Wednesday, October 19, 2011

Resepi Kek Sponge Vanila dan Hari-hari Istimewa

18

Kami menyambut ulangtahun perkahwinan agak lewat kali ni. Sebenarnya terlupa terus, sebab harinya dekat dengan hari kelahiran/kematian arwah anak kami, Nurfatihah Humairah. Yela, siap je nak teringat dalam keadaan masih sedih kan? Pertengahan tahun memang banyak kenangan...hari lahir anak sulungku Taufiq, hari lahir suamiku, hari lahir dan hari perginya arwah anakku Nurfatihah, dan hari ulangtahun kami suami isteri. Tak tahulah macam mana nak laluinya tiap-tiap tahun nanti, lebih-lebih lagi tarikhnya dekat dengan bulan puasa dan hari raya... Mudah-mudahan kami sekeluarga dapat melaluinya dengan tabah..amin...

OK, kita terus ke resepi (kang ada yang blur-blur kang, asik dengar mak-yang-takde-kerja membebel je :p) Kali ni ku cuba resepi sponge cake versi asing putih-telur, tak seperti resepi Strawberry Shortcake- Japanese Style yang menggunakan kaedah memukul telur tanpa diasingkannya terlebih dahulu. Jenis sponge kek yang ni lembut, lembap, tapi lebih padat (dalam kata lain, has more body) daripada sponge cake resepi Strawberry Shortcake. Jenis  ni lebih berat sikit, manakala jenis sponge untuk Strawberry Shortcake tu sangat ringan umpama kapas, tapi yang pasti kedua-duanya memang lembut dan lembap. Cuma yang penting, jaga kepanasan oven agar ia tidak menjadi kering.

Let's kodeng the recipe~


Happy anniversary yang ke-4 tahun buat kami~

Sila abaikan kepelikan tulisan 'Happy Anniversary' itu :P Tersalah bajet ruang nak tulis, haha..


Resepi Kek Sponge Vanila (S's Sponge Cake)
Diadaptasi dan dimodifikasi dari All That Matters @http://allthatmatters2rei.blogspot.com/2008/09/ah-boy-is-1.html

Saiz loyang 9 inci bulat

Bahan
(A)
5 putih telur - ku guna 4 Gred A
100g gula kastor - ku guna 80g
½ Tsp cream of tartar - ku guna perahan 1/2 biji limau kasturi

(B)
5 kuning telur - ku guna 4 Gred A
80g gula kastor - ku guna 60g
***Masukkan dalam satu bekas besar. Ketepikan.


(C)
1-1/2 Tsp esen vanila - ku guna 1st
125 ml susu segar - ku guna 100g air suam + 1/2sb susu tepung Dutch Lady full cream
4 Tbsp butter dicairkan - ku guna 3sb
***Campur dalam satu bekas kecil dan ketepikan.

(D)
170g tepung kek - ku guna 135g tepung superfine
½ Tsp soda bikarbonat - ku guna 1/4st
***Diayak dalam satu bekas besar dan diketepikan,


Cara:
1. Dalam mangkuk bersih, pukul Bahan A hingga kaku (iaitu bila terbalikkan bekas, tiada adunan yang terjatuh atau meleleh). Ketepikan.

2. Dalam bekas lain, pukul Bahan B hingga pucat dan gebu.

3. Masukkan Bahan C. Kemudian kaup balikkan Bahan D secara rata.

4. Kaup balikkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan kuning telur secara perlahan-lahan.

5. Tuang dalam adunan yang telah dilengser dan dialas dengan baking paper. Bakar 180C, 50 minit hingga 1 jam atau hingga lidi dicucuk ditengah-tengah kek keluar bersih (ku bakar 180C, loyang 8" bentuk love/heart shaped, dalam 40-45 minit).

6. Sejukkan di atas redai sebelum dihias atau balut rapat-rapat dengan cling film sebelum disimpan dalam peti sejuk (untuk elak kek kering).


