Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).
UPDATE 13 FEB 2013:
Cara-cara bergambar memukul dairy whipping cream (jenis tenusu) seperti Anchor di sini.
Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:
1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.
2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggongcangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.
3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.
4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.
5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.
6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.
7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).
8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.
9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk.
10) UPDATE 26 MAY 2011: Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental.
11) UPDATE 30 OCTOBER 2011: Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.
12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.
13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)
11) UPDATE 30 OCTOBER 2011: Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak ia cepat cair.
12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.
13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)
UPDATE 28 MARCH 2012: Berkaitan dairy whipping cream boleh lihat di sini.
Cara Guna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
Bahan dan alat:
1C @ 300g fresh cream dalam keadaan cecair tapi masih sejuk - ku guna jenama Value Pride
Mangkuk mixer
Beaters mixer
1) Tuangkan fresh cream yang sudah dinyahbeku ke dalam mangkuk mixer.
2) Pukul pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan dari sederhana ke tinggi.
3) Setelah 30s fresh cream mula kelihatan pekat.
4) Fresh cream bertambah pekat selepas dipukul 1 minit.
5) Fresh cream mula kelihatan gebu dan bila dikacau dengan beaters (berhentikan mixer dahulu), ia rasa seperti kapas yang lembut.
6) Pukul hingga kaku, tidak lagi cair dan 'peak' fresh cream tidak lentok lagi.
7) Fresh cream sudah dipukul sebati (pastikan setiap sudut mangkuk sudah dipukul). Lebih kurang seperti buat 'meringue'.
8) Boleh terus guna atau disimpan.
NB: Info berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan fresh cream. Jika ada tersilap atau salah harap beri tunjuk ajar.
Contoh jenama Value Pride (gambar dari Google)
UPDATE 4 SEPTEMBER 2011: Video youtube cara memukul fresh cream@non-dairy whipping cream:
UPDATE 13 JULY 2011: Antara resepi kek yang saya deco guna non-dairy whipping cream adalah Kek Kiwi Fresh Cream, Kek Black Forest, Kek Strawberry Shortcake, Blueberry filling layer cake dan Kek sponge vanila.
UPDATE 10 MARCH 2012: Cara mengenali non-dairy whipping cream dari labelnya (topping, bukan hasil tenusu, ready to whipp topping, whip topping, etc.)
UPDATE 10 MARCH 2012: Cara mengenali non-dairy whipping cream dari labelnya (topping, bukan hasil tenusu, ready to whipp topping, whip topping, etc.)
Mana yg kena bulat tanda merah indicator leh guna untuk kek. Gambar ni amik masa tengah ada stok fc. Vivo pun masuk kategori ni. |
UPDATE 25 APRIL 2012: Cara saya simpan lebihan fresh cream. Rasanya orang lain takde buat camni lagi. Setakat ni ok cream masih kental macam biasa ketika lepa dan piping.
Cara simpan lebihan fc. |
wahhh... info yang sangat membantu... tq zack
ReplyDeletep/s : zack, saya mintak izin copy ke ke blog saya ye, cari nak link tapi x jumpa... nanti senang nak buat rujukan
ReplyDeletehehe, welkem~ boleh2, amik je. leh rujuk bila2 masa nnt :)
ReplyDeletetq zack.. good info.. minta izin CP jugak.. smga ilmu yg baik dpt dipanjang2kan..
ReplyDeletedZana: boleh2, silakan :) mudah2an info ini dpt memberi manfaat pada semua :)
ReplyDeleteSaya mohon c np ye..tq
ReplyDeleteadnazthie: boleh2, xde masalah :)
ReplyDeletepohon copy n paste ke my bloggg....tq byk2
ReplyDeletehaslida hassan: boleh2, takde masalah :)
ReplyDeletesimpan tempat beku tu ya.. berapa lama boleh tahan kalau simpan yg dh siap di pukul mcm ni...
ReplyDeletekalau tanya tokey kedai, dia kata non-dairy yg dh pukul kaku leh tahan setengah tahun dlm bhgn sejuk beku. tp sbb sy kerap guna jd paling lama tahan pn 2 bulan, hehe..
