Friday, October 24, 2008

Resepi Kek Coklat Kukus (Lembap) @ Steamed Coklat [Moist] Cake

UPDATE 28 MAY 2011: Resepi ini saya guna untuk tempahan dan setakat ni ia tidak mengecewakan. Enjoy~


Couldn't sleep and it's just past midnight. Hubby and Taufiq are snoring away peacefully while my eyes are wide awake and watchful (hmm...).

Because I'm such a hard-working momma I made a chocolate cake this evening (had an attack of chocolatey craving today, huhu...) So I made a simple but tasty kek coklat kukus I found from http://www.myresipi.com/ a few months ago. Because my oven door's exploded a year ago (cause still unexplainable but probably because of moisture on the oven door), I had to find only cakes @ kueh that can be kukus-ed. Huhuhu... Not much choice as baked ones I found out.
'Nways, here's a recipe I picked out and tried a gazillion (is that a number?) times without fail, thanks to Lilydvalley. I'll post a pic of the cake I made today next time. Mean time, enjoy drooling over the picture of the chocolatey-drenched cake that I made a few months back, hohoho... You might want to try it out yourself ;)



Kek coklat (lembap) kukus @ Steamed Chocolate (Moist) Cake
Lilydvalley@myresipi.com (http://www.myresipi.com/top/detail/557)

loyang size 8"





Yummy... Siap bagi jiran lagi, huhu...


Chocolate moist cake- half recipe guna loyang 6"

Bahan:
A:
1C gula perang - ku guna gula pasir
1C susu segar perisa coklat - ku guna 1sb susu tepung penuh krim + air hingga cukup 1C
1C minyak masak sayuran - boleh juga guna 250g butter
3/4C serbuk koko - ku guna serbuk koko keluaran Sabah sebab kokonya gelap
1/2C susu pekat manis@creamer manis
1 sudu teh esen vanila - tambahanku
***Satukan semua bahan dalam periuk besar. Kacau atas api kecil menggunakan whisk telur/sudu hingga gula larut. Tutup api dan ketepikan dari dapur gas. Biarkan sejuk pada suhu bilik atau hingga suam.

B:
1C + 1/4C tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
***Ayak bahan-bahan di atas dalam mangkuk lain. Ketepikan.

C:
3 biji telur - pukul guna garfu dan ketepikan.


Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan dahulu. Lengser dasar dan keliling loyang kek bulat 8" (ketinggian minima 2") dengan minyak masak. Alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A yang telah suam/suhu bilik. Kacau sebati.
  3. Masukan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi. Kacau hingga tepung tidak kelihatan. 
  4. Note: Ni tambahan saya nak pastikan betul2 sebati. Tapiskan bancuhan tadi guna penapis halus ke dalam mangkuk lain dan gaul sebati (boleh juga tapiskan terus ke dalam loyang kek).
  5. Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil rapat-rapat untuk elak wap air masuk.
  6. Kukus selama 1 jam - 1jam 15 minit. Guna api sederhana.
  7. Angkat dari kukusan dan sisip keliling kek menggunakan pisau. Sejukkan kek atas redai kek.

UPDATE: Cara-cara di atas telah diedit kembali pada 21 Dec 2011. Satu adunan di atas akan dapat 1 liter yang apabila sudah dikukus beratnya lebih 1kg. 500ml adunan atau separuh resepi di atas akan dapat 1/2kg kek.

Untuk hiasan: (don't remember rembat dari mana, huhu)




Chocolate Topping


Bahan2:
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn serbuk koko
1 sudu besar majerin/butter
sedikit air masak (incase pekat sangatlah)

Cara2:
  1. Masak ke semua bahan atas api kecil.
  2. Tambah air jika terlalu pekat hingga dapat consistency yang dikehendaki.
  3. Tuangkan ke atas kek yang disejukkan tadi.
  4. Hiaskan dengan manik2/coklat urai/seangkatan.
Komen: Kek ni lagi ngancam kalau disimpan dalam peti ais beberapa jam.

Uh huh. Somebody dah buat perasmian and had a slice of the cake in the fridge tonight. Wonder who that could be? (muahahaha...)

16 comments:

shuha.zainal said...

salam kak zack. sy nk request kt akak bleh x? bleh x akak tlg post cara penyimpanan kek @ cupcake. sy baru2 je berminat dgn dunia bakar mbakar nie.. hehe. tp aritu sy buat kek coklat, simpan dlm peti sejuk esoknya bila kluarkan nk mkn mcm dh keras sket. sblum tue lembut elok. spatutnya mcmmana kak? kalau cheesecake sy taw la ltak dlm peti sejuk lg sedap kn.. tq akak.

Zack said...

w'salam, akak tgh 'bercuti' dr membaking sgt ni dik, jd buat masa sekarang ni entry pasal kek keluar sekali sekala. hehe.. kalau kek yg dibakar dgn suhu rendah dan lama biasa bertahan berhari2 kt luar (suhu bilik). tp kalau simpan dalam peti sejuk biasa pn ok, cuma peti sejuk kat rumah tak sama dgn peti sejuk kat kedai bakeri. biasa kt kedai suhunya antara 8-18C, kt rumah kita biasa pakai 3-5C lbh kurang. tu kek2 homemade ni kalau simpan kt peti sejuk biasa dia lebih keras. kalau kek tu disalut dgn buttercream atau fresh cream, biasa kelembutan kek tu lbh kekal lama. masa potong tu, biasa bhgian yg terdedah pd udara (peti sejuk) akan lebih keras. kalau nk kekalkn kelembapan kek tutup bhgn terdedah tu dengan plastik. kalau adik perhatikan kt kedai2 bakeri biasa kek2 yg kecil tu diorg balut keliling kek dengan coklat atau plastik lutsinar. tujuannya nk kekalkn kelembapan kek. dan mmg kebiasaan kek akan makin kering semakin kita simpan dalam peti sejuk, lbh2 lg kek yg guna butter berbanding kek yg guna minyak.

