada zaman tu memang masih boleh dimaafkan lagi. Cuma sebab sifat terlalu kesian yang ada dalam diri saya, saya telah letakkan kira-kira yang paling minimum untuk semua bahan kek saya. Contohnya, 1kg gula masa tu baru RM1.60/kg. Jadi dalam kira-kira saya anggap RM1.60/kg relevan untuk 3, 4 tahun akan datang. Tetapi selang setahun harga gula pula naik mencecah RM2/kg. Termasuklah harga bahan-bahan lain seperti tepung gandum, serbuk koko dan susu pekat manis. Walaupun tiap barang kenaikannya cuma 40sen (ada yang sampai naik RM5 dalam masa tak sampai setahun), disebabkan semua bahan tersebut naik serentak maka untung/rugi saya pun affected. Bayangkan kalau guna 10 jenis bahan, semua naik 40sen hingga  RM5. Jadi mesti kita akan terasa sikit kan? Pula tu saya memang ambil untung cukup-cukup makan saje, bila selang 1, 2 tahun margin keuntungan pun makin kurang dan kos modal makin naik. Hehehe.. Tula siapa suruh baik sangat :P

Disebabkan margin untung saya makin kurang, saya mula risau. Dan suami saya mengajar saya membuat ramalan harga bahan-bahan pada masa akan datang. Kos bahan mentah tetap akan naik, sukar untuk ia turun. Suamiku mengajar membuat ramalan, harga maksimum bahan itu akan naik dalam masa 2, 3 tahun akan datang. Dan dia suruh saya membuat survey harga pasaran yang paling tinggi di tempat tinggal kami. Contohnya, jika biasanya saya beli telur harga RM0.42 sebiji untuk telur gred A di pasar, ada tak kemungkinan saya terpaksa membeli di kedai lain yang harganya RM0.50 sebiji? Sebenarnya memang itu pun berlaku, jika saya terpaksa beli secara emergency di kedai belakang. Jadi untuk kiraan saya mula mengambil kira faktor-faktor begitu, kenaikan harga bahan dalam masa 1, 2 tahun dan kes emergency jika saya terpaksa membeli di tempat lain yang harganya jauh lebih mahal.

Sebenarnya banyak saya belajar dari suami saya. Mak mertua saya biasa buat kek. Jadi suami saya biasa melihat dan menolong maknya membuat kek. Suami saya pula memang rajin menolong maknya di dapur, maklumlah anak sulung dari 10 orang adik beradik. Sejak kecil lagi suamiku telah didik untuk menjual kuih muih di depan rumah dan di tepi jalanan. Bukan itu saja, dia memang biasa menolong maknya memasak di dapur, sebenarnya kalau bab makanan dia la pengkritik paling hebat. Andaikata makanan yang saya masak kurang masin, dia akan berterus terang dengan saya. Dari situ saya cuba baiki mana-mana kelemahan dalam masakan saya. Sekiranya dia rasa kombinasi perisa kek saya kurang memuaskan, dia akan bagitahu. Awal-awal dulu memang saya rasa kecil hati, tak sedap ke saya masak.. Tetapi sebab kritikan dan cadangan pembaikan dari dia yang membuatkan saya lebih keyakinan untuk memperbaiki produk-produk saya, tak kiralah masakan biasa ataupun kek. Pada saya kritikan itu perlu, kalau kita ingin memperbaiki diri sendiri. Tetapi biarlah dalam kita mengkritik kita juga memberi cadangan-cadangan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Dan adab memberi kritikan pun perlu dijaga, dikhuatiri orangnya akan terlebih sensitif. Contohnya, jika ingin menegur biarlah tegur dalam keadaan tiada orang lain. Ataupun komen di ruang PM di facebook. Jaga air muka orang, janganlah bagi orang melihat kita menegur dia depan orang ramai (kecuali dia jenis orang yang mudah ditegur dan tak mudah ambil hati). Jika cara itu pun dia masih tak dapat terima, ada kemungkinan dia bersifat egoist dan memang langsung tak boleh ditegur. Hihihi..

