Monday, July 11, 2011

Resepi Kek Kiwi Fresh Cream [dan cara menghias]

Discharga dari wad sebab kedudukan kepala anak tak ke kiri lagi (masa dicheck oleh doktor pada ketika itu la). Masa kena tahan doktor kata baby kedudukan obelik? Ntah tak tahu nak sebut. 3 hari kat wad doktor kata kedudukan cafelik (Tak tahu nak eja atau sebut). Tapi dekat bawah cuma belum engage walaupun dah minggu ke-39. Huhuhu..

Tapi memang lasak baby dalam perut, kadang-kadang terasa lagi kepalanya sebelah kiri lagi-lagi kalau maknya berdiri. Huhu.. Harapnya tak apa-apalah.. Jumaat ni tanggal 15hb kalau masih belum bersalin kena tahan lagi. Jangan senget lagi kedudukan dah la, tak mahu operate lagi :P Waaaa...

Malas nak fikir, jom layan gambar-gambar di bawah. Cara deco lebih kurang je macam deco kek Black Forest hari tu, cuma ni tambah reverse shells kat keliling kek. Best pula main deco-deco fresh cream ni, nak-nak kalau dia tak senang nak cair. Sekarang ni biasa guna jenama Value Pride. Rasa ngam dengan kepanasan tangan ku ini :p Wahaha..

Resepi Kek Kiwi Fresh Cream
8" atau 9 "loyang bulat ketinggian 3"
Kek sponge dari resepi Japanese Strawberry Shortcake


Kek Kiwi Fresh Cream hari jadi anakku lepas

Bahan kek sponge (atau boleh guna resepi sponge cake lain)

5 biji telur Gred A - ku guna 4 biji
150g gula kastor/gula halus - ku guna 120g

100g tepung kek@tepung superfine - ku guna 80g tepung superfine
25g tepung jagung - ku guna 20g
1/2st baking powder - ku guna 1/4st
50ml@50g susu segar + 1st esen vanila - ku guna 40ml air + 1/2sb susu tepung + 1/2st esen vanila

50g butter, dicairkan - ku guna 40g

Hiasan:
300g-500g fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental (rujuk post cara guna dan simpan non-dairy whipping cream @ fresh cream)
4-5 biji buah kiwi, dihiris
Glis/glaze untuk buah-buahan - resepi di bawah

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170C.

2. Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" (ku guna 8") dengan baking paper. Ketepikan.

3. Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer elektrik pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. (NB: ku hanya didihkan periuk kecil berisi air sampai menggelegak, angkat dan letakkan periuk dekat dengan tempat mixer. Lepas tu ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan jadi gebu).


4. Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.

5. Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berseling-selikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).

6. Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata (ku guna mixer speed paling slow sekali, malas nak guna spatula).

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan.

8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.

9. Potong kek kepada 3 layer (nak lagi senang simpan kek dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong).

10. Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan kiwi secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua.

11. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan kiwi.

12. Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun hirisan buah kiwi di atas kek. Sapu glis/glaze buah-buahan pada kiwi untuk mengilatkannya dan mengelaknya teroksida menjadi perang.

13. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

***Elok guna fresh eggs sebab lebih mudah nak mengembang.


Cara Menghias Kek Fresh Cream [Kek Kiwi Fresh Cream]

Alat dan bahan:
Comb/scraper samada plastik atau stainless steel- permukaan rata (plain icing scraper/comb)
Comb/scraper samada plastik atau stainless steel- permukaan bergerigi (serated atau triangular icing comb/scraper)
Rotating cake stand
Spatula panjang
Nozel star (saya guna takde nombor)
Piping beg



4-5 biji buah kiwi, buang kulit dan hiris nipis atau ikut suka
300g - 500g @ 1C - 2C fresh cream, telah dipukul kental - sila rujuk Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-Dairy Whipping Cream)
Glis/glaze untuk buah-buahan- ku guna homemade glis buah-buahan



Gabungan gambar dari En. Google


1. Potong kek sponge kepada 3 lapisan (boleh juga 4 jika inginkan kek yang lebih nipis).

2. Letakkan lapisan pertama kek di atas cakeboard (yang telah diletakkan atas rotating cake stand). Sapu lapisan fresh cream rata-rata di atasnya. Pastikan masa sapu tu spatula tidak terkena pada kek (sebab takut serdak-serdak kek akan bercampur dengan fresh cream dan mencacatkan deco nanti).

