Pages

Monday, June 27, 2011

TQ Follower ke-200~

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


Wah~ Pejam celik pejam celik dah sampai 200 followers rupanya. Huhuhu.. Tapi makan masa la juga kan, dah berblog sejak 2008 baru nak mencecah 200 (tula, sape suruh abaikan blog tahun-tahun lepas? Haha.....)

Takpe, tak kisahlah berapa ramai orang follow asalkan bermanfaat untuk orang lain (lebih-lebih lagi untuk yang baru nak kenal dunia baking). Saya tak terer pun tapi faham jugalah perasaan masa baru nak berjinak-jinak buat kek/biskut, mana tahu pun terminologi-terminologi dunia masakan ni. Takyah cakap bain-marie@steam bath@water bath, beza antara cream cheese untuk cheesecake dengan cream cheese spread pun I tak tahu you know :P Wahaha..

Apapun, layan jela bebelan mak buyung ni buat sementara waktu ye? Bukan selalu pun membebel ni (dunia luar pun sama gak, malas nak buka mulut tapi ada masa membebel gak) :P Buat sementara ni eksperimen kat dapur terbantut jap sebab tunggu lepas bersalin dan pantang. Tapi kalau ada rezeki dan tenaga kudrat masih kuat, insyaAllah akan dipostkan beberapa resepi kat sini.

BTW, tahniah akak ucapkan kepada adilah_oi sebab menjadi follower ke-200. Tapi hadiah beli sendiri ek dek, akak tak larat la nak buatkan kek :P Hehe..


Assalammualaikum & Ciao~

Thursday, June 23, 2011

Resepi Fish and Chips

Ngidam nak makan Fish and Chips, nak beli tak tahu kat mana jadi buat sendiri je la. Skodeng sana sini banyak resepi guna beer dalam adunan diorang. Biasalah, makanan barat. Last-last jumpa satu website ni nampak macam ok. Tapi sekali buat banyak pula dapat walaupun buat separuh. Huhu... Pastu tepung gandum pun macam tak cukup, terpaksa ditambah sebab adunan nampak cair sangat. Apapun, selamat sudah Fish 'n Chips dimakan malam tadi, haha..

Resepi di bawah suku dari adunan asal. Ku buat separuh adunan nampak terlalu banyak. Mungkin sebab guna 2 ikan dory saiz medium kot (agaknya ikan diorang ni besar beno, tu yang kata 1 adunan asal boleh salut 4 ekor. Huhu..)

Apapun, layan... Tepung gandum ikut kepekatan yang dikehendaki. Macam buat adunan goreng pisang, agak pekat juga la.


Resepi Fish and Chips


Fancy some Fish 'n Chips, mate?


Bahan untuk diperap:
2 ikan dori sederhana besar
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum secukupnya

Cara perap:
1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.


Bahan batter/adunan:
1C air
1 biji telur
1/4st soda bikarbonat
serbuk kunyit
garam
tepung gandum secukupnya

Cara:
1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.

2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.

3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.

4. Sedia dihidang dengan kentang goreng (ku guna yang segera, malas buat sendiri), coleslaw, lettuce, dan tomato segar.

Jika:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda atau telur.
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.
*adunan tak lekat pada ikan semasa memasak, ikannya kurang disalut tepung semasa diperap.



Simple coleslaw that consists of finely diced carrots, a few leaves of cabbage, and a tablespoon or two of mayonnaise

Store-bought chips (or should I say fries?) - I ain't that 'rajin' :P
Contoh gambar ikan dori (sejenis ikan isi putih) boleh dibeli kat Giant - picture courtesy of Google


The fish and the chips

Wednesday, June 22, 2011

Resepi Sanggar Cheese Crispy (Goreng Pisang Crispy Berkeju)

Buat makan petang kami semalam, sanggar cheese atau orang semenanjung panggil goreng pisang berkeju. Kat Tawau, Sabah popular juga sanggar cheese ni, first time rasa kat Indo Cafe (again, first time rasa Mango Sago kat sini). Sekali rasa memang nak lagi, memang ngam betullah rasa goreng pisang yang rangup, dengan kemanisan gula merah dan kemasam-masinan kejunya. Tak caya? Meh lihat komen-komen para penggemar sanggar cheese kat link ni, link ni, link ni, dan link ni.

Apapun, jom layan resepinya dibawah (kot-kot nak buat makan petang ni ke.) TQ to MaDiHaA for the crispy batter, biasa ku buat tanpa sukatan sendiri memang asik tak sama je, hehe... Enjoy~



Resepi Sanggar Cheese Crispy (Goreng Pisang Crispy Berkeju)
Resepi asal goreng pisang crispy: MaDiHaA a.k.a Ratna

(ku buat separuh dari resepi asal)

Sanggar cheese crispy


Bahan:
Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan batter:
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Bahan taburan:
Gula merah@gula melak@dark brown sugar


Cara menyediakan:
1. Masukkan bahan-bahan batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.

