Pages

Tuesday, May 18, 2010

Resepi Chocolate [moist] Fudge Cake

This cake [recipe] I dedicate to Kak Nur who never ever putus-putus bagi cadangan yang tak pernah saya fikirkan :p Muahahaha..

Kak Nur antara peminat getar choc moist cake dan sekarang berada di Semenanjung untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat Masters. Caiyok caiyok kak Nur ;) Ok, sape-sape yang tertanya-tanya apa yang saya guna untuk buat jenis Choc [moist] Fudge Cake ni, silalah lihat resepi di bawah. Mahu cuba sendiri? Silakan, hehe..

Pada saya, kek ni antara kek yang paling mencabar nak buat lagi-lagi bab cream dia. Kena ada tahap kesabaran yang tinggi dan tak boleh bersedih kalau banyak cream yang kena buang masa mendeco. Huhuhu.. Samalah juga dengan Kek Chocolate Indulgence 1kg, guna 3 jenis cream bersamaan dua suku kotak fresh cream. Huhuhuhu.. T_T (Takpelah, asalkan sedap. Huahahaha..)


Resepi Chocolate [Moist] Fudge Cake
1 biji kek chocolate moist, di belah 4 (resepi di sini)
ATAU 1 biji kek sponge, di belah 4
white chocolate cream [resepi di bawah]
whipped chocolate ganache [resepi di bawah]
poured ganache [resepi di bawah]

Resepi White chocolate cream [sediakan sehari sebelum kek dibuat]
75g white cooking chocolate, dicincang
1/4C@75g non-dairy whipping cream@fresh cream, diputar hingga medium-stiff peaks, bekas 1
1/4C@75g non-dairy whipping cream@fresh cream, diputar hingga medium-stiff peak2, bekas 2

Cara:
  1. Cairkan white cooking chocolate secara double-boiler. Ketepikan sehingga suam-suam kuku.
  2. Ambil cream bekas 1, kaupbalikkan coklat ke dalamnya perlahan-lahan hingga sebati.Pastikan whipping cream TIDAK disimpan dalam peti sejuk dahulu sebelum dicampur dengan coklat. Kalau tak nanti coklat akan cepat beku bila kena kesejukan cream dan akan ada ketulan-ketulan coklat.
  3. Ambil cream bekas 2, kaupbalikkan cream sikit-sikit ke dalam adunan coklat tadi. Buat sampai semua cream bekas 2 habis dikaupbalikkan ke dalam adunan coklat. (Masa ni kadang-kadang volume atau saiz white chocolate cream berubah-ubah, ikut cara kita kaupbalikkan. Kadang-kadang leceh nak sebatikan, mungkin sebab dua density yang berlainan. Saya masih berekspirimen white chocolate cream ni, mungkin ada cara lebih mudah. Pernah buat double boil white choc + cream, simpan dalam peti sejuk semalaman baru putar tapi tak berapa gebu sangat. Mungkin masa tu suhu mencairkan coklat putih terlalu tinggi jadi dia tak solidify semula pada suhu bilik. Pernah juga guna white choc chips tapi adunan dia terlalu runny walaupun lebih sedap).

Resepi Whipped Chocolate Ganache [sediakan sehari sebelum kek dibuat]
1/2C@150g cooking chocolate, dipotong kecil-kecil
1/2C@150g non-dairy whipping cream @ fresh cream
1sb butter

Cara 1: atas api kecil
Masukkan whipping cream dalam periuk kecil, hangatkan atas api kecil hingga timbul buih-buih di keliling periuk. Tutup api, cepat-cepat masukkan coklat cincang. Kacau guna spatula tahan panas/sudu sampai coklat betul-betul cair dan sebati dengan cream. Kalau masih tak cair lagi, hangatkan lagi atas api kecil sambil kacau hingga coklat semua cair. Tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter cair. Ketepikan dan sejukkan pada suhu bilik (kena sejuk pada suhu bilik betul-betul bagi memastikan molekul-molekul coklat sebati dengan cream). Simpan dalam peti sejuk semalaman, esoknya baru putar pada kelajuan tinggi hingga gebu (warna akan tukar dari gelap ke coklat terang). Bolehlah disapu sebagai filling (isian kek).