Cara menghias kek vanila sponge
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com


Bahan:
Strawberry pie filling - boleh juga guna strawberry jem, cuma pastikan ia cair dan tak berketul-ketul
250g - 300g Fresh cream@non-dairy whipping cream
Spatula
Scraper/comb


Cara:
Senang je...belah kek kepada 2 atau 3 lapisan rata. Sapukan strawberry pie filling/strawberry jem atas permukaan kek. Kemudian sapukan fresh cream atas lapisan filling/jem. Tutup dengan lapisan kek ke-2, ulang hingga lapisan terakhir. Lapisan terakhir tak perlu disapu filling/jem, cuma tutup keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Simpan dalam peti sejuk sebaiknya sejam atau lebih, kemudian baru dihias dengan bunga-bunga atau sesukahati.

Post berkaitan fresh cream dan hiasan:



Kek sponge vanila yang dibalut sebelum disimpan dalam peti sejuk semalaman. Permukaan atas garing sikit sebab guna oven baru, jadi terpaksa dibuang
Kek yang sudah siap disapu fresh cream

18 comments:

Chik Mimi said...

Cantiknya Zack macam kek kedai ,
tangan yg berseni

Zack Zachoes said...

makaseh chik Mimi :) takdela..tak secantik kedai kek..masih kena improve lg..hehe..apapun tq atas kata2 semangat itu ;)

cinnamon.com said...

kek buat sendiri..berkat2..baru 4 thn ye..?

miza said...

cantik sgt Z oii...kemas sgt...bg la tips nk ratakan bg licin gila cenggitu

nam@along said...

zack naper kena simpan kek sponge tu dlm peti ais sebelum letak cream tu..tujuan?? anyway kek mmg cantik!

Zack Zachoes said...

@cinnamon: hehe, baru 4 tahun je kak..muda2 belia lg. ahaks~

@kak Miza: hehe, dah tulis tipsnya kt MyR tadi ;) nnt kalau rajin try buat video la nnt kot..tp skrg ni nk kembali berehat jap. hehe..

@nam@long: biasa sy simpan dlm peti sejuk dulu sbb keknya lebih senang nak handle, tak lembut sgt dan tak mudah 'patah'. lgpn lebih mudah nk potong 2-3 lapis dlm keadaan dia sejuk ;) tq 4 the compliments, hehe..

kzai said...

salam zack..cantik ke ni..licin dan kemas je..dh tentu rasa pun mebeles...

kzai said...

mane gmbr yg dh belah zack..hehehe

K.Nor said...

cantik dan kemas jer hasil tangan zack ni.. boleh buka bakery dah ni zack :)

Zack Zachoes said...

w'salam kakzai,

makaseh kak..buat mana terdaya, hehe.. keknya biasa2 je, saje gatal tgn nk mendeco ;) hehe..

Zack Zachoes said...

kakzai: yang dah dibelah belum amik lg, en hubby makan pastu terus g kerja tak sempat snap. hehe.. nnt kot ptg2 snap gambar ;)

Zack Zachoes said...

kak nor: hehe, takdela kak..bnyk lg nk kena bljr ni..contohnya tulisan tu, senget benget :D heee~

Mamasya said...

Cantik kek Zack deco...licin elok tepinya itu. semua deco guna whip cream ke Zack ? .
juga happy belated 4 th Anniversary buat Zack..moga bahgia selalu.

Zack Zachoes said...

tq mamasya, mudah2an begiulah hendaknya :) aah semua deco dengan whipping/fresh cream je.. buat mlm hari, jd creamnya tak cepat cair. hehe..

Sonia (Nasi Lemak Lover) said...

Thanks for stopping by my blog. You deco with whipping cream look so neat and even, i still learning on how to make like your deco.

Zack Zachoes said...

@Sonia: You're welcome :D Thanks for the compliments, it took a LOT of patience and practice to get this neat, especially in humid weathers ^_^ I love decorating with whipping cream, it's challenging but very satisfying ;)

Teacher Koko said...

wahh wahhh saye nak cube buat...keke

Zack Zachoes said...

cuba la Teacher Koko~ ^_^