2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).

3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.

4. Untuk sanggar cheese, taburkan butiran halus gula merah@gula melaka@dark brown sugar atas pisang. Parutan cheese di atasnya (ku guna cheddar cheese jenis blok). Sedap dimakan ketika panas.


Resepi Sambal Kicap
Bahan:
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara:
Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.

Sunday, June 19, 2011

Resepi Pan Grilled Garlic Butter Cheese Giant Prawns

Menu kami hari ni makan udang saiz besaaar punya beli kat pasar pagi tadi. Besar benar udangnya, saiz tapak tangan saiz saya. Cuma nama udang je tak tahu, tak tanya pula budak yang jual kat pasar ikan tu. Huhuhu.. Tengok ala-ala lobster pun ada, kulitnya agak keras dengan isinya yang banyak. Harga pun leh tahan, 1kg RM30. Kitorang beli setengah kilo je, dapat la dalam 11-12 ekor. Buat 2 jenis lauk makan tengahari dengan petang.

Separuh udang buat tengahari, En. Hubby yang masak guna fancy grill. Bakar atas dapur gas selepas diperap dengan butter dengan serbuk lada hitam. Memang marvelous, terasa kemanisan udang fresh. Lauk udang makan malam lak saya masak ala-ala cerita masakan License to Grill, oleh chef Robert Rainford.

The taste? How should I start...

Memadai dengan mengatakan kami berdua tanpa segan dan silu serta terlupa adab sopan di meja makan, mencicah saki baki sos butter cheese dekat pinggan udang tu sampai licin berkilat. Hehehe.. Bertapa sedapnya udang tu diratah, nak-nak rasa yang seimbang dengan cheese, bawang putih (garlic), salted butter dengan serbuk lada hitam, sampai terlupa lauk-lauk yang lain. Memang sesuai untuk peminat tegar cheese seperti kami. Ahaks~

Okay, enough chit-chat and let's get on with the recipe. Sukatan ikut mata saya je, lebih kurang la ek. Bahan di bawah boleh guna untuk 500g udang besar atau lebih kurang 12 ekor udang besar gitu. Enjoy~


Resepi Pan Grilled Garlic Butter Cheese Giant Prawns
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan:
(1/2kg@ 12 ekor udang besar saiz tapak tangan)
- ku buat 5 ekor. Tuu je tinggal :P



Pan Grilled Garlic Butter Cheese Giant Prawns- close-up view

Pan Grilled Garlic Butter Cheese Giant Prawns


50g @ 5sb butter bergaram sejuk (cold salted butter), potong dadu lebih kurang sebesar 1cm*
2-3 ulas bawang putih, diparut guna pemarut (rajin boleh tumbuk)*
*Kes mudah boleh guna garlic butter spread tapi guna bawang putih fresh lagi sedap rasanya

1 keping cheddar cheese slice, racik-racikkan - boleh guna parutan cheddar cheese
1sb mozzarella cheese
secukup serbuk lada hitam, bergantung pada kepedasan anda kehendaki
hirisan daun parsely segar/daun kucai/daun bawang, untuk hiasan

Lain-lain:
non-stick pan
butter untuk lengser


Cara:
1. Masukkan butter, bawang putih, cheddar cheese, dan mozzarella cheese dalam bekas kecil. Gaul rata dan mash guna garfu. Ketepikan.

2. Bersihkan udang dan buang kaki-kakinya (di bahagian bawah udang tu). Guna pisau untuk kelar atau buat satu slit memanjang pada isi udang, dari atas kepala hingga ke ekornya. Buat untuk semua.

3. Ambil adunan butter, kepal-kepalkan sikit dengan tangan dan sumbatkan ke dalam udang yang dikelar tadi. Taburkan serbuk lada hitam diatasnya. Lakukan untuk semua udang.

Udang yang disumbat dengan adunan garlic butter cheese


4. Panaskan non-stick pan, letakkan sedikit butter. Letakkan udang dan masak hingga kulitnya kemerahan dan kegaringan. Nak tabur lagi serbuk lada hitam kat kulitnya pun boleh. Cheese akan meleleh keluar dari udang bersama butter nanti, tu guna non-stick untuk tak terlalu melekat.

5. Angkat dan susun udang dalam pinggan. Tabur hirisan daun parsely/kuncai/bawang. Sos butter cheese dalam pan boleh dituang atas udang. Sedia diratah.


Udang yang lembab dan penuh dengan rasa butter, cheese, lada hitam dan a hint of garlic

Satu lagi udang dah hilang kena taste-testing dengan tukang masak~ :p


Pan grilled garlic butter cheese giant prawns (what a mouthful!)

