Pages

Wednesday, January 16, 2013

Cadangan-cadangan Kelas Untuk Tahun 2013

Assalamualaikum,

Hmm.. Nampaknya resolusi nak update blog sekerap mungkin masih belum tercapai. Nampak gayanya ada yang nak kena denda ni :P

Tahun ni saya bercadang nak buat pelbagai kelas. Tapi setakat apa yang saya angankan, kebanyakannya kelas-kelas dekorasi kek sahaja. Belum lagi nak buat kelas baking lagi sebab:

1) bake makan masa, nak tunggu dia sejuk dah berjam-jam. Belum lagi nak lepa, tunggu keras, dan lain-lain.

2) tak berapa best campur bake dan deco sebab nanti orang akan kurang masa dan kurang dapat praktis dalam memantapkan skill dekorasi kek. Jadi saya sebolehnya asingkan kelas bake dan dekorasi kek ni.

Target saya biar deco sampai puas. Kalau baking ni saya rasa semua orang tahu, buka internet terus test. Cuma skil dekorasi dan dapatkan kek yang sekemas mungkin tu rasanya tak semua yang tahu kan?


Antara kelas-kelas yang saya cadang nak buat tahun ni adalah:
1. Kelas ganache
- Dapatkan hands-on skil macam mana nak dapat ganache yang smooth, kurang bubbles, licin, kilat tanpa menggunakan butter, dan yang penting jimat tanpa banyak pembuangan. Cara-cara nak lepa sampai angle se-straight yang boleh pun saya ajar dalam kelas supaya keknya takde banyak benjolan atau gelembung-gelembung.

2. Kelas melukis atas kek fresh cream menggunakan FRESH CREAM 
- pernah dengar tak orang lukis guna fresh cream? Biasa orang guna piping jelly kan? Hehe.. Peluang keemasan ni jangan memain :P ecece..

3. Kelas pipng menggunakan buttercream
- Ni optional, mungkin ada yang masih suka guna buttercream untuk deco. Hands-on adunan buttercream supaya dia takde/kurang bubbles biar nampak sesmooth boleh. 

4. Kelas melukis atas kek buttercream menggunakan piping jelly
- Ni pun akan datang, sebab tunggu kawan dari semenanjung datang mengajar. Yuran saya nak belajar pun harganya RM350/orang, so it's not cheap sebenarnya nak belajar sesuatu yang baru, but insyaa Allah worthwhile.


Kelas deco ni hands-on, maksudnya you deco your own cake dan bukan saya yang tolong paipkan. Tunjuk sikit-sikit tu boleh la. Hehe.. Yuran tak tahu lagi, I tell you not cheap la sebab benda yang rare dan jarang orang ada is something priceless (err faham ke ni?) Tapi insyaa Allah takdela sampai macam gi kursus kat Wilton tu RM500 (tapi kalau kat Tawau ada dah lama saya ambil, hehe..)

Apapun, saya hanya cadangkan dan tak memaksa. Kalau nak belajar sendiri pun ok, saya pun belajar sendiri juga (tapi makan masa 5 tahun dan tak tahu berapa ratus kek saya dah buat T_T) Huhuhu.. Apa yang saya kongsi kat blog ni saya buat secara praktikal, jadi boleh experience sendiri (betapa susah/senangnya) nak mendeco sebiji kek. 

Adios~

Kelas piping menggunakan buttercream
(makcik memang bukan orang bunga >.<)
Kelas ganache
Kelas melukis atas kek fresh cream menggunakan fresh cream

2 comments:

  1. Assalammualaikum kak zack,,waa mcm best jak dgr plan2 akak tu,,kalau dah confirm nak buat kelas jgn lupa heboh2 kan ya,,i nak join coz im near to tawau..hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam,
    akak mmg akan buat kelas, kalau perlu akak buat kelas ulangan jadi semua dapat join ^_^

    buat masa sekarang ni akak cadang nak buat akhir bulan Februari. nnt kalau apa2 akak buka di blog pula ^_^ stay tuned ;)

    ReplyDelete