UPDATE 19 JUNE 2011: Untuk resepi kek strawberry yang sponge keknya rasa strawberry, sila lihat di sini.
Apa itu shortcake?
From Mr. Google, a "...shortcake is a sweet biscuit (in the American sense: that is, a crumbly, baking soda- or baking powder-leavened bread). It is made with flour, sugar, baking powder or soda, salt, butter, milk or cream, and sometimes eggs. The dry ingredients are blended, and then the butter is cut in and mixed (or "combined") until the mixture resembles cornmeal. The liquid ingredients are then mixed in just until moistened, resulting in a wet batter. The batter is then dropped in spoonfuls onto a baking sheet or poured into a cake form, and baked until set.
The most famous dessert made with shortcake is strawberry shortcake. Sliced strawberries are mixed with sugar and allowed to sit an hour or so, until the strawberries have surrendered a great deal of their juices. The shortcakes are split and the bottoms are covered with a layer of strawberries, juice, and whipped cream, typically flavored with sugar and vanilla. The top is replaced, and more strawberries and whipped cream are added onto the top."
And "...unlike the American concept of strawberry shortcake (sweet biscuits/scones topped with strawberries and whipped cream), a Japanese strawberry shortcake is a layered sponge cake with a strawberry and whipped cream filling, and whipped cream frosting. This cake is a favorite choice for birthdays and Christmas, and in fact is often called a Christmas Cake." [citation]
Dalam kata lain, American-style strawberry shortcake guna biskut/scones bertatahkan strawberry dan whipped cream, sedangkan Japanese-style guna lapisan kek sponge yang berfillingkan dengan whipped cream dan buah strawberry.
Kebetulan masa pergi makan tengahari hujung minggu lepas ku singgah dekat Cold Storage cawangan Sarawak (dekat dengan Atap Biru yang bertentangan dengan Pasar Tanjung Tawau). Being curious (because I've never been inside a Cold Storage before), I invited Mr. Hubby to take a look around. Imagine to my delight when I saw a row of fresh Korean Strawberries [and not to mention relatively cheap kiwis] in the cold unit display. Perghh.. Nak tak nak 'terpaksalah' amik ye, bukan senang nak jumpa strawberries kat sini. Beso gedabak lak tu, hehe..
Harga tak tahu nak kata mahal ke tak. About RM12.50 for 250g. OKlah kot, untuk hias dan filling sebiji kek 1kg macam ni cukuplah.
Enough chitchat and let's get on with the recipe.
UPDATE 20 MAY 2011: Resepi telah diupdatekan ke myresipi.com, Kek strawberry shortcake-Japanese style.
UPDATE 16 MARCH 2012: Warming the egg-and-sugar ingredients simply helps dissolve the sugar better and improves the emulsifying properties of the eggs. As a result, it helps the eggs reach maximum volume when beaten. Make sure the sugar is dissolved by rubbing a small amount of mixture in between your fingers. It should not be sandy. If it is, stir rapidly until the sugar is thoroughly dissolved. I like to use superfine sugar because it dissolves faster than regular table sugar. It's very important because if the sugar is NOT dissolved all the way, the egg structure won't be strong. [citation]
[atau Japanese Strawberry Shortcake]
8" atau 9 "loyang bulat ketinggian 3"
Kek sponge diadaptasi dan dimodified dari Table for 2..or more: http://wendyinkk.blogspot.com/2009/08/strawberry-yogurt-cake.html
Kek strawberry shortcake - Japanese-style
Bahan kek sponge (atau boleh guna resepi sponge cake lain)
Kek yang dah dipotong
5 biji telur Gred A - ku guna 4 biji
150g gula kastor/gula halus - ku guna 120g
100g tepung kek@tepung superfine - ku guna 80g tepung superfine
25g tepung jagung - ku guna 20g
1/2st baking powder - ku guna 1/4st
50ml@50g susu segar + 1st esen vanila - ku guna 40ml air + 1/2sb susu tepung + 1/2st esen vanila
50g butter, dicairkan - ku guna 40g
Hiasan:
300g-500g fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
250g buah strawberry segar
Coklat untuk celup strawberry (optional)
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" (ku guna 8") dengan baking paper. Ketepikan.
3. Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer elektrik pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. (NB: ku hanya didihkan periuk kecil berisi air sampai menggelegak, angkat dan letakkan periuk dekat dengan tempat mixer. Lepas tu ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan jadi gebu).
4. Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.
5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berseling-selikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).
6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata (ku guna mixer speed paling slow sekali, malas nak guna spatula).
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan.
8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.
9. Potong kek kepada 3 layer (nak lagi senang simpan kek dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong).
10. Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan strawberry secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua.
11. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan strawberry.
12. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun hirisan buah strawberry di keliling kek dan di atas kek (kalau nak buat macam dalam gambar, salut kek dengan fresh cream dahulu, kemudian hiris nipis-nipis strawberry. Lepas tu 'lekat'kan hirisan strawberry pada kaki kek tersebut).
13. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
VERDICT: Kek sponge sesangat lembut, lembab dan gebu ("Macam kat hotel!" sampuk En. Hubby, haha) dan tak berapa manis jadi kombinasi dengan fresh cream yang manis serta strawberry yang masam-manis memang sesuai. Ahaks~
NB: Kalau nak tahu kenapa guna kaedah double-boiler untuk pukul telur, sebenarnya telur lebih mudah kembang bila dipukul cara begini. Sebelum ni pernah buat kek sponge, bahan-bahan dan cara lebih kurang sama macam kat atas, cuma tak guna double-boiler. Memang berbeza sangat bila buat cara double-boiler, lagi-lagi kalau guna oven otang/tangkring ku yang temperamental ni. Huhu..
***Ada geng My Resipi@Facebook dah pernah try kek ni untuk sambutan Hari Guru. Feedback yang memberangsangkan dari pihak guru, katanya rasa sangat unik dan different dari kek-kek yang lain. Ahaks~
Assalamualaikum..sedapnyer kek..sy pun suka mkn yg fresh cream dgn fresh fruit camni..tak muak.. :D
ReplyDeleteiain link yer. terima ksh
rabiatun adawyah: sila2 :) sama la, sy pun suka mkn kek yg ada gabungan fresh cream + buah2an segar :)
ReplyDeletesalam..zack, ucu nk try buatlah...mesti sedappp...
ReplyDeletewsalam..kak ucu, trylah buat. sedap...sy pn rasa mcm nk mkn lg je, hehe..
ReplyDeletebole bg tips x mcmne nk hias kek gune fresh cream 2?maksud saye spye bunga die x cair?mgkin teknik saye kocok krim 2 salah kot or mcmne sbb slalu bile time hias jew krim mcm cair..so nk wat corak2 bunge pn x jadi..
ReplyDeletesitikhairah: sori, akak bru kuar wad ni. biasa klau nk hias2 cmtu mmg kena pukul sampai krim btl2 pekat. pukul kena fresh cream keadaan sejuk, lg baik mixer dgn bekas mixer simpan dlm peti sejuk dulu. jgn pukul krim dlm keadaan dia tak sejuk@pd suhu bilik, ataupun bila dia ada ketul2an sbb nnt dia tak kental. silap2 cair jadinya. pastu nk piping make sure kita pegang piping beg@icing beg tu pada bahagian plg atas, bukan tengah sbb tangan kita pnas jd krim cepat cair. harap2 membantu..
ReplyDeleteSalam, setiap kali sy buat sponge kek, mesti bantat. Latest sy try buat resepi dia atas, tetap bantat jugak. Aduh hai,tensen sgt. Nape ye?
ReplyDeletew'salam,
ReplyDeletekalau semua jenis kek sponge dibuat bantat, ada kemungkin:
1) tak cukup pukul tu. kena pukul smpai mixer pn susah nk digerakkn dalam adunan. mmg kena betul2 pekat, angkat mixer lepas tu tgk adunan mengalir. kalau dia mengalir dengan tak deras, adunan yg jatuh pn tak terus hilang dan lama timbul, kira ok tu. selagi tak dapat stage ni, adunan mmg tak dipukul gebu.
2) minyak tak dikaup balik dgn sempurna. kalau nmpk ada satu lapisan mendap kt bawah kek, mungkin minyak tak dikaup balik dgn rata dlm adunan. minyak lbh berat dr adunan, jadi kalau tak distribute rata2 dlm adunan, minyak tu lebih senang termendap.
3) suhu oven tak cukup tinggi. kalau suhu terlalu rendah, ada kemungkinan adunan mudah bantat. udara semua dh pecah tp kek tak masak, hehe..
buat masa ni sy dpt fikirkan 3 sebab di atas sahaja, sbb tak cukup maklumat tentang kek jumee. hehe..