Selamat hari merdeka!
Kelmarin buat lagi biskut, semperit susu. Resepi kali ini kena dengan tekak ku, lemak tapi tak memuakkan, manis pun sedang-sedang. Biskut ni orang berpantang pun boleh makan, sebab takde telur atau kekacang. Lepas buat biskut, En. Hubby guna stove untuk masak ketupat, sambal kacang (kuah kacang), dengan sambal sotong keringnya. Dah nak buka puasa baru sempat siap rebus ketupatnya, ada la dalam 30 biji. Baki 20 biji esoknya pagi raya baru sambung rebus.
Semperit yang ku testing kali ni sedap la pula (bukan memuji air tangan sendiri, tapi puji tuan punya resepi asal. Hehehe..) Sebelum ni bukan salah resepi, tapi salah tangan ku sebab walaupun guna butter mahal, tapi tepung jagungnya jenis biasa a.k.a. murah. Maka rasa semperit (resepi lama di sini) pun terjejas sikit. Huhuhu...
Jom skodeng the recipe~
Resepi Biskut Semperit Susu [Pekat Manis]
Resepi asal: Farah Salleh (dipetik dari Facebook)
(Ku buat separuh dari resepi asal, dapat 1 balang@telap sederhana tinggi lebih kurang 70-80 biji)
![]() |
| Salah satu tempahan 2012 |
![]() |
| Semperit susu raya 2012 |
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below
Cara:
- Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
- Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
- Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
NOTE:
- Ku guna susu pekat manis F and N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
- Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
- Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.
- Ku guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..
Wednesday, August 31, 2011
Zack Zachoes





Posted in: 



6 comments:
sedapnya,n cantik mata memandang..
mmg sedap walaupun takde telur. hehe..
saya dah cuba...jadi mcm keras sikit tapi rangup...saya suka sgt...
dia mmg macam tu, mgkn sbb takde telur. biasa biskut takde telur dia mmg kurang lembut sikit. hehe..
assalam sis, nk tnya.. oven gune api atas & bawah ke?
@mas: w'salam. biasa oven sy mmg guna api atas bawah, rak paling tengah. kalau oven kecil rasanya tak perlu api atas, pakai yg bawah je. atau awal2 bakar guna api atas-bawah, 5-10 minit terakhir baru padamkan api atas tu.
Post a Comment