Budak kecik nak jadi besar yang takut tiarap lama2 :P
Biasa la, dah bangun awal sangat nanti mengantuk balik dia. Apa lagi, sambung la tido dua tiga jam. Dan mak dia apa lagi, tumpang la krooh krooh gak (gue kaki tido sebelum kawen sampai la sekarang, huhu...tapi tak tidur petang lagi dah tau).
Sekarang ni makin kuat makan Taufiq. Dan nampak gaya baju dan seluarnya semua dah fit2 ala2 model posing badan :P Kalau tak bagi makan satu kali sehari tu nanti mula la dia, menangis je kang minta nak sussuuu jek. Sekarang ntah berapa kilo ntah dia, dah sebulan lebih dah tak timbang. Khamis ni nak g klinik, suntik untuk 5 bulan.
Konon2 suap sendiri la ni
Salah satu hobi Taufiq sekarang masukkan semua benda dalam mulut. Tak kira le baju ke selimut ke pampers ke apa ke. Apa2 je yang dekat mesti nak disumbatkan dalam mulut. Yang paling meletihkan time nak pakaikan dia baju pas mandi. Time tu la kita bergusti2 dengan dia rebut2 baju la seluar la pampers la bedak la apa2 jela. Huhu...
Yang kesian sekarang dia kena ruam kat belakang badan dia. Payah giler doh nak ilangkan. Dia ni dah la kuat berpeluh. Sekarang ni pakai baju berlubang2 je (baju yang jarang, bukan koyak2 berlubang tau :P)
Alamak. Anak dah bangun la. Len kali sambung lagi. Ciao bebeh...
No comments:
Post a Comment