Resepi Donut [Menjadi Pizza]
Resepi asal: Donut Cheese
Dipetik dari mazurah@myresipi.com (http://myresipi.com/top/detail/1440)
Bahan A
3C tepung gandum - ku guna 1C + 1/2C tepung roti
3sb gula halus - 1sb gula halus
3sb lemak sayur - 1sb + 1/2sb minyak masak
3sb susu tepung - 1sb + 1/2sb susu tepung
2st instant yeast instant - 1st
190ml air suam - 95g
Cara:
1. Masukkan bahan A dalam satu bekas besar, gaul rata. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Jika doh nampak kering, tambah lagi air dalam sesudu kecil dahulu hingga senang diuli.
2. Uli hingga doh tak melekat pada bekas. Lengser dasar dan keliling bekas dengan sedikit minyak masak@butter@majerin serta permukaan atas doh. Perapkan 1jam atau hingga naik 2x ganda.
3. Bahagikan doh sama berat. Rollkan hingga nipis, perapkan lagi selama 20 minit. Taburkan sos pizza, mozarella cheese, dan topping kesukaan.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 190C, selama 25-30 atau hingga masak.
Pizza dengan topping chicken meatloaf, tomato sos, dan bawang merah. Apa-apa yang ada jela ye :P |
sekarang ni kan kalau buat doh donat, memang akan cuba buat untuk pizza, dah dapat 2 benda kan... jimat..... :)
ReplyDeletewah bestnya..pandainya,tak payah susah2 nak beli2 lagi
ReplyDeleteAssallamualaikum dan salam ukhwah Zack.
ReplyDeleteKagumnya tgk kek2 dan hasil masakan Z...
Takziah juga kepada Z dan hubby atas kehilangan arwah Nurgatihah w//p lambat rasanya ucapan ini. Saya memahami perasaan kehilangan itu apabila fizikal dan mental kita telah bersedia menerima kehadirannya.. Semoga Allah kurniakan rezeki lagi buat Z..
Follow U...
kak zack, ape beze tepung roti n tepung gandum?tepung roti tu same ke dgn tepung pau? lg satu bread softener tu nak pakai mcm mane ye?tq :)
ReplyDelete@cheq sue: mmg jimat dan mudah utk org yg M mcm sy ;p hehehe..
ReplyDelete@cinnamon: jrg beli donut dgn pizza skrg, kecuali kalau tgh bz tak sempat nk menguli baru beli. hehe..
@naz: waalaikumussalam. hehe, tq for the compliments ;) sy buat kek biasa2 je..isi masa lapang. hmmm.. tq, kdg2 (mgkn selalu) sy asik teringatkannya, rindu sgt2 tp apakandaya..takdir yg menentukan kita hanya mampu menerima.. insyaAllah, mudah2an ada la rezeki boleh mengandung dan melahirkn anak dgn selamat.. amin..
@wawa: beza tpg roti dgn tpg gandum dr segi kandungan protein. tpg roti protein plg tinggi, tpg gandum sederhana, tepung pau/kek/superfine plg rendah. makin tinggi protein, makin bnyk gluten terbentuk dan makin kenyal adunan kita. kalau buat kek biasa guna tpg gandum (sederhana) atau tpg kek/superfine (plg rendah) sbb nk adunan yg tak elastik/kenyal/padat. cuba bygkan roti canai yg mamak buat tu, dia leh tarik2 kan doh dia? kita nk elak kek2 kita jd mcm tu, tp kalau utk roti ok malah lbh bgs. bread softener leh guna masukkn dlm adunan roti/pizza/bun, roti akan lbh soft tp biasa akak tak guna. akak uli je guna tpg roti tu, hehe..
salam kenal zack...bnyak yg akk blh belajar kat blog zack ni...tp bnyak lg yg akk nk tanya ttg deko kek...cmner nak contact zack yer...
ReplyDeletesalam kenal kak liza, sama2 kak. aritu sy ada request friend kt FB akak. hehe, sy malas nk tyg FB kt sini, susah bah nnt ;p hehehe.. tp ada sy bg mesej, nama zack jg.
ReplyDeletesalam kak zack,,mo tanya cket ni.. saya pernah try buat doh roti@ bun,, saya dah ikut semua bhn2nya,,tp x mengembang aka x jadik la critanya,, sya dah letak yis pun x kembang,, and bagaimana mo ukur bhn spt yis,,coz sy xda penimbang..harap kak zack bole bantu saya,,thanx..
ReplyDeletew'salam, cik dil ada test tak yis tu masih ok atau tidak? kalau roti tak kembang atau yis tak mengembang biasanya yis tu sudah mati atau masuk angin. kena tukar baru tu dik. test dulu, letak yis dalam air suam berisi gula (sukatan yis, gula dan air ikut dalam resepi). klau dalam masa 20 minit tu yis nmpk berbuih2 dan mengembang maknanya yis tu ok lg. boleh terus guna masuk dalam adunan tepung tu.
ReplyDelete