Sunday, March 29, 2020

Movement Control Order

Tanggal 18 hb Mac 2020 menyaksikan negaraku Malaysia mengalami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) sehingga tarikh 14 April (possibly longer). This is due to the spread of the new virus called Corona virus throughout the whole world.

Today is the 11th day of the movement. Some parts of Malaysia have been restricted so that the people can't go outside their kampungs. I seriously hope everyone will learn from this unforgettable history of the whole world turning to a sudden standstill.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa hambaNya dan menarik wabak ini dari muka bumi secepat mungkin, aamiin.. :(

From all this chaos and uncertainties, some new hope and positivity seem to bloom among the people in Malaysia. People are starting to become more aware of the folks who are in hardship around them instead of being too obsessed with their smartphones. Ukhwah mula lebih terjalin apabila sesetengah taman yang mana penduduknya tidak dapat keluar ke rumah menyebabkan adanya pihak-pihak yang mengambil inisiatif menjual barangan keperluan terus ke rumah. Jemaah-jemaah tabligh, orang-orang berpurdah dan berniqab lebih difahami dan diterima oleh masyarakat sekeliling dan mula dibela maruahnya yang selama ini telah dipandang serong dan disalah ertikan. Subhana Allah.. Jika dilihat dari sudut yang lain, penduduk di Malaysia tidak kira agama, bangsa, warna kulit sudi menghulurkan bantuan kepada frontliners kita dan berkerja siang malam untuk mencipta alat-alat bantuan untuk para doktor yang kekurangan kelengkapan. Anak-anak dan ibubapa lebih masa bersama di dalam satu rumah sepanjang berlakunya PKP. Dari satu sudut para suami dapat melihat para isteri menguruskan rumahtanga di hadapan mata mereka sendiri tiap masa, mudah-mudahan mereka lebih memahami kepenatan para isteri dan saling bantu membantu.

Surely, even though this virus which is plaguing the whole world with death and fear of death, is bringing out the better (or the worse) of people? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya... Semoga apa yang kita lalui menjadikan kita insan-insan yang lebih bersyukur dengan apa yang ada, insyaa Allah..

Nukilan dari,
mak yang belum dapat nak lelap (12.15am, 29 Mac 2020)

1 comment:

Mat Som Sadona said...

Assalamualaikum Zakiah
Bila nak tulis entri lagi
Anak berapa sekarang