Pages

Saturday, October 8, 2011

Resepi American Chocolate Cake

Teringin nak makan kek, tapi sebab masih ada lagi sebulan (and still counting), nafsu terbantut lak. Hehe.. Takpela, dapat buat pun jadilah, kot-kot dapat menghidu aromanya masa dia tengah masak tu ;)

En. Hubby kata macam makan Cadbury Hot Choc. Komen ku? Tak tahu sebab tak dapat rasa. Tapi leh kot dipercayai dalam percent melebihi 80%, sebab En. Hubby kata kalau tak sedap, tak sedap la tu. Kalau dia kata sedap, sedap la tu. Muehehe... Apapun masing-masing punya tekak pun kan :P

Jom, layan resepi di bawah~

UPDATE 6 APRIL 2012: Tips ganache yang smooth (cara saya) ada kat sini.

Resepi American Chocolate Cake 
(website rasa.com.my)

American chocolate cake (kek coklat amerika)

Kek coklat amerika yang mewah dengan rasa coklatnya. Ahaks~


Loyang 8" bulat ketinggian minima 2" 
(bahan di bawah adalah separuh dari resepi asal)

Bahan A:
10g coklat emulco - ku guna 1/2sb coklat emulco + 1/4st coffee emulco (UPDATE 9 SEPT 2011: bukan 1sb tapi 1/2sb)
25g serbuk koko
100ml @ 100g air suam
***Bahan di atas dicampur dan diketepikan.

Bahan B:
125g butter- keluarkan 10 minit sebelum mula projek dan potong dadu utk lebih mudah dipukul
150g gula kastor
1/4st garam - boleh abaikan kalau guna butter bergaram

Bahan C:
2 biji telur Gred A
1/2st esen vanila
***Bahan di atas campur dalam satu mangkuk dan pukul sikit dengan garfu untuk sebati. Ketepikan.

Bahan D:
125g tepung superfine - tepung kek pun boleh. Darurat tepung gandum pun boleh cuma tekstur tak sehalus tepung superfine/kek
1/4st soda bikarbonat
1/2st baking powder
***Bahan di atas diayak dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.

Cara:
1. Pukul Bahan B hingga kembang, gebu, lemak berkrim dan kelihatan sedikit pucat (ada la dalam 5 minit kot, maksimum speed).
2. Masukkan Bahan C sambil dipukul rata (stage ini adunan akan kelihatan sedikit curdled macam yoghurt).
3. Masukkan Bahan A, diselang selikan dengan Bahan D. Gaul sekata guna mixer (pastikan tepi-tepi mangkuk mixer pun di'scrap' sekali sekala.)
4, Tuangkan campuran dalam loyang dan telah digris dengan butter serta dialas baking paper (ku guna non-stick baking paper dan ia juga digris sedikit dengan butter untuk lebih mudah dikeluarkan nanti).
5. Bakar 180C, 40-50 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah kek keluar kering.
6. Sejukkan kek atas redai kek, kemudian hiaskan dengan ganache atau suka hati.

Ganache:
150g whipping cream@fresh cream - ku guna fresh cream, jadi ia manis
150g coklat masakan, dicincang - Dicadang supaya guna semi-sweet atau bittersweet terutama kalau guna fresh cream, sebab keknya ngam-ngam manis, jadi seeloknya topping jangan manis sangat).
***Panaskan whipping cream atas api kecil hingga timbul buih-buih kecil. Tutup api dan masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair dan sebati dengan whipping cream. Ketepikan pada suhu bilik sebelum digunakan.

ATAU
***Panaskan whipping cream secara double-boiler, masukkan coklat cincang dan kacau hingga coklat cair. Pastikan air tidak kena pada dasar bekas tersebut. Ketepikan pada suhu bilik sebelum boleh dituangkan atas kek yang telah dibuat crumb-coating (iaitu sapuan nipis menggunakan fresh cream atau buttercream bagi menampakkan permukaan kek kelihatan lebih licin dan sekata).

The cake

30 comments:

  1. wahhhh...chef zack sudah datang bawak kek... ** memula tengok pic profile tu nampak macam kak hanielieza pulak... *_*

    ReplyDelete
  2. hehe, saje tukar profile pic lain ;p fuhyoo, kak hanieliza terer sgt, blog dia lg gempak dr blog ni. hehe..

    ReplyDelete
  3. gigih betul la zack membaking... impress betul laaa!!!

    ReplyDelete
  4. sue share ke blog sue ye resepi nie

    ReplyDelete
  5. @mimas: hehe, takdela gigih mana..cuma rasa puas hati bila dpt membaking ;)

    @eyda: teda masalah~ boleh je share ;)

    ReplyDelete
  6. waduhh2!..nampak sungguh sedap! i likeeee :)

    ReplyDelete
  7. DJ Dayang: makaseh, hehe.. :D

    ReplyDelete
  8. zack..
    akak suka tgk kek tu ler zack... cantik!!!!.. geramnya kak tgk kejadian kek tu .. mmg nampak sedap sesgt.. pandai zack deco kek.. kagum kat zack tau

    ReplyDelete
  9. hehe, makaseh kak.. simple2 je ni kak Diana ;) terasa nk deco ala2 hotel (la konon). muehehehe..

