Thursday, December 3, 2009

Resepi Sweet Bun [untuk roti sosej, roti pintal, bun dan seangkatan]

Made some sausage buns this afternoon for evening snack and tomorrow's breakfast. This time I made them flower-like instead of pintal-like. Huhu.. Buns are very soft and sweet, even without bread softer or improver. Here's the recipe's in case you want to try it our yourself:

Roti sosej berbunga

Roti sosej berbunga (kalau nak buat bun cheese pun boleh, taburkan gula, letak cheese dan pipekan moyonnaise sikit)


Resepi Sweet Bun [or Dough] (from happyhomebaking.blogspot.com)

Bahan: (makes 8 or 9 of 60g portions)
150g tepung roti
150g tepung kek (ku guna tepung gandum)
5g @ 1st menggunung yis
3g garam
125g susu (ku guna 125ml air + 1sb susu tepung)
1 telur (ku guna Gred A)
60g gula kastor
50g butter (ku guna shortening. Tapi lagi elok butter sebab shortening ada berbau sikit bila masak)


1 telur, pukul, untuk glis


Cara:

  1. Campur semua bahan kering dalam mixing bowl. Masukkan susu, telur dan butter. Uli menjadi doh.
  2. Keluarkan doh dan uli atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Uli hingga glutten roti terbentuk (lihat tip di bawah) dan doh menjadi licin, elastik dan tidak melekit. Kalau uli guna tangan dalam 25 min. Doh akan melekit pada awalnya tapi jangan tambah tepung, teruskan uli hingga doh betul-betul tak melekat (ku tambah 3sb tepung sebab guna tengok doh melekit-lekit walaupun dan 10min uli).
  3. Lekatkan doh dalam bekas disapu butter, tutup dengan cling film atau tuala lembap. Biarkan sejam hingga doh naik 2x ganda.
  4. Untuk pastikan doh betul-betul naik, celupkan jari dalam tepung, kemudian celupkan jari tersebut ke dalam doh (tepung nak bagi elak doh melekat kat jari). Kalau doh berlubang dan naik dengan lambat, doh nak cukup perap. Kalau doh tak tinggalkan kesan jari, doh tak cukup perap. Tambahkan lagi masa perapan.
  5. Keluarkan doh, tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan gas yang terbentuk. Bahagikan doh kepada beberapa biji 60g gram doh (ku dapat 8 biji).
  6. Letak dalam bekas, tutup dengan cling film. Biarkan 10-15 min bagi membolehkan doh mudah dibentuk.
  7. Bentukkan doh (ku letak 1/2 sosej, balutkannya, kemudian belah sosej kepada 6 bahagian tapi jangan sampai terputus, dan tolak-tolak hingga jadi bentuk bunga) dan letak atas dulang pembakar yang disapu butter.
  8. Sapukan doh dengan telur dan pipekan mayonnaise, sos cili dan taburkan cheese diatas.
  9. Perapkan 15 min lagi dan kemudian bakar atas oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 190C, 15-20min atau hingga keperangan.
  10. Sejukkan atas redai.

Tip:
Untuk test doh dan fully develope, ambil sedikit doh tadi dan tarik guna jari. Kalau tarik tu doh boleh ditarik hingga nipis tanpa mudah terputus, doh dan fully develope.

Untuk elak doh mengecut sangat bila membentuk, lepas perapan pertama, bahagikan doh kepada beberapa bahagian, bulatkan dan rehatkan (dalam cling wrap) untuk 10-15min sebelum membentuk.

Note: Sebab ku guna telur besar, jadi moisture dalam doh tu tinggi. Jadi susu/air yang aku masukkan tak sampai 125ml, lebih kurang 110ml gitu.

2 comments:

Eryati said...

wah sudah lama mahu tahu bgmana caranya...tenkiu atas perkongsian ini

Zack Zachoes said...

eryati: sama2 :) ini sekadar guideline je tau? sbb lain tepung lain kadar penyerapan moisturenya (itu dr pengalaman sy la). apapun, basicnya utk mudah membentuk doh lepas perapan pertama, elok kita bahagikn doh ikut bilangan yg kita nak kemudian rehatkannya 5-10 minit sbelum kita membentuknya. Selamat mencuba~