Pages

Friday, February 10, 2012

Plagiarism: Diadaptasi, Diinspirasi, dan Diilhamkan Daripada...

Entry khas mengenai tatatertib dan etika ketika berblogging serta berkaitan resepi:


Kebanyakan pengarang buku masakan dan penulis makanan mengikut beberapa peraturan ini:

1. Jika anda mengubah suai resipi orang lain, ia HARUS dipanggil "Disesuaikan daripada..." atau "Diadaptasi daripada...".

2. Jika anda menukar sebahagian resipi, anda MUNGKIN boleh memanggil ia resipi anda sendiri. Tetapi jika ia agak sama dengan resipi asal, anda harus mengatakan ia "Telah diiilhamkan oleh..." atau "Inspired by...", yang bermaksud bahawa anda menggunakan resipi lain sebagai inspirasi, tetapi telah diubah secara ketara.

3. Jika anda menukar tiga bahan dari resipi asal, SELALUNYA anda boleh menyatakan ia resipi anda.


Nombor 3 adalah perkara yang sukar, tetapi jika resipi tersebut begitu unik, anda mungkin mahu memberikan kredit sebagai inspirasi. Sebagai contoh, jika anda mencintai idea resipi Russian Black and White Cake, tetapi anda datang dengan keunikan anda sendiri (cth: Hot Cheese Chocolate Cake) yang sebahagian besar bahan-bahannya adalah berbeza (walaupun saya tidak tahulah kenapa), anda tentu boleh mengatakan ia "Diilhamkan daripada Russian Black and White Cake."

Akhir kata, bak kata penulis makanan Laurie Colwin, jika tidak kerana mereka yang berkongsi resipi, manusia sudah lama pupus. Oleh itu, teruskan tradisi lama berkongsi resipi. Ia yang membuat blog makanan istimewa. Tetapi adalah lebih baik, beretika dan mengikut undang-undang jika anda sertakan sumber resepi anda.


(C n P dr blog kak Nor Azmihah Mohamed @ Secubit Garam Nor dan dimodifikasi, diadaptasi serta diterjemahkan dr pengalaman beberapa geng masak-masak di FB. Sekian, peringatan dr saya utk saya dan semua :P)

P/S: Nanti saya jawab komen-komen anda semua ek, mak Taufiq tak berapa sihat ni @_@

4 comments:

  1. tq dengan informasi zack.
    saya mmg da banyak print info dari blog ini.
    tp mostly semua saya baca utk pengetahuan saya terutama part step by step.
    tq so much.

    ReplyDelete
  2. sama2 ^_^ takpe, kalau blog sy mmg sy buat untuk kongsi2. harap ia membantu ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam Zack,
    Saya suka nota ini. Sebeb bila kita share somethings bernilai kita rasa gambira tapi kita tak harus lupa pada empunya.Ianya selalu saya ingatkan pada setiap entry .

    ReplyDelete
  4. w'salam,
    betul tu citarasaku, paling kurang kita bg kredit bg dr mana kita dpt resepi tu kan? at least yg empunya resepi rasa dihargai ;)

    ReplyDelete