Berbalik kepada berniaga kek, suami saya turut ajar bagaimana kita mengolah sesuatu resepi andaikata ada bahan dalam tersebut tiada dalam stok. Contohnya, kalau biasa kita masak guna kuah Yong Tau Fu guna gelaka melaka tetapi stok gula melaka tiada, suami saya mengajar menggunakan bahan yang seakan dengannya, misalnya gula perang. Dari segi warna ia tak terlalu beza, dan dari segi manis pun tak terlalu jauh. Biarpun tiada gula melaka kita masih dapat memasak menggunakan gula perang, walaupun dari segi rasa ia mungkin sedikit berlainan, tetapi kuah Yong Tau Fu tetap dapat dimasak. Cara ini juga telah saya apply ke dalam kek. Sekiranya resepi mengatakan guna lemon jus untuk cheesecake, saya akan guna bahan yang terdekat iaitu jus limau kasturi. Pokok pun ada di depan rumah, kos pun jimat. Tetapi harus kita ingat, apabila kita cuba mengolah resepi bahan-bahan ini, ilmu dan sedikit pengetahuan perlu ada. Dalam bab cheesecake di atas, saya menggantikan lemon jus dengan jus limau kasturi sebab saya hanya mahukan rasa masamnya. TETAPI sekiranya kek tersebut memang resepi Lemon Cheesecake, kita gantikan dengan jus limau kasturi, sudah tentu resepinya akan berubah kepada Limau Kasturi Cheesecake. Jadi dalam mengolah sesuatu resepi, kita harus sertakan dengan sedikit ilmu, pengetahuan serta logik akal. Janganlah kita ikut resepi bulat-bulat dan terus 'stuck' bila ada bahan yang tiada dalam stok, tetapi janganlah juga kita sesuka hati mengubah resepi tanpa mengetahui apa sebenarnya yang kita buat. Itulah pesan dari suami saya, dan selama ini saya pegang dalam tiap masakan dan hidupan harian saya. Alhamdulillah.. Syukur padamu ya Allah kerana memberiku pasangan hidup yang paling hebat di mataku...

Buat suamiku, terima kasih kerana mendidik ku menjadi begini. Fikiranku lebih luas, tidak terkongkong pada satu teknik, bahan atau kaedah sahaja. Terima kasih kerana mengajar ku tentang bisnes dan ramalan, dan terima kasih kerana masih bersamaku dalam susah dan senang. Terima kasih kerana mendidik dan membimbingku sehingga aku dapat mengendalikan kelas kek sendiri dengan yakin, walaupun hakikatnya aku tak pernah pergi mana-mana kelas kek sebelum ini.

Terima kasih buat suamiku Muhammad Rahmat, semoga kita saling kuat menempuhi segala cabaran di dunia ini. Amin..



Banyak korban, banyak faham;
Kurang korban, kurang faham;
Tidak korban, SALAH faham.



Salah faham kerana disangkanya faham rupa-rupanya sebaliknya.
Lebih baik tak faham daripada salah faham, kerana sedar akan ketidakfahamannya.
Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu, insyaa Allah pemahaman kita akan lebih kuat dan berkat.

Wednesday, February 27, 2013

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Yang pertama.. Orang yang berniaga ni tidak ada boss kan? Dah tentu dialah boss untuk bisnesnya sendiri? Jadi, orang yang berbisnes ni lebih DIRECT CONNECTIONnya dengan ALLAH.. Dia tak ada boss.. Dia minta DIRECT dengan Allah.. CONNECTION dia sepatutnya sangat KUAT dengan ALLAH.. Kerana dia tak ada gaji yang dah memang tetap masuk dalam bank setiap hujung bulan. Dia tak ada boss untuk merujuk jika ada masalah..yang ada hanyalah ALLAH.. Dia sepatutnya sangat memerlukan ALLAH..sangat BERGANTUNG pada ALLAH..sangat MEMINTA-MINTA pada ALLAH..sangat BERSYUKUR di atas nikmat yang ALLAH berikan.. Itulah antara kecantikan yang lebih mendalam tentang kelebihan orang yang berniaga..

Sebab kedua pula ialah.. Orang Islam perlu berbisnes kerana boleh menjadi seperti beliau.. Yang dimaksudkan di sini ialah.. Hanya orang yang berbisnes sahaja yang mempunyai kelapangan masa dan wang ringgit untuk menjalankan aktiviti melebarkan dakwah Islam.. Dari segi wang ringgit dah semestinya mampu untuk digunakan untuk aktiviti berdakwah dan untuk menyara keluarga semasa ketiadaannya.. Dan, orang yang berniaga juga mempunyai kelapangan masa atau masa lebih fleksibel, tidak perlu mengambil unpaid leave untuk bercuti berdakwah.. ALLAHU AKBAR!.. 

