Kek ni dah lama buat tahun 2010 kalau tak silap. Cuma tak pernah tulis resepinya. Mungkin untuk sesetengah orang, jenis kek ni leceh sikit sebab banyak sangat bahan nak kena sediakan. Tapi kalau aturkan masa, takde la susah sangat. Cuma kalau niat nak siapkan semua dalam satu hari memang memenatkan sikitlah. Pada saya, kek ni tak susah, cuma agak leceh sikit.
Biasanya kek yang guna berjenis-jenis cream (contoh macam ni) saya sediakan awal-awal dulu creamnya. Jadi pada hari kek tu nak dibakar, tinggal tunggu ia sejuk, belah 3, dan hias je. Al-maklumlah, suri rumah tangga, banyak lagi kerja nak kena buat. Lagipun kalau kelam-kabut takut ada slack mana-mana.
Resepi Blueberry Chocolate Ganache Cake (Kek Coklat Ganache Blueberry)
(zachoes.blogspot.com)
Blueberry Chocolate Ganache Cake (Kek Coklat Ganache Blueberry)
Bahan kek coklat ganache blueberry:
1 biji kek span coklat/chocolate sponge cake (resepi di bawah)
Filling: whipped chocolate ganache (disediakan sehari lebih awal. Resepi ada di sini)
Frosting (inner): whipped white chocolate ganache (disediakan sehari lebih awal. Resepi ada di sini)
Frosting (outer): Poured ganache (disediakan pada hari kek akan dibakar. Resepi di bawah)
100g blueberry filling
Keratan rentas kek yang awal-awal buat dahulu tanpa sebarang hiasan
Resepi kek span coklat/chocolate sponge cake:
Loyang bulat 8" ketinggian 3"
Kek span dipetik dari laman Inassaly Bakery@ http://inassaly.fotopages.com/?entry=1543474
Kek span coklat
Bahan A:
3 biji kuning telur Gred A (atau 4 biji telur saiz sederhana)
100g gula kastor
120g tepung naik sendiri - UPDATE 3 MARCH 2012: boleh ganti guna 120g tepung gandum dan tambah lagi 1st baking powder
1/2st baking powder
1/2st baking soda
50g minyak jagung/minyak masak biasa
1st esen vanila
Bahan B:
30g serbuk koko + 120g air panas
*kacau hingga rata dan hancur kesemua serbuk koko. Ketepikan pada suhu bilik.
Bahan C:
3 1/2 biji putih telur Gred A (ku guna 3 biji Gred A je)
1/4st cream of tartar
60g gula kastor
Cara buat kek span coklat:
1. Panaskan oven 175C. Lengserkan loyang 8" atau 9" dan alaskan dasar serta kelilingnya dengan baking paper. Ketepikan.
2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan semua Bahan A dan kacau dengan senduk kayu sekata (ku guna whisk telur je).
3. Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau sekata.
4. Dalam bekas bersih lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan 60g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).
5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan coklat tadi (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengserkan dan dialas dengan baking paper pada dasar dan kelilingnya. Bakar pada suhu 175C selama 50min atau hingga masak.
7. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai. Kemudian simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam supaya mudah dibelah 3 bahagian.
Pandangan tepi
Resepi Poured ganache:
80g dark cooking chocolate
100g fresh cream
*Boleh digandakan kalau tak yakin boleh salut kek cepat-cepat. Sebab ganache akan cepat likat dan mengalir tak cantik bila tersentuh dengan white chocolate cream nanti. Biasa saya tak letak butter sebab ganache memang berkilat. Ini bergantung pada cara kita cairkan coklat dan jenis coklat yang digunakan. Ganache pun tak mengeras (sampai susah nak potong kek) tetapi akan 'set' bila dimasukkan ke dalam peti sejuk sebab kuantiti coklat lebih kurang dari creamnya. Boleh guna nisbah sama 100g coklat:100g fresh cream kalau nak ganache lebih pekat. Jika kuantiti coklat lebih dari cream, ganache yang dihasilkan lebih pekat dan sukar sikit nak mengalir secara mudah atas kek, kecuali ditambah dengan butter dan suhunya memang sesuai untuk dituang.