harap membantu ^_^

shuha.zainal said...

ohh, baru taw. maknanya kalau xletak dlm peti pun kek xrosak ehh.. sy punyalah risau takut rosak, yela kek sebiji yg nk makan sy n husbnd je, itu yg letak jgk dlm peti tue, dh la peti kecik je, nk jgk sumbat. haha.. ha'a suami sy la ckp kt bakeri kn mmg dorang letak dlm peti utk tahan lama, itu yg confident tue,ingt sama.. kira apape kek pun kalau letak butter mmg panggil kek butter ke kak? sy ingt ade beza kek butter ngn choc.moist. nmpak sgt mmg byk lg kena blaja nie.. akak bercuti xpela, skali dah start baking, haaa.. puas ati! :) apepun tq akak, sudi reply budak baru mcm sy nie. sgt membantu, suami sy nk gelakkn sy pun xboleh dahla lepas nie.. dia yg bg ajaran sesat hari tue :)

Zack said...

boleh letak kat luar peti sejuk, cuma jangka hayat akan lebih pendek. mungkin 3 hari masih boleh tahan, tp sebab kt suhu bilik pembiakan bakteria lbh cepat berlaku. kalau dlm peti sejuk mmg akan slow down proses pembiakan bakteria. kalau homemade ni kita lebih terdedah kpd persekitaran yg kurang bersih, tak sama mcm buat kt kilang. kek yg panggil butter kek asasnya telur, gula, tepung, butter dan mungkin sedikit baking powder dan esen vanila. choc moist pn tengok resepi mcm mana, ada yg guna oil ada yg guna butter. teknik dgn bhn2 pn boleh bezakan antara kedua jenis kek. biasa kek2 yg lembap dia lbh cpt rosak banding kek2 yg kering. pastu kek2 yg dibakar lama biasa lebih tahan lama banding kek2 yg dibakar sekejap. harap dpt membantu serba sedikit ^_^

ZATTY said...

Ok....tq. Ni nak story...baru2 ni saya ada buat ganache guna serbuk koko (ikut resepi Org) tp lebih serbuk dari bahan cecair...maknanya tak jadi...tapi adjust punya adjust...tambah susu pekat manis, tambah whipping cream....rasa pahit lagi...saya tambah susu pekat manis lagi...baru sedap rasanya...tapi warna lebih gelap...anak kata sedap lak. Saya rasa pun mmg sedap....tapi susu pekat manis guna sampai 3/4 tin....tak boleh amalkan ni....takut kencing manis jer...anyway terima kasih atas panduan...moga sukses selalu.

Zack said...

ooo.. serbuk koko lebih banyak dr cecair ek. sy leh bygkn kepekatannya.. sy pernah test, guna serbuk koko yg soluble in water. dia senang nak sebati dgn cecair, takde bintik2 koko. rasa pn sedap, pahitmanis. bila tukar koko lain, problem pula susah nak bagi bhn2 dia sebati. padahal resepinya sama. last2 sy adjust tmbh cecair, kdg susu segar kdg air masak biasa. baru dia ok, manis pn tak terlalu manis tp bnyk jg sy tmbh airnya. kdg satu resepi tu kita tukar bhn sikit pn dia boleh lari. tak semua, tp ada jg yg beri kesan mendadak.

hehe, sy tak kerja, dok rumah je.. buat kek pn sebagai hobi dan isi masa lapang ;)

asha nasir said...

kak mcm mana nak buat tulisan atas kek tu..maksud sy bhan digunakan..sbb nk buat tulisan atss kek..

Zack said...

biasa akak pakai:
25g whipping cream
50g white choc
double boil atas api perlahan smpai cair, tuang dlm piping beg. ikat, simpan dalam peti sejuk jap kalau nk dia cepat pekat. dh pekat sikit boleh buat tulisan

Unknown said...

sis, nk tny, lau wat kek coklat moist, lau nak than lama mcm ner yer?saya nak wat doorgift utk kenduri kawin adik saya nnt...pls...

Zack said...

sis nk buat doorgift dlm pek2 kecil ke? boleh dikukus dlm bekas tapau yg kecil (cari microwave safe). simpan dlm peti sejuk plg bagus tahan seminggu lebih. kalau tak, buat 1, 2 hr lg awal leh letak kt luar. tp pastikan betul2 sejuk keknya baru tutup. takut berkulat kalau ditutup panas2.

Unknown said...

TQ Sis...

Pioneer of Design said...

salam nk tya ni. selain drp white coklat dgn whipping cream apa lgi bahan yg boleh digunakan utk buat tulisan atas kek tu?

Pioneer of Design said...

salam nk tya ni. selain drp white coklat dgn whipping cream apa lgi bahan yg boleh digunakan utk buat tulisan atas kek tu?

Unknown said...

salam sis... macam mne nk buat kek coklat moist bakar tahan lama?? sbb sye nk post ke serawak utk tunang saya.. boleh x?? huhuhu

Unknown said...

Kakk..nk tnye klau kek viral yg RM10 tu xletak dlm peti sejuk walaupun xmkn lgi...ape akan jdi ?rosak X?

Unknown said...

acam mana ek nak kurangkan pahit coklat bl buat kek coklat gn serbuk koko. boleh x bagi contoh jenama serbuk koko yang bagus