Pages

Monday, April 29, 2013

Step-By-Step: Basic Piping Jelly Image

Assalamulaikum,

Hari ini sekadar ingin berkongsi cara buat image pada kek menggunakan teknik yang paling ringkas. Cuma teknik ni ada drawback dia, tak boleh buat atas kek disalut ganache atau kek fresh cream. Sebabnya fresh cream takkan keras dan masih melekit-lekit walaupun dah letak dalam peti sejuk, dan kek yang disalut ganache terlalu kelam/hitam untuk memperlihatkan warna piping jelly.

Biasa kalau kek yang dilukis menggunakan piping jelly hanya untuk kek-kek buttercream sahaja. Sebabnya buttercream akan mengeras bila disimpan dalam peti sejuk, jadi masa buat transfer image dari kertas transparency ia tak melekat pada kek.

Makcik malas nak cerita banyak, jadi kita teruskan tengok cara-cara melukis atas kek menggunakan piping jelly:


Step-By-Step: Basic Piping Jelly Image
Bahan:
Piping jelly berwarna (ikut warna lukisan yang ingin ditiru)
Piping beg
1 keping kertas lutsinar/transparency paper
Kek disalut buttercream (simpan dalam peti sejuk sampai bc keras)
Image yang ingin ditiru

Cara:
1. Sediakan semua peralatan dan bahan-bahan termasuk kek.
2. Letak transparency paper atas kertas image yang ingin ditiru. Pastikan kertas dikepil/diselotap bersama untuk elak ia bergerak ketika piping.
3. Pipekan outline image menggunakan warna yang agak gelap (untuk bagi image lebih menonjol).
4. Alihkan transparency paper dari kertas image. Terbalikkan transparency paper di atas kek yang sudah keras. Perlahan-lahan gosokkan transparency paper hingga piping jelly ditransfer atas kek.
5. Alihkan transparency paper. Outline yang dilukis tadi akan ditransfer di atas kek. Bolehlah warnakan kek mengikut warna image sebenar.


NOTE:
- Masa nak transfer piping jelly jangan terlalu berlengah-lengah, nanti buttercream akan cair dan transparency paper akan melekit-lekit pada kek.
- Kalau piping jelly terlalu pekat, boleh dilute dengan sedikit air.
- Teknik ni hanya untuk buttercream, tak berapa sesuai untuk kek fresh cream sebab transparency paper akan melekat pada kek. Lagipun warna piping jelly senang 'bleeding' pada kek fresh cream (terutama kalau fresh cream berair dan tak dipukul dengan kental).
- Kalau nak cuba guna piping jelly atas kek fresh cream, pastikan ada 'pemisah' antara fresh cream dan piping jelly. Contohnya, buat outline yang lebih tebal dari biasa menggunakan ganache di antara dua warna berbeza dan di antara fresh cream. Jadi piping jelly (yang berwarna dan bersifat water-base) tak mudah nak 'bleeding' ke background kek yang dilepa dengan fresh cream.


Contoh dummy cake yang menggunakan teknik piping jelly image transfer

14 comments:

  1. Zack..kiranya lagi bagus kalau cake jgn keluarkan dulu kan..nak transfer baru keluarkan kek..kiranya bc tak sempatlah nak lembik time kita transfer tu kan..?

    ReplyDelete
  2. aah kak, buat dulu outline image, dh siap dia punya outline baru keluarkan kek dr peti sejuk.

    ReplyDelete
  3. wah tq yer.. sangat2 membantu bagi saya yang baru nak belajar nih..

    ReplyDelete
  4. no problem ^_^ ni paling senang kalau baru nk belajar lukis.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangat berguna.Akak nk buat tulisan atas kek guna piping jelly pun masih haru biru..apatah lagi nk lukis bagai..Boleh refer kat sini nanti.Terima kasih zack

    ReplyDelete
  6. wahhh, terima kasih banyak2 zack atas perkongsian ni, dah lama akk cari sebenarnya, almaklumlah kerastgn, nk lukis2 mmg fail la..tp insyaallah dgn teknik n tips yg zack share ni akk harap akk dpt la melukis ala2 pro gitu...hihihi
    tp kan masa kita nk terbalikkan kertas yg kita dah lukis dgn piping jelly tu atas kek kan, tak sememeh ke nnt?
    thnx sekali lg ye zack..

    ReplyDelete
  7. akak outline guna coklat.. pada buttercream dan fresh cream... nanti bila coklat keras adalah pemisah antara satu sama lain.. teknik belajar kat kolej komuniti.. tapi jarang praktikkan...

    ReplyDelete
  8. @kak Lina Pg: sama2 kak ^_^ glad to help

    @ciel93: ada fb, carilah zachoes

    @kak liza: kalau keknya sudah keras, ok insyaa Allah tak sememeh. tp kena hati2 jugalah jgn lewat transfer takut nnt bc tu mencair dan melekat kt paper pula. hehe..

    @kNor: apa khabar kak? hehe..

    @mayang: ok jg tu guna coklat, ada gak kwn sy aritu komen dia keraskn coklat utk buat lukisan

    ReplyDelete
  9. confirm eh, Zack.. ia akan melekat kat bc tu, hehehe.. len kali boleh try lah, tq, Z

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Nak tanya..
    outline tu kena guna ganache ke?

    thanks.

    ReplyDelete
  11. Trima kasih atas perkongsian ini,dapat membantu saya yang kurang tahu .😃😃😃

    ReplyDelete
  12. terima kasih..ilmu yang sangat berguna utk org yg baru belajar deco mcm sye

    ReplyDelete