Cara buat poured ganache:
1. Masukkan coklat yang dihiris/dicincang halus ke dalam bekas tahan panas. Masukkan whipping cream/fresh cream.
2. Cairkan coklat + fresh cream secara double-boil (bekas tahan panas diletakkan atas periuk berisi air yang sedang mendidih).
3. Tutup api dan alihkan bekas dari periuk. Kacau guna whisk sampai coklat dan cream betul-betul sebati. Kalau ingin ganache yang berkilat, tambah 1st butter dan kacau rata.
2. Cairkan coklat + fresh cream secara double-boil (bekas tahan panas diletakkan atas periuk berisi air yang sedang mendidih).
3. Tutup api dan alihkan bekas dari periuk. Kacau guna whisk sampai coklat dan cream betul-betul sebati. Kalau ingin ganache yang berkilat, tambah 1st butter dan kacau rata.
4. Ketepikan pada suhu bilik.
Cara assembly kek coklat ganache blueberry:
1. Kek span dibelah kepada 3 bahagian.
2. Keluarkan whipped chocolate ganache dan whipped white chocolate ganache (yang telah disediakan sehari lebih awal) dari peti sejuk bahagian bawah (pastikan ia telah dipukul kental dahulu dalam keadaan sejuk supaya lebih kembang dan gebu).
3. Bahagikan whipped chocolate ganache kepada 2 bahagian. Lapiskan 1 bahagian di atas satu lapisan kek yang diletak atas cakeboard. Sapukan blueberry filling di atasnya rata-rata. Letakkan satu lagi lapisan kek di atasnya.
4. Sapukan baki whipped chocolate ganache pada ke-2 kek. Sapukan lagi blueberry filling di atasnya rata-rata. Letakkan lapisan terakhir kek di atas lapisan blueberry tersebut.
5. Ambil whipped white chocolate ganache dan salutkan keseluruhan kek (umpama menyalut guna buttercream/fresh cream). Simpan dalam peti sejuk untuk 5-10 minit. N/B: Adunan yang disediakan hanya cukup untuk lapis nipis-nipis kek tersebut. Bagi yang inginkan frosting lebih tebal, adunan boleh digandakan. Kalau tak mahu buat whipped white chocolate ganache, boleh gantikan dengan fresh cream yang dipukul kental sahaja.
6. Ambil poured ganache yang telah diketepikan pada suhu bilik tadi. Kalau ganache terlalu likat atau nampak lambat mengalir bila dituang, cairkan semula secara double-boiler biar sekadar mudah mengalir sahaja. Letakkan kek di atas redai dan di bawahnya ada dulang (untuk tadah ganache yang mengalir).
7. Tuangkan ganache di atas kek. Cepat-cepat tonggengkan sikit kek biar ganache boleh mengalir ke bahagian-bahagian tepi. Atau gunakan spatula/belakang sudu untuk tolak ganache perlahan-lahan ketepi kek. Kalau gandakan ganache boleh biarkan ia mengalir secara semulajadi (saya tak gandakan sebab selalu tak simpan pun lebihan ganache tu).
8. Bersihkan sisa ganache yang berada di atas cake board (guna spatula dan kertas tisu). Simpan kek di dalam peti sejuk sehingga ganache keras/set. Hiaskan sesuka hati.
Kek yang dituang dengan poured ganache
Terlupa nak bawa kamera masa potong kek. Gambar courtesy of Kak Marini
wahhhhh enak enak !!
ReplyDeletenis anis: hehe, insyaAllah enak.. tuan punya befday kata sedap..hehe..
ReplyDeletesalam kak..kalo saya tambah sirap glucose tuk buat ganache tu, boleh pukul x?let say saya nk gunkannya utk buat roses..
ReplyDeletew'salam,
ReplyDeleteboleh juga. tp jgn guna resepi ni, sebab takut tak balance. biasa roses rata2 orang guna sukatan berat coklat 2@3x ganda lebih berat dr cream.