Cara 2: double boiler
Masukkan cream dalam bekas tahan panas, letakkan atas periuk berisi air didih atas dapur. Masukkan coklat cincang dan butter, kacau hingga semua sebati. Pastikan air tak sentuh bekas tahan panas. Tutup api dan alihkan dari periuk. Sejukkan pada suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk. Esoknya baru putar hingga gebu.

*Adunan ni hanya cukup untuk isi 8" kek bulat 4 lapisan, tak cukup untuk lepa luar kek.

Resepi Poured Ganache [ganache tuangan]
1/2C@150g non-dairy whipping cream
1/2C@150g cooking chocolate, di cincang
1sb butter

Cara:
Cara seperti membuat whipped chocolate ganache cuma tak perlu letak dalam peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik sehingga diperlukan. Kalau ganache terlalu likat atau susah untuk dituang, letak atas periuk berisi air panas dan kacau hingga ganache mudah dituang semula.

Cara penyediaan chocolate [moist] fudge cake:
  1. Bahagikan whipped chocolate ganache kepada 3 bahagian.
  2. Sapukan whipped ganache atas kek pertama.
  3. Letakkan kek kedua diatasnya. Sapu lagi dengan whipped ganache.
  4. Letakkan kek ketiga diatasnya, sapu lagi dengan whipped ganache.
  5. Akhiri dengan kek keempat, kemudian salut satu kek dengan white chocolate cream.
  6. Letakkan kek di atas redai yang dibawahnya ada bekas untuk menangkap ganache yang mengalir.
  7. Curahkan poured ganache di tengah-tengah kek. Pastikan ganache ni tak terlalu hangat (ia akan mencairkan white choc cream dibawahnya) atau tak terlalu likat (ia akan susah mengalir dengan cantik).
  8. Perlahan-lahan sapu ganache dengan spatula atau tilt the cakeboard so that the ganache can easily run to the sides.
  9. Biarkan seketika hingga ganache likat sikit baru disimpan dalam peti sejuk semalaman.
  10. Sesudah ganache dah set, bolehlah dihias sesuai hati.

Chocolate [Moist] Fudge, 4 lapisan choc moist kek, 3 lapisan whipped ganache, disapu dengan white chocolate cream, dan di akhiri dengan tuangan ganache. Sangatlah terasa coklatnya. Ahaks~

P/S: Editorial kali ni ada sedikit unsur-unsur theory yang tidak diproven lagi secara scientific. Ahaks.. Camtulah kalau saya buat kek, bagi otak pikiaq sikit sebab tak nah menuntut ilmu kat mana-mana :P

Resepi Tiramisu

Rancangan tergendala lagi, buat bulan April lepas kalau tak silap. Layan.. Sedap gak ni, cuma takleh makan banyak sangat sebab kalori dan agak muak kalau makan banyak-banyak dalam sehari :P Saya buat 1/2 adunan, letak dalam loose pan saiz 7"x7".

Resepi Tiramisu with Homemade Tiramisu Biscuits
8" round springform pan/7" square springform pan, 3" high@http://noreen-homecooking.blogspot.com/2009/03/tiramisu-resepi-ii.html
Source: Cikgu sue/maklang/D

FILLING
250g Philadelphia cream cheese (or mascarpone cheese if you can find it)
250g dairy or non-dairy whipping cream (most use UHT whipping cream which doesn't taste sweet but I like using non-dairy because that's what I always have in stock!)
100g gula kastor (I reduced to 80g because the non-dairy whipping cream is already sweet. You can reduce it more if you want, your own preference)
1st esen vanila
1-2sb serbuk koko @ serbuk kopi (didn't put into the cheese mixture)

HIASAN
1/2C bancuhan nescafe (1sb nescafe + 1/2C air panas. Ni saya tambah untuk basahkan sponge fingers)
swissroll @ savoiardi @ sponge fingers @ boudoir (I used homemade sponge fingers: click here for recipe)
serbuk koko secukupnya untuk taburan (I used combination of cocoa powder + malt powder to offset the bitterness of the cocoa)


Cara filling:
  1. Pukul cream cheese dengan 50g gula sehingga gebu, ketepikan.
  2. Bekas lain, pukul whipping cream dengan baki gula hingga gebu (kalau guna UHT whipping cream a.k.a. dairy whipping cream jangan pukul terlalu lama, takut nanti cream 'seperate' jadi butter pula).
  3. Kaupbalikkan kedua-dua adunan guna spatula, pastikan jangan terlebih gaul takut whipping cream jadi 'deflated' atau tak kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan serbuk koko, gaul rata (ini kalau nak tiramisu rasa koko sikit dan gelap sikit la).
Cara assembly:

  1. Dalam loyang springform pan/loose pan/bekas lutsinar, susun lapisan swissroll yang dipotong ikut saiz bekas yang digunakan atau guna sponge fingers dan susun di dasarnya.
  2. Taburkan sedikit koko di atasnya (saya tak letak, cuma sapu bancuhan kopi atas sponge fingers guna berus. Kalau guna sponge fingers yang beli boleh dicicahkan sponge fingers dalam bancuhan kopi tapi jangan lama sangat, takut nanti sponge basah sangat).
  3. Tuangkan sedikit adunan cheese dan ratakan.
  4. Lapis lagi dengan swissroll/sponge fingers dan ulangi langkah 2 dan 3 hingga habis.
  5. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
  6. Bila dah betul-betul sejuk, taburkan serbuk koko (atau serbuk koko+serbuk malt/milo), potong dan hidangkan. (Saya guna loose pan, cuma sisipkan pisau keliling loyang dan keluarkan dari bawah. Atau sebelum mulakan men'layer' balutkan keliling dalam loyang dengan plastik supaya senang keluar. Cuma cara ni kena simpan tiramisu dalam peti sejuk selalu sebab takde 'form'/bekas nak bentukkan dia. Tiramisu akan cair kalau terlalu lama di suhu bilik).



    Tiramisu with store-bought fingers


A slice of tiramisu~ Refreshing to eat when cold

7"x7" square tiramisu (not the cake kind, the biscuit kind). This one uses homemade tiramisu biscuits.

Sunday, May 9, 2010

Resepi Double Chocolate Brownies

I've been seriously inactive in blogging these past few months. Huhuhu.. My apologies my good fellow bloggers. It's not that I haven't anything to say or do, it's just that I don't have the time and energy to stay up till 3 o' clock in the morning just to type a recipe or two :P

The reason? I've turned into a night owl so I could finish decorating all the cakes ordered :P

Business's been quite good, alhamdulillah.. Hehe.. And I'm addicted to Face Book-ing too, that's why everything's updated there and 'cause I'm just plain lazy to update it twice here :P Soryyyy...

Just to show you how awfully sorry I am, I'll type a recipe I like and found to be extremely delicious to eat ;) It's a fudgey brownie, so for those who like their brownies very chocolatey and very fudgey, here's a good recipe for you.

Source: Marth Stewart Living Magazine, Feb 2004
Makes 9 large@16 small squares

Bahan 8" segiempat:
6 sb @ 90g mentega tanpa garam (ku guna salted butter)
6 oz @ 170g semisweet coklat (kalau guna coklat masakan, kurangkan gula lebih kurang 2/3C@200g)
1/4C@25g serbuk koko
3/4C tepung gandum
1/4st garam (tak letak)
1/4st baking powder
1C gula
2 telur Gred A
2st esen vanila
coklat chips (ku letak sendiri)

Cara:
  1. Panaskan oven 175C. Sapukan butter pada dasar dan keliling loyang 8" segiempat sama dengan kertas kalis minyak, biarkan kira-kira 2 inci terkeluar dari sisi loyang. Butterkan kertas minyak, ketepikan.
  2. Masukan butter, coklat, dan serbuk koko dalam bekas tahan panas, panaskan secara teknik double boiler (bekas tahan panas atas periuk berisi air mendidih). Cairkan semua bahan sampai sebati, ketepikan dan sejukkan sedikit.
  3. Dalam bekas lain, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam bekas mixer, putar telur, gula dan esen vanila hingga kembang dan keputihan (agak-agak dalam 4 minit). Masukkan adunan coklat tadi, pukul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan tepung, pukul sebati (pastikan disisi bekas pun diadun sekali).
  6. Tuangkan adunan dalam loyang, ratakan bahagian atas dengan spatula. *Taburkan coklat chips/badam cincang.
  7. Bakar 35min @ hingga cucuk guna lidi, ada crumbs tapi tak basah (elakkan cucuk di tengah-tengah dan sisi brownies).
  8. Sejukkan dalam loyang 15 min, kemudian angkat dan sejukkan betul-betul di atas redai sebelum dipotong (kalau potong masa tengah panas potongannya tak cantik. Nak lagi cantik potong, sejukkan dalam peti sejuk dulu baru potong).


Fudgey brownies