Saturday, September 6, 2014

Resepi Durian Butter Cake

First post selepas merajuk taknak update blog :P

Layan~

Resepi Durian Butter Cake (Kek Mentega Durian)
Diadaptasi dari blog Aunty Yochana, resepi asal dari Chef Alex Goh, diderhaka oleh Aku.Zack

2 loyang bersize 9x9in
Menghasilkan kek berat minimum 2kg+ gitu sebelum dideco

A:
240g isi durian - mou sang king, 101, apa-apa durian yang wangi dan manis
120g whipping cream - susu segar pun boleh
80g tepung kek@tepung superfine

B:
500g anchor salted butter - guna pure butter, bukan lepa susu
340g gula kastor
10 kuning telur gred A

C:
400g tepung kek
100g tepung kastad
1st baking powder
1/2st baking soda
***Ayak

D:
10 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1st cream of tartar

Cara:

  1. Blend/whisk/kacau isi durian bersama whipping cream, kemudian gaulkan dengan 40g tepung. Ketepikan.
  2. Pukul butter + gula sampai pucat dan gebu. Masukkan kuning telur satu per satu hingga sebati.
  3. Masukkan tepung kek berselang seli dengan Bahan A tadi. Mulakan dengan tepung-durian-tepung-durian-tepung.
  4. Dalam mangkuk bersih, putar putih telur bersama cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil terus memukul. Pukul hingga medium peak dan putih telur tidak mengalir apabila mangkuk diterbalikkan.
  5. Kaup balik ke dalam adunan durian tadi hingga sebati.
  6. Tuang ke dalam dua loyang bersaiz 9x9 inci yang dialas dasarnya dengan baking paper dan dilengser sedikit dengan majerin/mentega.
  7. Bakar 175C selama 50min+-.
  8. Keluarkan dari oven dan biarkan 5 minit dalam loyang sebelum dikeluarkan serta disejukkan sepenuhnya atas redai kek.


p/s: boleh juga letak esen durian dalam 1/8~1/4st. Jangan banyak-banyak, nanti ada yang pengsan.
p/s2: kaedah meringue (putih telur) in stead of using whole egg method menghasilkan kek yang lebih ringan dan gebu.

Tak nampak isi dalam, kek customer punya

4 comments:

ibusya said...

Assalamualaikum Zack. Dah lama sy tunggu awk update blog. Tetiba ari ni tergerak hati nak jenguk sini dan tadaaa got a some thing new. Seronok sgt. Selama ni sy just silent reader n frust Sgt bila awk kata nak stop blogging. Anyway welcome back Zack. We are miss you so much

Cheq Sue said...

Merajuk ke.... alolahh... jangan ngajuk lelame zack... kesian kat kami ni

Zack said...

@ibusya: wasalam, mmg dh lama tak mengupdate blog sampai bersawang. hehe, tq sbb rindukan blog sy. hahaha..

lariiik..

@cheq sue: merajuk dengan dunia berniaga/baking/kelas jap. skrg tak merajuk lg dh, kita teruskan hidup! yeah!

eszek said...

Yeay yeay Zack is back ! Sedih tul masa Zack private kan blog ni. Kita ni silent reader :) :) Thanks ya Zack ! !