Pages

Friday, September 30, 2011

Melawat Arwah Nurfatihah Humairah

29 September 2011, dapat mak tangkap gambar kubur arwah puteri mak walaupun sebelum ni sudah berapa kali mak melawatmu. Sempat juga mak buatkan air bunga, walaupun terpaksa mengejar masa untuk pergi ke open-house kawan abah petang tu. Bunganya pun mak petik apa yang ada je di depan rumah, tak sempat mak nak hiris nipis-nipis. Takpelah, lain kali mak buat cantik-cantik, insyaAllah.. Yang penting, terlepas juga hajat mak nak siram air bunga kat kuburmu...

Kurbur arwah anak kami. Nisannya abah yang buatkan, taknak beli kat kedai. Abah nak buat sendiri, tu janji abah masa Nurfatihah meninggal..

Walaupun jasadmu telah ditelan bumi,
Walaupun rohmu kini di syurga abadi,
Kenanganmu tetap di dalam hati kami...


Al-Fatihah untuk arwah anakku Nurfatihah Humairah bt. Muhammad Rahmat
Semoga dikau tenang, aman dan gembira di sana...

Dari mak (Nurzakiah) dan abah (Muhammad Rahmat)



‎"Kita boleh mohon drp Allah swt apapun yg kita mahu; tetapi Allah hanya perkenan apa yg kita PERLU dan apa yg BAIK utk kita saja. Justeru, jgn sesekali bersangka buruk terhadap Allah. Doalah yg baik2 secara berterusan dan lihat betapa hidup kita berubah menjadi cemerlang dan di berkati Allah."

(Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)

14 comments:

  1. sebak tengok..dah selamat dia kat sana..

    ReplyDelete
  2. cinnamon, arwah sentiasa dlm kenangan :)

    ReplyDelete
  3. zack, cheq sue pun ada tau akak sulung, meninggal masa lahir, kalau nengok ke kuburnya pendek camtu jugak... -_-

    ReplyDelete
  4. salam kenal dan salam takziah buat zack....Alfatihah buat arwah Nurfatihah Humairah...

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah buat Nurfatihah Humaira.Moga rohnya tenang di SANA

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah.....buat arwah Nurfatihah Humairah...dan semoga jiwa Puan semakin tenang kini..sy percaya Pn seorg yg tabah kerana Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hamba2NYA...amin

    ReplyDelete
  7. Zuliana & Butik Idaman Anda: amin, semoga arwah tenang di sana.. BIA, sy hanyalah manusia biasa, mudah2an Dia penuhi hati kami dgn keredhaan di atas apa yg Dia telah tentukan utk kita..amin..

    ReplyDelete
  8. Quinnie: salam perkenalan..terima kasih atas doa anda.. :)

    ReplyDelete
  9. Sebak tgk kubur arwah. Al fatihah buat arwah nurfatihah Humairah....
    Alhamdulillah, bidadari syurga kita bahagia disana.

    ReplyDelete
  10. Aslmkum Zack

    Sayunya hati melihat kubur arwah puteri Zack.Al-fatihah buat arwah...bidadari syurga.
    membaca kisah Zack...akak yakin Zack seorg yg tabah semangat. moga Allah terus memberikan Zack ketabahan dan ketenangan menghadapi semua ini..

    ReplyDelete
  11. Mrs. Xool: Semoga kita dipermudahkan utk dipertemukn dgn bidadari kita :) insyaAllah..

    Mamasya: W'salam.. InsyaAllah mamasya, mudah2an Dia mengurniakan kesabaran dan ketabahan yg tinggi buat hambaNya yg lemah ini..amin..

    ReplyDelete
  12. salam. sememangnya arwah tenang dan pastinya syurga tempatnya. syabas puan, Allah telah memilih Puan untuk ke sana. hanya puan yang harus meneruskan ke jalan yg menuju ke syurga.arwah menunggu puan.. salam sayang dari umi muhammad yusuf danish.

    ReplyDelete
  13. @Dari Meja Kawe: W'salam.. terima kasih, apapun semua ini qada' dan qadar Allah..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Apa yg hanya kami mampu buat hanya berdoa dan sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga dia tenang di sana..

    ReplyDelete
  14. Salam puan. Saya tersinggah ke sini untuk mencari resipi, tiba-tiba terjumpa kisah ini, kebetulan pada hari ini 25 julai 2013. Al-fatihah buat arwah.. terkedu ketika saya membaca kisah ini, walaupun saya hanya gadis berumur 22 tahun namun sbg seorang perempuan sy sedikit sebanyak faham perasaan puan. Semoga puan terus tabah, Allah takkan bagi ujian yg kita hambaNya tak mampu nak pikul.Semua yg berlaku ada hikmahnya..saya ada seorg abg yg dulu lahir normal, tp demam panas tiba2 pd umur 5 tahun, terus kurang upaya sampai skrg. Ada org ckp, Allah tarik balik nikmat abg sbb mungkin bila besar, dia akan bawa kesan negatif kpd keluarga. Allah lebih mengetahui :) jadi mungkin kes puan ni, ada hikmahnya Allah pinjamkan arwah sebentar, kita tak tahu kan. Semoga puan dan keluarga sentiasa bersabar :) *dan terima kasih resipi2 puan hehe*

    ReplyDelete