Bila bakar guna butter tulen (Golden Churn) ni, memang baunya agak kuat (bau seakan minyak sapi pun ada). Tak tahulah kalau guna butter jenis lepa susu tapi mungkin tak sekuat bau (dan rasanya kot) banding guna mentega tulen. Apa-apapun, tepuk dada tanya selera ye? Rasa macam seakan kuih bangkit pun ada, lemak-lemak dan lembut & sedikit rangup. Kalau bakar terlalu perang sangat biskutnya agak rangup, kalau bakar sehingga warna keputihan, biskutnya lembut dan cair di mulut. Biskut akan mengembang bila dibakar.
UPDATE 31 AUGUST 2011: Resepi semperit susu yang menggunakan susu pekat manis ada di sini. Sedap, rangup. Guna 3 bahan je, susu pekat, tepung jagung dan butter.
Resepi Biskut Semperit/Semperit Cookies (http://izanmann.blogspot.com/)
Sumber: Nor Aniza Omar
Bahan:
180g mentega [tulen] seperti Golden Churn atau SCS UPDATE 3 May 2012: Golden Churn telah disahkan halal.
180g gula aising
3 biji telur
500g tepung jagung jenama Brown and Polson@Cap Kupu-kupu (tengah-tengah malam malas nak cari, jadi guna je tepung jagung biasa)
1st esen vanila
ceri merah, didadu kecil (ku letak)
Cara:
- Kacau mentega dengan gula hingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur dan esen vanila, gaul rata.
- Masukkan tepung jagung dan uli hingga jadi doh yang lembut.
- Picitkan adunan menggunakan nozzle aising yang sesuai atau tin pembakar (ku guna acuan tat dahlia je dan picit atas baking sheet. Nasib buat camtu sebab biskut ni agak melekat sket la bila masak).
- Titikkan warna merah (ku guna ceri merah) sebagai mata dragon dan biarkan selama 2 jam sebelum dibakar.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit (ku guna 160C, 15 min sebab bunganya kecil sebesar 20sen. Comel-comel gitew~) Bakar hingga warna sedikit keperangan (light brown around the edges).
- Dah masak, tunggu 5 min sebelum ditransfer ke wire rack.
- Untuk elakkan doh cepat mengeras atau kering, tutup dengan tuala yang lembab (ku guna cling wrap je).
- Tinggalkan 2 jam atau loyang selepas diterap supaya biskut sebati dan kembang sebelum dibakar. Bila bakar teksturnya lebih cantik dan lembut. Lepas 2 jam baru dibakar. (ku tunggu 2jam setengah, alang-alang tunggu kembang tu ku buat biskut Snow Almond, hehe..)
- Kalau malas nak tunggu 2 jam, terap dan terus bakar. Hasil rasanya ok, cuma macam kuih semperit dan agak garing sedikit. Nak lembut dan rapuh, terpaksalah tunggu 2 jam.
- Jangan tunggu 2 jam baru nak terap, sebab nanti susah nak picit guna nozzle. Tepung jagung atau kering/keras dan terpaksalah diuli lagi dan dicampur butter/telur supaya lembut kembali.
- Ada resepi yang campur 2-3 sudu susu tepung tapi bergantung pada jenis butter yang digunakan seperti Buttercup. Kalau guna butter Golden Churn atau SCS, tak payah letak, nanti rasa susu saja dan cepat jelak.
Zachoes, kuih ni sungguh nostalgik. Dulu berebut2 dgn adik nak makan kuih semperit.
ReplyDeleteDulu masa zaman kanak-kanak seingat sayalah arwah nenek guna majerin planta je buat biskut semperit ni. Sebab masa kecik-kecik dulu tengok banyak betul tin-tin planta kat rak dapur nenek. Pastu sukat pn guna tin susu pekat manis je..tak guna penimbang. Arwah nenek rajin gak buat kuih bahulu tp stail lama la, pukul guna spring besi besar tuu nak tumbuk telur. Huhuhu..
ReplyDeleteAlhamdulillah resepi saya masih ada lagi di sini.Selamat mencuba
ReplyDeleteNor Aniza Omar @28 Oct '17
Sis, telur tu ambil semua ke
ReplyDelete