Sifat-sifat Yang Harus Dijauhi Oleh Penuntut Ilmu
1) Hasad (Iri hati dan dengki)
Pesan Rasulullah SAW bermaksud :
"Janganlah kalian saling benci-membenci, saling memutuskan hubungan, saling berdengki, saling bermusuhan.
Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2) Ta'asub (fanatik)
Syaikh Islam Ibnu Taimiyah telah berkata di dalam kitabnya "Iqtidho Sirathol Mustaqim" :
"Barangsiapa mewajibkan dirinya untuk bertaqlid (mengikut) kepada seorang imam (guru/ketua/pemimpin) tertentu (dengan menolak pendapat imam yang lain) maka dia diminta untuk bertaubat kerana sifat mewajibkan dirinya untuk bertaqlid dengan seseorang imam itu boleh menimbulkan sifat syirik
(menduakan) Allah SWT .
3) Menjauhi maksiat
Penuntut ilmu perlu menjauhi maksiat sama ada ianya berupa dosa kecil mahupun dosa besar kerana orang yang menjaga diri dari melakukan maksiat mudah mendapat ilmu serta hidayah Allah SWT.
4) Sombong
Penuntut ilmu perlu bersikap tawadhuk (rendah diri) dengan ilmu yang dimilikinya. Tidak sesekali menduga ilmu kepada orang sekeliling lebih-lebih lagi kepada guru semata-mata untuk mengukur serta menunjukkan kehebatan yang dia miliki.
5) Malas
6) Mudah putus asa
No comments:
Post a Comment