Friday, February 10, 2012

Tips Ganache Untuk Tuang Atas Kek

28

Terajin pula buat 2 entry hari ni. Kepala masih pening-pening sikit, badan dah mula tak berapa sihat. Mungkin seminggu ni rehat lagi la nampaknya, haha..

Ramai la mesej kat FB macam mana saya buat ganache. Resepi saya biasa je rasanya kot. Yang paling penting tekniknya. Saya nak ajar takleh, kadang-kadang satu teknik tu kita kena buat sendiri dan tengok depan mata. Nak dapat yang the best kadang-kadang perlukan praktis yang banyak. Apapun, ni antara tips-tips saya cara buat ganache yang smooth:

American chocolate cake

Last cake for this week kot :P Ponat~


Tips Ganache Untuk Tuang Atas Kek
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

1. Ganache guna 100g fresh cream + 100g dark compound coklat.
2. Jaga suhu. Jangan terlalu tinggi nanti timbul buih2 kecil ganache tak cantik dan kurang kilat.
3. Rehatkan ganache pada suhu bilik, atas meja tanpa diletakkan atas double boiler. Biarkan je dlm bekasnya tanpa bertutup. Sebaiknya rehatkan semalam, tapi yang ni sy rehatkan sejam je.
4. Ganache akan likat dan keluar minyaknya sndr. Bila camtu kacau2 sikit biar sebati. Jangant terlalu kacau, takut timbul banyak buih2 kecil.
5. Keluarkn kek awal sikit, taknk dia sejuk sangat lepas buat crumb coating.
6. Kalau ganache nmpk likat dan susah nk mengalir, panaskan balik cara double-boiler baru tuang suam2 kuku atas kek. Tuang bnyk2, pastu tilt/tonggek cakeboard tu kiri kanan biar dia jatuh semulajadi. Takyah guna spatula. Pastikan cakeboard letak atas redai dulu, bawahnya ada bekas untuk tampung mana2 ganache yang terjatuh.
7. Tepi-tepi keliling kek tu sudukn ganache sikit2, buat section by section sampailah seluruh kek habis kena salut dr atas ke bwh. Cara sy ni messy sikit tp dia lebih jimat, tak bnyk ganache jatuh ke bawah redai.
8. Mana2 yg jatuh tepi keliling cakbeoard boleh diceduk/scoop balik guna spatula kecil atau scrapper dan boleh digunapakai kembali.
9. Kalau salutan ganache nampak nipis leh ulang lg salut ganache kali ke dua.
10. Satu benda paling penting, crumb coating pun sebaiknya buat sehalus, selicin mungkin. Anggap crumb coating tu macam anda nak hias tanpa letak apa-apa. Kiranya crumb coating tu seperti kek yang akan anda hidang tanpa letak cherry atau hiasan. Bila crumb coating pun lawa, insyaAllah ganache pun akan nampak lebih smooth.


NOTE 13 Feb 2012:
- Ganache jenis ni sangat sesuai untuk kek yang ada crumb coating (kek yang telah disalut dengan cream di bawahnya).
- Kalau nak ganache lagi pekat, boleh. Tambah berat coklat 1/2x, 1x atau 2x ganda dari berat cream. Cuma jenis yang tu lebih pekat, dan mungkin lebih sukar untuk mengalir dengan cantik. Jadi you have to work faster. Paling biasa kalau saya nak ganache pekat, saya guna coklat 1.5 lebih berat dari cream (contoh: 150g dark coklat + 100g cream).
- Kalau rasa ganache tu susah nak jatuh secara semulajadi di tepi keliling kek (test dulu dengan guna sudu. Dia mengalir dengan senang, oklah tu), hangatkan sekejap guna double-boiler (tapi pastikan ia MESTI direhatkan pada suhu bilik dulu, untuk molekul-molekul coklat sebati dengan cream).

(kalau ada apa-apa lagi tip sy lupa nak letak, saya update once in a while)


Resepi kek american chocolate ada di sini.

28 comments:

Cheq Sue said...

zack, cheq sue x pernah lagi buat ganache ni... selalu buat choc topping je, memang messy sangat2 la

Zack Zachoes said...

hehe.. ikutkn messy jg ni cheq sue tp ntah, dh biasa buat lama2 kurang gak la messy dia.. hehe..

cinnamon.com said...

nak buat juga le..

I envy you..

Zack Zachoes said...

leh je ;) usahlah envy2, sy pn banyak gak tak tahu ni ;p hehe..

eencyweency said...

Tq 4 da tips k.zack!ptt la sy buat sll nmpk xsmooth..rupenye byk tips kene ikut

Ida,Japan said...

mmg sgt kemas dan cantikk kek2 yg zack buat...tq for sharing yer..

Zack Zachoes said...

tq kak Ida ;) jeng jeng jeenggg.. kek birthday utk kawan, akaknya tempah dr semenanjung ^_^ sama2, sy share apa yg sy tahu je, hehe..

Zack Zachoes said...

@eencyweency: sama2 ^_^ akak tak tahu nape tp blog akak ni asik masukkan bnyk komen2 dlm spam. nasib akak cek td..

rahel said...

Salam Zack,nda' berkedip mata memandang kek2 yang ada di blog ni..semuanya menggugat imanku..hehe..habislah ni kali..semua mau dicuba...

Hmm...sama2 pulak kita org Tawau ya..hehe..klu ada masa..jalan2 ke dapur Rahel ya..baru jak follow dapur Zack..