3. Susun hirisan buah kiwi di atas kek.

4. Sapu lapisan nipis fresh cream atas buah-buahan untuk memudahkan kek lapisan ke-2 melekat dengannya.




5. Tutup dengan lapisan kek ke-2 dan ulang step 3 & 4. Akhir sekali tutup dengan lapisan kek ke-3.

6. Menggunakan hujung spatula, cedok fresh cream (agak banyak jugalah) dan sapu perlahan-lahan pada permukaan dan sisi kek. Sekali lagi pastikan spatula tidak terkena pada kek.

7. Sapu lapisan fresh cream pada seluruh kek. Lagi baik letak cream tebal-tebal, nanti masa nak lepa cantik-cantik, lebihan cream dapat diketepikan dengan lebih mudah.

8. Licinkan atau ratakan permukaan atas kek menggunakan spatula atau scraper biasa. Boleh lihat video Youtube untuk melihat cara mendapatkan permukaan kek yang rata:

Video youtube: Cara mendapatkan permukaan atas kek icing@fresh cream yang rata:




9. Untuk mendapatkan corak beralun/bergerigi seperti dalam gambar, boleh menggunakan scraper bergerigi. Caranya, letakkan bahagian bergerigi tersebut pada kek dalam keadaan sedikit condong. Gunakan tangan lagi satu untuk perlahan-lahan pusingkan cake stand sambil memastikan scraper tidak bergerak (NB: Pastikan kek betul-betul di tengah cake standdahulu. Kalau dah expert boleh pusing cake stand tu laju-laju, hehe..) Lebihan fresh cream yang terlekat pada scraper mestilah diketepikan.

NB: Untuk buat kek hiasan beralun begini, biasanya saya tak kemaskan/licinkan dulu keliling kek. Tak apa kalau fresh cream masih tebal dan tak rata sebab nanti scraper bergerigi tu akan 'angkat' atau ketepikan lebihan fresh cream, dan kek akan sendiri nampak kemas.

Video youtube: Cara mendapatkan corak beralun/bergerigi pada sisi kek menggunakan icing comb/scraper bergerigi:


10. Kek akan nampak lebih kemas setelah dibuat corak beralun menggunakan scraper bergerigi.

11. Buangkan lebihan fresh cream di bahagian bawah kek. Anda boleh gunakan tisu untuk sapu lebihan cream ataupun gunakan cara ringkas: ambil scraper/spatula, selitkan tepinya sedikit di bawah kek. Kemudian perlahan-lahan tarik keluar scraper/spatula tersebut sambil memutarcake stand. Secara automatik lebihan fresh cream yang tak kemas pada bawah kek akan terlekat pada scraper/spatula tersebut. Buangkan/ketepikan lebihan fresh cream ini.

12. Hasil yang agak kemas di bahagian bawah kek.


13. Ratakan kembali bahagian atas kek menggunakan samada spatula atau scraper.

14. Hasil kek yang agak kemas. Tak apa kalau tak berapa licin sebab nanti akan dihias buah-buahan kiwi di atasnya. Kalau tak mahu letak apa-apa di atas kek, boleh buat lebih cantik. Sebaiknya untuk lebih licin gunakan spatula yang panjang. Tolak spatula dari hujung kek ke hujung lagi satu dan buang lebihan fresh cream yang terlekat pada spatula.