Friday, June 17, 2011

Resepi Sup Kuey Teow Campak

Makan sup je tengahari ni, malas nak fikir panjang-panjang sebab stok dalam peti sejuk dah sampai tahap kritikal. Esok baru pergi Giant restock apa-apa yang patut. Rasanya tak bagi resepi pun takpe kan, sup biasa yang dimasak berdasarkan apa yang sedia ada dalam peti sejuk anda. Ahaks~

Apapun, layan jelah ye~

Resepi Sup Kuey Teow Campak
(2 orang)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Sup Kuey Teow Campak

Close up view~


2 genggam kueh teow, rebus/rendam dalam air panas, toskan
2 biji telur separuh masak - biasanya ku rebus air dalam cerek mendidih, masukkan sebiji telur dalam bekas/cawan, tutup dan tunggu 10-15 minit. Satu telur dalam satu bekas sebab takut tak cukup panas kalau letakkan 2 telur dalam bekas sama

3sb bawang merah yang diblend
seulas bawang putih, diparut guna pemarut ikut stail mat salleh - kes malas nak tumbuk
1/2 - 1sb serbuk lada putih - ikut tahap kepedasan anda
segenggam udang segar (tak perlu buang kulit)
hirisan karot, kobis, kacang peas, mix veg atau apa-apa sayur yang ada
air secukupnya
garam
daun kuncai/daun sup dicincang untuk ditabur
bawang goreng -opt
serbuk lada hitamm -opt

Cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan serbuk lada putih. Tumis hingga terbit bau. Masukkan udang segar, tumis hingga agak garing.

2. Masukkan air secukupnya, sayur-sayuran dan biarkan mendidih dan sayur masak. Perasakan dengan garam.

3. Tuangkan sup ke dalam mangkuk yang siap diisi kueh teow (boleh juga masukkan kueh teow ke dalam sup dahulu).

4. Pecahkan telur separuh masak atasnya (boleh juga pecahkan telur ke dalam sup dahulu semasa masih memasak untuk lebig pekat), tabur bawang goreng, hirisan daun sup/daun kucai dan serbuk lada hitam. Hidang panas-panas.

Jemput makan~

Resepi Roti Bun Bunga Kacang Merah [dan step-by-step]

Lama tak meroti. Bukan apa, boleh kata dah jemu makan roti tiap-tiap hari. Hehe.. Semangat meroti terpaksa dibara kembali bila tengok inti kacang merah 1kg beli untuk pau aritu tak luak-luak juga. Hmm.. Nasib tinggal tak sampai 1C lagi dalam peti sejuk. Terpaksa mencari idea lagi macam mana nak elak pembaziran. Hmm..

Roti ni sedap, lembut. Cuma jenuh lak kitorang nak habiskan walaupun buat separuh (nak buat macam mana, bertahun asik makan roti...roti...roti je) :P

Apapun, let's skodeng roti bun bunga kacang merahku-yang-dah-kecut-sebab-tak-tunggu-sampai-betul-betul-sejuk-sebelum-disimpan-dan-pulanya-tu-ditindih-tindih-dalam-bekas-adoi-pandainya-mak-Taufiq~


Resepi Roti Bun Bunga Kacang Merah [atau red bean stollen]

Roti bun bunga kacang merah~ Berkedut pula tengok pagi tu, padahal buat tengah malam tadi cantik cun macam guna botox T_T


Bahan-bahan (10 - 12 biji)
ku buat separuh dapat lebih kurang 8 biji

Bahan A:
350 gram tepung roti/high protein flour - ku guna 175g
150 gram tepung halus/ tepung superfine - ku guna 75g
100g gula kastor - ku guna 50g@3sb
1 sudu teh garam halus - ku guna 1/2st
30 gram susu tepung - ku guna 15g@1sb + 1/2sb
1 sudu teh bread improver (optional) - tak guna
1 sudu teh bread softener (optional) - tak guna
4 sudu teh yis kering - ku guna 2st
* Gaul bahan di atas hingga sebati

Bahan B:
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
* Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram. (Ku buat separuh, lebih kurang 1/2bj telur Gred A + air hingga dapat kurang dari 1C@250ml tolak 2sb)

Bahan C:
40g butter
40g shortening
* Boleh guna shortening atau butter sahaja. (Ku guna 40g@4sb majerin Daisy)

Untuk glis:
Baki 1/2bj telur Gred A + sedikit susu segar/air


Cara Menyediakan Doh Roti:
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas. (Ku uli menggunakan kudrat ibu sarat mengandung selama 25-30 gitu.)
3. Perap doh selama 30 – 40 minit (ku perap dalam oven suhu paling rendah, 40C. Tutup bekas doh dengan tuala lembab atau cling film untuk elak permukaan doh kering).
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram (ku buat 90g) dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.

Siap diuli, tinggal nak proof je


Cara membuat bun bunga kacang merah:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan.

3. Isikan dengan inti kacang merah (tak perlu leper sangat sebenarnya).

4. Bungkuskan inti kacang merah.

5. Terbalikkan doh.

6. Alihkan di atas baking tray. Gunakan pisau tajam untuk belah bentuk bunga. Pastikan jangan sampai terbelah dua di bahagian tengah.