ReplyDeleteowhhh ya ke!!! terimakasih atas info yg berguna ni...
ReplyDeletesama2~ :)
ReplyDeletezack..klu cream masih beku,boleh x kita terus putar?ada keburukannya tak?
ReplyDeletedulu masa awal2 guna pernah gak putar time dia separa beku. kdg creamnya jd cair tak pekat2, sbb mcm ada ketulan2 ais. bila ais tu cair dlm mangkuk mixer, adunan tu seakaan jd 'diluted'. pastu pernah gak kena masa tuang tu cream dia terlampau pekat sgt, bila putar dia terlalu keras, nk lepa pun tak cantik. hehe..
ReplyDeletetime kasih atas info...baru tahu...ada sedikit keberanian nak wat cream..sebelum nie tak berani wat sbb tak jumpa cara2 yg btl membuatnya..time kasih banyak2 krn sudi kongsi ilmu..moga mendpt ganjaran dari allah atas ilmu yg berguna ini...
ReplyDeleteuncle nik: same2~ huhu, kecil je perkara ni..saje kongsi2 dgn teman siber kot2 ada yg tak tahu. hehe.. sy tak kisah, pd sy selagi hidup kita kongsilah ilmu yg ada..mudah2an memberi manfaat pd org lain :) alhamdulillah la kalau ada yg rasa blog ni berguna..
ReplyDeletekak klu fresh cream yg xpukul lg cmner nk simpam dlm freezer atau chiller je.tahan brape lame plak yg tu
ReplyDeletetutup kotak dia rapat2, tmpt muncung tu. brp lama akak tak pasti, sbb akak kalau kotak dh buka mmg cepat habis. kalau ada belen baru akak simpan dlm bekas bertutup. plg lama tahan 3 bulan dan masih ok. kalau biarkn kotaknya terbuka cmtu nnt macam kekuningan je tmpt yg terbuka tu. mgkn sbb terdedah terus ke udara agaknya. hehe..
ReplyDeletethank you kak zack!!! sangat membantu...
ReplyDelete@Ayong: sama2~ tiada masalah ;)
ReplyDeletegood info...nak tanya cream ni boleh terus guna utk frosting cake kerr tak cair ek?? or perlu tambah gula ker
ReplyDeletefresh cream tak perlu tambah gula sbb mmg dah sedia manis. boleh terus guna utk deco kek atau simpan dalam freezer kalau taknk guna terus ^_^
ReplyDeletefresh cream ni kalau campur dlm cooking coklat untuk buat coklat ganache sesuai tak? baru tadi beli jenama ni, dengan ancor UHT whipping cream...Harap boleh bantu...tqvm
ReplyDelete@Pesona Wanita:
ReplyDeleteBiasa sy guna fresh cream je buat ganache, tp guna dark@semi-sweet coklat. Kalau guna coklat masakan rasa agak manis la kalau digandingkan dgn fresh cream (sebab dua2 mmg manis).
assalam sis
ReplyDeletesy gunakan cara yg sis ajar pukul w/cream utk simpan bg tahan lama ..masalahnya sy simpan dlm fridge bhgian bwh bukan di feezer...smlm setelah hmpir berminggu sy simpan sy nk gnalah tp rasanya sedikit pahit..adakh dah rosak? sayangnya dpt sebekas..nk kena buang lah ye? kalau simpan semula kat freezer boleh ke?
TIA ye
@fawazznuha: w'salam,
ReplyDeletekalau nk tahan berbulan2 simpan dekat freezer (bahagian beku, tempat simpan ice tu). kalau simpan tmpt fridge biasa paling lama dia boleh tahan +-2 mgu, sbb nnt dia 'berpeluh'. kalau dia dh nmpk berkulat, bertukar warna atau rasa, mgkn sudah rosak.
Kak, sesuai ke fresh cream @ non-dairy ni digunakan dalam tiramisu?
ReplyDelete@Najwa: boleh, cuma kena adjust gula dia. mgkn rasa pn ada beza sikit la kot, sbb dairy whipping cream dia lemak2 sikit. kalau nk guna FC cari yg Najwa suka taste-nya. kadang2 FC ada yg jenis yg kurang sikit dari segi rasa (pd akak la).
