Kelmarin buat lagi biskut, semperit susu. Resepi kali ini kena dengan tekak ku, lemak tapi tak memuakkan, manis pun sedang-sedang. Biskut ni orang berpantang pun boleh makan, sebab takde telur atau kekacang. Lepas buat biskut, En. Hubby guna stove untuk masak ketupat, sambal kacang (kuah kacang), dengan sambal sotong keringnya. Dah nak buka puasa baru sempat siap rebus ketupatnya, ada la dalam 30 biji. Baki 20 biji esoknya pagi raya baru sambung rebus.
Semperit yang ku testing kali ni sedap la pula (bukan memuji air tangan sendiri, tapi puji tuan punya resepi asal. Hehehe..) Sebelum ni bukan salah resepi, tapi salah tangan ku sebab walaupun guna butter mahal, tapi tepung jagungnya jenis biasa a.k.a. murah. Maka rasa semperit (resepi lama di sini) pun terjejas sikit. Huhuhu...
Jom skodeng the recipe~
Resepi Biskut Semperit Susu [Pekat Manis]
Resepi asal: Farah Salleh (dipetik dari Facebook)
(Ku buat separuh dari resepi asal, dapat 1 balang@telap sederhana tinggi lebih kurang 70-80 biji)
Salah satu tempahan 2012 |
Semperit susu raya 2012 |
Biskut semperit susu [pekat manis]
Biskut raya ku (yang sempat dibuat. Huhuhu...)
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below
Cara:
- Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
- Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
- Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
NOTE:
- Ku guna susu pekat manis F and N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
- Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
- Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.
- Ku guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..
sedapnya,n cantik mata memandang..
ReplyDeletemmg sedap walaupun takde telur. hehe..
ReplyDeletesaya dah cuba...jadi mcm keras sikit tapi rangup...saya suka sgt...
ReplyDeletedia mmg macam tu, mgkn sbb takde telur. biasa biskut takde telur dia mmg kurang lembut sikit. hehe..
ReplyDeleteassalam sis, nk tnya.. oven gune api atas & bawah ke?
ReplyDelete@mas: w'salam. biasa oven sy mmg guna api atas bawah, rak paling tengah. kalau oven kecil rasanya tak perlu api atas, pakai yg bawah je. atau awal2 bakar guna api atas-bawah, 5-10 minit terakhir baru padamkan api atas tu.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya sedang mencuba biskut semprit susu ni...seperti dlm resepi yg Zack Zachoes kongsikn...tp kenapa ye bila sy bakar die jg melt bila saya bakar? Sy terap dr tinggi bila die melt terus biskut tu jd rendah.mcm cair...y? Sy ikut sukatan yg sama pada smua bahan...saya terap dh cantik...tp spoil bila bakar die melting...pls helppp
From my experience. Cair disebabkan butter yg terlalu lembik dan berminyak. Atau susu pekat yg digunakan adalah susu yg tak berkualiti seperti susu pekat yg ada air di tepi tepi susu tu. Saya cadangkan awak utk guna butter cup(takperlu dipanaskan/dicairkan) dan susu f&n.
DeleteN biskut ni mmg rangup ke? Bila saya makan die area dlm nye mcm bersarang...tp sedap...
ReplyDeleteHi, boleh tak kak convert ukuran gram dalam cawan? berapa cawan butter, susu pekat dan tepung perlu di gunakan? saya baru belajar buat biskut... Terima kasih
ReplyDeleteSedap nyer....feberet ni
ReplyDeleteAwk... nk tny.. Awk beli tepung jagung brown n Polson tu d mn? Dh lama sy cr tp xjmp..
ReplyDeleteAwk... nk tny.. Awk beli tepung jagung brown n Polson tu d mn? Dh lama sy cr tp xjmp..
ReplyDeleteNmpak sedap..butter tu salted ke yg non salted ye?
ReplyDeleteBoleh take butter tukar jadi marjerin
ReplyDeleteterima kasih pd yg komen utk tlg rakan2 yg bertanya. sy pn dah lama 'tinggalkan' blogging jd tak jenguk sangat komen2 di sini :D huhuhu..
ReplyDeleteSalam.. sis, boleh suggestkn tak tepung jagung brand apa lgi boleh guna spya wangi.. puas cri bolson punya x jumpa2
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaizena Corn Flour atau Bobs Red Mill. Boleh didapati di Jaya Grocer atau Bens Independent atau Cold Storage. Memang mahal sikit tapi puas hatilah untuk makan sendiri.
ReplyDeleteSalam nak tnya samprit nie xguna tepong kastard
ReplyDelete