15. Hias border atas kek dengan reverse shells dan sebagainya. Untuk hias begini, pastikan masa memegang piping beg tangan berada di hujung atas piping beg. Sebab tangan kita panas dan fresh cream mudah cair. NB: Biasanya kalau untuk hias begini fresh cream (dalam piping beg) saya simpan dalam peti sejuk bahagian bawah dulu sebelum digunakan. Fresh cream kena pastikan lebih kental. Jadi sebelum mula-mula nak sapu kek, ketepikan dulu dan simpan sedikit dalam piping beg sebelum disimpan sekejap dalam peti sejuk.

16. Kek yang telah dihias dengan reverse shell border yang mudah (silap tulis rosettes kat gambar) :P

Corak reverse shell border yang simple


Video youtube: Cara membuat corak reverse shell border atas kek menggunakan buttercream icing@fresh cream:



Resepi Homemade Glis/Glaze untuk Buah-Buahan
Diadaptasi dan dimodifikasi dari Food.com

Homemade glis/glaze untuk buah-buahan

Bahan:
1/4C gula
1sb tepung jagung
1/2C jus buah-buahan, boleh guna air dari cocktail buah-buahan - ku guna 1 biji limau kasturi campur air biasa hingga cukup 1/2C
1sb corn syrup - ku guna golden syrup

Cara:
1. Masukkan 1/4C air dengan gula dalam periuk kecil. Cairkan gula atas api perlahan.

2. Campur tepung jagung dengan baki jus buah-buahan. Masukkan ke dalam adunan gula dan masak hingga pekat.

3. Masukkan corn syrup/golden syrup dan didihkan sekejap. Tutup api dan ketepikan pada suhu bilik.

4. Boleh digunakan untuk diglis atas buah-buahan segar.

The finished product

14 comments:

Cheq Sue said...

ingatkan dah selamat puan zack ni... dok pikir jugak tadi dok hapdate sambil berpantang ewahhh... apapun semoga selamat semuanya ya!!

Zack said...

cheq sue, belum lg, baru terlepas dr wad ni. wahaha.. doktor bg sampai jumaat ni, kalau tak kena tahan blk sampai la bersalin. huhu.. jgn bedah dh la, tak sangguuuup..

Kayu Manis said...

Alamak,mcm janji2 pulak ye,semlm saya buat kek lapis kiwi jugak..saja suka2 buat...tapi tak le cantik hiasannya...tapi sedap..anak2 ckp la,dah habis pun...

Zack said...

bestnya, sy lom rajin nk buat kek lapis ni. huhu.. dap ek kiwi? masam2 manis gitu~

Kayu Manis said...

ha,ah,masam2 manis gitu..blum upld gambar lg...

Zack said...

nnt upload la gmbr sblm jumaat ni, nk tgk gak ;)

Kayu Manis said...

insyaAllah..

wani sc said...

salam zack. terima kasih untuk tutorial dan resipi yang best. hari ni saya dah cuba buat sendiri glaze buahan tu, sedap. boleh taruk mangga atas kek dah, nak sambut suami balik :)
terima kasih banyak untuk ilmunya. banyak belajar dari sini *hugs

Zack said...

@wani: w'salam,
hehe, tq sbb sudi mencuba ^_^ alhamdulillah, menjadi ya ;) hehe..

Azie said...

Dah lama mencari cara cara untuk mendeko menggunakan fresh cream. terima kasih dan ianya sgt membantu

M.A. said...

tumpang tanya, boleh terangkan step no. 6 tu tak? kurang faham :( yg ni --> Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata

Zack said...

@azie: sama2, alhamdulillah sebab dpt membantu ^_^

@mas: adunan yg dh dipukul tadi tu kita ambil sedikit dalam 2-3 sudu besar, pastu kita gaulkan ke dalam butter cair tadi. gaul sampai sebati, pastu baru tuang balik ke dalam adunan yg asal.

tujuannya nk elak dr terus tuang butter ke dalam adunan. dikhuatiri kalau terus tuang butter ke dalam adunan tanpa mencampurkannya dgn sedikit adunan td, kek lebih mudah mendap dan bantat.

Sabun Koligen-Rumpai Laut said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hai kak azie :-D