Zack Zachoes said...

salam Rahel, tq for following ^_^ iya ka? hehe, ramai pula sy jumpa org tawau di blogspot ni ;p sy sudah follow blog rahel td, salam perkenalan dr saya ^_^

maklang azie said...

salam perkenalan zack,

mklang baru terjumpa blog ni..byk tips dishare bersama...tkasih tak terhingga. kek pun cantik2 belaka dgn tip2 yg bagus utk diamalkan.

maklang nak tanya, camner nak transfer kek tu ke board yg lebih bersih sbb bila curah choc, board kek tu secara tak langsung akan npk kotor ngan coklat kat tepi2 board tu..atau tak perlu pindahkan ke board lain cuma bersihkan gitu aje, betui ke?

Zack Zachoes said...

salam perkenalan maklang Azie,

saya biasa singgah blog maklang sebenarnya, hehe.. tq maklang, kek2 sy biasa je.. huhu..

biasa sy terus deco atas cakeboard, tp mgkn messy sikit. sy lap2 tepi cakeboard guna tisu basah je. kalau taknk buat atas cakeboard pn boleh, letak terus atas redai kek (yg bawahnya ada bekas nk tampung ganache yg jatuh) pastu terus tuang atas kek. cuma sy tak buat cara cmni sbb takut kek sy terpatah dua masa nk transfer (kdg2 keknya jenis yg lembut sgt). kalau maklang ada spatula lebar yg khas untuk angkat kek, boleh guna cara ni. tp kalau ikut kebiasaan sy, sy mmg deco terus atas cakeboard tu..

myda_ahmad said...

nak tanya sikitlah...
boleh x kalau fresh cream tu saya gantikan whipping cream...

Zack Zachoes said...

boleh, sama je..sy guna fc sbb biasa tu mmg buat stok kt rumah.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Hey thanks Zack...very good information..akak baru buat tapi tak nak kilat, nak try tip zacks pula

Zack Zachoes said...

hi kak, thanks for dropping by ^_^

ni cuma pengalaman saya yang tak seberapa, try and error deco cake since zaman baru berblogging dulu. huhuhu.. mgkn lain org lain caranya ;)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Zack akak suka sangat N3 ini akak baru aje posted akak punya moist chocolate cake dan ganache akak yang kureng menjadi...1 question ask by viewer macam mana nak dapatkan piping cantik menggunakan chocolate ganache....piping akak, akak main taram aje...harap Zack tak keberatan untuk share nice chocolate edge pipingguna ganache.,

Zack Zachoes said...

kalau piping, biasa ganache dia pekat sikit kak. kalau berat coklat dgn cream tak berapa sesuai sbb lama2 details dia akan cair kt suhu bilik. kalau utk piping borders the best is probably berat coklat 2x berat cream. contoh, 200g coklat+100g cream. tak perlu simpan dlm peti sejuk, biarkan dia rehat kt suhu blk beberapa jam. hehe, rasa mcm kena buat video pasal ganache ni je nnt.. cuma skrg ni sy nk fokus benda lain jap selain kek, insyaAllah ada kelapangan sy buat..

Ucu Faridah said...

wah seronoknya dapat tips ni tq zack...

Zack Zachoes said...

Ucu, ni the simplest explaination yg sy leh share. kalau org lain, mgkn caranya lain kot. hehe..

zilla said...

Salam Zack,

Zilla kat cini pulak!!! Naper yek masa saya tuangkan ganache saya kat kek, fresh cream yg wat crumb coat tuh dia jadi mcm berlekuk2. Ganache nih klu suam2 panas nyer boleh tuang kat ats kek kan??

Zack Zachoes said...

w'salam zilla,

biasa mmg mcm tu lg2 kalau cream kita suhu tak ngam dgn ganache. biasa gak sy kena tu kdg2, hehe.. dia paling ideal bila suhu ganache dengan cream sama. kalau ganache tu suhu dia lbh tinggi sikit dr cream, cream tu mencair sikit. kalau nk senang pukul cream tu sampai dia betul2 stiff sbb kalau dia lembut sgt pn kdg2 leh jd cmtu gak. pastu dr pengalaman sy yg tak seberapa ni, ganache yg baru buat biasa ada problem sikit nk melekat. tu org biasa buat ganache awal2, biar dia betul2 pekat

ibuSchaQ said...

hai kak zack...tq for the tips.sy xpnh wt lg ganache2 ni..tp one day nk try gak. jemput2 la singgah ke blog sy yg xseberapa tu cakesnjoy.blogspot.com

zaxx said...

really a good tips..:) thnks kak zack... suka sgt..:)

dayah yusof said...

salam sis tq atas segala info yg sis bagi saya cuma nak tanya,fc dgn whipping cream sama tak?

Zack Zachoes said...

@ibuSchaQ: hi, senang je buat ganache ni sebenarnya. ikut tips akak insyaa Allah leh berjaya ^_^

@zaxx: sama2 zaxx ^_^

@dayah: w'salam, ada beza dua2 krim. satu dipanggil dairy whipping cream, satu lagi non-dairy. kalau deco2 atas kek kita guna non-dairy (atau nama lain fresh cream). kalau utk masakan atau tuang dalam sesuatu adunan kita guna dairy. dlm cheesecake biasa guna dairy sbb rasa dia lemak2, tp biasa sy ganti dgn non-dairy je sbb dairy wc takleh simpan lama2.

wawa said...

salam kak, nak tumpang tanya, boleh tak nak tuang ganache atas fresh cream utk deco?

Zack Zachoes said...

w'salam,
boleh sangat2, kek2 sy kebanyakkan sy tuang ganache atas fc.