Aritu seorang doktor menempah sebiji American Chocolate cake, tapi nakkan gambar Big Apple kat atas kek tersebut untuk menyambut birthday suaminya yang juga seorang doktor. Mereka baru buka cawangan kedai Big Apple kat Sandakan, kiranya sambil menyambut pembukaan kedai dan birthday sekali la kot, hehe..
Kebiasaan orang menggunakan buttercream transfer image kalau nak design gambar atas kek. Tapi saya kurang minat, sebab boleh kata semua kek saya jenis fresh cream dan coklat ganache saja. Rasa macam kurang sesuai pula kalau nak gabungkan buttercream dan fresh cream, ditambah lagi dengan ganache. Jadi buat kali pertama ku testing (berani mati) menggunakan ganache dan white chocolate cream untuk buat transfer image.
Apa tu transfer image? Secara ringkasnya, kita paipkan cream (biasanya buttercream icing) di atas plastik yang dibawahnya diletakkan sebuah gambar yang kita nak tiru. Setelah cream semua telah dipaipkan, kita keraskan 'image' tu dalam freezer dan bila dan keras, kita terbalikkan image tersebut di atas kek. Maaf, takde step-by-step kali ni sebab saya mengejar masa dan baru pertama kali bermain dengan white chocolate cream untuk membuat image. Kalau nak tengok cara buatnya, boleh rujuk link di sini. Cuma satu perkara penting, pastikan gambar yang kita hendak tiru itu diterbalikkan sebelum dipaipkan cream sebab image tersebut akan reverse bila kita letak atas kek.
Alhamdulillah, image yang saya buat tu menjadi walaupun memang mencabar sebab detail logo Big Apple agak halus. Doktor yang menempahnya pun kata creamnya sedap, hehe.. Kalau nak resepi detail saya tak ada sebab saya eksperimen time tu juga, tapi secara umumnya begini:
White chocolate cream for Transfer Image
115g white chocolate yang dicincang + 100g Rich's fresh cream (cecair)
125g fresh cream, dipukul kaku
***Panaskan fresh cream secara double-boiler. Masukkan white chocolate dan kacau hingga sebati. Pastikan suhu jangan terlalu tinggi, sebaiknya bila nampak je coklat cair terus off api. Biarkan cream sejuk sikit kemudian perlahan-lahan masukkan fresh cream yang telah dipukul kaku ke dalam white chocolate tadi. Jangan terus masukkan ke semua fresh cream, mulakan dengan memasukkan sedikit dahulu. Test sama ada cream ini boleh keras atau tidak dengan membiarkan ia di dalam peti sejuk sebentar. Kalau cream kelihatan boleh keras dan tidak lagi cair, ia sudah sesuai untuk digunakan untuk membuat transfer image. NOTE: Kalau cream ini terlalu cair, ia tidak akan mengeras di dalam freezer dan ada kemungkinan sukar untuk ditransferkan ke atas kek nanti.
Chocolate Ganache for Transfer Image
110g dark chocolate, dicincang
100g Rich's fresh cream
***Panaskan fresh cream secara double boiler, masukkan dark chocolate. Kacau hingga sebati. Ketepikan pada suhu bilik.
Untuk dapatkan warna yang perang sikit, saya campurkan white chocolate cream dengan ganache. Selebih ganache tu saya ketepikan untuk dituang di sisi kek tersebut. Satu perkara lagi, salutkan kesemua kek dengan fresh cream dahulu sebelum mengalihkan image ke atas kek.
American chocolate cake, with white chocolate cream and ganache using transfer image method |
Satu perkara yang sukar tapi alhamdulillah, tidaklah mustahil |
Baked blueberry cheesecake, tempahan lain |
Salam Zack, Tq for sharing this.
ReplyDeleteSalam Zack.
ReplyDeleteSangat cantik...nampak susah jugak nak membuatnya ..kena berani haha
w'salam.. sama2 ;)
ReplyDeletew'salam.. berbaloi juga buat ni CitarasaKu, sbb yg menempah tu ckp sedaap ;) hehe.. tp sy rasa kualiti coklat pn mempengaruhi jg tu.. tang nk eksperimen tu mmg kamekaze la, hehe.. sbb first time testing :P
ReplyDeletefengsan tgk kek kak zack..semenye comey2 belaka..rasenye tentu SEDAP..
ReplyDeleteinsyaAllah sedap, hehe.. doktor yg menempah kata sedap ;)
ReplyDeletemcm2 teknik blh blajar tgk blog kak zack ni :)
ReplyDeletehehe, mcm google lak rasanya ek ;p
ReplyDeleteSalam nak tanyer, pas dah lukis2 tuh simpan kat tmpt simpan ais ker?
ReplyDeletew'salam, ya kena simpan dlm tempat ais atau freezer@tempat beku. leceh sikit tau nk buat ni zilla, sbb dia bukan macam buttercream. dia mmg takkan keras kejung mcm frozen buttercream, kena pantas bila nak alihkan dia atas kek sbb cpt cair
ReplyDeleteTQ for your reply.
ReplyDeleteWah!! Yg buttercream pun saya x lepas lg nih!! Alamat terlingkup ler ats kek nanti :)
yg ni mmg betul2 leceh, harga bhn pn leh tahan, nk buat details pn leh tahan lama. nk tunggu dia keras pn leh tahan gak more than 24hours. huhuhu..
ReplyDeleteSalam zack... I just found your blog. It was very helpful and informative for newbies such as me. Awesome tips and guidelines step by step which to me was easy to understand. Thank you again for sincerely sharing your knowledge with us. Many2 happy returns to u and family. Cheers ;D
ReplyDelete