ReplyDeleteOo. orait, nnt cuba. susah eh nak cari non-dairy. kat sini senang jumpa dairy je.
ReplyDeletewokeh~ sini ok gak, banyak gak tempat jual both dairy and non-dairy. cuma brand tak banyak la..
ReplyDeleteAssalam Zack,
ReplyDeleteThanks for sharing info tentang fresh cream. Amat berguna bagi k rose yg tak pernah attend class on how to handle fresh cream. :)
@Rose:
ReplyDeletew'salam, sama2 kak ;) sharing is caring, hehe.. ;)
Assalamualaikum.. nak tanya kalau terlembik boleh coner dengan campurkan butter tak???
ReplyDeleteMama Tun, kalau terlembik ada orang pernah bg tips kat saya tambah lg fc dlm kotak pastu putar balik. kalau campur butter dengan fc rasanya mcm kurang sesuai pula..sbb biasa fc standalone tanpa letak apa2 (kecuali esen vanila atau lebih gula dan kalau nak buat ganache). kalau letak butter takut lebih cair je nanti sbb butter cair pd suhu bilik.
ReplyDeleteooo ok tq...tapi rasanya nak gunakan fc yg cair tu buat ganance jer ok tak ekk???
ReplyDeleteboleh juga Mama Tun. cairkan fc guna double-boiler dulu, baru masukkan coklat yg dicincang halus. pastu2 kacau dh jd ganache, hehe..
ReplyDeletedah cuba pun n menjadikkk tq tq
ReplyDeletesama sama~ ^_^
ReplyDeleteboleh tak kongsi resipi untuk DAIRY WHIPPING CREAM ?
ReplyDelete#sy tersalah beli whipping cream. .huhuhu
Hi Zack, Thanks for the info. Sy sebenarnya sgt2 tekanan bile nak guna whipping cream. sy sgt tak pandai. tak tau nape, bile time puku mesti tak boleh nak kembang... cari semacam jer... huhuh. so sy akan try dulu.. dengan rendah hati nay sy nak minta izin copy link ni kat blog sy boleh x?? nak wat rujukan kala tersesat.. =(
ReplyDeleteNak tya... Bila masa yg sesuai nak masukkan pewarna? Jenis pewarna apa yg paling sesuai nak digunakan?...tq.. :)
ReplyDelete@Nur Hajarul: sama2, semoga berjaya kali ni ^_^ jgn salah beli whipping cream ye? yg utk hiasan guna non-dairy atau whip topping. link ni ada bbrp brand kt pasaran: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/fungsi-perihal-krim-putar-atau-whipping.html
ReplyDelete@Farah: biasa sy masukkan pewarna lepas diputar kental. tp takleh letak bnyk pewarna, lg2 warna cecair sbb nnt fc jadi cair. kalau pewarna sy biasa guna pewarna air atau oil-base. warna2 utk fc ni takleh nk dpt yg terang sgt, dpt warna pastel je. harap membantu ^_^
mohon copy n paste ke my blog..huhu...sy pernah buat guna fresh cream..tp xmenjadi mungkin sbb xgoncang dulu...dia jd cair n xsekata...
ReplyDeleteSitie, silakan kalau ia memberi manfaat ;)
ReplyDeletefresh cream tu kalau saya gantikan dgn whipping cream boleh tak?...
ReplyDeletedan nak minta izin cp kt blog saya juga...
utk tujuan hias kek, tak boleh. kalau utk pengganti salah satu bahan dlm resepi, tgk keadaan juga.. boleh, silakan kongsi info ^_^
ReplyDeleteSalam kak...nak bertanya krim tenusu 2 yang macam mane ek?