-dipetik dr Blog Adamarisya-

Tuesday, February 26, 2013

Sifat-sifat Yang Harus Dijauhi Oleh Penuntut Ilmu

Sifat-sifat Yang Harus Dijauhi Oleh Penuntut Ilmu

1) Hasad (Iri hati dan dengki)
Pesan Rasulullah SAW bermaksud :

"Janganlah kalian saling benci-membenci, saling memutuskan hubungan, saling berdengki, saling bermusuhan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2) Ta'asub (fanatik)
Syaikh Islam Ibnu Taimiyah telah berkata di dalam kitabnya "Iqtidho Sirathol Mustaqim" :

"Barangsiapa mewajibkan dirinya untuk bertaqlid (mengikut) kepada seorang imam (guru/ketua/pemimpin) tertentu (dengan menolak pendapat imam yang lain) maka dia diminta untuk bertaubat kerana sifat mewajibkan dirinya untuk bertaqlid dengan seseorang imam itu boleh menimbulkan sifat syirik (menduakan) Allah SWT .

3) Menjauhi maksiat
Penuntut ilmu perlu menjauhi maksiat sama ada ianya berupa dosa kecil mahupun dosa besar kerana orang yang menjaga diri dari melakukan maksiat mudah mendapat ilmu serta hidayah Allah SWT.

4) Sombong
Penuntut ilmu perlu bersikap tawadhuk (rendah diri) dengan ilmu yang dimilikinya. Tidak sesekali menduga ilmu kepada orang sekeliling lebih-lebih lagi kepada guru semata-mata untuk mengukur serta menunjukkan kehebatan yang dia miliki.

5) Malas 

6) Mudah putus asa

Sunday, February 24, 2013

Kelas Bake and Deco 2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Selesai lagi kelas Bake and Deco 2 'Choc and Cheese' yang kali ke-3. Hehe, penat jangan cakaplah ye memang sakit tumir mak Taufiq ;p Banyak saya belajar dalam handling kelas, macam-macam dugaan dan halangan diperolehi ;p hehehe.. Apapun syukur alhamdulillah sebab dapat sampaikan ilmu manfaat pada orang, mudah-mudahan dapat digunakan sebaiknya.



Friday, February 22, 2013

Kata-kata Hikmah- Tuntutlah Ilmu

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan mahupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya setakat didunia sahaja. Begitu juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab dalam menuntut ilmu seperti melawan guru, bermegah-megah dan merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat berkat dari yang Maha Esa. Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh adab dan rasa rendah diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala. 

copy and paste dr blog Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam

Monday, February 18, 2013

Novelty Cake: Nemo 3D Cake using Fresh Cream

Assalammualaikum,

Lama tak tulis apa-apa. Hari ni memulakan cabaran baru dengan membuat kek 3D. Deco pula guna fresh cream. Memang sengaja cari pasal, masa terima cabaran takde fikir sangat, terus on je. Sekali nak buat fikir boleh ke nk buat kek 3D guna fresh cream ni? Tawakal, berusaha dan berdoa, alhamdulillah pass la juga mendeco guna fresh cream walaupun nak buatnya makan berjam-jam (lagi lama dari melukis atas kek aiskrim :P)

Aapun satu cabaran yang menarik. Cuma mak Taufiq tak tahu sanggup nak buat lagi ke tak :P Hehehe..

Nemo yang memandang dengan penuh simpati (jangan la makan aku)
Senyum~ Tak perlu kata apa--apa

Idea amik kat sini
Idea amik kat sin

Thursday, February 14, 2013

Resepi Chilled Cheese Chocolate Cake

Saje testing 3 teori dalam satu kek >.<
Layan~


Resepi Cheese Choc Cake (dengan sedikit modifikasi) 
cheese choc cake (damnmachine@http://www.myresipi.com/top/detail/1678)

Loyang loose pan 6" 



Lapisan Bawah: 
100g oreos, kisar halus

Lapisan Atas: 
125gm cream cheese (lembutkan)
60gm gula kastor
1 keping oreos (hancurkan..kalau nak tambah lagi boleh..tapi jangan banyak sangat plak)
75gm anchor whipping cream, pukul kental
1/2sb +1/2st gelatine
40ml full cream milk- ku guna air masak biasa je sebab terlalu kesusuan

Chocolate mousse: 
125gm anchor whipping cream, pukul kental
1st vanilla essence
1/2 sb serbuk gelatine (campur dengan 3sb air hangat)
25gm serbuk koko + 40 gm gula icing
1/2 sb nescafe + 1/2 sb air panas
Tambah susu pekat sket (kalau adunan rasa pahit)

Chocolate ganache: 
50g dark compound chocolate
50g fresh cream


Cara:
Lapisan bawah: 
Kisarkan oreo bersama cream. Tekan rata dalam loose pan 6". Masuk dalam peti sejuk.