7. Lakukan untuk semua doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda atau lebih kurang 30-40 minit.
8. Glis permukaan doh dengan campuran telur+susu segar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bahagian rak tengah, suhu 180C selama 20 minit atau hingga atas sedikit keperangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum dihidang atau disimpan.


Atau cara membuat Red Bean Stollen:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.
4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.

Thursday, June 16, 2011

Resepi Black Forest Trifle Pudding

Lama tak makan puding trifle. Nak buat, selalu guna buah-buah cocktail. Nak makan, tak boleh pula sebab ada nenas. Tapi tak tahulah kalau ada jual cocktail tanpa nenas, malas pula nak cari. Hehe.. Disebabkan itu terjadilah black forest trifle pudding. Hanya guna kek chiffon coklat 1/2kg, blueberry filling dengan buat puding kastad coklat. Hiasan biasa je, guna baki fresh cream dengan maraschino cherries yang kononnya dibeli untuk hias sebiji kek Black Forest (yang masih belum terlaksana sebab kehabisan sekotak fresh cream). Haha..

Dessert yang simple untuk makan pada hari yang panas. Kek dibuat awal sehari, tak perlu nak terkejar-kejar buat dalam satu masa. Cuma lain kali mungkin nak guna gelas yang diameternya sama, leceh lak nak cetak kek untuk gelas berbentuk-bentuk ni. Kalau guna cherry pie filling atau dark pitted cherries dengan kastad biasa mesti nampak lagi kontras warnanya. Hmmm..

Apapun, layan~


Resepi Black Forest Trifle Pudding
(3-4 gelas bergantung pada saiz)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Black forest trifle pudding~ versi gelas


Bahan:
1 biji kek chiffon coklat (resepi di bawah atau boleh guna resepi lain)
puding kastad coklat (resepi di bawah)
100g blueberry filling@cherry pie filling - ku guna blueberry filling. Sukatan lebih kurang je ni

Hiasan:
maraschino cherries@ cherry merah bertangkai
sedikit fresh cream yang dikocok kaku, atau UHT dairy whipping cream yang dikocok kaku bersama sedikit gula
parutan coklat@serbuk koko, diayak


Resepi Kek Chiffon Coklat (atau boleh guna kek coklat lain)
(Ku buat satu adunan dibawah sebab anak suka makan kek walaupun mak nak buat benda lain, huhu..)

Loyang 9" ketinggian 3"

30g serbuk koko
1/2C air panas
*Campur sebati dan ketepikan.

Bahan A:
4 kuning telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2st baking powder
1/2st soda bikarbonat
1/4C minyak masak
1st esen vanila
*Campurkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar.

Bahan C:
4 putih telur
1/4st cream of tartar
65g gula kastor
*Dalam bekas bebas minyak dan bebas kuning telur, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan gula kastor sedikit demi sedikit. Pukul hingga meringue (putih telur yang dipukul ini) tak meleleh, pekat dan tidak jatuh bila mangkuk mixer diterbalikkan.

Cara:
1. Kaup balikkan adunan Bahan C (meringue) ke dalam adunan Bahan B sehingga sebati dan tiada putih telur kelihatan.
2. Tuangkan dalam loyang 9" yang dilengser butter dan dialas baking paper.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu, suhu 180C selama 40 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah-tengah kek keluar kering.
4. Keluarkan loyang dari oven dan biarkan kek sejuk sebentar dalam loyang sebelum ditelangkupkan atas redai. Kek akan mengecut sedikit semasa sejuk.


Resepi Puding Kastad Coklat (Chocolate Custard Pudding)
Diadaptasi dan dimodifikasi dari Disney Family.com
(Bahan-bahan boleh digandakan sebab dapat hias ngam-ngam je. Masa memasak kastad 8-10 minit)

50g coklat masakan@coklat hitam/dark coklat, dicincang
1sb serbuk koko
1sb + 1/sb gula perang, dipadatkan
1C susu segar - ku guna 1C air + 1sb susu tepung penuh krim
secubit garam
1sb + 1/2sb tepung kastad - boleh juga guna tepung jagung
1/2st esen vanila

Cara:
1. Dalam satu periuk kecil, campurkan coklat masakan, serbuk koko, gula perang, dan susu segar. Panaskan atas api kecil sambil sentiasa dikacau (untuk elak hangit) hingga adunan menjadi sebati, lebih kurang 2-3 minit (ku guna whisk telur). Tutup api.

2. Campurkan garam dan tepung kastad dalam satu mangkuk kecil. Tuangkan separuh adunan coklat tadi ke dalam tepung kastad. Kacau guna whisk hingga tepung kastad menjadi sebati dengan adunan coklat. Tuangkan adunan ini kembali ke dalam periuk tadi.

3. Masakkan kastad atas api kecil hingga menjadi pekat, likat dan berkilat, sambil sentiasa dikacau, selama 4-5 minit. Masukkan esen vanila. Tutup api.

