Pages

Monday, August 1, 2011

Tiada Guna Bergelumang Dalam Kesedihan Lama-lama

A'kum...

Haippp.. Ada rasa sedikit cerdas dan waras hari ni. Hahaha.. Cuma sakit pinggang sikit sebab asik berbaring je tak habis-habis. Nak online pun pakai tablet, terlampau canggih lak rasanya berpantang kali ni :P

Tenang sikit rasanya bila tengok kehijauan depan mata (ada banyak pokok-pokok depan rumah ni) sambil dengar selawat Shifa. Kepada sesiapa yang senasib dengan saya, saya rasa anda faham apa yg saya lalui sekarang.. Namum hidup perlu diteruskan, bersyukurlah nyawa masih ada di badan. Gunalah peluang ini terutama dalam bulan yang mulia ini untuk tingkatkan amal ibadah untuk bekalan di hari akhirat nanti. Kita tak tahu bila kita akan pergi..ajal datang tak kira usia (peringatan untuk diri sendiri terutamanya, terasa diri amat berdosa) *insaf*

Apapun, saya akhiri post ringkas ni dengan video youtube selawat shifa (sori, kalau nak saya nyanyikan memang pitchingnya lari la alamatnya) :P


7 comments:

  1. salam zack dan suami.. alhamdulillah.. dpt rasakan yg zack ni kuat semangatnya.. Allah tidak menduga apa yg diluar kemampuan kita.. insyaallah.. zack dan suami boleh hadapinya dgn tabah..

    ReplyDelete
  2. Takziah buat zack dan suami.Kagum dengan ketabahan zack.saya dulu tak sekuat ini ketika menghadapi kematian puteri saya.Namun alhamdulillah berkat sokongan keluarga dan rakan2 saya semakin redha menerima ketentuan Ilahi.Ada rahmat disebalik setiap yg Allah berikan pada kita.

    ReplyDelete
  3. Insya Allah terus tabah ye...ada saya dengar ceramah sebelum saya bersalin, "apa yang kita suka yak semestinya terbaik buat kita, sesuatu yang kita tak suka tak semestinya tidak baik buat kita,kerana Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita" (peringatan buat diri sendiri juge..hehe...)

    ReplyDelete
  4. cinnamon & missalongwani: :)

    kak nor: w'salam.. sy tak setabah mana kak..terasa sgt kerdil..namun hidup mesti diteruskan :)

    zuliana: takziah ya..sy tak tabah mana, manusia biasa yg sgt kerdil dan hina.. redha apa yg terjadi, arwah skrg di syurga.. gunakan peluang hdp ini utk beramal ibadah, semoga kita tidak menjadi insan yg lalai..hidup dan mati di tangan Tuhan..tiada sape sangka kejadian ini akan berlaku..

    ReplyDelete
  5. mama dhia: yg kita minta tak semestinya terbaik utk kita kn..hanya Dia yg lebih tahu.. semoga kita menjadi org yg sentiasa beringat.. insyaAllah :)

    ReplyDelete