ReplyDeleteSalam, saya difahamkan untuk 1L fc tu boleh digunakan untuk 3 biji kek size 8inci. Saya nak buat sebiji kek je. Kalau fc yang belum diputar, berapa lama tahan simpan kat dalam freezer & mcm mana nak pastikan fc yg belum diputar tu tahan lama.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi membantu.. :)
@damia: w'salam.. sori tak perasan lak komen kt sini. krim tenusu tu krim yg terhasil drpd lembu, kalau tak silap sy terhasil sbb pengasingan antara krim dan susu. kalau bahasa mat salleh panggil dairy cream, dia pekat dan lemak berkrim. ada bbrp kategori krim tenusu ni, tiap kategori dipisahkn berdasarkan peratusan % cream yg terkandung kt dlmnya. biasa kalau tgk kt kedai bakeri krim tenusu jenis UHT anchor whipping cream, Emborg.
ReplyDelete@mama nabihah: w'salam, 900g-1kg kek boleh hias 3 biji kek 8", tp deco yg simple2 (tak bnyk piping seperti rumput) dan mgkn boleh utk 1 layered cake. fc yg dh diputar boleh disimpan dlm freezer hingga tarikh luput. baki dlm kotak boleh disimpan dlm freezer tp pastikan muncungnya tertutup rapat utk elak dia berkulat. biasa fc yg dh diputar awal2 dia akan lembik sikit akibat kondensasi, kalau lembik boleh putar balik dan kalau perlu boleh tambah dgn fc yg masih belum diputar lg.
harap membantu ^_^
Terima kasih. Ada satu lagi nak tanya.. hehe... kalau baki fc yang belum diputar saya tuangkan dalam kontena, tutup rapat & simpan dalam freezer, boleh tahan lama tak? :)
ReplyDeleteboleh, yg penting dia tak terdedah kt udara je ^_^
ReplyDeleteassalam kak
ReplyDeletepanduan ni sangat berguna
boleh tak kalau nak copy paste bubuh dalam blog azah?
w'salam,
ReplyDeleteboleh, silakan ;)
Slm... Sya ske sgt ngn entry ni... Sy mmg x taw langsung pasal fresh cream tp baru cuba nk buat.. Mohon copy yer... Mekasih
ReplyDelete@Mizz AJ: boleh, silakan.. fresh cream ni peel dia lain sikit, agak sensitif. tp bila berkali2 guna insyaAllah takde apa2 senang je ;)
ReplyDeletekak salam kenal. .boleh tak akak follow blog saya sebab saya suka blog akak.tq
ReplyDeletew'salam, salam kenal. boleh, nnt akak follow ek?
ReplyDeleteHmmm baru ada rasa berani nak guna NDWC ni.. tq for the info.
ReplyDeleteall the best ;)
ReplyDeleteSalam Kenal Zack...
ReplyDeleteKakak tertarik dengan tips yang diberikan dalam blog ni.. amat menarik..
nak tanya sikit, kakak pernah try hias kek guna whipped cream, beat punya beat... dia jadi makin cair.. kemudian mendadih... (saparate).. masa tu memang dah putus asa dah.. tapi kata dalam hati.. tak apa.. teruskan beat.. jadi kakak teruskan beat sampai dia jadi mcm krim..
bila dah jadi mcm tu.. kakak terus hentikan mixer.. takut over beaten.. tapi confirm la topping tu tak menjadi.. dia cair dan berminyak gitu.. langsung tak ada rupa fresh cream.. di mana silapnya ye?
adakan sebab kakak beat terlalu laju.. atau.. sudah over beat?
mohon bantuan.. sebab sampai sekarang ni fobia nak guna whipped cream...
Thanks
salam...alhamdulillah...terima kasih pn zack..dah lama tercari-cari cmna cara nak guna atau simpan whipped cream ni...akhirnya jumpa gak..info yg bermanfaat...moga Tuhan merahmati dan memberkati ilmu yang saudari kongsikan ni...terima kasih bebyk...saya follow blog anda sbb saya xnak terlepas info2 menarik...TQ very much.
ReplyDeletesalam...alhamdulillah...terima kasih pn zack..dah lama tercari-cari cmna cara nak guna atau simpan whipped cream ni...akhirnya jumpa gak..info yg bermanfaat...moga Tuhan merahmati dan memberkati ilmu yang saudari kongsikan ni...terima kasih bebyk...saya follow blog anda sbb saya xnak terlepas info2 menarik...TQ very much.
