Lama tak makan kek Black Forest ni. Alang-alang buat untuk befday anak dan En. Hubby Jumaat lepas, fikir-fikir baik tangkap gambar sikit step-by-step bersama alatan yang saya gunakan untuk mendeco keknya. Alatnya tak canggih, murah jugalah. Bahan-bahan pun rasanya semua kedai bakeri supplier ada.
Apa itu kek Black Forest?
"Kek Black Forest (American and Australian English) atau Black Forest gateau (British English) merupakan satu dessert yang terkenal di German. Selalunya sebiji kek coklat akan dibelah kepada beberapa lapisan dan dihiasi dengan krim putar dan cherry di antara lapisan-lapisan keknya. Kemudian kek akan disalut dengan krim putar dan dihias dengan maraschino cherry bertangkai dan parutan coklat. Kalau ikut tradisi Eropah mereka menggunakan kirschwasser (arak kirsch) yang diperbuat dari cherry masam untuk basahkan lapisan-lapisan kek dan buah-buahan cherry masam sebagai inti dan hiasan. Orang Amerika pula tak selalunya menggunakan arak dalam pembuatan kek Black Forest." [rujukan]
Kalau Google memang ada macam-macam cara dan resepi orang guna untuk buat kek ini. Masing-masing ada cara masing-masing, kek sponge coklat pun tak semestinya 'stick' pada satu resepi saja. Kali ni saya guna resepi yang menggunakan Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour) sebab stock masih banyak. Ada beberapa kek sponge coklat saya pernah cuba dan ada yang lebih rasa coklatnya berbanding lain. Apapun anda boleh guna resepi kek sponge coklat yang anda gemari.
OK, malas dah nak cerita panjang, jom skodeng resepi simple di bawah~
Resepi Kek Black Forest
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
Kek Black Forestku untuk hari lahir anak sulung (sila jangan ambil gambar ini dan tukar dengan watermark anda ye? Haha..macamlah lawa sangat ek :p)
Resepi Kek Sponge Coklat (atau boleh guna resepi kek sponge coklat lain)
Source kek sponge coklat: Inasaly Bakeri@http://inassaly.fotopages.com/?entry=1543474
Loyang bulat 8" @ 9" ketinggian minima 3"
Bahan:
Bahan A:
3 biji kuning telur Gred A @ 4 biji kuning telur saiz sederhana
100g gula kastor
120g tepung naik sendiri
1/2st baking powder
1/2st baking soda
50g minyak jagung @ minyak masak
1st esen vanila
* Campur semua dalam mangkuk mixer dan gaul rata guna senduk kayu@whisk sampai sebati.
Bahan B:
30g serbuk koko
120g air masak, panas
* Campur semua Bahan B dalam satu bekas dan gaul hingga sebati serta hancur semua serbuk koko. Ketepikan.
Bahan C:
3 1/2 biji putih telur Gred A @ 4 1/2 biji putih telur saiz sederhana - ku guna 3 Gred A
1/4st cream of tartar - optional
60g gula kastor
Hiasan:
100g - 200g dark pitted cherries @ cherry pie filling @ blueberry filling - ku guna blueberry filling. Rata-rata resepi mat salleh guna dark pitted cherries, tapi mahal la pula (rege 1 tin kecil RM12 gitu). Huhu.. Lain kali la test kot :P
Secukup chocolate curls @ parutan coklat
Cherry merah bertangkai @ maraschino cherries
300g -500g @ 1C -2C fresh cream, dipukul kaku
Cara:
1. Panaskan oven 175C. Sediakan loyang bulat 8" atau 9" (ku guna 8") dan lengser serta alas dasar dan tepinya dengan baking paper. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A, gaul hingga sebati (saya guna spatula je, lenyek-lenyekkan adunan pada dinding dan dasar mangkuk mixer sampai betul-betul sekata).
3. Dalam bekas bersih tanpa sebarang minyak atau kuning telur, pukul putih telur hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan sedikit gula kastor. Pukul hingga bertanduk sambil dimasukkan baki gula sedikit demi sedikit (pukul sampai putih berkilat dan bila mangkuk mixer diterbalikkan, tiada adunan meleleh atau jatuh).