Lapisan atas: 
1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin.
 2. Campurkan gelatin & full cream milk and biarkan kembang 2 minit. Masak secara double boil sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td.
3. Masukkan bahan lain pukul sebati (oreos yang telah dihancurkan, whipping cream yang dipukul kental). Kemudian tuang ke atas biskut oreos yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse: 
1. Pukul whipping cream hingga kental dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rasa pahit, tmbh susu pekat sket je. Hati-hati ketika memasukkan gelatin kerana ia akan terus mengeras apabila terkena whipping cream yang sejuk.
 2. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse.

Chocolate ganache: 
1.Double boil fresh cream sampai mendidih. Masukkan coklat yang dicincang, tutup api dan alihkan dari double boiler. Kacau rata.
2. Suamkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula kira-kira 3 jam. Bila agak2 chocolate ganache dah keras, boleh la dihidangkan. Potong dengan pisau yang direndam dalam air panas dan dilap kering.


NOTE: Link rupa whipping cream yang dipukul kental.

Wednesday, February 13, 2013

Step-By-Step: Cara Memukul Anchor Whipping Cream

Post ni khas untuk orang yang ragu-ragu untuk memukul dairy whipping cream seperti Anchor, President, Arla, Emborg, Syani atau cream yang khas untuk dipukul dan jenis tawar.

Cara fool-proof nak pukul dairy whipping cream jenis tenusu dan tawar. Jenama saya guna Anchor, jenama lain Arla, Emborg, President, Syani. Yang penting ada tulisan 'whipping cream'.

P/S: sudah gebu terus stop, takut terlebih pukul jadi butter dan buttermilk.

BEZA DAIRY WHIPPING CREAM DAN NON-DAIRY WHIPPING CREAM: 
Dairy- tenusu, diperbuat dari susu lembu dan rasanya memang seperti susu yang lemak berkrim. Tawar, pekat, dan kekuningan.
Shelf life: 3-7 days dalam chiller (depends cara penyimpanan). Cannot be frozen sebab akan berketul.

Non-dairy- bukan dari susu tetapi dari kelapa sawit, rasa tak sama macam susu. Manis, pekat dan putih melepak.
Shelf life: 6 months frozen (setelah dipukul) dalam freezer, max 2 minggu dalam peti sejuk biasa atau hingga berkulat (haha..)

Term 'UHT'- UHT bermaksud Ultra High Temperature. Jadi 'UHT dairy whipping cream' bermaksud cream tenusu yang dipanaskn pada suhu paling tinggi dan disejukkn secara mendadak utk membunuh bateria untuk ia tahan lebih lama.



Ringkas je postnya :P

Monday, February 4, 2013

Deco Kek Yang Simple

Sebahagian kek yang ku buat, jenis yang biasa guna nozel tak upload sebab kerap sangat. Hehe.. Suka menyusahkan diri sendiri try-testing-cuba buat benda leceh, terutama piping guna fresh cream. Haih..masih takleh nak dapat permukaan gambar yang licin sangat sebab fresh cream terlalu lembut T_T

Winnie The Pooh vanilla ice-cream cake, lukisan guna fresh cream atas kek fresh cream

Angry Bird guna piping jelly+strawberry puree atas fresh cream, gara-gara fresh cream tak dapat warna merah terang

Ice-cream cake, lukisan guna fresh cream atas kek fresh cream

Taman bunga guna buttercream (only buat upon request customer sahaja)

Simpla choc moist, kos lebih murah dari yang bentuk besar no. 4. 

Kek ice-cream gak, Angry Bird lukisan guna ganache atas kek yang disalut fresh cream

Mudah-mudahan mendapat sedikit inspirasi dari gambar-gambar di atas ^_^