ReplyDelete@kak ika: salam kenal kak,
ReplyDeletehmmm.. dr komen akak mcm akak guna dairy whipping cream kan? sbb dia keluar minyak dan separate. cuma tak berapa pasti, sbb mgkn ada produk fc yang lain sikit. mcm flavor right, overbeat dia berketul2 tapi tak sampai seperate. rich's lak kalau tak cukup pukul dia cair.
kalau akak guna dairy whipping cream, biasanya tuangkan dulu cream dlm bekas (sebaiknya yang stainless steel sbb dia kekalkn kesejukan cream) pastu simpan dlm peti sejuk 10-15 minit atau lebih lama. kemudian beat, paling ok medium atau low-medium speed. kalau awal2 dh high speed takut cepat dia overbeat. kalau rasa2 lama sgt nk beat, boleh letak bekas dlm bekas lebih besar berisi air+ais. jd suhu dia kekal sejuk lebih lama.
ada kwn pernah jd cmtu, separate. dia asingkn yg cecair tu pastu simpan cream dlm peti sejuk. pastu beat blk, dia jd ok.
@cahayashuhada: w'salam,
ReplyDeleteterima kasih sbb sudi blog sy ^_^
sy share mana yg saya tahu, utk manfaat semua. harap blog ni dpt bnyk membantu semua orang :)
mohon share dlm blog saya...
ReplyDelete@rohayu: boleh, takde masalah :)
ReplyDeleteinfo yg menarik. terima kasih kongsi ^^
ReplyDeleteSalam sis... 1st of all saya dari Asamgaram2puteri nak ucap tqvm atas ilmu ni. Untuk orang baru nak try cam saya memang gelabah. Sib baik jumpa n3 ni. Alhamdulillah dah try and BERHASIL. Tq dear...
ReplyDeleteThan... Nak minta izin untuk C&P ke blog saya. Moga-moga ilmu yang sis kongsi ni leh saya panjang2kan pada sahabat lain. maaf yer, buat dulu baru minta izin. Moga Allah berkati sis dan terus berkongsi ilmu dgn kami yg baru nak belajar ni. Tq once again :)
salam..knapa saye pkul whipping tu pekat ya??
ReplyDelete@yana: sama2 ^_^
ReplyDelete@nasyeera: w'salam, alhamdulillah sebab blog ni dpt membantu ^_^
boleh je nk kopipes, mudah2an dpt jg membantu org lain ^_^
@saadiah: w'salam, kalau pukul whipping cream mmg akan pekat. sbb % creamnya tinggi (about 35% cream). kalau pukul susu segar mmg takkan pekat sbb % cream dia jauh lbh rendah dr whipping cream :) less than 4% kalau tak silap sy. wallahu 'alam
Salam, Zack...!!
ReplyDeleteAlhamdulillah, amin jumpa full info
about fC kat sini.. pernah beberapa try whip ngan DAIRY WC.. maybe terlebih pukul so jadi cair, x leh guna nak deco cake!! After baca info ni just I know yg Non dairy & dairy besar bezanya... I really hope 2 try this!! Thanks a million for the info.
Just a question.. kalau terlebih whip x cair balik ka?
w'salam,
ReplyDeleteglad to be of help ^_^
non-dairy kalau terlebih pukul dia berketul2, keras dan kering. dia tak cair (setakat yg sy dh test bnyk2 jenama kt tawau ni). kalau dairy mmg akan cair (cair tu sebenarnya buttermilk, leh guna utk buat RVC kalau nk) dan ada ketulan2 kecil yg kita panggil butter. jd dairy dan non-dairy mmg sifatnya lain bila terlebih pukul. harap membantu :)
salam sis,
ReplyDeletewhipping cream yg diputar tu bole terus dilepa kt kek ke?? x payah letak gula ke?? sbb ada tgk video kt youtube (blackforest cake), dia tambah gula kt whip cream.. mohon pencerahan. tq
@mr. khai:
ReplyDeletew'salam,
asasnya whipping cream bermaksud:
whipping: putar
cream: krim
jadi whipping cream sebenarnya krim yang boleh diputar. cuma yg saya perasan, kita selalu tersalah anggap perkataan 'whipping cream' ni panggilan KHAS untuk cream hiasan kek. sedangkan whipping cream ni ada 2 jenis:
1) satu jenis yg tak sesuai untuk hiasan kek sebab ketahanan pada suhu bilik sangat lemah. jenis ni tawar, warna dia pun kuning pucat. jenis ni dipanggil DAIRY WHIPPING CREAM, atau biasa orang malaysia sebut UHT DAIRY WHIPPING CREAM. kalau nak guna jenis ni hanya sesuai sebagai salah satu bahan dalam adunan, contohnya kek keju dingin. jenis ni tawar, jadi kita kena guna gula untuk memaniskannya. dairy whipping cream ni tak tahan suhu bilik, dia mudah cair walaupun dah diputar sampai kental.