4. Untuk memudahkan kastad coklat dituang ke dalam gelas nanti, boleh tukarkan ke dalam bekas bermuncung atau boleh juga disudukan je nanti. (NB: Kastad ini atas sedikit 'set' ketika menyejuk.)

Sediakan semua bahan dahulu


Cara buat black forest trifle pudding:
1. Sediakan bahan-bahan dahulu: kepingan kek coklat yang dicetak ikut saiz gelas (ku buat 3 keping setiap gelas), puding kastad coklat, blueberry/cherry pie filling, cherry merah bertangkai, fresh cream/whipped cream, parutan coklat.

2. Ambil sekeping kek coklat dan letakkan pada dasar gelas. Buatkan 3 layer: kek coklat-puding kastad coklat-blueberry filling. Tunggu hingga kastad coklat sejuk (boleh simpan dalam peti sejuk dulu) barulah dihias dengan fresh cream/whipping cream (jangan letak masa kastad tengah suam/panas, nanti creamnya cair).

3. Hiaskan dengan menabur parutan coklat atau serbuk koko yang diayak serta sebiji cherry bertangkai. Sejukkan dulu beberapa jam sebelum dihidangkan.

Black forest trifle pudding~ Boleh diolah ikut citarasa masing-masing

Friday, June 10, 2011

Deco dan Hiasan: Homemade Chocolate Cigarettes/Cigarellos [dan step-by-step]

Chocolate cigarettes (atau chocolate cigarellos) ni biasa tengok atas kek-kek kat kedai. Nampak cantik je kek bila dihias guna chocolate. Biasa hias kek pun guna chocolate transfer sheet (beli kat kedai bakeri supply), tak pun pipe coklat cair atas plastik atau baking paper untuk corak-corak simple.

Cara buat chocolate cigarettes ni sebenarnya dah lama tahu cuma tak pernah nak buat sebab alat-alat tak ada/tak sesuai. Cari scrapper 'square teeth' tak ada kat kedai, biasa jumpa yang scrapper segitiga/triangular. Kalau guna scrapper square teeth lagi kemas sebab ada jarak yang lebih ketara antara white coklat dengan dark coklat (tak paham? Takpe, nanti tengok gambar atau Youtube kat bawah fahamlah kot, hehe..)

Apapun, let's skodeng cara-cara buat chocolate cigarettes di bawah menggunakan alat-alat yang sedia ada kat rumah~


Chocolate cigarettes atas kek keju manga~


Homemade Chocolate Cigarettes/Cigarellos [dan step-by-step]
By: Zack@zachoes.blogspot.com

Alat:
1 offset spatula
1 scrapper 'square teeth' @ pemotong plastik kuih bergerigi @ scrapper segitiga - ku guna pemotong kuih bergerigi
1 scrapper stainless steel (jenis yang boleh melentur) @ scrapper plastik biasa - ku guna scrapper plastik biasa
Permukaan rata yang sejuk seperti meja marble, kaca atau belakang loyang aluminium segiempat

Bahan:
100g dark coklat @ coklat masakan, dicairkan secara double-boiler
55g white coklat, dicairkan secara double-boiler
*Kuantiti bergantung pada anda, nak buat banyak boleh tambah lagi.


Simple deco~


1) Sediakan alatan- scrapper plastik biasa, pemotong plastik kuih bergerigi atau scrapper segitiga dan offeset spatula:

Gambar offset spatula, courtesy of Google (lupa nak tangkap gambar sendiri)~


2) Sediakan satu permukaan rata. Saya guna belakang loyang segiempat aluminium:


3) Cincang white coklat dan dark coklat dalam mangkuk tahan panas:


4) Cairkan white coklat dan dark coklat secara double-boiler:


5) Sudukan white coklat di atas belakang loyang. Sapu biar bentuk memanjang dan ratakannya menggunakan offset spatula:


6) Buatkan corak berjalur pada white coklat menggunakan spatula segitiga (ku guna pemotong kuih sebab lagi lebar jalurnya). Mulakan dengan menarik scrapper dari atas ke bawah (atau bawah ke atas) hingga dapat begini:


7) Kemaskan bahagian tepi white coklat menggunakan spatula plastik dan tisu:


8) Tuangkan sedikit dark coklat di atas white coklat:


9) Ratakan dark coklat menggunakan offset spatula. Kemaskan bahagian tepi dark coklat dan biarkan ia mengeras sedikit:


10) Test dengan mengikis coklat dengan spatula biasa. Coklat jangan terlalu keras, nanti kikis tak lawa. Kalau cair pun tak 'curl' dengan cantik. Sepatutnya kikis lebih kurang 1.5" dari hujung coklat dan kikis ke luar, bukan ke dalam macam dalam gambar (tapi ku buat je mana-mana, haha..)


11) Dah siap kikis, boleh terus guna atau simpan dalam peti sejuk. Hati-hati masa pegang sebab coklat mungkin cair disebabkan kepanasan tangan kita. Ku simpan dalam peti sejuk sekejap untuk mengeraskannya.