    ReplyDelete
  10. wahh.. aku nk wat moist ceklat cake.. ada resepi tak? tamau kukus. nak bake. yg senang2 punyer

    ReplyDelete
  11. wan, yang ni ada satu resepi bakar, tapi aku taknah buat lg. cuma aku tgk nampak sedap dan insyaAllah menjadi:

    http://www.myresipi.com/top/detail/8971

    ReplyDelete
  12. salam sis mcm mne bt cklat segitiga american chocolate cake yg bc0rak batik

    ReplyDelete
  13. @amy: w'salam.. coklat segitiga bercorak batik? mcm mana tu ye, sy tak dpt nk bayangkan pula.. corak yg atas ni sy guna transfer sheet, dia ada pelbagai corak dan warna. mgkn itu yg amy maksudkan, corak yg ada sedia ada kat transfer sheet?

    ReplyDelete
  14. sallam Zack...terimakasih atas izinnyer ye...moga terus maju...

    ReplyDelete
  15. kak Eyda, takde masalah~ kalau rasa apa2 dlm ni leh dikongsi, kongsi je ;)

    ReplyDelete
  16. salam zack...tqtq sungguh mebeles kek nie tadi eyda buat huhu malangnyer x sempat nak mendeko en somi dah nak makn nak makn panas2 owahhh sedappp dia kata siap tapau bawa g kerja....

    ReplyDelete
  17. w'salam.. hehe, alhamdulillah.. menjadi ek. fuhyoo.. siap tapau g kerja lg tuu ;p muehehe..mesti bertambah2 syg suami kak eyda pd akak ;)

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah....zack...seronok rasanyer..cume x dapat mekap nampak coklat jer kalernyer.....tp memang lembut guna tpg superfine tu...kalo kek lain guna tepung boleh ker yer?hehehe

    ReplyDelete
  19. dear zack..minta izin nak print out dan try resipi ni ya..

    ReplyDelete
  20. @Kak Eyda: hehe, takpela kak nnt2 kalau buat lg boleh la deco2 lak ek ;) boleh je, biasa sy mmg guna superfine je. takpun tepung kek kalau takde stok. kalau nk kek yg lembut sy guna tu je..

    @UmmiCT: boleh je kak, amik je..sy dh edit ikut ayat dan pengalaman sy sendiri, insyaAllah menjadi keknya nanti ;)

    ReplyDelete
  21. salam Zack
    terima kasih kerana resepinya..
    aduh kek itu sungguh cantik!
    suka akak melihatnya lebih2lagi banyak betul coklat..

    boleh ye kalau akak cuba resepi kek ni..
    terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  22. w'salam kak Azlita,

    sama2 kak, akak kalau buat mesti lagi cantik dan menawan ;) terima kasih sbb sudi melawat, selalu jg jenguk2 blog akak... kek2 akak lg cantik, sy ni pn masih dlm proses pembelajaran.. ^_^

    ReplyDelete
  23. Assalam...kak nak cuba buat ni...anak2 mmg gemar kek coklat berbanding kek lain....

    ReplyDelete
  24. w'salam,
    cubalah..ramai dh cuba resepi ni.. satu tip, guna serbuk koko berkualiti utk maksimum taste ^_^

    ReplyDelete
  25. Salam k.Zack, huh pestime tgk bl0g akak ni mmg sy tau yg k.zack ni teror dlm bab membaking kn...
    Nk try this recipe 4 my befday la...thankz k.zack sudi share recipe ni..;=)

    ReplyDelete
  26. w'salam,

    akak tak terer mana pun, just main2 je. hehe.. tq, cubalah insyaAllah sedap ;)

    ReplyDelete
  27. salam zack...mo tanya ni...fresh cream tu maksud ko non-dairy fresh cream tu ka? whipping cream tu aku tau yg biasa ada jaul d tawau ni jenama anchor jak la...

    ReplyDelete
  28. w'salam, iya fresh cream tu non-dairy whip topping. ada jual di A-mart (Takada), Joo Loong (Sabindo) dgn Home Bakery Studio (Kubota Square). jgn konfius dgn Anchor dairy whipping cream, tu ndak sesuai utk deco kek..

    ReplyDelete
  29. K.zack,nk tnya apa beza American kek dgn kek cklt biasa?. tq

    ReplyDelete
  30. K.zack,nk tnya apa beza American kek dgn kek cklt biasa?. tq

    ReplyDelete