2) satu lg jenis, ia sesuai untuk hiasan kek, rasanya pun sudah manis jadi tak perlu tambah gula. biasanya orang malaysia sebut FRESH CREAM atau NON-DAIRY WHIPPING CREAM. jenis ni kita guna untuk hias kek, jarang kita guna sebagai bahan dalam sesuatu adunan sbb rasanya yg manis.
kalau tgk video2 barat, rata2 mereka guna whipping cream dengan gula. kita biasa keliru sebab terms yg diorang guna tak sama mcm kita kat malaysia. kalau kat barat, diorg guna dairy whipping cream tapi diorg tak sebut perkataan 'dairy'. diorang terus sebut 'whipping cream'. kalau kat barat, whipping cream mmg tahan lebih lama pada suhu bilik sebab suhu kat negara diorang sejuk, jadi cream tak cepat cair. tapi kat malaysia, kita tak guna dairy whipping cream untuk hiasan kek, kita ganti dengan non-dairy whipping cream. sebabnya non-dairy whipping cream tahan pada suhu bilik, sesuai dengan cuaca yg panas seperti di malaysia. ia tak perlu lg gula sbb memang sedia manis.
jadi hati2 kalau ingin ikut resepi2 barat, sebab terms kita dengan barat tak sama. mereka boleh guna (dairy) whipping cream yg perlu ditambah gula sebab cuaca sejuk jadi cream lebih tahan lama, tp kita di malaysia biasa guna (non-dairy) whipping cream sbb ia lebih tahan dan mmg tak perlu gula sbb sedia manis.
harap dapat membantu serba sedikit, mungkin nnt saya kena buat post untuk bezakan terms2 yg diguna oleh org barat dan org timur :)
ok.. terima kasih sis atas pencerahan
ReplyDeletennt klu ada x faham sy tya lg.. ~.^
Baru jumpa entri ni....sgt berguna sbgai panduan. Tksh dik atas perkongsian.
ReplyDeleteTerasa nk cuba buat whipping cream ni nnt..thx zack..info yg sgt2 membantu...selama ni guna cream utk dessert tu..ready to use dlm tin..biasa guna kt kdai kopi tu..letak 2-3 minit atas cupcake dia cair..haha..
ReplyDelete@ibu & Mr. Khai: sama2 ^_^
ReplyDelete@ain: aah dulu sy pn terkonfius jg yg tin tu, last2 picit atas dessert dlm cawan je >.< hehehe..
Zack, sy salu jgk guna whip cream ni...tp bl sy pukul smpai bertanduk cam ssh nak ratakan pd kek...so sy try pukul xkental sgt br seng nak sapu pd kek...btl ke cara sy 2?
ReplyDeletebetul, kalau sampai susah nk sapu atas kek dan berketul2 tu maksudnya teroverbeat. paling ok kalau nk lepa atas kek dia masih lembut tp kena kental, kalau tak nnt dia cepat sgt cair lagi2 time deco
ReplyDeleteSaya ada dapat tempahan 100 pcs cup cake..customer order krim yang tinggi. .Untuk tujuan bagi gift kat orang...