Untuk lebih jelas, sila lihat video youtube dibawah untuk cara buat chocolate cigarettes:

1) Cara mula:



2) Cara akhir:


Thursday, June 9, 2011

Resepi Kek Keju Mangga Bakar (Baked Mango Cheesecake)

Sesudah testing resepi kek keju coklat, kek keju blueberry dan kek keju durian (semuanya jenis bakar), kali ni testing resepi kek keju mangga pula. Tekstur seperti cream cheese - gebu, lembut dan creamy, dengan rasa yang agak 'prominent' (menonjol) dari mangga segar - masam manis, lemak berkrim, sharp-tangy taste, dan mousse-like feel pada anak tekak. Rasa cheese hanya menonjol sesudah keknya ditelan, atau dalam bahasa mat salleh 'it leaves a subtle hint of cheese only after the last bite'. Ahaks~

En. Hubby makan sambil memejam mata, while slowly shaking his head like he's enjoying some kind of exquisite music that only his ears can hear. Tak tahu macam mana nak ungkapkan dengan kata-kata, mungkin kena buat sendiri baru tahu kot. Hehe..

Apapun, enjoy~

UPDATE 10 JUNE 2011: Cara buat hiasan chocolate cigarettes ada di sini.


Resepi Kek Keju Mangga Bakar (Baked Mango Cheesecake)
Sumber: Dari buku 'Kek Keju Menawan' oleh Catherine Lau (pinjam kat library KKTaw)
(Bahan di bawah adalah separuh dari resepi yang asal)

Kek keju mangga bakar sudah dibedah siasat~

Kek keju mangga bakar- dihias dengan homemade chocolate cigarettes@cigarellos. Tak berapa kemas sebab tak ada alatan sesuai




Loyang bulat 7" ketinggian minima 3" @ 8" ketinggian minima 2" (untuk kek lebih tinggi guna 7". Ku guna 7 1/2 inci, ketinggian 2" tanpa base)

(Untuk lihat cara-cara bakar kek keju/cheesecase tanpa loyang springform atau loose pan, boleh lihat di sini.)

Bahan:

Base biskut: ku tak buat
100g biskut digestive
55g butter, dicairkan
1sb gula perang, dipadatkan
25g cornflakes, diblend halus

*Alas dan lengserkan dasar dan tepi loyang dengan butter cair dan baking paper. Campurkan kesemua bahan base biskut dan tekan padat pada dasar loyang spring form/loose pan. Bakar pada suhu 160C untuk 8-10 minit atau hingga biskut masak. Ketepikan pada suhu bilik.

Inti:
250g cream cheese, suhu bilik
4sb @ 60g gula kastor - boleh dikurangkan kalau guna fresh cream atau mangganya manis

1/2sb + 1/2st @ 6g tepung kastad
2sb @ 15g tepung jagung
*Tepung jagung dan tepung kastad diayak bersama

1/2C + 4sb @ 180g isi mangga, diblend halus, dari sebiji mangga besar
2 biji telur Gred A
100ml @ 100g UHT dairy whipping cream - ku guna 100g fresh cream yang sudah dipukul kental tapi dibiarkan pada suhu bilik hingga ia cair dan lembut. Boleh ganti dengan yoghurt asli atau yoghurt perisa mangga tapi adjust gula ikut kesesuaian. Guna yoghurt mungkin masam sikit kot sebab mangga pun agak masam-manis

Hiasan:
Isi mangga diblend halus - ku guna 1/4C lebih kurang untuk dituang terus atas kek. Tak buat mousse, malas nak cari gelatine

Atau:
1 biji mangga, dihiris
40g gilis apricot (apricot gel)
40ml air

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 150C.

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama gula kastor hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan kacau sebati. Masukkan isi mangga yang diblend halus dan pukul lagi.

3. Masukkan telur satu per satu, sambil dipukul rata. Masukkan whipping cream@fresh cream dan pukul hingga adunan menjadi pekat.

4. Tuangkan adunan ke dalam base biskut tadi. Balut loyang springform@loose pan dengan aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap ke dalam loyang kek.

5. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) dan bakar selama 1 jam 15 minit (ku buat 1 jam 10 minit, dengan 10 minit terakhir loyang di'rotate'kan untuk dapat permukaan dibakar rata).

6. Tutup suis oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan bekas berisi air dari oven. Biarkan kek betul-betul sejuk di dalam oven dengan pintunya direnggangkan sedikit. *** (Permukaan kek akan kelihatan sedikit kering tapi jangan sampai merekah, dan tengah-tengah kek akan bergoyang/jiggle sedikit apabila loyangnya digoyangkan).

