Pages

Tuesday, January 27, 2015

Taufiq Sudah Darjah 1

Assalamualaikum, lama tak bersiaran.

Anakku Muhammad Taufiq Haiqal pun dah besar, 2015 ni dah mula masuk Darjah 1 di Sekolah Rendah Islam Al-Fateh (SRI Al-Fateh), Tawau. Sekolah ni campuran sekolah akademik (KPM) + tahfiz + pendidikan Islam (JHEAINS). Kalau tengok jadual sekolah dia, awal pagi perhimpunan, zikrullah, bacaan Al-Quran, pastu selangseli pelajaran akademik dan agama, diakhiri dengan usrah. Pagi, tengahari, dan petang cikgu/ustazahnya ada sediakan makan. Jadi satu hari dia kat sana, tak perlu nak bawa bekal (kecuali kalau dia boring dan nak tukar menu).

Seperti biasa, excited la dia sebab sekolah jauh (sekolah 'budak besar'). Pagi-pagi bangun solat subuh kat masjid seberang rumah dengan bapanya. Kadang-kadang kalau tidur lewat memang liat nak bangun. Maklumlah, subuh kat Tawau ni awal dari semenanjung. Tapi setakat ni alhamdulillah, ok la dia bangun tak banyak kerenah (kecuali tidur lewat sangat jam 10 sebab main game :P). Pergi sekolah jam 6, balik jam 5. Hampir 12 jam kat sekolah. Balik rumah mandi, makan malam, solat, siapkan kerja sekolah. Pastu jam 9 gitu tidur. Itulah rutin dia hari Isnin-Jumaat (kalah orang kerja pejabat, haha). Sabtu dan Ahad pula tengok mood dia, kalau dia rajin sambung lagi belajar mengaji kat Raudhah belakang rumah beberapa jam, sebelah pagi atau petang. Setakat ni tak ada nak paksa-paksa dia, kalau dia nak pergi, pergilah. Sebab kesian juga budak kalau penat. Tapi yang pasti, dia pergi bukan untuk nak belajar tapi lebih kepada nak main dengan kawan :P Takpe mak abah bagi can :P

Kalau ibubapa lain mungkin fikir, kesian kat anak seharian kat sekolah. Tapi kami fikir, biarlah didikan agama dari kecil. Pendedahan dengan agama sementara dia masih belum terpengaruh sangat/lagi  dengan dunia luar. Timbang tara memang banyak kena berkorban. Kalau ikut maknya, memanglah nak lekat 24 jam kat sisi mak :P Tapi fikir dengan mendalam, Taufiq seorang lelaki. Lelaki akan menjadi imam kepada keluarganya satu hari nanti. Kalau pengukuhan tidak diberikan sejak kecil, dah besar baru nak diajar dengan agama, takut bila dah besar makin liat dan makin susah dia nak terima lagi. Kami buat apa yang termampu sahaja, selainnya kami bertawakal dan berserah pada Allah mudah-mudahan Dia melindungi Taufiq (dan adiknya yang lain) dengan perkara-perkara yang memudharatkan. Insyaa Allah..

Waktu selepas subuh bertolak ke sekolah

Hari pertama, dapat belon

Tak berapa nak sihat, ada batuk dan selesema

Konvokesyen PASTI masa umur 6 tahun

Taufiq masuk pertandingan azan umur 6 tahun
Baru daftar sekolah untuk 6 tahun di PASTI
Di Semporna masa cuti sekolah hujung tahun 2014