4. Kaup balikkan meringue (adunan putih telur tadi) perlahan-lahan ke dalam adunan coklat. Kaup balik perlahan-lahan dan jangan terlebih kacau.
5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar 175C, 50-55 minit atau hingga lidi dicucuk ditengah kek keluar tanpa adunan melekat padanya.
6. Terlangkupkan kek atas redai kek dan sejukkan pada suhu bilik. Untuk mudah membelah kek kepada 3 lapisan, balut kek yang sudah sejuk dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk untuk 2-3 jam atau semalaman. (NB: Tujuan balut kek dengan cling wrap untuk kekalkan moisture/kelembapan kek sponge. Kek sponge mudah kering lebih-lebih lagi jika disimpan terlalu lama dalam keadaan 'togel' dalam peti sejuk. Untuk kek ni saya skip sebab terlupa- kes lama tak buat layer kek, haha- memang rasa perbezaannya kalau simpan 24 jam tanpa deco dalam peti sejuk).
7. Belah kek kepada 3 lapisan menggunakan pisau bergerigi @ serated knife. Sapu fresh cream pada lapisan kek pertama. Kemudian sudukan blueberry filling di atasnya. Tutup dengan lapisan kek ke-2 dan ulang lagi langkah sapu fresh cream dan meletakkan filling. Akhir sekali tutup dengan lapisan kek terakhir.
8. Salut seluruh kek dengan lebihan fresh cream dan hiaskan dengan chocolate curls dan cherry merah bertangkai.
Berkaitan fresh cream@non-dairy whipping cream:
Hiasan coklat putih tu guna chocolate transfer sheet
Antara sebab kek sponge kering mungkin disebabkan:
- Terlebih bakar atau suhu terlalu tinggi. Masa dan suhu yang diberi oleh mana-mana resepi hanya sekadar guideline. Tak semua oven sama ragamnya. Biasa saya kurangkan suhu 5C dan check kek 5 minit lebih awal.
- Meringue telah diputar sampai hilang 'glossiness' @ kilatnya dan menjadi terlalu kasar/stiff.
- Simpan kek tanpa topping/deco dalam peti sejuk lebih dari 24 jam.
NB: Info yang dikongsi sekadar dari pengalaman dan pemerhatian je. Kalau ada sesiapa nak tambah bolehlah kongsi-kongsi lagi ;)
bestnyaaa :)
ReplyDeletesue: hehehe..paling best time mendeconya tu ;) mmg mencabar minda & kesabaran, hehe..
ReplyDeletethanks for info..tak sabo nak mencuba nyer...tgk pun dah meleleh air liur
ReplyDeleteuncle nik: cubalah..kek coklatnya leh guna resepi apa2 yg disukai. mcm2 kek sponge ada kat internet, mcm2 teknik..tak mesti guna resepi kek coklat ni :)
ReplyDeletebestt!! terbaaeekk
ReplyDeletemizzess apple, tq~ ^_^
ReplyDeletehai kak zack,,like so much ur blog..nak tanya la lau d tawau dmana mo dptkan bhn2 @ alat bakeri ya?? apa nama kedai tu n area mana ek?? tq..
ReplyDeletehi Cik Dil,
ReplyDeleteada 3 tempat yg jual alat2 dan bahan bakeri.
1) Home Bakery Studio, Jalan Kubota Square, hampir dengan Giant dan Kem Tentera. Kedainya sebaris dengan Old Town White Coffee, kedainya ada di tengah2.
2) Joo Loong, Sabindo Square. Bangunan sebaris dengan Grace Plaza sebelah kanan, terletak seberang jalan dengan Maybank.
3) A-Mart, Takada. On the way masuk ke Eastern Plaza, ada kedai motosikal disitu. Kedai bakeri A-Mart ada di 3-4 kedai dr kirinya.
2 kedai bakeri lain sudah tutup, tinggal tu jak yg sy tahu. harap membantu ^_^
Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂
ReplyDeleteNak cuba lah
ReplyDeleteUtk black forest yg mudah rasanya telur Dan gula dimasak sehingga 43 darjah celcius, kemudian sejukkan Dan pukul sehingga putih,campur tepung Dan Koko Gaul rata Dan last masuk Kan minyak jagung,try your best,
ReplyDelete