7. Sesudah kek sejuk, keluarkan dari oven dan hiaskan dengan hirisan mangga. Untuk tujuan mengilatkan dan mengelakkan mangga teroksida menjadi hitam, cairkan glis apricot dan air dalam periuk kecil di atas api yang kecil. Kacau hingga glis larut dan sapu atas hirisan mangga tadi. Biarkan kek sejuk dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dikeluarkan dari loyang spring form/loose pan dan dihidangkan. ***

***Ku skip No. 6 dan No. 7. Lepas kek dah masak, ku keluarkan terus dari oven dan biarkan keknya sejuk sedikit atas redai ketika masih didalam loyangnya. Lepas tu ku keluarkan kek dari loyang dan biarkan ia sejuk atas redai, dengan dasar keknya dialas dengan baking paper (untuk elak kek tenggelam ke dalam redai). Dah sejuk, baru alihkan kek atas cakeboard dan simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya baru hias. Nak buat macam ni suhu bilik dengan suhu oven tak boleh ketara sangat, nanti kek kecut secara drastik. Kalau ragu-ragu, baik ikut No. 6 dan No.7. Biasa buat macam ni pun dalam keadaan tingkap dapur tertutup dan kipas tak buka, jadi dapur memang panas sikitlah.

***Bahan-bahan di atas boleh digandakan. Gunakan spring form pan berdiameter 23cm dan bakar 150C@1 jam 15 min.

Sediakan bahan dan alatan sebelum mula membuat kek keju mangga

Kek keju mangga yang sudah dibakar dan masih dalam loyangnya

Baked mango cheesecake- the innards~

Sambil buat kek keju mangga, sambil buat mango sago

Tuesday, June 7, 2011

Resepi Ketam Goreng Sweet and Sour

Makan tengahari ini, masak simple-simple. Biasa ketam masak lemak, kali ni masak sweet and sour lak. Ngidam nak makan nenas pregnant kali ni tapi takkan nak dilayan kan? Huhu..

Apapun, enjoy~


Resepi Ketam Goreng Sweet and Sour
(2 orang makan)

Ketam Goreng Sweet and Sour


2 ekor ketam bunga- dibasuh, buang kulit dan dibelah dua
1 bij telur, dipukul sedikit + sedikit garam
tepung jagung secukupnya

sehiris halia
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1/4C sos cili
1/4C sos tomato
1/2C air atau lebih
1sb tepung jagung + sedikit air
daun sup/daun bawang, untuk ditabur
garam dan gula, jika perlu
karot, potong memanjang atau ikut suka
hirisan buah nenas - optional

minyak untuk menggoreng (dalam 1/2C)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Celup ketam satu per satu dalam telur, kemudian lumur dengan tepung jagung. Goreng ketam (goreng sedikit demi sedikit) dalam minyak panas hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.

3. Ketepikan minyak goreng ketam tadi dan biarkan sedikit dalam kuali (cukup untuk menumis saja). Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau, masukkan sos cili, sos tomato dan karot. Kacau sebentar, masukkan air. Biarkan hingga karot masak dan kuah mendidih.

4. Masukkan ketam yang digoreng tadi dan nenas (optional). Masukkan bancuhan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga pekat. Perasankan dengan garam dan gula.

5. Tutup api dan taburkan daun bawang/daun sup. Sedia dihidangkan.

Saturday, June 4, 2011

Resepi Famous Amos Chocolate Chips Cookies

Raya lambat lagi, tapi mak Taufiq saja buat cookies awal-awal sikit sebab nanti kebetulan pantang pun dalam bulan puasa. Huhu, banyaknya hari nak kena ganti nanti. Buat cookies ni pun untuk saja-saja makan, al-maklumlah masih mood mengcookies. Aritu buat macarons tapi tengah fikir cara dan approach nak tulis post tu. Bukannya banyak pengalaman atau terer beno tapi macam banyak sangat lak benda nak kena tulis. Huhu..

Apapun, layan jelah resepi Famous Amos di bawah dululah ye. Enjoy~


Famous Amos Chocolate Chips Cookies~ Ada la rasa 'ala-ala'nya tu, hehe..


Resepi Famous Amos Chocolate Chips Cookies
Diadaptasi dan dimodifikasi dari syari@myresipi.com

Bahan-bahan:
(ku buat separuh dari adunan asal)

Bahan A:
1C gula halus/kastor - ku guna 1/3C, tapi masih lagi agak manis bagi tekak kami serumah
1C padat gula perang - ku guna 1/3C
1C butter - ku guna 1/2C@100g
1C minyak masak - ku guna 1/2C
1 biji telur Gred A - ku guna 1/2 biji
1sb susu segar - ku ganti 1/2sb susu tepung, tak perlu bancuh dengan air sebab adunan lembik
1st esen vanila - ku guna 1/2st

Bahan B:
4C tepung gandum - ku guna 2C
1st garam - ku letak secubit sebab guna butter bergaram
1st cream of tartar - ku guna 1/2st ********
1st baking soda - ku guna 1/2st ********
* Bahan-bahan di atas diayak dalam satu bekas

******** Abaikan (1st cream of tartar + 1st baking soda), gantikan dengan (2st baking powder + 1/2st baking soda). Tak berapa pasti status halal cream of tartar ni, check Jakim hanya certain brands ada cop Halal.