ReplyDeletemacam mana ya? Lebih elok guna butter cream atau whipping cream? Majlis tengah ari. ..saya cadang nak buat sehari sebelum majlis..
share pengalaman pls
Anna, saya tak galakkan guna fresh cream kalau utk doorgift. Satu, sebab kita tak tahu customer akan simpan cupcake di luar atau dalam peti sejuk. Dua, fresh cream tak tahan lama pada luar peti sejuk kecuali kalau untuk terus makan. Doorgift lebih sesuai guna buttercream (krimwell/krimwell+shortening, elakkan guna butter) daripada guna fresh cream. Kecuali sudah ada banyak pengalaman dan customer pun tahu fresh cream mudah cair, boleh boleh proceed order guna fresh cream.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam sis,Kalau kita guna butter + shortening + vanilla + gula aising..jadi x utk.lepa kek.? Sbb,diana ada baca..ianya boleh digunakan utk lepa kek
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi info. Saya baru nk belajar buat cream untuk kek. Selalu buat kek, tanpa hiasan. Buat terus makan. Teringin nk buat kek berhias sendiri untuk hari jadi suami dan anak...boleh save duit. Thank kak.
ReplyDeleteAssalam sis. Nk tanya. Sy ada beli non-dairy whipped cream. 1st time pukul, ok je. 2nd time pukul mcm mencair je dia, xkental mcm yg pertama. Kenapa ye? Pastu sy terus bekukan balik dgn niat harini nk pukul balik. Betul ke cara sy tu? Bole ke dia kembang mcm biasa?
ReplyDeleteSalam akak,sama ke heavy cream dengan non dairy whipping cream.sy tgk recipe ice cream,gunakan heavy cream.so nak tau boleh sy guna non dairy whipping cream tu.
ReplyDeletePatut la saya punya tk jadi-jadi..still ada air, first step dah salah... hahaha anyways zack, thank you so much atas info yang berguna nie..thanks again...
ReplyDeletePatut la saya punya tk jadi-jadi..still ada air, first step dah salah... hahaha anyways zack, thank you so much atas info yang berguna nie..thanks again...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, saya nk tanya. Saya ade plan nk buat truffle tapi ikut resepi dari overseas. Maybe america(?) Then. Dlm resepi tu, dia guna heavy cream. Then haritu saya cari heavy cream di supermarket. Tapi takde. Heavy cream mmg biasanya tak jual kat malaysia ke? Cream apa yg kita boleh guna utk gantikan heavy cream ek?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, saya nk tanya. Saya ade plan nk buat truffle tapi ikut resepi dari overseas. Maybe america(?) Then. Dlm resepi tu, dia guna heavy cream. Then haritu saya cari heavy cream di supermarket. Tapi takde. Heavy cream mmg biasanya tak jual kat malaysia ke? Cream apa yg kita boleh guna utk gantikan heavy cream ek?
ReplyDeleteHi zack...
ReplyDeleteTerima kasih kerana share posting ini. Nak tanye kenapa fresh cream yang diputar susah nak deco kek. Adakah digalakkan untuk bekukan sedikit fresh cream sebum deco kek?
Tetima kasih
Gk
Camne nak bubuh pwarna ?blh ke buh pewarna cecair atau pun guna pewarna khas tuk whipping cream ni?tq
ReplyDeleteSya naem dari penang.terima kasih chef utk semua perkongsian.mohon halalkan semua ilmu dan emoga chef berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteTerbaekkkk..sntse update
ReplyDeleteterbaik,info sgt2 berguna,baru nk belajar😘😘
ReplyDeleteKak zack, nak buat fresh cream ni memang hanya pukul non dairy whipping cream semata2 yer..xder campo bahan lain yer
ReplyDeleteKak zack, nak buat fresh cream ni memang hanya pukul non dairy whipping cream semata2 yer..xder campo bahan lain yer
ReplyDeletetenkiu..info yang Sgt membantuu😊
ReplyDeleteTenkiu very much.. Info yg sgt membantu..😊
ReplyDeleteTenkiu very much.. Info yg sgt membantu..😊
ReplyDeleteTq zack. Info yang sgt membantu. Semoga dimurahkan rezeki.
ReplyDeletehi zack, tq info g berguna...nk tny kalo fresh cream yg dh pukul tu simpan kt tempat freezer, mcmna nk guna semula ye? kena cairkan dan pukul semula mcm awal2 ke?
ReplyDelete