1/8C @15g serbuk koko
1/4st soda bikarbonat
1C @ 220g gula kastor (resepi asal untuk separuh adunan adalah 1C + 1/4C)
2 telur gred A (berat minima ~60g)
1sb minyak masak
1/2 st esen vanila
1/4C buttermilk (homade: 1/4C susu segar@susu tepung+air campur 1st limau nipis/cuka)
Bahan Ganache:
125g coklat masakan
100g whipping cream (I just use non-dairy whipping cream)
Cara kek:
- Panaskan oven 160C.
- Lengserkan dasar dan tepi loyang bulat berukuran 8" dengan butter. Alaskan dengan kertas minyak dan lengserkan lagi dengan butter (untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti).
- Masukkan 125g butter, 125g coklat, serbuk nescafe dan air dalam periuk kecil. Panaskan dan cairkan coklat serta butter atas api kecil. Ketepikan pada suhu bilik.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar.
Masukkan gula dan kacau rata (guna whisk je). - Dalam mangkuk lain, campurkan telur, minyak masak, esen vanila, dan buttermilk. Kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung. Kacau hingga sebati.
- Masukkan adunan coklat ke dalam campuran telur-tepung tadi. Kacau hingga benar-benar sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang (adunan akan kelihatan seperti cecair).
- Bakar untuk 1 jam 15min, 160C atau bila dicucuk dengan lidi tiada adunan yang melekat/kering (saya bakar lebih masa sikit- tambahan 15min untuk suhu 150C). Tapi ni bergantung pada oven masing-masing.
- Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik dalam loyangnya (saya terus keluarkan je dan telangkupkan atas redai kek hingga sejuk).
- Kek akan ada sedikit mengelembung dan kemungkinan ada bahagian yang keras sikit (from experience, this is usually the case for cakes that has chocolate in it). Bahagian ni boleh dibuang dan telangkupkan kek supaya bahagian rata berada diatas semasa menghias.
Cara ganache:
Cairkan coklat masakan dan whipping cream secara double-boil, biarkan hingga suam sebelum dituang atas kek (mungkin akan ada lebihan ganache, boleh buat hiasan lain).
**Jangan terlebih bakar, nanti kek kurang moist dan tepinya jadi kering/keras. Mud cake guna suhu rendah sekitar 150-160c untuk masak dan masa yang lama. Kalau tengah tak masak lagi tapi tepi dah masak, tutup bahagian atas dengan foil dan tambah lagi masa memasak.
**Buttermilk ada kandungan asid dan bila baking soda bertindakbalas dengan asid, ia menghasilkan kek yang lembut/tender, selain dari memberi kelembapan kepada kek.
sedapnya tgk drg mkn ini kek....
ReplyDeletehehe, lama dh hbs ni kak =p
ReplyDeleteTime kasih tuk resepi..
ReplyDelete