Bahan C:
1/2C walnut cincang - tak letak sebab anak tak suka (ku ganti dengan 1/3C nestum)
2C semisweet chocolate chips - ku guna 1C@180g

*Bagi separuh adunan di atas, ku tambah bahan-bahan di bawah:
1/3C @ 22g nestum - untuk ganti walnut cincang
1sb tepung jagung - untuk keraskan sikit adunan


Cara:
1. Pukul Bahan A hingga sebati.

2. Masukkan Bahan B, Bahan C, tepung jagung dan nestum (jika tak guna walnut). Gaul rata guna senduk kayu/spatula.

3. Adunan nampak lembik. Sudukan guna satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.

4. Bakar pada suhu 350F (175C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven) atau hingga tepi-tepi biskut kelihatan sedikit keperangan.

Nota:
* Rasa agak manis, boleh kurangkan gula kepada 3/4C gula halus/kastor + 3/4C gula perang .
* Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
* Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.
* Cookies ni jenis merebak masa dibakar. 1 adunan dari sudu teh (untuk bancuh air tu) menghasilkan cookies yang diameternya lebih kurang 1.5".
* Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
* Untuk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak, selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.
* Ku tambah nestum adunan jadi keras sikit dan tak berapa lembik. Bau cookies pun sedap masa dibakar.
* Lain kali kena kurangkan gula, walaupun memang sudahpun dikurangkan sebab memang manis.

Wednesday, June 1, 2011

Resepi Mee Kari

Mee kari untuk makan malam semalam (or was it kelmarin?) Tiada mood mo makan nasi, jadi makan mee kari. Skodeng peti sejuk, ada la bahan-bahan cuma takde kerang dan bahan-bahan tertentu (padahal aritu pergi pasar niat nak beli kerang. Tapi takde rezeki lak) T_T

Apapun, sekali skala makan mee kari pun sedap. Next time will try full recipe, mesti lagi ngancam. Resepi cut-and-paste je ye? Straight forward je, takde belok mana-mana simpang :P TQ to tuan punya resepi and enjoy~


Resepi Mee Kari
Rujuk dari: Kongsi Resepi.com

(6-7 orang dewasa)
Ku buat 1/4 dari resepi di bawah

Bahan-bahan:
300 gram mee kuning (dicelur dan ditoskan) - ku guna spaghetti. Ya, spaghetti. Mak ngidam jangan main-main, spaghetti pun leh bedal :P
1/2 kg kerang (direbus dan dikupas kulitnya) - tiada stok, kalau ada komfem 10x lagi sedap T_T
20 ekor udang sederhana besar
1 mangkuk isi ayam
2 keping fishcake dipotong nipis / 10 biji bebola ikan (dibelah dua) - ku guna sotong ball dan ketam ball
2 cawan santan pekat
2 sudu besar cili kisar - terlupa nak letak, kurang merah lak kuah T_T
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
3 cawan air rebusan udang
3 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
1 ketul kiub ayam - ku guna kiub ikan bilis
Garam secukup rasa

Untuk hiasan:
telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/limau kasturi, timun, daun sup dan bawang goreng.
*Tak ada semua bahan pun tak apa. Bergantung apa yang ada dalam peti ais pun boleh jadi.


Cara-cara menyediakan:
1. Buang kulit udang dan bersihkan. Selawat. Rebus kulit udang dengan 3 cawan air. Air rebusan udang digunakan sebagai pemanis kuah.

2. Potong ayam mengikut citarasa anda. Sebaik-baiknya seketul sekali suap kan. Tak payah dah nak potong-potong lagi. Potong fishcake atau fishball.

3. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau kisar untuk menumis.

4. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawnag putih sehingga garing. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak. Masukkan cili kering. Tunggu sehingga cili garing. Lebih kurang 10 minit dengan api sederhana.

5. Masukkan ayam. Kacau sehingga separuh masak isi ayam. Kemudian masukkan santan. Apabila telah naik bau (lebih kurang 10 min). Masukkan fishball/fishcake, udang dan kerang.

6. Masukkan air rebusan udang. Tambah air mengikut citarasa anda. Dua atau tiga cawan. Bergantung kepada kepekatan kuah.

7. Masukkan daun kesum dan daun kari sebagai penambah rasa. Saya rasa ini yang membuatkan mee kari sedap (eceehh) ini lain dari yang lain. Rasa daun kesum dan daun kari membuatkan mee ni sedap bagi saya.

8. Masukkan garam mengikut citarasa anda. Tak lupa kiub ayam. Kacau sehingga mendidih. Kemudian bolehlah ditutup api.

Semasa menghidang boleh ditabur dengan ulam hiasan. Kalau tak makan tak perlu bubuh. Ambil yang dimakan sajalah kan.

Mee kari (atau spaghetti kari yang perasan jadi mee kari) Haha..

Jemput makan kakak-kakak, adik-adik semua...