Wednesday, April 20, 2011

Resepi Japanese Souffle Cheese Cake [dan simple step-by-step]

11

Resepi pernah ditulis sebelum ni, cuma dalam inggeris. Biasa buat tempahan kek jenis ni sebab nak buatnya pun tak susah sangat. Kalau tak ada spring form pan pun boleh buat, sebab kek ni tak perlu base biskut atau base kek.

UPDATE 23 APRIL 2011: Untuk kek yang ada biskut atau kek sebagai base pun boleh guna cara bakar di bawah. Yang penting alaskan tepi loyang dengan baking paper kemudian baru alaskan dasar loyang tersebut dan griskan dengan majerin/butter.


Resepi Japanese Souffle Cheesecake [tanpa guna loyang spring form dan simple step-by-step]
(sebiji kek 500g setelah dideco menggunakan loyang 7.5" bulat ketinggian 2" atau 6" bulat ketinggian 3")

Decorated Japanese Souffle Cheese Cake

Japanese Souffle Cheese Cake- side view


Bahan:
200g cream cheese, suhu bilik
50ml fresh milk/susu segar
3 biji telur, asingkan putih dan kuning
100g gula kastor
30g tepung jagung
1 tbs lemon juice (saya guna limau kasturi sebab memang tanam pokoknya depan rumah. Dalam 6 titik gitu. Lagipun limau lagi mild rasanya dari lemon)
1/2 tsp cream of tartar

Cara:
  1. Panaskan oven 175C (saya panaskan 160C). Alaskan dasar dan keliling spring form pan (atau loyang bulat biasa) dengan baking paper. Griskan dengan butter/majerin. Ketepikan.

  2. Pukul cream cheese dalam satu bekas besar. Tambahkan susu dan kacau hingga sebati (saya guna egg whisk je).

  3. Masukkan separuh gula, kuning telur, tepung jagung, jus limau/lemon dan kacau sebati. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih pada kelajuan sederhana, masukkan cream of tartar. Pertingkatkan pada kelajuan maksima, sambil tambah baki gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga 'stiff peak' dimana bila bekas diterbalikkan, tak ada putih telur yang mengalir dan bentuknya kaku. (Pukul tak sampai 2-3 minit je pun, max speed)

  4. Ambil 1/2 meringue (putih telur yang dipukul tadi) dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese. Untuk kaup balik pertama kali ni boleh kasar sedikit, biar betul-betul sebati tanpa nampak streaks/jalur putih-kuning. Kaup balikkan meringue selebihnya hingga habis.

  5. Masukkan loyang cheese cake ke dalam loyang yang lebih besar (kalau guna spring form pan, balut luar loyang dengan 2-3 lapisan aluminium foil untuk elakkan air dari meresap masuk ke dalam loyang cheese cake). Tuangkan air panas ke dalam loyang besar tadi, sampai mencecah separuh dari ketinggian loyang cheese cake (teknik ni dipanggil steam bath/water bath/bain marie)

  6. Bakar pada suhu 175C (saya guna 160C) selama 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang cheese cake dirotate biar permukaan atas dibakar serata. Keluarkan dari oven, sejukkan dalam loyang 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang dan dibiarkan sejuk atas redai kek.

***Kalau tak ada loyang spring form atau loyang bongkar pasang, boleh guna loyang biasa.


Cara Bakar Cheese Cake Tanpa Loyang Spring Form atau Loyang Bongkar Pasang
(How to make a cheese cake without a spring form or loose pan)

1. Caranya, buat macam cara-cara di dalam resepi di atas. (Bake a cheese cake using a regular pan. Make sure you put baking paper at the bottom and sides of the pan and grease it).


2. Letakkan sehelai baking paper (ikut saiz loyang cheese cake) atas kek. Baking paper yang keliling kek tu potong biar sama paras dengan loyang dan kek. (Put a piece of baking paper on top of the cheese cake. Any excess baking paper on the sides of the cheesecake may be trimmed off).


3. Letakkan redai atas baking paper. (Put a wire rack on top of the baking paper).


4. Terlangkupkan loyang kek. (Flip over the cake tin with the wire rack).


5. Keluarkan loyang dan baking paper (dari dasar loyang kek tadi). (Take out the pan and get rid of the baking paper inside it).

6. Sebelum nak deco, terlangkupkan kek atas cake board. Bolehlah dideco atau letak filling atas kek tu nanti untuk tutup sebarang kecacatan. (Before decorating, flip the cake onto a cake board and decorate as desired).


