Rasa kelainan sikit soto banjar ini berbanding soto ayam biasa sebab tak menggunakan rempah jintan atau ketumbar. Kuahnya agak jernih tapi sedap, lagi-lagi hirup masa panas-panas. Hampir sama dengan resepi kak Fida@myresipi.com, cuma tak guna lengkuas, serai, kunyit dengan halia.
Penangan soto banjar dari warung yang terletak dekat dengan Airport Tawau terasa sampai ke hari ini. Hehe.. Tu yang terasa nak makan lagi tapi buat sendiri jela. Apapun, enjoy~
Soto banjar ku yang simple
Resepi Kuah Soto Banjar (untuk 2-3 orang)
Source: Info Kalimantan
Kuah sup soto banjar
1/4 ekor ayam kampung- ku guna ayam biasa je
2 liter air
*5-6 daun limau purut- ku tambah untuk lebih harum
Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus:
1 batang kulit kayu manis
3 kapulaga- tak letak. 28 Jun 2012: Reen kata kapulaga tu pala. tq for the info ;)
4 biji cengkih
3 biji bunga sisir- tak letak, tak faham juga (sila translate utk saya)
1/2 biji buah pala
*3 biji bunga lawang- ku letak sendiri
*3 biji pelaga- ku letak sendiri
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam
Biji lada putih- ku guna serbuk je
Segenggam buah kenari- tak letak, tak faham (sila translate utk saya)
1st kas-kas- takde
2 lembar daun ganti- tak letak, tak faham (sila translate utk saya)
1sb butter- untuk kuningkan sup
Bahan Tambahan:
Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut
Telur rebus
Ketupat/nasi impit
Begedil kentang/begedil daging burger
Bawang goreng
Daun sup/saleri
Sambal kicap- ku tak buat
Isi ayam yang disiat
Limau kasturi
Cara:
1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain kasa/bungkus.
2. Tumis bahan kisar sampai harum, masukkan ke dalam air rebusan ayam dan rebus hingga keluar minyak.
3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan kain kasa/bungkus tadi. Ketepikan ayam untuk disiat-siatkan sebagai bahan tambahan.
4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah, kas-kas (kalau ada) dan daun ganti.
5. Masukkan butter (ku tak letak) dan matikan api.
6. Sajikan dengan nasi impit, telur rebus, suhun lembut, begedil, bawang goreng, isi ayam, sambal kicap dan sehiris limau kasturi.
Begedil daging burger
Resepi Begedil Daging Burger
16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz
Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung
1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.
2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).
4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.
4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).
6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
7. Angkat dan toskan atas paper towel.
tq..saya dah lama cari resepi begedil daging burger ni. mekasih ye
ReplyDeletehehe, sama2~ :D
ReplyDeleteKapulaga tu klu xsilap la buah pala sis..
ReplyDeleteActualy sy pun suka bt soto banjar nyum2 sdap..
Bangga tgk blog sis coz sy pun twu jgk.hihihi.
reen, tq for the info sbb sy mmg ndak tau apa tu kapulaga. hehe.. ;)
ReplyDeletemaknyuz..
ReplyDeletemaknyuz..
ReplyDeleteSalam,kapulaga tu ,buah pelaga lah ,kami org asli tawau panggil kapulaga.
ReplyDeletesoto banjar asli ,gna jintan manis,jintan putih,ketumbar dll, kecuali mungkin ada yg sengaja nak skip @ selera mmg x mahu ada rasa jintan dll ,rasa berbeza dgn kuah sup .
dzatun: salam, tq atas feedback. sy bukan org tawau, orang asli kolumpo merantau ke tawau jd kurang pasti bab ni :D ada try soto banjar kt sini, mmg lain rasanya dr yg sy try ni. buat sape2 yg datang ke sabah try la soto banjar kat tawau, mmg terbaik :)
ReplyDelete