Wednesday, November 28, 2012

Resepi Durian Crepe

7

Akhirnya dapat juga buat DC ni. Bukan senang nak dapat durian kat Tawau, dan bukan juga murah. Tapi aritu rezeki dapat jenis yang murah, isinya pun ok manis walaupun taklah sehebat durian king atau D24. Hehe.. Apapun melepas gak hajat nak makan, alhamdulillah. Walaupun takde non stick pan, guna je apa yang ada. Crepe saya tak berapa hensem sebab jenis pan tu memang stick-stick pan, bahagian tengah dia cepat je masak. Apapun layan~


Resepi Durian Crepe [5 jenis tepung]
DISCLAIMER: Saya tak mengaku ini resepi kak Zailina, saya amik resepi dari kawan je. Hehe..
Dipetik dr Siti Hafizah@FB. TQ~ Memang nipis kulitnya 




Crepe Batter 
A: 
20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Ayakkan dalam satu bekas.

B: 
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak
***Campurkan dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan (ku bedal guna pan biasa saiz 22cm hahaha..)
Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap (macam kitorang tadi).

P/S: Bahagian yang atas nanti terbalikkan masa nak letak inti. Jadi lebih cantik.

7 comments:

Knor said...

teringin nak buat..tapi belum buat2 lg..

MaMa Rey said...

mau cuba juga tapi x terbuat2..durian suda ada..kawan bg dari kota belud.. juga..ada jual ka crepe ni d mana2..di k.k belum jumpa lg..

sis shuhada said...

Salam kenal.
Sy ni dpt tgk je la org buat n mkn sbb sini ssh nak cr durian. Huhuhu.
Anyway, selamat makan.

Nana said...

dah cuba buat..tapi resepi ni belum lagi...mesti best...

#saya tertarik dengan 'word of wisdom' tu...copy boley...? :)

Zack Zachoes said...

@knor: me too, rajin sekali sekala je >.< hehe..

@mama rey: di KK ada, kat facebook namanya Gubri Gubra. ada dia jual

@sis shuhada: salam kenal, sis tinggal di mana? hehe..

@nana: boleh je copy words of wisdom tu ;)

Cik Atun said...

salam...

nak tanya, potato starch ni macam mana rupa dia. huhu.

selalu jumpa tepung ubi. tepung ubi = tepung ubi kayu ke?

saya budak baru belajar... huhu... tepung pun xreti nak bezakan lagi. hehe.

Aku. Zack Zachoes said...

w'salam
iya guna tepung ubi kayu dik. atau tepung kanji ubi kayu, kat supermarket besar ada jual. kalau tak silap peket warna hijau. brand apa lupa sudah akak >.<