Sebelah kiri tu panggilnya paku mawar (rose nail bentuk macam witch's hat) dan wafer cone, sebelah kanan icing bag diisi fresh cream (separuh bahagian isi warna pink, sebelah lagi isi warna putih)

11 comments:

jumz said...

hai saya nak tanya ni, dulu saya penah juga buat cheece kek macam ni, tapi bila time bakar tu dia kembang tinggi, wah nampak cantik lah, tapi bila dah masak pastu kuarkan, kek nya jadi bantat,macam mengecut, , so kat mana kesilapan saya?

Zack Zachoes said...

hmm.. saya takdela terer benar tp sy cuba jwb. kalau ikut pengalaman sndri, ada beberapa sbb cheesecake jd cmtu:

1) meringue (putih telur yg dipukul kental). kalau putih telur tu kita pukul terlebih sgt (smpai nampak kering, kasar dan terlalu kental), cheesecake biasanya akan kecut blk. sbbnya struktur protein dlm putih telur dh 'collapse'/runtuh dan tak cukup utk mengekalkn bentuk cheesecake. kalau terkurang pukul pn boleh bantat sbb tak cukup udara dimasukkn/dipukul ke dlm meringue.

2) suhu cheesecake sejuk terlalu ketara. biasanya cheesecake org akan biarkn sejukkn perlahan-lahan dlm oven selepas kek sudah masak. tutup suis dan biarkn ia sejuk (keluarkn loyang berisi air dahulu). insyaAllah ia tak terlalu mengecut. tp sy tak buat mcm tu sbb dapur sy agak panas. biasanya tingkap dgn kipas dapur ditutup sebab sy guna oven tangkring/otang. sgt sensitif pd suhu luar jd terpaksa buat dlm keadaan tertutup.

3) semua cheesecake secara amnya mmg akan mengecut tp tak terlalu drastik. paling-paling pn 1cm atau kurang dr ketinggian ia sudah masak. kalau nk dptkn cheesecake yg tepinya cantik sikit semasa menyejuk, sy selalu lengser dulu loyang, letak baking paper pd dasar dan keliling kek, lepas tu lengserkn lg dgn butter/majerin. jd kalau dia mengecut pn perlahan-lahan, tak ketara sgt.

ni dr pengalaman, pemahaman dan pembacaan sy la. wallahu 'alam. harap membantu :)

tyra said...

kalau tak stim bath xle ke?

Zack Zachoes said...

tyra: boleh, cuma nnt keknya kering sikit la lg2 kt keliling tepinya. dia mcm membentuk 'crust' cheese nnt. kalau tak nk buat steam bake cara biasa, leh letak loyang/bekas berisi air kat bawah rak cheesecake. stim/wap dari air tu yg buat cheesecake kekal moist.

azieza said...

boleh tya x kak..brape suhu pembakaran kek ni, guna api atas ke bawah..perlu ke cover dgn aluminium foil atas kek untuk elakkan hangus?

Zack Zachoes said...

akak guna suhu 160C, guna oven tangkring (oven yg tenggek atas dapur gas) for 55 minutes. tp kalau nk guna oven elektrik, guna center-rack, api-atas bawah, 150C fan-on, 50-60 minit (atau fan-off, 160C). kalau atas nampak hampir perang tp keknya masih tak masak (bila goyangkan loyang bhgn tengah kek nampak wobbly/cair sgt), tutup atasnya dgn foil dan teruskan masa membakar. possibly kena tambahkan masa membakarnya jg

maziz mmy said...

alhamdulillah sy dah try buat blueberry cheese cake tp sy tkr kpd strawberry.sy tutup permukaan atas loyang.masak cantik kek tu. sy akan cuba pulak resepi yg lain.1st sy cuba resepi biskut terus seronok explore resepi kat blog nie.terima kasih zack.

Zack Zachoes said...

alhamdulillah, syukur sbb menjadi keknya :) tahniah maziz, bolehlah cuba resepi2 yg lain nnt ^_^

Kate Lee said...
This comment has been removed by the author.
Kate Lee said...

Deco Gina fresh cream or buttercream?

Kina said...

Salam Zack.. Ruginya baru sekarang jumpa blog ni. Saya ni mmg kureng sket bab² kek ni, tu yg excited bila jumpa blog ni.

Btw.. saya nak tanya Zack kenapa teknik waterbath saya tak menjadi eekk.. saya pernah buat kek karamel, creme caramel dll, tapi langsung tak beku...

Nak kata resepi yg salah, saya try steam menjadi je... plus semua org komen resepi tu ok...

Teknik saya, tuang air panas dalam loyang then saya susun ramekin dalam tu... then bakar macam biasa...

harap² Zack boleh membantu ye... jenuh google tapi tak jumpa jugak jawapannya.. :(...